Friday, 5 June 2015

Stress Penyebab Kanser

Salam

Semalam ada Mini Karnival Kesihatan kat tempat saya bekerja ni.  Ada macam2 pameran mengenai kesihatan,  ada area derma darah, check gigi, dan macam2 lagi. Selain tu diadakan juga ceramah mengenai Pengurusan stress.  Dalam banyak2 ceramah, ini yang saya nak dengar.. Stress agaknyaa saya ni.. huhu

Ceramah tu disampaikan oleh Pegawai Psikologi dari Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan.  Banyak ilmu yang saya dapat.  Dalam dok tergelak2 tu, masuk jugak la dalam kepala otak saya ni.  

Sebelum ni saya fikir stress ni hanya mainan perasaan yang akan datang dan pergi dari fikiran kita.  Rupanya tidak.  Stress ni umpama racun dalam tubuh badan.  ni saya terang ikut fahaman saya la ye.  bila kita biar stress tu menguasai diri, kita akan cenderung untuk bermuram, menunduk, letih, muka mcm orang sakit... ni semua akan menyebabkan sel kanser merebak dengan lebih cepat.  tak reti pulak nak terangkan secara sainstifik, tapi itu la hakikatnya.  

Stress ni punca nya dari sekecil2 perkara terutama sekali terlalu risaukan persepsi orang lain terhadap kita dan apa yang kita lakukan.  Kadang2 tu hal kecik je pun dah boleh stress.  contohnya macam ni.  Stress nak buat kenduri yang mengikut trend.  Sepatutnya ikut kemampuan sendiri.  Nak bagi goodies kecik2 takut orang mengata dan sudahnya menambah belanja..  haihhhh  -STRESS-

Nak menjadi diri sendiri sangat la susah.  Cakap memang senang.  Kun Anta Kun Anta Kun Anta... Tapi Nak Be-your-self tu sangat la susah.  Sedikit sebanyak apa yang kita nak lakukan mesti menjadikan persepsi orang sebagai kayu ukur.  -STRESS-

Pegawai tu cakap, Stress ni ada kategori baik.  Nama dia Eustress. Stress yang baik ni adalah stress yang mendorong untuk terus bekerja. Macam motivasi laa.  Berbeza pula dengan Distress di mana dari stress yang memotivasikan memberi tekanan pula pada kita.  Sudahnya kita tak tido malam, takmau makan dan  risau keterlaluan...  -STRESS-

Ada jugak yang bertanya soalan mengenai isterinya yang kuat membebel.  Macam tak heran hujan ke hari panas ke, bebel je hobi dia. 

Ni pegawai tu punya jawapan.  Lelaki dalam satu hari ada kuota 13,000 patah perkataan je.  Nampak macam banyak tapi sebenarnya sikit.  Sebab tu diorang lebih suka berdiam.  Manakala perempuan ada 70,000 patah perkataan perlu dihabiskan untuk satu hari. 

Hoihhh patutla nak tido pun bebel lagi...  

Apa pun, itu la jawapan untuk kaum perempuan mempertahankan diri apabila dikatakan kuat membebel.  ;) huhu.   lagipun membebel adalah satu cara dia berkomunikasi lagi2 yang duduk rumah sorang2.  Laki pegi keje, anak pegi sekolah.  Penat buat keje rumah, anak balik baling beg sekolah, baling stokin.  Laki balik duduk mengadap tv silang kaki sambil baca surat khabar.  Mana tak angin. -STRESS-

Jadi apa cara untuk menguruskan serta mengatasi stress ni??

  • Henti Salahkan Diri sendiri
  • Jadi Lebih TEGAS
  •  Elak jadi TERLALU PERFECT
  • Utamakan diri sendiri
  • Jangan bertangguh
  • Puji diri sendiri
  • Hidup Bersederhana
 *Kun Anta- Be-yourself
Ni saya dapat kat website Collective Evolution.  Ia menguatkan lagi kenapa emosi akan mempengaruhi energy kita.  sila la klik untuk bacaan lanjut.

Credit to: www.collective-evolution.com

Notakaki: STRESS baca entry ni sebab banyak perkataan STRESS.

1 comment: