Friday, 19 June 2015

Misi mencari carseat yang sesuai untuk baby 10bulan

Salam

Masa mengandungkan Safiyya, husband dah sibuk2 tanya nak beli ke tidak carseat untuk baby baru nanti.  Saya cakap la tak perlu sebab carseat masa Danial baby masih ada lagi.  Lagipun nak beli baru membazir je kerana carseat untuk baby bawah 6 bulan pakai sekejap je.  esok dah makin besar dah tak sesuai dah dan baby tu tak mau nye asik baring je. 

carseat jenis ni sesuai untuk baby bawah 6 bulan dan selalunya di pasang menghadap kebelakang
Tapi bila Safiyya makin membesar, dia dah mula rimas sebab asik baring je dan asik pandang belakang.  Mula la buat perangai dan kejap2 je dia duduk dalam carseat tu. Bila dah macam tu, kami pun survey2 la carseat yang sesuai dengan umur dia.  

Untuk baby yang dah makin besar, elok lah beli yang jenis Convertible iaitu yang boleh dibaringkan serta ditegakkan mengikut kesesuaian.  Dalam banyak2 brand tu saya berkenan sangat kat Cosatto Hootle macam gambar bawah ni. Cantik kan..

Sesuai untuk newborn sehingga berat 18kg
Tapi husband berkenan kat Combi Malgott.  Macam2 la dia cakap. Combi ini Combi itu.  Yang tak menahan tu mahal betul Combi yang dia nak tu. RM1500++.  Tapi ada je satu kedai ni jual RM1100 je sebab display set.  hmm dok belagak takmau sebab kononnya bekas orang test2.... (ish ish mentality apakah ini).  Selalunya carseat yang diorang dok display tu tak la teruk pun.  Masih baru dan jarang orang test sampai nak buruk material dia.  So melepas.

Oleh kerana minggu tu dah nak balik kampung, husband terus decide nak beli je apa2 carseat yang sesuai.  Kami pun pegi la kedai Twin Baby kat Balakong.  Pilihan brand tak banyak sangat tapi Combi yang dia nak tu ada jugak.  Setelah turun naik kedai tu ntah berapa kali, tanpa fikir panjang kami pun beli carseat brand GB.  Punya la gabak besar sebab ia sesuai sehingga umur 7tahun.  Tuuu diaaa. Harga pun tak mahal sangat.  So, setuju aje laa. 

Malam tu rasa macam tak boleh tido.  Asik teringatkan carseat yang dibeli petang tadi.  Rasa menyesal sangat.  Nak tahu kenapa?? Sebab besar dan penuh ruang kereta.  tak sesuai langsung untuk kereta biasa.  Myvi saya tu lagi laa... Lagi besor dia dari kereta.  

Esoknya, saya bagitau husband 

"Yanggggg kita pi tukar nak carseat GB tu.  macam tak berkenan pulak sebab besar sangat..." 

Tu laa.  Survey bagai nak rak.  Last2 salah beli dan terpaksa belanja lagi banyak untuk dapatkan carseat yang sesuai.  Nak tahu carseat apa?? Tentu la Combi Malgott tu yang harganya seribu lebih itewww. 

1-0

Notakaki: Sebelum beli elok la survey dulu mana yang ok, mana yang jual murah, tapi kalau terlalu lama fikir dan survey pun tak guna jugak sebab akhirnya tersalah beli dan tersasar dari budget asal.

No comments:

Post a Comment