Ramai orang selalu buat persediaan untuk bersalin tapi tak amik berat pasal preparation untuk berpantang.
Macam saya sendiri, setelah mengalami 2 kali tempoh berpantang, baru nampak apa yang kurang diberi perhatian.
Bukan senang tau nak ikut semua aturan tu. Nak pulak kalau kita berpantang tak cukup ilmu dan anak pulak meragam tak kira masa. Jadi apa dalam bayangan kita selalu nya tak menjadi kenyataan...
Apa yang dalam bayangan tu...???
Alaaa yang dalam drama2 melayu tu laa...
Suami duduk sebelah sambil merangkul bahu isteri yang sedang memangku bayi yang sedang tido..
Anak tido elok je kat sebelah dan si ibu duduk berehat sambil berparam pilis sume...
Muka jernih je si ibu bila suami membantu dalam mengurus kan hal rumah tangga...
Malam2 tido lena dan bila baby terbangun dan menangis, bapaknya yang suka rela bangun untuk menenangkan baby tanpa mengganggu isteri yang sedang beradu..
Dan banyak lagi la kisah2 fairy tales dalam tv tu...owhhh gitewwww
REALITY nyaa....
Muka layu je dengan tak cukup tido, tu belum stress sebab susu tak banyak, makan tak terjaga, bengkung ntah ke mana... stokin jgnn cakap laaa...
Suami pulak jarang nak membantu... asik dengan hp, main facebook, main game...
Pengalaman saya dulu memang haru jugak laa walaupun dijaga oleh mertua... bukan saya kata tak bagus.. cuma saya sendiri tak buat persediaan mental fizikal.
Mak mertua banyak tolong saya..
tolong masakan makanan pantang,
tolong basuh baju baby dan baju saya,
tolong mandikan baby,
tolong tengok2 kan baby bila saya mandi dan makan
tolong sediakan mandian herba masa 3 hari pertama,
tolong bagi no contact orang urut area sg petani,
tolong dukung2 baby kalau dia meragam tak tentu hal.
dan bila berpantang kali kedua, tambah lagi satu tolong iaitu
tolong tengokkan si Danial tu haa..
pastikan dia mandi, makan, dan terjaga elok.
Kalau biarkan saya sorang hadap sume tu, memang macam hantu kak limah dah saya ni.
Dalam konon2 sudah membuat persediaan untuk berpantang tu, saya macam tak bersedia dari segi mental... Apa yang saya lebihkan ialah persediaan material... jamunya laa.. kain bengkung nya laa.. kain batik, stokin dan barang2 baby yang dirasakan perlu. Saya hanya fikir 44 hari tu hanya satu tempoh 44 hari biasa seperti tiada apa yang berubah. Padahal mental, emosi, hormon semua kucar kacir waktu tu. Time tu, walau sedikit tersalah cakap atau tersalah cuit, pasti mengundang air mata... asik sentap je memanjang. Orang akan nampak kita macam mengada2 atau buat perangai, tapi benda tu sume tu kita tak sedar.
Jadi, untuk berpantang kali ni, nak kata saya yakin 100% dengan emosi saya memang tidak laa.. mana la saya tahu apa akan jadi. Cuma boleh agak dan cuba bersedia dengan keadaan2 yang tidak menentu.
Buat masa sekarang, plan saya ialah Danial dan Safiyya akan bersekolah seperti biasa... mula2 saya fikir, Safiyya tak perlu ke taska sepanjang cuti bersalin 3 bulan tu. Tapi bila fikir balik, biar la dia dengan rutin yang dia baru nak biasa tu. Lagi pun saya tak perlu terkejar2 nak siapkan atau nak tengokkan dia dan dalam masa yang sama nak handle orang baru yang kita baru nak bercinta itu...
Dalam entry sebelum ni saya ada cerita yang berpantang anak ketiga ni saya tidak lagi berkampung di rumah mertua tetapi memilih untuk terus tinggal di rumah kami. Untuk itu, saya telah pun mengintai2 Penjaga Pantang yang sesuai dengan budget dan keperluan saya masa berpantang. Atleast, tak perlu la risau hal2 masakan pantang nanti, sape nak mandikan baby sementara saya boleh bangun dengan selesa (sebab czer jugak kali ni...)
Bab Penjaga Pantang tu, ramai je dah pm saya tanya feedback tentang Natalis Beauty yang saya pilih tu... Memang saya tak boleh bagi apa2 review sebab saya belum pun bersalin dan tentu2 saya belum lagi merasa sentuhan berpantang dengan team mereka... Kalau setakat nak tahu harga dan detail dia tu boleh la saya bagi. huhu
Jadi apa kesimpulan entry ni... Macam mana nak berpantang dengan happy??
Antara yang boleh dilakukan ialah,
- Cari la seseorang yang boleh diajak berbual... kalau ada mak lagi, sila la call dia hari2... (kalau mak tinggal asing laa).
- Bagi yang tiada mak tu, cari la kawan yang boleh kita meluah rasa. Jangan pendam sorang2.
- Mama saya selalu pesan, waktu berpantang tu badan kita lemah. Jadi zikir la apa yg kita tahu or hafal. Ayat qursi dan surah2 pendek tu sila lah baca.
- Jangan beratkan fikiran untuk menyapu sampah, kemas rumah, basuh baju, buang sampah, kemas dapur tu sume... mintak je tolong kat suami. Tapi kalau suami pun tak terbuat sebab kena handle anak2 yang lain, hire la part time maid tu... mintak datang seminggu sekali...
- Kalau nak mudah lagi, upah la penjaga pantang... make sure anda sume survey dulu ye...
Owh yaaa... untuk berpantang kali ni saya gunakan sepenuhnya set penjagaaan NR. tak sabar nak rasa guna NR sepenuhnya... Review dari geng2 NR ni macam dashyat je... apa pun istiqamah tu yang penting.. sebagus mana pun produk tu, kalau kita tak guna dengan betul dan mengikut aturan, tak menjadi jugak... so rugi la duit yang dilaburkan iteww... bukan murah tau.... ni pun ada lagi yang tak habis beli... huhu...
Notakaki: masih menunggu tarikh bersalin... mintak2 la lepas CNY atau sebelum tu...
salam sis.. sis pilih natalis ye sy pon tgh survey2 ni hehee
ReplyDeleteWsalam... yup saya pilih natalis. Ni tgh tgu hari je. Lepas kuar ward terus start. Anyway, elok la kalau survey2 dulu. Ikut keperluan n budget.
DeleteWsalam... yup saya pilih natalis. Ni tgh tgu hari je. Lepas kuar ward terus start. Anyway, elok la kalau survey2 dulu. Ikut keperluan n budget.
Delete