Sambungan dari entry AWRA Child Care Centre, hari ni saya nak cerita sikit tentang penggunaan Daily Log Book oleh taska tersebut.
Buku Log ini mencatatkan segala aktiviti harian anak yang di hantar ke taska tersebut.
Selain itu, terdapat juga ruangan di mana ibu atau bapa perlu mengisinya setiap hari sebagai catatan ringkas sebelum di hantar ke taska...
Contohnya berapa helai baju atau berapa diapers yang dibekalkan setiap hari ke taska.
Ini sebagai bukti bagi mengelakkan kehilangan baju atau salah guna diapers anak anda... Contohnya satu hari anda bekalkan 6 diapers, dan cikgu akan mencatat berapa kali ia ditukar dan ia akan reflect kepada baki diapers tersebut.
Nampak macam agak leceh sebab setiap malam anda kena curi masa untuk check buku ni. Tetapi macam saya, ia sesuatu yang menyeronokkan sebab boleh tahu apa yang Safiyya buat kat taska...
tido siang berapa jam, minum susu berapa kali, breakfast, lunch makan apa, sume saya boleh tahu.
Jadi tak perlu la cikgu2 kat situ nak update pakai mulut je kat ibu bapa setiap petang atau ketika mengambil anak masing2.
Menurut AWRA, ibu bapa diwajibkan membeli buku tersebut (disediakan oleh pihak taska) di mana ia merupakan kaedah interaksi yang amat berkesan di antara ibu bapa dan pihak AWRA. Log harian ini perlu dikemaskini setiap hari oleh ibu bapa dan juga pihak AWRA. So kalau demam ke, jatuh ke sila la declare kat buku tersebut. Kalau ada lebam atau luka2 sila tanda kat rajah yang disediakan.
Bagi saya ini merupakan satu kaedah yang sangat bagus dan melatih saya untuk sentiasa memantau hal ehwal anak saya setiap hari.
Sekiranya kaedah ini juga diguna pakai di taska2 lain, nasihat saya sila la rajin update buku log ni ye. Jangan malas. ini bagi mengelakkan salah faham di kemudian hari dan sekirannya berlaku sesuatu yang tak diingini, atleast ada sumber rujukan.
Dan paling best ialah hasil kerja anak anda juga akan dilampirkan sekali... Rasa nak tergelak pun ada tengok hasil tangan si Safiyya ni. hehe...
Segala aktiviti ini adalah wajib dilakukan oleh taska tersebut kerana ia terlibat dengan aktiviti yang telah ditetapkan oleh PERMATA. Ia meliputi 6 bidang perkembangan iaitu;
- Perkembangan fizikal
- Perkembangan Sahsiah, sosioemosi dan kerohanian
- Perkembangan Deria dan pemahaman dunia persekitaran
- Perkembangan bahasa, komunikasi dan literasi awal
- Perkembangan Awal matematik dan pemikiran logik
- Perkembangan Kreativiti dan Estetika
Ibu bapa juga wajib hadir sekiranya ada sesi perjumpaan dengan pihak AWRA. Ia lebih kurang 2-4 kali setahun untuk berbincang mengenai perkembangan anak masing2.
Bagus jugak ek hantar taska ni... dari anak kita tu makan tido menyusu je, elok jugak ada aktiviti2 ni... atleast nak sekolah esok tak la kekok sangat.
#teringinnakhomeschooling
So far baru 2 minggu lebih Safiyya sekolah kat AWRA dan tengok dia pun pandai bawak diri. huhu. Walaupun pada awalnya saya terlalu underestimate sebab kemanjaan dia tu tapi nampaknya hari2 kelakuan baik (refer kat log book). Boleh kata takde masalah apa2 lagi berkaitan anak saya nih.. Alhamdulillah... lega sikit.
Notakaki: Hari2 tak sabar tengok log book dia... huhu
No comments:
Post a Comment