Salam
Isu carseat ni dah lama dah kat Malaysia. Macam2 keluhan yang diterima dari ibu bapa mengenai carseat untuk anak2 mereka. Ingat tak dulu penguatkuasaan pemakaian tali pinggang belakang. Itu pun orang mengeluh jugak. Ntah laa. Apa benda yang kita tak mengeluh. Semua benda nak keluh kesah.
Ni hal carseat pulak. Mahal la, leceh la, anak taknak duduk la... macam2 alasan kita bagi. Tapi sampai bila hal ini nak berlarutan. Saya sendiri hadapi masalah kerana anak saya yang kecik ni kekadang meragam tak mau duduk dalam carseat dia. Tapi memang kena paksa. Kejap angkat kejap letak. Semua ni nak bagi dia biasa duduk dalam tu. Macam abang dia, Danial saya dah lega sebab dia memang dah suka duduk kat situ dan tahu je itu kerusi dia. Skang ni tugas saya untuk melatih si Safiyya ni pulak.. haipppp
Baca ni...
PUTRAJAYA - Penguatkuasaan mewajibkan penggunaan tempat duduk khas untuk
bayi dan kanak-kanak dalam kenderaan mungkin hanya boleh dilaksanakan
pada 2019, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi.
Beliau berkata, kerajaan memerlukan sekurang-kurangnya empat tahun
untuk melaksanakan undang-undang itu kerana tertakluk kepada beberapa
prosedur.
"Ini termasuk proses advokasi kepada masyarakat untuk mendapat maklum
balas mereka dalam tempoh dua tahun, selain dua tahun lagi untuk
percubaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen
Penggunaan Sistem Penahan Kanak-Kanak di kementeriannya di sini, hari
ini.
Beliau berkata, Malaysia sebagai anggota Forum Dunia bagi Pengharmonian
Peraturan-Peraturan Kenderaan (WP29), wajib mengadaptasi peraturan
Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) sebagai penanda aras tahap kualiti
produk automotif yang dipasarkan.
Katanya bermula 1 Januari tahun ini, semua penyedia kenderaan
diwajibkan menyediakan kelengkapan dan kemudahan untuk tempat duduk khas
bayi dan kanak-kanak atau ISOFIX bagi kenderaan yang dihasilkan selepas
tarikh itu.
Beliau berkata, kesedaran tentang keselamatan dalam kalangan ibu bapa
perlu ditingkatkan memandangkan statistik 2013 menunjukkan 53
kanak-kanak dan bayi terlibat dalam kemalangan dan daripada jumlah itu,
31 meninggal dunia.
"Pendaftaran kenderaan baharu turut meningkat kepada 1.5 juta setiap
tahun dan ini penting untuk memberi kesedaran mengenai tempat khas
kanak-kanak untuk dipraktikkan oleh masyarakat kita," katanya.
Ab Aziz juga meminta orang ramai untuk membeli tempat duduk khas yang
diiktiraf dan memenuhi standard antarabangsa ditetapkan walaupun
harganya dalam lingkungan RM600 hingga RM4,000 sebuah.
"Dengan permulaan kempen ini, saya berharap syarikat tempatan akan
dapat menghasilkan tempat duduk kanak-kanak agar dapat dijual dengan
harga yang lebih murah kerana kebanyakan tempat duduk kanak-kanak di
pasaran adalah diimport," katanya.
Terdahulu, Ab Aziz meninjau kenderaan yang dilengkapi dengan ISOFIX di
perkarangan kementerian serta mendengar sesi penerangan berkaitan cara
penggunaan tempat duduk kanak-kanak di dalam kenderaan oleh wakil
Program Penilaian Kereta Baharu Asia Tenggara (Asean NCAP). - Bernama
Jadi apa tunggu lagi. Jangan la anak tu dah 2-3 tahun baru nak soh duduk kat carseat tu. Memang susah la.. kena biasa kan diri mereka seawal mungkin. Lama2 dia biasa la.
Ni baru sebulan lebih. test test letak kat carseat. |
Time ni dah ok dah... tapi payah betul nak pasang tali pinggang. - 5bulan |
Amukan takmo duduk carseat... |
Yang ni tak payah suruh... huhu |
Notakaki: Ni dah nak masuk musim perayaan ni, banyak kedai buat sales utk barang baby termasuk la carseat. Ambil la peluang ni untuk mendapatkan yang terbaik untuk anak2 anda.
No comments:
Post a Comment