Friday 25 February 2011

Berita Baik....

Rasa macam nak kongsi dengan semua orang berita yang baru saya terima ni... tapi rasanya biar la saya rahsiakan dulu sehingga benar2 semuanya ok dah betul2 confirm... rasa cemas n gembira semua ada... apa pun tungguuuuu..... apa pun tarikh 22 February 2011 akan diingati smpi bila2...

Thursday 17 February 2011

Fesyen Tudung yang inTrend...

Hari ni kita cerita tentang fesyen tudung... Sekarang ni macam2 jenis fesyen tudung ada. Yang ada awning, yang xde awning, yang belit2 yagn selit2. Kira cantik2 la semuanya. Cara pemakaian pun dah semakin mudah dan ringkas tapi jgan singkat udah ler... Bila cerita bab tudung ni, sebenarnya saya baru nak berjinak dengan fesyen2 tudung yang intrend ni. Lagi la sejak kahwin ni, saya telah pun membuat keputusan memakai tudung sepenuhnya. Jadi bila nak ke office tu, saya memerlukan koleksi tudung yagn pelbagai. kalau dulu bila shopping, beli baju or seluar je. tapi sekarang dah kena padan kan dengan tudung pulak. Ok bila cerita bab fesyen tudung ni, hmm rupanye tak semua fesyen sesuai dengan kita... Bentuk muka antara yang memainkan peranan. Muka bulat laa muka lonjong laa pipi tembam laa, cheak bone tinggi laa.. Saya sendiri ada masalah tentang fesyen tudung yang sesuai. So mari kita tgk fesyen2 yang ada.



1. Pertama sekali yang menjadi pencetus fesyen bertudung adalah Wardina Safiyyah... bidang tudung yang besar dan ada yang jenis panjang menjadi ikutan semua pada masa tu. termasuk la saya. Bila tengok dia pakai cantik je... tu yang teringin cuba jenis tudung tu. 1st time cuba masa nak pegi kenduri. Nak tahu apa jadi?? sudahnye susah nak bukak mulut bila makan. belit ketat sangat. haha.. tu laa nak pakai tak reti... last2 susahkan diri.





2. Yang kedua, Tudung Waheda... Ni lebih kurang sama mcam tudung Wardina.. tapi cara ikatan dia lain sikit... (kalau tak silap laa... sebab saya ni kureng sikit bab2 sejarah fesyen tudung ni)



3. Yang ketiga... tudung bawal. nape nama dia bawal ek? saya pun tak tahu. Apa pun tudung ni sangat famous dikalangan student kalau tak salah start tahun 2000... rupanye tudung bawal ni byk gred. Yang paling baik gred A. haa ni mmg lembut giler kain dia smpi nak pakai pun susah. amik masa jugak nak membentuk tudung tu. kalau nak iron pun kena hati2 karang frust pulak sbb beli mahal2 tapi dah berlubang pulak.. yang bestnye tudung ni tetap diminati hingga kini...



4. Fesyen tudung Ekin ni betul2 mengubah trend bagi yang memakai tudung. pemakaian yang mudah serta ringkas. sarung je n tak perlu susah2 nak bentuk. Masa tudung ni mula2 keluar punya la mahal sbb jenama yang ada sangat terhad n terlalu esklusif. So bagi mereka yang suka berniaga mula la mencipta jenama sendiri yang murah sikit dari yang jenama yang famous tu... apa pun penjagaan tetap sama sbb kalau dah kemek, dah tak cantik bila pakai... haa lagi satu, masa keluar tudung ni semua jenis yagn pendek2... skang ni dah ada yang labuh2 n in trend. Mama saya pun suka tudung ni.. katanya 'tak payah susah2 nak gosok'. so saya la penyumbang besar koleksi tudung dia...
5. Ni orang panggil tudung bienda. Fesyen tudung yang cute sangat macam tuan dia... Bagi yang memilih fesyen tudung bienda ni kena la dipadankan baju yang jenis turtle neck. Karang tutup rambut tapi nampak tengkuk n pulak.. tak sesuai gitu.


6. Haa ni fesyen tudung siti masa mula2 dia nak pakai tudung... ok la fesyen ni. nampak sweet je. cuma tak tutup aurat dengan sempurna sbb still nampak rambut n leher. tapi orang sekarang sangat kreatif kerana nak ikut cara idola pakai tudung, sebelum sarung tudung tu, diorang pakai ala2 tudung ekin tu kat dalam. tapi jenis pendek punya... lepas tu baru sarung tudung tu... masa ni, mana2 kiosk or kedai jual tudung sume promote fesyen nih...


7. Yang ni pun fesyen tudung siti jgk... cuma kali ni lebih ranggi sikit sbb ala2 topi. topi n tudung?? hmm sama ke? terpulang la pada nilaian masing2... tapi nak kongsi sikit dengan gambar sebelah tu.. ni pun ada kena mengena ngan tudung siti jgk... Namanye tudung datuk k.. hehehe lucu pulak sbbnya corak hujung tudung tu ala2 misai datuk k.. so sbb nama dia camtu.. huhu...
8. Yang ke-8 nama nya tudung yuna... sebelum yuna pakai, rasanye dah ramai yang pakai... tapi sbb dia celebrity, so orang namakan je tudung yuna sbb senang nak kategorikan. fesyen ni mmg remaja suka sangat. smpi ada yang kata pakai tudung semata2 untuk in dalam fesyen tudung nih.. hmmm apa pun yang penting adalah niat kita iaitu untuk menutup aurat. tapi memang cantik pun n nampak sangat remaja. ada yang siap gantung ala2 diamond lagi... dalam byk2 fesyen, yang ni tak berapa sesuai dengan saya.. rasa muka jadi bulat. hmm orang kata, cuba je nnt lama2 biasa. tapi bila nak cuba pakai je mesti tergelak2 depan cermin sbb muka jadi terlalu pelik.
9. Yang ni pulak fesyen nya sama je mcm yang lain2 tu... tapi yagn membezakan ialah anak tudung yg ada lekuk tu... fesyen ni tak pasti nama apa... tapi perasan yang ustazah fatimah alzahrah ada pakai fesyen nih..
10. Last but not least... ikon fesyen tudung yagn paling top sekarang ni iaitu tudung Aida Khalida... Fesyen tudung dia yang up to date dalam drama lakonan dia tu telah menjadi fenomena pada peminat2 fesyen tudung... kalau tak percaya, tengok la drama2 dia sendiri. n kalau tak percaya lagi, sekarang ni aida khalida or dulu orang kenal dengan nama aida rahim lepas tu aida razwil telah pun melancarkan fesyen tudung nya sendiri.. caya laa....
fuhh banyak sebenarnye lagi fesyen yagn ada yagn saya tak tahu. huhu... sbb saya ni bukan la pandai sangat nak bercakap pasal fesyen n baru je lagi nak berjinak2 jenis2 tudung. kalau tanya tentang sanggul tinggi tu, saya tak tau nak cakap apa... ada yang kata tak boleh n baru2 ni saya ada baca yang sebenarnya tak de salahpun sanggul tu asalkan menutup aurat. yagn salah adalah niat dia yang nak menarik perhatian orang.. ye laa kalau dah rambut panjang... mesti nampak tinggi sikit... apa pun terpulang la pada individu masing2 niat mestilah betul...

nota: Perhatian kepada semua, sekiranya ada terdapat kesalahan dari segi fakta dalam olahan ini, saya mintak maaf lagi sekali saya katakan saya bukan la pengkaji fesyen sekadar pemerhati sahaja.. sekian terima kasih.. kalau ada yagn terkecik hati tu mintak maaf jgk tau... sekian...

Monday 14 February 2011

Kalau pecah awak kena bayar ye!!


alamak... pecah ke tak pecah ni... hmm pernah tak terjadi peristiwa dimana korang ada menjatuhkan atau tak sengaja terjatuh barang2 kat atas rak kat shopping complex? Mesti rasa risau kan kot la pecah barang tu dah kena ganti.. kalau murah xpe. ni mahal pulak tu. ish tak berbaloi. tapi kan selalunya kalau dah kata terjatuh tu maknanye TAK SENGAJA la kan. mana ada orang saje bagi pecah barang2 yang ada kat rak tu. kejadian ni belaku depan mata... ada la sorang perempuan ni, beg dia tersadung mug yang orang kedai tu susun bertingkat2 kat lorong yang sempit. tapi yang tak bestnye orang kat kedai tu jerit2 suruh dia bayar.. lorrr tak perlu kot buat macam tu. cakap elok2 kan bagus. ni smpi 5 orang berkumpul kat situ mcm la dia ni pencuri. buat malu je. hmm kekadang pelik kan dengan perangai orang2 ni. benda kecik je n bisingnye melebih2. situasi yang lebih kurang sama penah jadi kat diri sendiri. ni angkara cashier tak bagi resit merah kat saya bila beli barang. kan sesetengah barang yang kita beli kat shopping complex diorang akan bukak resit... so copy resit tu cashier tak bagi. so nak jadi kan cerita masa nak kuar, ada l security guard ni tuduh kitorang (masa tu saya n adik) curi deodorant... sbbnya xde resit merah kat deodorant tu. haaaa apa kejadahnye dia ni. lagi laa benda tu mcm terselit kat tepi skali.. tu yagn dia ingat kita curi.. ish ish.. dengan konon2 garang dia suruh tunjuk resit merah. saya cakap takde. lepas tu saya bagi la resit panjang.. kat situ mesti la ada semua senarai yang dah dibayar. Dengan perasaan geram, suruh dia pegi tanya kat cashier. n jangan tuduh sebarang. bila difikirkan balik, mungkin dia hanya menjalankan tugas... tapi cara tu tak kena. sbb jatuh air muka gila2 bila orang yang lalu lalang ingat kitorang ni pencuri... ceh. pencuri deodorant.. tak kelas langsung.. huhu.