Thursday, 16 April 2015

Siapa masih percaya kalau uban tumbuh maknanya orang tu kuat merajuk??

Salam...

Siapa masih percaya kalau uban tumbuh maknanya orang tu kuat merajuk??

- Saya-

Kepercayaan ni memang dah tertanam dalam diri sejak kecik lagi.  Alaaaa mesti korang pernah dengar kepercayaan2 lain yang lebih kurang macam uban ni. 

Jangan duduk atas bantal, kalau tak nanti tumbuh bisul

Jangan bersiul, nanti ular masuk rumah

Kalau main sampai waktu maghrib, nanti kena sorok ngan hantu kopek... - ini paling takutt-

hmmm banyak lagi la kalau nak senarai kat sini.

Ok, berbalik pada cerita uban,  waktu tu saya nak sikat rambut dan tetiba mata saya tertancap dengan efek kilauan di celah kehitaman rambut. (wahhhhhhhh)

UBAN!!!!

Walaupun sehelai, ia tetap mengganggu emosi ku ketika iteww... Terus dalam hati terdetik, ehhh aku kuat merajuk ke??? - otak separa sedar mengawal situasi

Tiba2 otak beralih kepada realiti...

Apa kaitan UBAN dengan kuat merajuk?? 

- takde kena mengena pun-

Menurut sumber yang saya baca ni, 'Uban Di Usia Muda'

Uban tiada kaitan dengan penuaan.  Dengan kata lain, uban tak semestinya hanya tumbuh bila dah tua.  Jadi seawal usia remaja pun tak mustahil ada uban.

Warna hitam rambut itu bergantung kepada melanin yang dihasilkan oleh badan

Kalau tumbuh uban bila dah tua Tua- 
Bila dah berusia, melanin kurang dihasilkan, maka rambut kian memutih

Kalau Muda-Muda dah ada uban -
Adalah disebabkan oleh kekurangan zat besi dan zink atau kesan pengambilan ubat2an tertentu.

Kesan pemakanan yang tidak seimbang bukan saja mengakibatkan uban tumbuh tetapi mengganggu kesihatan tubuh badan kita juga..

Faktor tak boleh elak: 
Adakalanya disebabkan oleh faktor genetik iaitu diwarisi dari ibu atau bapa. :(

Kesimpulaanya, merajuk ke, mengada ke, takkan buat uban tumbuh.. moh kita merajuk ramai2... hahaha...

Bad News: Tiada bukti kukuh dalam kaedah tradisional boleh menghentikan uban.(bukan saya yang cakap... prof tu yang cakap... sila baca link tu sampai habis... ) 

Sila pakai inai untuk tutup uban. - ini saya yang tambah sendiri...

Cara untuk atasi uban: Hanya pencegahan mampu dilakukan dengan mengamalkan cara hidup sihat....


Notakaki: Pemakanan yang seimbang bermula dari rumah.  Galakan ahli keluarga kita makan betul.

4 comments:

  1. SA ni ha umur baru 37 tp mmg dh ada uban..selalunya pemakanan dan jugak penggunaan shampoo yg bertukar2....sbb tu la ada uban...zat2 pun penting jugak kan...

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama laa... ni baru selai dua tumbuh dah susah ati. Orang kata, kalau kita cabut akan sebabkan uban lagi banyak tumbuh. so biar dia gugur sendiri..huhu

      Delete
  2. biasa dgr kalau uban tumbuh tu..bnyak pikir...hihi

    ReplyDelete
    Replies
    1. lagi banyak masalah, lagi banyak fikir, lagi banyak uban... huhu.

      Delete