Thursday, 14 January 2016

Babak akhir ubah dan suai rumah baru

Salam...

kan ari dah janji nak tunjuk dapur kan kan


Ni la dia proses memasang dapur yang dah pun berakhir semalam...



Bila dah pasang cabinet, baru la boleh kemas barang2 dalam kotak.

Ni nak cari sudu,
Nak cari pinggan,
Rasa macam nak bergaduh...

Padahal dah label semua kotak dan plastik hitam.. tapi masih tak jumpa... haihhh ajaib betul.  Bukan apa, bila dah banyak2 kotak macam tu, mmg mencabar minda jugak laa....

Tapi bila dah siap, tiba2 area wet kitchen tu jadi gelap... huhu...  Masa xde cabinet nampak la luas sikit, tapi bila dah pasang, kalau nak berselisih tu, 'sila bagi laluan'.... hehe.. Mujur kami pilih color putih.

Menurut pakar, putih ni color sepanjang zaman... Tak kira anda berada abad keberapa, ia tetap relevan untuk pilihan perabut...
Kalau pilih color oren ke, merah hitam ke, lagi la nak pitam dibuatnya...

Tukang yang datang pasang tu offer kalau nak tambah lampu kat cabinet tu diorang charge RM300... Oleh kerana, budget dah agak lintang pukang, husband cakap "nanti dulu laa.." dan sebagai isteri solehah, saya setuju aje... :p

Ini lah hasilnya...
Masih belum berkemas... 
view dari pintu ke wet kitchen...

pintu hujung tu ke dry kitchen... 



Itu bab dapur...

Masa tempah kitchen cabinet, ada promotion PWP camtu... tambah duit sikit dapat TV cabinet... so dah alang2 menyeluk pekasam, husband pun setuju aje...

Nin dia....



Nampak kecik pulak tv titewww


Kerja memasang kedua2 benda ni habis pukul 9.00 malam.. lebih kurang laaa... letih tengok rumah berhabuk balik walau tak seteruk hari tu... Lepas tu baru la boleh makan, baru la boleh kemas2 apa yang patut...

Rasanya hari minggu ni akan diperuntukkan untuk mengemas segala barang untuk di simpan dalam kitchen cabinet itewww...

Notakaki:  Selesai sementara bab rumah.... perabot2 lain tu pakai apa yang ada dulu... amik masa la nak penuh satu rumah... so bersyukur dengan apa yang ada...

1 comment: