Monday 30 July 2012

Ekspedisi mencari baju raya...

Salam 10 Ramadan.. amboii kemain lagi tajuk kali ni.. sampai mcm tu skali nak beli baju raya ye. Mana taknye, sabtu lepas konon2 nak pegi SOGO cari baju raya Danial... tapi dah tengah hari baru nak keluar rumah.  Dari Cheras jalan ok je.. tak jem sangat. tapi bila dah sampai KL, tu diaaaa kereta beratur nak masuk jalan TAR.  mula2 tu kami beratur jugaklaa. tapi dah memang jenis tak sabar, terus tukar plan.  Sebabnya dah boleh bayangkan keadaan kat sana dengan ramai2 orang.  Dah la bawak anak kecik n sure Danial akan meragam sebab panas n rimas.

Sudahnya kami ke Shah Alam untuk intai2 baju raya kat sana. Wahhh banyak jgk pilihan kat sini. ehhh lupa nak cakap yang kami pegi Jackel Shah Alam.. Walaupun ramai orang kat situ, tapi masih terkawal lagi.  Mula2 cari baju Melayu Danial dulu... papa pilih cream, saya pulak pilih kuning... last2 beli 2 2... huhu.  Nak sarungkan baju Melayu kat Danial punya la susah sbb dia tak duduk diam.  dan ini la kali pertama dia pakai baju Melayu :) alamakkk tangan labuh sikit n itu la size yang paling kecik. tapi kami amik jgk.. sbb nnt kan dia akan tinggi so lipat sikit apa salahnye.

Lepas tu pilih baju Melayu papa pulak... saya biarkan dia pilih sendiri n saya jaga Danial.. si kecik ni pulak dah start menunjukkan rasa kurang senang sbb lapar.. tgk jam, alamak dah pukul 2 lebih. mesti la lapar.  nak suap bubur nasi (bekal dari rumah) nnt comot2 la kat situ, so saya suap buah kurma kat dia... laju je dia makan... sian anak mama lapar... lepas tu bagi air masak banyak2.  susu?? xde tempat yang sesuai nak susukan dia..  Tunggu dalam kereta ye sayang...

Bila papa dah siap pilih (free sampin lagi) giliran saya pulak pilih baju kurung.  Tahun ni tak boleh beli yang bermanik bagai... sbb bila dah ada anak ni, manik2 tu akan menarik perhatian n boleh mencalarkan kulit dia (bila dukung) maka saya memilih baju yang simple (3 pasang) tapi mengikut tema cream + kuning + hijau... HIJAU?? ha yang ni saya tambah sendiri sebab tak tahan godaan tengok baju cantik2... 
Danial with atok, paklong n abg man...

Note: Masa saya dok sibuk2 pilih baju tu, tetiba Rozita Che Wan muncul kat Jackle... dah tu sumenya asik memandang si cantik ni.... hmm mmg cantik pun... betul2 cantik.

Thursday 26 July 2012

Saya berjanji saya akan lebih bersopan santun...


The Star
Sejak keluarnya artikel di surat khabar mengatakan Kuala Lumpur merupakan antara kota besar yang mempunyai penduduk yang kurang sopan telah menyebabkan ramai orang memberi pendapat mereka sendiri tentang senarai perangai jelik masyarakat kota nih.  Sedar atau tidak sedar, mungkin ada antara kita yang menyumbang kepada peratusan yagn dibuat oleh majalah Reader Digest tersebut.  Biasalah kan.. kadang2 manusia ni mudah lupa, bila kita buat orang kita tak sedar pun tapi bila orang buat kita… amboi2 kemain lagi marahnye.  Contohnya macam tak bagi signal bila nak tukar lane… berlambak yang buat mcm tu. Mungkin antara sedar or tidak sedar…  tapi telah mengundang sumpah seranah orang yang terpaksa break mengejut tu… huhu.   Honestly saya sendiri pun masih belum perfect lagi..  haih...

Bila tengok setiap satu yang tersenarai tu, rasanya mmg berlaku disekeliling kita.  Bila dah jadi habit mmg susah nak ubah. Lagi satu ada yang mmg dah semat dalam kepala ni “nnt orang yang tukang bersih2 tu takde keje pulak”… bila buang sampah keluar dari tingkap kereta… hmmm sape yang terkena tu nasiblaa ye.

Tapi tak semua orang kat KL ni perangai jelik2.. masih ada yang berhati mulia, sopan santun dan memikirkan kesan dan akibat kepada orang lain kalau melakukan perkara yang boleh merosakkan pemandangan.  Contohnya masa saya mengandung dulu, kalau naik lrt, mesti diorang bagi duduk… tak pernah lagi laa yang buat kering je…

Ok laa.. sama2 la kita memperbaiki diri kita agar lebih baik.  Lagi la bulan Ramadan yang mulia nih.. tak rugi pun.. selamat beramal…

Monday 23 July 2012

Ramadan menggamit memori


Dah 3 Ramadan dah pun.  Tapi rasanya tak terlambat nak mengucapkan selamat menyambut bulan Ramadan Al-Mubarak.  Setiap kali datangnya Ramadan, terasa seribu satu macam perasaan.  Apapun saya bersyukur kerana diberi peluang sekali lagi untuk menikmati bulan yang penuh keberkatan ini.   Sesungguhnya bulan ini sesuatu yang berbeza buat diri saya kerana ini lah kali pertama saya menyambut bulan puasa sebagai isteri (tahun lepas masih PJJ) dan mama.  Bila dah ada anak kecil ni, cabarannya sangat berbeza dan bukan hanya mengejut suami untuk bangun sahur kerana kadang2 tu si kecil Danial ni pun akan turut terjaga ketika saya sibuk menyiapkan makanan untuk sahur.  Jadi terpaksa la biarkan suami makan sendirian dan saya sambung menyusukan Danial.  Bagi mereka yang belum merasai pengalaman ini mungkin akan fikir lagi best kalau ada orang sediakan sahur n kita bangun makan je… tapi bila saya sendiri dah alami, sebenarnya pengalaman ni seronok dan mengajar saya agar lebih bersabar (mmg pada asalnya saya ni sgt penyabar… heheh) 
Tu baru cerita sahur, ni kalau time berbuka, hajat dihati mmg nak masak mcm2.  konon2 nak buat kuih sendiri laa... tapi last2 beli je kuih.  Kalau lauk, saya prefer masak kat rumah... tapi kalau dah tak sempat tu maknanya kena beli jgk lor... nasib laa kalau tak kena ngan selera tekak. Sekarang ni pun tengah memahirkan diri untuk memasak ikut selera suami.  Harap dia banyak bersabar la ye sementara isteri dia ni nak tuntut ilmu dari masterchef kat blog list saya nih...
Bila malam pula, terdengar jelas bacaan2 dari imam yang mengerjakan solat sunat terawih dari surau berdekatan.  Haaa bila time terawih ni teringat zaman budak2 dulu yang rajin benar pegi masjid utk terawih (rajin sangat – tangan rapat didada mata keatas).. satunya sebab ramai kawan n keduanya sebab ada makan. Haha. Teruk betul bila ingat2 balik.
Dikesempatan ini juga saya ingin memohon maaf zahir dan batin bagi mereka yang mengenali saya secara peribadi atau pun hanya di alam maya… selamat berpuasa :)

 

Friday 20 July 2012

Perlu ke ada idola?

Selalu dalam hati kita teringin nak jadi orang lain... seronoknya kalau jadi orang yang kita puja or suka tu.  Kita selalu ingat beruntung nye jadi orang cantik/handsome, beruntungnye jadi orang banyak duit, beruntungnye jadi anak orang kaya, beruntungnya kalau kahwin dengan orang kaya... pendek kata, semua yang indah tu kita rasa best... bukan kata orang laa tapi kekadang tu diri sendiri pun terfikir benda yang sama. Lepas tu bila dah muhasabah diri, baru rasa insaf sikit yang kita ni sebenarnya jauh lebih beruntung dari orang lain yang skang ni dok menderita sbb kelaparan akibat perang la kemiskinan la pergaduhan laa... Sebab tu dalam Islam kita kena selalu bersyukur dengan apa yang kita ada skang kerana apa yang kita ada ni, adalah yang terbaik untuk kita. :) 

Berbalik pada topik kat atas tu... idola ni bagus ke tak ek??  Idola kat sini kita refer pada orang tau.  Bagi saya, tak salah pun kita ada idola sbbnya kita boleh jadikan sumber inspirasi. Bukan nak jadi orang tu tapi boleh jadikan panduan untuk menjalani kehidupan seharian.  Idola ni tak perlu orang terkenal n mak pun boleh jadi idola kita.  Tapi apapun saya nak selitkan kat sini blog / page / website / apa je la yang selalu saya terjah... kira kategori favorite laa..

1. Wardina Saffiyah - Sangat memberi inspirasi kepada saya untuk menjadi muslimah yang lebih sejati... 
2. Model-80an - Seronoknya baca coleteh dan perut tetiba keroncong menatap gambar2 masakan
3. Santai Ben Ashaari - Lelaki boleh jaga anak bukan la mitos lagi...
4. Che Mat Gebu - Resepi-resepi yang sangat mengujakan... Kagum ngan orang pandai masak nih...
5. Adorable Eusoff - Saya nak jadi mama yang rajin masak macam dia...
6. Homemade air tangan ibu - Sentiasa beri panduan penyediaan makanan yang sihat untuk baby saya...
7. Miakididdles - Bagi inspirasi untuk teruskan penyusuan badan...
8. Super Dooper Kawaii Mommy & Lil'Ones - EBM EBM EBM EBM (banyaknye EBM)

Sekian... :)

Wednesday 18 July 2012

Semua mahukan yang terbaik

Salam… setiap ibu bapa mesti nak lakukan or berikan yang terbaik untuk anak mereka.  Takde sape pun yang suka tgk anak dia comot2, selekeh2, sakit2… sume nak anak dia sihat, bijak, comel, cerdik.. kan kan. Semua ni kena la dengan usaha dan bukan boleh datang bergolek mcm tu je.  Mungkin bila dah ada anak ni, perasaan menjadi lebih sensitive n lebih peka pada anak saya yang sorang ni.  Contohnya dalam pemberian susu badan.  Sejak mengandung lagi, saya mmg dah berniat akan menyusukan anak saya selama mana yang boleh dan kalau diizinkan sampai umur dia 2 tahun.  Macam saya cerita dalam entri yang lepas, saya ni bukanlah penyimpan mohor besar..ehh penyimpan stok EBM yang terhandal.  Walaupun saya ada makan supplement, tapi jadual pam susu saya tak pernah saya ikut.  Satu sebabnya situasi kerja.  Saya bukanlah 9 – 6 akan berada di ofis kerana faktor kerja memerlukan saya melakukan kerja luar.  (cehh alasan baik sgt…) hmmm tapi bila fikir balik, saya sepatutnya kena ganti masa mengepam tu kalau dah tertinggal..  :(
Hampir 9 bulan saya cuba bertahan memberi susu badan secara eksklusif pada Danial.  Tapi sejak2 akhir2 ni stok susu semakin kurang dan kadang tak cukup ketika di rumah pengasuh.  Kesian Danial… dah kena minum air masak je.  Last2 saya buat keputusan utk mencampur susu formula bagi menampung keperluan susu Danial yang makin kuat minum tu.  Tapi dalam masa yang sama saya berazam untuk mengumpul stok EBM kembali bagi keperluan akan datang. 

Note: Perlukah saya membeli Medela Freestyle bagi menggantikan Medela Mini Elektrik agar lebih rancak pengeluaran?? Shaklee pun dah abis ni… haiiihh boleh dapat duit raya lagi tak?? 

Medela Freestyle

Wednesday 11 July 2012

Ujian Pap Smear

Yeahh saya dah berjaya melakukan pap smear yang pertama... tq BENITA sbb anjurkan program kesihatan mcm ni... Kalau nak pegi sendiri ke klinik, alamat berjanggut laa. Esok pulak ada suntikan HPV dos yang pertama... Ini pun saya nak amik jgk. Kalau nak tahu info HPV ni boleh refer entri yang LALU. Mencegah kan lebih elok dari merawati...
Memang pada awalnye agak seram sejuk nak buat ujian pap smear ni.. tapi sbb nurse2  ramah tamah n sume dah bagi galakkan, saya pun register je laa.. elehh kejap je pun n memang tak sakit.
Kat sini saya share sikit tentang info yang saya dapat mengenai Pap Smear...




APA itu PAP Smear?
- ujian saringan bagi mengesan penyakit serviks (peringkat awal) yang boleh bertukar kepada kanser serviks jika tidak dirawat.

MENGAPA PAP Smear penting kepada saya?
- Kanser serviks merupakan kanser kedua tertinggi di kalangan wanita di Malaysia
- Dapat mengesan peringkat awal sebelum kanser serviks itu terjadi
- Pengesanan dan rawatan awal dapat menyembuhkan penyakit ini sepenuhnya

APA itu Kanser Serviks?
- Adalah keadaan apabila sel-sel di serviks bertindak secara tidak normal dan berkembang menjadi kanser

PERLUKAH saya menjalani PAP Smear?
- YA!!!
- Semua wanita yang pernah melakukan hubungan SEX dan berumur antara 20-65 tahun perlu menjalani ujian PAP Smear

BILAKAH saya boleh menjalani ujian PAP Smear?
- Ujian ini boleh dijalankan pada bila2 masa kecuali pada masa haid dan nifas
- Elakkan hubungan sex dan penggunaan ubat dalam faraj sehari sebelum ujian PAP Smear

BAGAIMANA ujian PAP Smear dilakukan?
- Pemeriksaan dalaman dilakukan menggunakan spekulum atau berus serviks yang dimasukkan ke dalam faraj
- Sel-sel permukaan serviks akan di ambil menggunakan spatula atau berus serviks dan kemudian dihantar ke makmal utk diperiksa

APAKAH keputusan yang mungkin saya perolehi?
- NORMAL
- TIDAK Normal - Jangkitan kuman
                            - Peringkat pra-kanser serviks
                            - Kanser serviks
                            * Jika TIDAK Normal, anda akan dirujuk untuk penyiasatan dan rawatan lanjut

BILAKAH keputusan ujian akan saya perolehi?
- mengambil masa beberapa minggu kerana pihak makmal harus memeriksa dengan teliti
- Keputusan ujian akan dimaklumkan secepat yang mungkin

BERAPA kerap saya perlu Menjalani Ujian PAP Smear?
- 3 tahun sekali

DIMANAKAH saya boleh menjalani ujian PAP Smear?
a. Secara Percuma:
- Klinik kesihatan
- Klinik Desa
- Hospital Kerajaan

b. Dengan bayaran
- Klinik LEMBAGA PENDUDUK dan PEMBANGUNAN KELUARGA NEGARA (LPPKN)
- Klinik Persatuan Perancang Keluarga (FPA)
- Klinik Persatuan Kanser Kebangsaan Malaysia (NCSM)
- Klinik Majlis Kanser Nasional (MAKNA)
- Klinik dan Hospital Swasta

Note: Bagi yang baru lepas melahirkan tu, elok la buat ujian PAP Smear ni... jgn malu n jgn risau... tak sakit pun..

Friday 6 July 2012

Menyusu dan Ramadan

 “Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”.

Salam... kali ni saya nak selit tentang journey penyusuan saya.  Alhamdulillah sehingga kini saya masih bertahan untuk terus menyusukan Danial walaupun kadang2 rasa nak give up je... Bagi sesiapa yang pertama kali mesti akan merasa betapa sakitnya p***** kesan hisapan baby.  Ada orang kata, sakit tu sbb salah cara hisap. Ntah laa. rasanye dah betul dah.. tapi sbb ini merupakan kali pertama, saya agak kekok (tapi sekarang tidak lagi).  Sejak Danial dah tumbuh gigi ni, kerisauan muncul kembali... tapi dia tak gigit.. KECUALI kalau dia tak nak or tak lapar, tapi kita sua jgk, dia akan gigit2 manja. dan bila mama dia jerit, dia ketawa mengekek.  tak kelakar tau sayang.. :)
Ok... berbalik pada tajuk kali ini mengenai menyusu di bulan puasa.  dari awal saya mmg agak risau. salah satu sbb saya bukan lah penyimpan EBM mcm ibu2 yang lain. Semua yang hantar rumah pengasuh adalah stok2 baru.  Saya masih berharap saya mampu mengumpul stok. bukan kata susu sikit, tapi atas sebab disiplin pump susu tu sendiri dan saya tak mulakan dari awal. Buat pengetahuan semua, saya mmg ada mengambil supplement seperti yang hot sekarang Shaklee. tetapi disiplin dalam mengepam susu juga penting ye. :P
Kat sini saya nak share sikit apa yang saya dapat dari DuniaSusuIbu
  1. Perbaharui niat untuk menyusui anak kerana Allah.  YAKIN Allah yang beri susu. Bukan susu untuk ibu menyusu jenama ABC, XYZ atau sebarang produk lain.
  2. Berdoa : “Ya Allah, aku ingin menyusu anakku kerana suruhanMu. Bantulah aku Ya Allah agar dapat menunaikan ibadah puasa di bulan Ramadhan. Bantulah aku untuk bersabar dan mudahkanlah aku menyusu anakku”.
  3. Menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur. Nabi saw bersabda: “Umatku tetap berada di dalam kebaikan, selama mana mereka menyegerakan berbuka puasa dan melewatkan makan sahur”
  4. Fokus pada KUALITI bukan KUANTITI.
  5. Berbuka puasa dan bersahur dengan makanan seimbang yang kaya dengan protein, glukos dan cecair.
  6. Makan banyak kurma.
  7. Minum cukup cecair. Elakkan minuman berkafein dan minuman gas.
  8. Makan makanan berkarbohidrat dan kaya dengan serat.
  9. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran.
  10. Pastikan teknik penyusuan yang betul, kerapkan menyusui bayi.
  11. Pastikan teknik mengepam dan menggunakan pam yang betul.
  12. Lebihkan sesi menyusu secara terus dan mengepam pada waktu malam. Pam dan menyusu terus secara serentak.
  13. Pam susu sebelum sahur.
  14. Sediakan kurma dan botol air di dalam beg tangan. Mungkin anda akan mengalami kesesakan jalan raya dan terpaksa berbuka puasa di dalam kenderaan. Setibanya di rumah, pastikan anda berbuka puasa dahulu sebelum menyusu bayi anda (jika keadaan mengizinkan).
  15. Sediakan lebih stok perahan susu ibu (EBM) sebagai persediaan menghadapi Ramadhan.
  16. Ambil milk booster jika perlu.
  17. Elakkan terlalu penat.
  18. Jauhi stress dengan sentiasa berfikiran positif dan sentiasa ceria
  19. Berjumpa dengan mereka yang pakar dalam bidang penyusuan sekiranya menghadapi masalah.

Saya nak pergi... tapi ada hal pulak.. :(

Thursday 5 July 2012

Saya takut nak kahwin sebab saya tak pandai masak

Boleh mcm tu?? Masa saya kecik2 dulu, memasak adalah perkara yang saya tak pernah fikir saya kena lakukan bila besar nnt.  bagi saya memasak adalah satu tugas yang susah dan tak menarik.  Jarang la saya tolong mama saya masak, kecuali jadi tukang kupas bawang, kopek udang, basuh ayam, siang ikan dan lain2 yang melibatkan penyediaan bahan memasak.. Jadi apa yang mama saya masak saya makan... Kalau orang lain kata tak sedap, saya tetap kata sedap.  Sebab tu orang kata masakan yang paling best adalah masakan mak kita.  Bila saya fikir2 balik, mmg laa sbbnya dari kecik kita hanya mengenali masakan mak kita je.  Masak yang ringkas ke, kurang garam ke, tawar ke, sume nya sedap bagi kita. Tapi ada tak orang kata masakan mak dia tak best... ntahlaa... Sampai ati orang tu.. Sedangkan kalau family sendiri kritik apa yang mak saya masak, mesti saya pun terasa ati. Penat2 orang masak, lagi nak kritik2..Sedih u...
Bila dah kahwin ni n dah ada anak, tugas memasak bukan lagi asing bagi saya.  Walaupun saya tak mahir dalam semua jenis masakan, saya tetap lakukan tugas memasak tu.  Tak harapkan pujian pun tapi jangan kritik ye... :P Dalam masa yang sama, saya memang nak sangat anak saya kenali air tangan saya. Dari dia umur 6 bulan lagi saya cuba elakkan makanan yang segera yang dijual kat pasaran.. Macam2 jenis ada.. cakap je nak perisa apa. .. Walaupun terpaksa bertungkus lumus menyediakan stok makanan dia, saya tak kisah... janji semua air tangan saya. Sekarang ni pun aktiviti buat puree untuk Danial dah jadi menyeronokan dah macam main masak2 pulak.  Semoga satu hari nanti Danial pun akan cakap mama dia masak yang paling best or sedap... atleast!!

Jeng jeng jeng

ishh tingginya laci nih...

Kat sini pun xsampai jgak...

Wednesday 4 July 2012

Kau tinggi... mesti boleh main bola jaring.

Salam... tajuk kat atas tu adalah statement dari sorang kawan kat ofis... lucu pulak dia cakap mcm tu. Sebenor benornye saya langsung tak pandai main bola jaring. alkisahnya dia mengajak saya join team BERNAMA untuk perlawanan bola jaring antara Media.  Saya cakap la saya tak pandai main.. "alaa takpe.. jadi simpanan pun boleh..." haha... (Dalam hati - kalau dah main tu mesti nak ajak husband tgk... nnt kalau orang tanya "mana satu wife?" Husband pun jawab "yang simpanan tu...." ish ish ish) 
Bila cerita tentang sukan ni kan, semenjak dari zaman sekolah saya ni bukanlah seorang kaki sukan or atlit (sedap sikit bunyinya).  Dari sekolah rendah sampai ke sekolah menengah kalau hari sukan saya la orang yang paling stress sebab nak tak nak kena buat ujian saringan 100m la 200m laa... dah tentu saya antara orang yang paling akhir sampai ke garisan penamat.  huhu. Tapi masa tingkatan 4 dan 5 (sekolah Teknik Lebuh Cator Ipoh) saya mewakili sekolah dalam pertandingan bola baling.. haa surprise kan. itu pun bahagian pertahanan.. mentang2 badan saya besar kononnye boleh takutkan pihak lawan...tapi besar pun kalau takut bola mesti bolos jugak.. dan tak banyak pun kenangan saya tentang sukan ni... 
Sekarang ni pun dekat TV kalau ada siaran sukan, mesti saya cuba elakkan. haa EURO pun dah abis.. lega rasanya. Kalau tak, husband asik2 bukak channel 800++ takde peluang nak tgk siaran lain. tapi kalau xde bola, ada F1 laa pulak.. dia suka lasing lasing (baca gaya apek). Tapi seingat saya, sejak dah kembali bekerja selepas 90 hari cuti berpantang, saya dah lama tak mengadap TV. tak sempat pun nak tgk... apa nak buat, dah terikat kontrak jadi super mommy... 24/7 xde cuti xde mc... keje keje keje... 

Nak tahu sejarah bola jaring?? sila ke blog Falahiah