Salam...
Dalam blog ni saya langsung tak pernah share tentang cerita beli rumah baru. Tiba2 hari ni rasa macam nak cerita la sikit. Bukan apa, keterujaan nak masuk rumah baru menjadi2 pulak bila dah dapat kunci awal February hari tu. Mula2 tak nak sentuh langsung hal rumah konon2 biarlah rahsia. Tapi kalau dah fikiran asyik memikirkan konsep deko rumah idaman ni, memang takboleh rahsia laa.. huhu.
Dapur
Kenapa orang perempuan kalau nak masuk rumah baru mesti sehabis hati nak buat terbaik utk design dapur. Sebab dapur ni ibarat nyawa orang perempuan especially yang dah kategori mak mak ni. Kat situ la dia akan lebih habiskan masa dia berbanding tempat lain. Begitu la juga kesnya dengan saya ni. Hari2 sembang dengan husband nak dapur camni nak dapur camtu.
Ini yang dia cakap,
tak payah nak 4 tungku sangat. kita beli microwave dengan cerek je.
bukannya masak hari2. beli lauk panaskan pastu masak air
eiiiii kecik besor kecik besor je saya tengok dia..
lepas tu ada hati nak labur kat tv, home theater sume... saya pun counter attack balik...
u nak beli home theater bagai tu semata nak tengok pocoyo, robocar poli, frozen je ke... baru nak relax tengok tv sikit, Danial dah minta favorite cartoon dia... haihhh
Last2 kitorang gelak je... hmmm
ok ok, berbalik pada cerita rumah
Saya masih tercari2 apa konsep rumah baru kami nanti. Oleh kerana rumah kami tu size nya tak besar sangat, jadi konsep minimal sangat sesuai. Kalau boleh biarlah modern design yang simple and elegant tapi nampak selesa untuk kami 4 orang dan yang paling penting deko2nya itu harus mesra budak kecik.
Nanti saya share lagi... Gambar rumah dah ada. tapi tak amik betul2 hari tu. semua pakai phone je. Bila ada gambar yang sesuai saya up kat entry akan datang.
No comments:
Post a Comment