Thursday, 4 June 2015

Main Lego di Blok Space

Salam

Kecik2 dulu suka sangat main lego.  Dengan lego, kita boleh bina macam2 ikut kreativiti masing2.  Tapi waktu tu lego mahal dan abah tak la mampu nak beli banyak2.  Beli satu basic set dan kongsi dengan adik beradik. 

Tapi sekarang ni lego dah ada macam2 jenis dengan bentuk2 yang menarik.  Dari umur seawal 2 tahun dah mak bapak bagi main lego.  Tapi yang jenis Duplo tu laa.  Alaa yang size dia besar2 tu sebab takut tertelan pulak kalau bagi yang halus2.  Macam anak saya sendiri, papa dia start beli Lego masa umur dia setahun lebih.  Waktu tu apa la yang di paham.  Yang dia tahu, amik lego tu dan baling merata2... haihhhh sabor je. 
Lego Duplo

Ni masa awal2 pembabitan dengan lego...
Sejak dah 3 tahun lebih ni baru la nampak dia semakin minat berimaginasi dengan lego2 tu.  Buat dinosaur la, buat kereta laa, helicopter, fire engine, rumah, mixer, aeroplane... hmm takde la perfect sangat tapi menjadi la jugak bentuk dia tu. huhu..

Karya 'Dinosaur Makan Pokok'
Masa hari minggu baru ni, kami ke Jaya One, PJ.  Kat shopping mall tu ada area yang dipanggil THE SCHOOL.  Kalau tak silap kat situ banyak kedai2 yang menawarkan service pembelajaran untuk kanak2.  Kedai baby, kelas music, tempat main clay (ala2 playdoh tu) dan jugak tempat main LEGO -BLOK SPACE

BLOK SPACE - A Space for Creativity



 Tempatnya sangat selesa untuk kanak2 dan menyediakan pelbagai variasi lego mengikut peringkat umur.  Oleh kerana Danial belum cukup umur, dia diberi jenis Duplo yang agak terhad di situ. 






For info, BLOK SPACE ada banyak cawangan.  Boleh pergi ke website mereka untuk dapatkan maklumat lanjut. 



Notakaki: Kalau parents nak pegi shopping, boleh tinggal anak anda kat sini sekejap.  Tak pun transit selepas sekolah ke... Tapi pastikan umur yang dah boleh jaga diri laa... kang meraung kat situ, jenuh la pulak. 

No comments:

Post a Comment