Salam...
Tajuk yang macam berat sikit... tapi kita cuba santaikan ye.
Apa nak buat kalau tiba2 termengandung? ehh jap jap... ni mengandung yang dah kawin tau.. maksudnya tak plan untuk mengandung dalam masa terdekat sebab anak masih kecik tapi tiba termengandung.
So, apa nak buat?? Emosi macam mana nak kita zahirkan? Bersyukur tu memang kena bersyukur sebab setiap anak tu ada rezeki yang Allah nak bagi. Tapi hati sangat berbelah bagi kerana kesian kan anak yang sedia ada sebab masih kecil.. setahun pun belum...
Mesti dalam fikiran terfikir,
Tak sempat nak bermanja dah ada adikMacam mana nak teruskan misi 2 tahun breastfeedingLarat ke aku nanti nak handle 2 anak kecik dalam 1 masaMampu ke badan ni menerima tekanan. Lagi la kelahiran dulu czer yang sepatutnya minimum 2 tahun jarakMesti orang bahankan aku "kata aku gelojoh"Boleh ke boss/majikan terima berita ni. mengandung bermakna cuti 3bulan apabila bersalin nanti. huhuBoleh ke boss sabar kalau tiap2 bulan kena pegi checkup... (sebab guna waktu office)Baru nak kurus dah kembang balikBaru nak relax, dah kena bangun malam balik
So, camne tu... gangguan emosi ni akan memberi kesan pada tubuh badan kita.
Bila dah emo,
mula la tak jaga makan,tak kisah nak makan folic asid,tangguh pegi check up,tak excited nak google pasal barang baby,tak survey nak bersalin kat mana,tak berminat nak tau baby dah berapa minggudan banyak la lagi keluh kesah tuan punya badan.Makin hari perut makin menampakkan diri.Tapi hati tak rela.
Apa yang perlu kita buat ialah, terima la dengan hati yang terbuka. Kita hanya merancang, tapi perancangan Allah lagi tepat. Kita plan nak anak 2 je. Tapi Allah nak bagi 3. so terima laa kan.
Perkara pertama yang perlu kita buat setelah menghadapi huru hara bila tengok result double line tu,
Pegi la jumpa doktor.
luahkan perasaan anda.
tanya macam mana dengan kehamilan mengejut ni.
Selamat ke tidak...
Maklumklaa dah 2 kali perut di potong.
Lagi pulak anak yang ada masih baby
Setahu saya, pemberian susu badan boleh diteruskan walaupun hamil. Cuma kita akan merasa letih sedikit dan kadangkala terasa seperti ada contraction pada bahagian rahim. Selalunya doktor akan syorkan ajar anak untuk minum gunakan botol susu kerana bila hamil, puting akan sangat sensitif dan menyakitkan.
Tak perlu murung. Ini kerana ia akan memberi kesan langsung kepada baby dalam kandungan. tu yang jadi baby tak cukup berat dan menjurus kepada kelahiran pra-matang, Bukan setakat itu sahaja, ia akan memberi kesan dalam pembelajaran anak tu kelak.. tak cerdas la otak dia.. sebabnya mak dia asik stresssssss memanjang. haaa tolong la jangan stress. Tarik nafas...
Ini Danial. Dah nak masuk 4tahun pun umur dia. Sangat manja dan menghiburkan |
Ini Safiyya. Baru 10bulan. Sangat ceria dan berdikari |
Notakaki: Apakah motif entry ini?? Sape yang paham, dia paham. Sape yang tak paham, anggap la ia satu perkongsian biasa.
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete