Salam
Setiap kali nak beli barang baby (stroller @ carseat) mesti pening kepala nak buat comparison. Selalunya barang yang melibatkan penggunaan yang lasak dan mesti ada ciri2 keselamatan, mesti nak cari yang terbaik. Tapi apapun harganya tu mesti la reasonable jugak. Takde la beli yang mahal2 hanya kerana brand semata.
Masa Danial lahir, stroller untuk dia kami tak payah beli sebab ibu saudara husband bagi hadiah. haaa dah save tu. Tapi bila Danial dah besar, stroller tu tidak lagi relevant untuk dia kerana lebih sesuai untuk baby bawah 1 tahun. Jadi bermula la pencarian stroller untuk Danial.
Faktor yang di ambil kira saya nak beli stroller
1. Mudah dilipat
2. Bila dah lipat, bentuk dia kena la kecik or slim dan juga ringan
3. Selesa
4. Size yang tak terlalu besar. -mudah nak lalu kat ruang sempit
5. Boleh facing muka baby - Tapi kalau anak dah besar, tak kisah sangat
6. Warna yang gelap- kalau kotor tu tak la nampak sangat
7. Tayar mati- Tak perlu isi angin. leceh tau tau. Dah la besor tayar dia
8.Double stroller - ini boleh dipertimbangkan kalau dah tukar kereta (MPV
atau SUV) kalau setakat bawak compact atau sedan - kirim salam saje.
Punya la gigih google nak suit kan ciri2 kat atas tu. Mana yang selesa la, Mana yang in trend la tapi akhirnya bulan puasa tahun 2013 kami terbeli stroller Combi Quickids dengan tidak sengaja. Itu pun gara2 penat sangat masa bershopping baju raya sambil nak mengawal budak kecik yang tengah aktif. Mujur la stroller ni sangat menepati keperluan kami sebab rekabentuknya yang slim, ringan dan mudah dikendalikan. Kena pulak dengan keta yang comel itu kerana tak makan ruang.
Credit pic : Chicbabes |
Ini la rupanya Combi Quickids tu.
Sangat la ringkas tetapi masih mementingkan ciri keselamatan dan selesa untuk kanak2 berusia 1 tahun ke atas.
Seat dia tak boleh dibaringkan jadi bagi saya tak sesuai untuk bayi bawah 1 tahun.
Kalau ikutkan standard Combi, Quickids ni untuk 6bulan -3tahun
Tapi ikut standard saya, hehe- 6 bulan tu macam tak kuat lagi untuk biar duduk lama2. sekali sekala mesti baby nak tidur.
Antara ciri2 yang ada pada Combi Quickids ialah;
1. Seat dia tu sangat la ventilated. Jadi takde la anak anda panas kerana ada ruang aliran udara
2. Rekaan tempat duduk yang selesa dan tidak menyebabkan kanak2 mengelungsur ke bawah
3. Backrest tu boleh dilaras mengikut keselesaan dari 120° ke 135°
4. Mudah dilipat - hayun kan sahaja kedepan, terus terlipat... begitu juga kalau nak buka. - hayun kan je, terus terbukak (tolong la bayangkan... huhu)
5. Tersangat la slim, ringan (4kg) dan compact. Boleh di sandang macam beg.
6. Canopy akan melindungi anak anda dari sinaran ultraviolet sehingga 95%.
7. Pemegang yang tinggi, sesuai untuk ibu bapa yang tinggi
8. Tali pinggang keselamatan ada 5 point yang digabung bersama. Sangat kemas bila dipakai dan bila nak bukak, hanya tekan 1 butang je.
9. Ada ciri penyerap hentakan- kalau terlanggar sesuatu di bahagian hadapan, takde la anak kita tu tersentak sangat.
Hingga kini stroller tu masih digunakan. sangat tahan lasak. kira berbaloi2 la beli. Harga masa beli kalau tak silap RM690++
Masa ni baru 2 tahun lebih |
Macam ni la kami... ke mana2 dengan 2 stroller |
Pegi berlari pun berstroller jugak... huhu |
Notakaki: sebenarnya ada terbeli (asik terbeli je) satu stroller jenama First Year yang baru guna 2 kali. sebab terbeli ialah kami terlupa bawak stroller masa pegi KLCC. sebab penat sangat maka beli la satu yang reka bentuknya sama macam Combi Quickids. - cuma berat sikit dan ciri yang berbeza.
Ada orang nak beli preloved stroller tak??? kalau nak, saya nak jual WA- 0123551277 -Batu 9 Cheras
No comments:
Post a Comment