Tuesday 5 January 2016

Kos Perjalanan Ulang Alik Bandar Saujana Putra - Jalan Tun Razak, Kuala Lumpur

Salam...


Dulu2 pergi keje kadar tol yang perlu saya bayar ialah RM1 sehari... Pergi keje takde tol sebab dah dimasuhkan tapi nak balik hanya RM 1 sahaja iaitu Tol Batu 9  Lebuhraya Cheras Kajang (Grand Saga)...

TETAPI sekarang, kad touch n go tu kalau isi RM50 sekejap je habis... Untuk pergi keje sahaja, saya perlu melalui 3 tol.  

Tol Bandar Saujana Putra - Exit Putrajaya (ELITE) - RM 2.20
Tol Putrajaya Link (MEX) - RM 3.50
Tol Salak Selatan (MEX) - RM 2.00

tu baru pergi... dan nak balik kerumah, saya akan melalui jalan yang sama dan tol yang sama...

Jadi total tol sahaja untuk pergi dan balik keje ialah RM 15.40 sehari

Ini telah menyebabkan kos saya bertambah berganda2 dan itu belum termasuk duit petrol lagi.. 

Sebenarnya ada jalan alternative selain menggunakan Highway MEX yang mahal iteww... Pilihannya ialah menggunakan Highway Elite and then masuk kesas dan terus ke KL ikut smart ke, ikut MEX ke (bukit jalil)... Tapi memang jem la jalan ni pagi2... 

Nampaknya saya kena la ikut saranan pak menteri 

Bangun awal untuk elak tol... huhu

Untuk menyemak kadar tol bagi lebuhraya2 yang ada kat malaysia ni, sila ke KADAR TOL

Ke ada cadangan perjalanan lain yang lebih mudah dan jimat.... sila la cadang kat saya... tempat ni masih baru bagi saya... tak habis explore lagi.

Notakaki: Berdoa selalu agar dipermudahkan... amin...

No comments:

Post a Comment