Thursday 10 March 2011

Bad Hair Day

Dah citer pasal rambut pulak... sbb ni ada kait mengait dengan pregnancy... menurut kawan2 yang ada pengalaman mengandung n melahirkan, diaorang cakap rambut senang sgt gugur... huhhhh risau pulak sbb saya ni dah la jenis senang rambut gugur n bila dicampur denga hormon yang tak menentu skang ni, apa akan jadi pada saya ek?? Sebelum kahwin, saya tak pakai tudung, kesannya rambut tersangat lah kering dan rosak kat hujung rambut... tapi sejak dah pakai tudung ni, kekeringan tu tak la ketara sangat. alhamdulillah... mungkin sbb rambut tak lagi terdedah terus pada matahari. hmm ini la hikmahnye kalau pakai tudung. :) Kalau cakap pasal rawatan syampu pulak, dari yang mahal smpi la jenis yang murah, semua dah try... bila cari2 dalam internet, masalah rambut gugur ni ada kena mengena dengan masalah dalaman.. apa yang kita makan tu penting bagi mengekalkan zat dari hujung rambut smpi la hujung kaki.. so takde kena mengena dengan mahalnye sesuatu syampu tu. tapi... syampu ni menyumbang jgk kepada kesihatan rambut cuma peratusan nya kurang berbanding mengekalkan kesihatan dalaman.. Jadi bykkanlah makan buah-buahan ye.. (pesanan ini untuk diri sendiri jgk...)
P/S: ini baru rock!!

Tuesday 8 March 2011

Tanda2 Awal Kehamilan

Masih ingat lagi entry yang lalu BERITA BAIK... pertama sekali syukur sangat2 kerana disahkan hamil 2 minggu (pada tarikh 22 Febuari 2011). Macam2 perasaan ada masa lepas buat test tu and didapati POSITIF. Walaupun line yang kedua tu agak kabur, tapi saya tak sabar2 nak pegi jumpa doktor untuk dapat pengesahan.

Doktor yang pertama : "Congratulation.. kalau kira dari tarikh hari pertama period terakhir, maknanye dah hamil 32 hari...
Esok nya saya pun pegi la daftar kat klinik panel untuk dapatkan jadual pregnancy check up...

Doktor yang kedua: "Kenapa awak kata awak pregnant?" (saya ni terpinga2 la depan doktor tu).. "terlalu awal untuk sah kan. bulan depan datang lagi baru saya boleh scan..." saya pun tanya balik doktor tu "home pregnancy test ni tak menandakan saya ni positif ke?" lepas tu doktor tu jawab.. "doktor yang semalam tu kata apa?" saya cakap la "positif"... nak tahu doktor yang kedua ni cakap apa? dia cakap "kalau doktor tu kata positif, positif laa.." kurang asam punya doktor.... tak membantu langsung. xplanation dia pun buat kita mcm orang bodoh. kan 1st pregnancy, mana la tau apa2. atleast dia terangkan la betul2 supaya saya paham. ni kita yg confuse balik. kan senang cakap yang masih awal untuk tentukan berapa hari or mgu kandungan so scan boleh buat bila dah 10 minggu ke atas... so buat masa ni, jaga makan jaga diri supaya kandungan ni membesar dengan sihat. (ceh... saya pulak jadi doktor)...

Emosi masa ni semua ada... kejap macam gembira kejap sedih (bila teringat kata2 doktor tu). Tapi apa yang saya lakukan ialah hanya berdoa supaya benih yang terbentuk akan membesar mengikut keadaan yang sepatutnya.

Bila dah masuk mgu ke-6 saya pegi scan tapi klinik yang lain. Nasib baik la doktor ni sangat baik dan sudi nak scan walaupun baru 6 mgu. yang bestnya mmg dah boleh nampak walaupun kecik je... So hilang la segala kegusaran kat hati. doktor ni nasihat senang je.. "jaga makan and jaga diri. jalani kehidupan seperti biasa n tak perlu risau. proses kehamilan adalah sesuatu yang menyeronokkan.. so enjoy jangan stress2..." baru la muka ada senyum...

Bagi mereka yang masih tak pasti akan tanda2 awal kehamilan, saya nak share pengalaman yang saya alami sebelum disahkan positif...
Antara yang ketara:

1. Rasa lapar yang berpanjangan - rasa nak makan je... kejap2 lapar. dah tu makan dengan kuantiti yang banyak pulak tu. Mula rasa tak sedap hati sbb konon2 tengah jaga badan tapi selera mak datuk.....
2. Kerap membuang air kecil - yang ni paling tak best. kejap2 kena pegi toilet sbb asik nak terkucil. nak kata minum banyak pun tak jgk.. macam biasa je kuantiti air tu. lagi la saya ni jenis susah nak minum air. :( bila malam lagi tension sbb minimum mesti 2 kali terjaga sebab nak terkencing
3. Badan rasa tak bermaya - Balik keje mesti baring dulu atas katil. punya la letih rasa badan. kat ofis pun longlai je... ntah apa2 ntah

4. Sakit dan tegang pada buah dada - gejala ni sama macam kalau nak period. rasa tegang la bengkak la...

sumber: 117764-matte-blue-and-white-square-icon-people-things-people-woman21
5. Rasa senak pada ari2 - tanda2 ni berlainan pada setiap orang. ada yang turun darah sikit ada yang rasa senak. tapi apa yang berlaku pada saya ialah keputihan yang terlalu banyak kerana berlaku proses implantasi.

6. Missed period- ini merupakan satu petanda yang paling tepat. pada hari ke-4 haid saya lewat, saya terus beli pregnancy test kat farmasi... saya beli 2... hehee... punya la xcited nak check... pada hari esoknya, bangun je pagi terus rasa nak terkencing n menurut sumber, air kencing pertama pada waktu pagi mempunyai hormon HCG yang paling banyak. so test yang kita buat akan lebih tepat. hormon HCG ni ada dalam badan kita jika kita hamil... so jawapannya..... ada 2 line!!!! huh lama jgk terdiam sbb mcm tak percaya. walaupun agak kabur line tu tapi saya dah happy sgt dah. Rasa mcm nak call husband je pagi tu... (husband kat penang..kitorang ni PJJ)hmm tapi tak jadi sbb nak jumpa doktor dulu untuk pengesahan. lepas tu baru nak bagitau.
Antara tanda lain mcm morning sickness... rasa loya laa pening laa... tapi gejala ni berlainan antara setiap individu. ada yang pagi2 je pening. ada yang petang baru pening. malam nak tido pun pening... so tak sama semua orang.
sekarang ni saya hanya menanti tarikh 1st pregnancy check up iaitu 16 March 2011. harap2 semuanya ok..amin... maklumlah ni kan 1st time mestila risau, takut, happy, hmm semua ada laa... :)


Update : Makanan yang perlu dielakkan di awal kehamilan