Wednesday, 8 April 2015

Nak jimat punya pasal, murah seringgit pun saya amik kira

Salam

Selama hari ni saya tak kisah sangat kalau beza singgit or  2 ringgit.  Ini bukan statement orang kaya tapi statement orang malas nak mencari mana jual paling murah.  Tapi sejak akhir2 ni, sejak orang Malaysia suka tayang resit kat facebook, huhu, saya dah mula mengambil kira setiap sen yang dikeluarkan.  Bior la laki saya kata, alaaa singgit je yang.. Saya tetap nak mengubah habit saya yang tak mau amik pusing pasal harga.  

Saya ni jenis yang setia pada brand.  Kalau dah satu brand tu saya suka, nak tukar ke brand lain memang susah.  Saya takmau sekiranya saya tukar, ia akan menyusahkan saya kelak.  Tapi tak bermakna saya tak tukar langsung.  Cuma dah guna / pakai / makan / minum banyak kali baru saya rasa nak cuba brand lain.  Kerana itu lah, saya tak kisah harga dia berapa. Yang penting saya suka kat brand tu. eh eh macam statement orang kaya lagi.. tak laa... tengok jugak la harga dia tu dan mesti la reasonable.  kalau dah tak mampu, buat la cara tak mampu.. huk huk. 

Sebagai contohnya barang yang saya baru tershopping online iaitu breast milk storage.  

Little Whiz

Kalau saya buat kira2 dari mula saya ber EBM, dah berapa saya laburkan untuk beli milk storage.  Masa anak pertama, saya gunakan yang boleh guna semula iaitu jenis botol.  sebab EBM tak banyak pun dan tak memenuhkan ruang peti ais saya.  Tapi bila anak kedua ni, semangat nak ber EBM ni melambung2 lak.  Maka ia telah menyebabkan saya tak masak di rumah.  haha.. best tak alasan. betul la tu.  Bila peti ais penuh, saya tak boleh simpan barang basah macam ayam ke ikan ke.  Yang ada dalam peti ais adalah susu badan.  Jadi saya telah menukar milk storage kepada jenis pakai buang.  



Dulu saya pakai brand Jinggle Jungle dan Autumz je. Tapi sejak nak berkira2 ni, saya terus bertukar kepada brand Bubbles yang murah seringgit dari Autumz.  Seringgit ni kalau kumpul tiap2 hari, boleh beli handbag... ehh!!... 

Ok la jugak brand ni walaupun plastik dia tak keras macam dua brand kesukaan saya tu.. Yang penting BPA free dan sesuai untuk penyimpanan susu badan.  

Teknik baring untuk effect susu banyak..huhu. padahal 5oz je tu.

Notakaki: Sejak era GST ni sume orang tiba2 alert nak tengok resit.  Resit Resit Resit... hmmm

1 comment:

  1. harus seringgit pun harus ambil kira...lagi-lagi zaman cost of living tinggi ni kan?

    ReplyDelete