Thursday 4 August 2016

Habis sudah raya sebulan

Salam....

Semalam dengan rasminya Syawal melabuhkan tirainya yang rata2nya disambut oleh kita semua selama sebulan.  Kalau sendiri tak buat open house, dah tentu2 kita jadi tetamu jemputan ke rumah orang lain.  

Sampai kena list down sebab takmau hampa kan orang yang menjemput.   (aku ler tue... huhu)
Tapi semua benda ada limit.  Ada juga yang terpaksa ditolak sebab faktor jarak dan masa.

Raya tahun ni pulak merupakan kali pertama kami tinggal di rumah baru.  Jadi ramai la yg dah cuit2 tanya 

'Bila nak buat open house?
'Bila nak housewarming party?'...

Maka dengan itu, bermula la sesi berwhatsapp antara suami isteri. Nak plan majlis makan2 kat rumah kami... 

Mesti ada yang heran kenapa sampai kena whatsapp. Cakap terus kat rumah kan senang.  
Kat rumah ada 3orang yang jadi perantara.  Baru nak bukak mulut, si abang menyampuk tanya itu ini.  


Sebagai mama yg mendengar suara hati anak2, cewahhhhh.... kena la layan pertanyaan si anak ni dulu. 
Soalan dia mudah je. Tapi nak menjawab tu kena fikir lama.  


Mama, kenapa shawqi tak besar lagi?
Mama, kenapa safiyya ni garang?
Mama, kenapa kita tak duduk rumah lama kita dah?
Mama, nakal tu apa?
Mama, kenapa mama tak masak? €=×£+$&$€=£*#*#
Ok ok... kalau nak taip semua kat sini, mmg xsiap la entry ni... huhu
Walaupun masa merancang yang singkat, berjaya jugak la buat makan2 tu.  Maaf ler kalau ada yang saya kenal kat sini tapi tak dijemput.  sebab nak kata open house sangat pun bukan sebab skala nya kecil2lan sahaja. 

Mr. Food Tester... teruja sebab kat rumah tiba2 banyak makanan

Brownies dan karipap tu order kat geng BSP - sedap woihhh.  Puding tu pulak air tangan kakak ipar. (kenapa laa aku tak bukak penutup dia masa amik gambar?? haihh)

Ni pulak nasi lemak... pun geng bsp jugak... akak ni dah memang berniaga nasi lemak daun pisang.  Jadi kesedapannya memang tak leh nafikan laa... (lupa lagi nak bukak penutup masa amik gambar... huhu)

Bihun soto yang special dari kakak iparku tersayang... sedapnyaaa kak... boleh meniaga dah ni

Di awal2 majlis.. Keadaan masih terkawal dan ada tempat nak duduk... lepas setengah jam, terpaksa buat kawalan lalu lintas... -____-

Ok itu cerita rumah kami,  banyak lagi cerita raya yang nak dikongsikan... tapi saya ringkaskan aje ye.. 

Ni pulak cerita raya BERNAMA... tahun ni masih di Grand Season Hotel.  Berbeza dari tahun terdahulu yang saya datang hanya untuk makan, tapi kali ni kena bertugas untuk menjaga kawasan VIP. 

OOTD baju raya tahun lepas.  psstt psstt ada orang kata saya cepat turun berat badan sejak bersalin anak ketiga ni... Saya sendiri tak perasan keadaan tu, sampai la ada satu hari tu saya ada masa nak belek muka kat cermin... aduhhh cekungnyaa... macam orang sakit.  hmmm sebenarnya kurus sangat ni boleh tarik seri.. jadi jom kita makan.. heheh... 
Seminggu sebelum bulan puasa hari tu, berat saya 66kg... Lepas hampir sebulan beraya berat saya jadi 60.8kg.  Nampaknya makanan raya tak memberi kesan.  ehh ini bukan riak tau.  Saya tak amalkan apa2 ubat kurus... mungkin sebab breastfeed 2 orang anak sekaligus.  #agaknyalaa

Itu laa antara kisah raya tahun ni.  tahun ni tak bergambar sangat.  memori hanya tersimpan diingatan.. cehh.

Notakaki:  Party is over.  Now concentrate  to your work... - ni boss saya cakap.