Thursday 30 April 2015

Apa benda yang Jauh Bau Bunga, Dekat Bau....

Salam...

Dekat bau apa?? bau............... dot dot dot... kih kih.. jangan marah ek.

Jawapan soalan kat atas tu ialah - Adik beradik

Sape kat sini yang tinggal jauh dari adik beradik dia? cer angkat tangan.  

Kalau yang tinggal jauh dari adik beradik tu, mesti setuju dengan penyataan nih;.  

Jauh bau bunga, dekat bau dot dot dot

Bila depan mata, asik nak bertekak je.  Tapi kalau jauh, boleh pulak rasa rindu. hik hik... malu.


Notakaki: pbbbttthhhhh :P

Berjaya pegi Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur 2015

Salam

Tiap2 tahun mesti ada pesta buku KL yang buat kat PWTC tu dan saya mesti nak ambil peluang ni untuk jejak kaki kat sana.  Paling best sebab tempat saya kerja ni akan buat rombongan pegi ke sana untuk separuh hari.  Jadi tak perlu la saya pegi pada hari minggu yang tentunya ramai orang... uhhhh tak tahan nak bersesak.  Hari biasa pun penuh giler orang. 
 
Kredit gambar: Facebook Infolib

Tahun ni tak target nak beli banyak sangat.  Sebabnya buku yang beli tahun lepas pun ada yang tak abis baca lagi.  haihhh kata nak jadi ulat buku.  Tapi rupanya buku tu yang berulat.. huhu. 

Jadi kena tukar hobi dari suka baca buku kepada suka beli buku.  
-______-


Tak banyak kan?
Notakaki: Tak sabar nak baca #DIAGNOSIS2

Wednesday 29 April 2015

Tuesday 28 April 2015

Sejak ada orang ketiga

Salam...


Ni la orang ketiga tu...

Sejak ada Fiyya, masa dengan Danial menjadi sangat terhad.  

Sejak ada anak kedua, semua hal Danial, papa dia yang buat

Sejak Danial ada adik, terpaksa dia tido sendiri sebab mama dia kena tido kan Fiyya dulu

Sejak ada 2 anak, malam2 ku sangat bz

Sejak kasih terbagi 2,  kehidupan semakin meriah

Sejak beranak 2, seronoknya hari2 ku

Sejak dari tarikh itu, aku lah emak beranak 2... 

ok stop stop


Sebenarnya nak cerita tentang azam baru ni.  Azam tak mahu pinggirkan sape2. Azam tak mahu sape2 terasa.  Jadi saya akan cuba sedaya upaya untuk melayan kedua2 anak serentak selagi mampu. Mama saya cakap, anak umur macam ni memang la penat sikit tapi kena la buat juga. Layannn...




Notakaki: Kenalkan Danial dengan aktiviti baru. Main dengan water color.  Ni asyik tengok TV je... :(



Monday 27 April 2015

MSMW 2015 Twitterthon Fun Run

Salam...

Sabtu lepas 25th May 2015, Saya dan suami join la Twitterthon yang dianjurkan oleh Malaysia Social Media Week (MSMW 2015).  Oleh kerana acara itu merupakan fun run, kami pun angkut sekali 2 budak kecik.  Tapi pakai stroller la.  Dibuatnya Danial tak larat, jenuh nak dukung pulak. Walaupun 5km orang yang dah lama tak lari ni, agak kesemputan la jugak.  


Saya cerita sikit tentang Twitterthon ni,

Ni route map dia

Dekat je dengan Palace of Justice Putrajaya

Ada 5 check point semuanya dan setiap kali sampai kat situ, peserta dikehendaki tweet gambar berserta hashtag yang ditetapkan..  Memang menarik la konsep diorang ni sambil lari sambil tweet.  Nama pun fun run, so takde stress nak dapat no 1. Antara hashtag yang masih saya ingat

#petronasprimax
#petronasbrand
#ilovehrdf
#maybankshoefie
#myteksi
#grabcar
#malaysiaairport
#lhdn
#utusantweetNgo

Seperti biasa, semua peserta yang menyudahkan larian akan mendapat sijil dan finisher medal.  Selain tu, peserta berpeluang mendapat free gift dari sponsor pagi tu dengan syarat tunjukkan bukti setiap tweet dan hashtag di twitter masing2. hmmmm yang tak bestnya, nape la free gift tu sikit sangat.  kesian yang belakang2 ni dapat topi je.  oklaaa dari takde kan.

Meh layan gambar2 kami...

Persediaan sebelum tidur
 
Sampai sini ngam2 pukul 7... dah cerah dah pun. huhu
Yeayyy berjaya habiskan larian
      
Lari bawak stroller

#maybankshoefie - Dengan setiap tweet, Maybank akan sumbangkan sepasang kasut kepada mereka yang memerlukan

Pagi yang mendamaikan.. lari tepi tasik

#jumpshot jump and snap #petronasbrand #petronasprimax

#utusantweetNgo
@myteksi #grabcar

#malaysiaairport

Baru lepas conteng muka

Nak panjat...

Dah lama tak amik gambar macam ni... :)

Pose sebelum balik
Kami di sosial media




Notakaki: Harap boleh join lagi event macam ni tahun depan dan besar juga harapan dapat goodies yang best2 dari sponsor2 MSMW yang best2 itewww...

Friday 24 April 2015

Susu Badan: Adakah ia sesuatu yang memalukan

Salam...

Susu badan atau susu ibu. Kenapa ia sangat taboo untuk sesetengah mereka di luar sana.  Ada juga dari kalangan mereka yang merasa geli bila melihat gambar susu badan yang dikongsi di laman sosial. 

Antara caption yang sangat biasa kita lihat

Phewwww.. Hasil production untuk hari ni yang meriah

Baru selesai mengepam

Saya sudah (pam). anda bila lagi

Membuak2 pulak hari ni... (sambil selit gambar ESP....) ehh!!

Saya tak pasti sejauh mana kata2 di atas ni mengganggu ketenteraman awam apabila ia lalu di timeline facebook mereka. 

Sebelum tu saya nyatakan pendirian saya dulu.

1. Saya menyokong penuh penyusuan susu ibu kepada baby secara exclusive sehingga umurnya 6 bulan
2. Saya menyokong penyusuan susu ibu di tempat awam - such as shopping complex, lake garden, restoran.  as long as si ibu menggunakan nursing cover. 
3. Saya menyokong pemberian Expressed Breast Milk kepada baby dan ibu tersebut juga layak digelar Exclusive Breastfeeding Mommy- Direct ke EBM ke, selagi ia susu ibu tidak akan mencacatkan niatnya itu
4. Saya menyokong ibu2 yang bekerja yang gigih nak pump susu walaupun hasilnya sendu giteww
4. Saya sangat terharu sekiranya majikan bersikap terbuka dan menyediakan tempat untuk ibu yang bekerja ni pump susu.
5. Saya tak kisah kalau orang cuba mempertikaikan saya memberi hak anak saya iaitu nikmat / khasiat susu ibu 

HAKIKATNYA....

1. Ini bukan bermakna saya bersetuju apabila ada ibu yang terlalu exposed akan susu badannya di laman sosial. Macam dah menunjuk2 pulak susu dia paling banyak kat dunia ni.  Saya lebih setuju kalau cerita susu badan ni di khaskan dalam satu closed group untuk tatapan ibu2 yang sama interest nya... 

2. Kalau kat office, cukup la kalau memberitahu orang sebelah yang kita nak ke 'mother's room' atau store atau apa saja bilik yang tertutup untuk pump susu.  Tak perlu bagitau satu office.  Sebab dah tentu ada staff lelaki yang akan mula terbayang macam2... 

3. Kalau nak menyusu kat public, 
 - sila pakai nursing cover.  
 - sila pakai baju yang nursing friendly supaya tak perlu selak dari bawah...

3.  Kalau ada ibu2 yang mengadu susu dia kering, tak meriah macam orang lain dan atas sebab itu dia ambil keputusan untuk beralih ke susu formula, jangan la herdik or memandang rendah pada mereka.  Kata tak bersungguh untuk pump la, tak jaga makan la, tak paham hukum supply and demand laa.. Terpulangla pada dia nak bagi susu apa pun. Lain la dia mintak nasihat or pandangan dan itu bukan bermakna kita boleh hentam macam2.  kesian kat dia (saya) ...

Bila saya mengetengahkan isu pemikiran si penyusu badan vs pemikiran orang awam (lelaki, perempuan bujang, ibu yang bagi fm atau sesiapa sahaja yang tak berkenan dengan breastmilk ni). saya sama sekali tak bermaksud untuk mengatakan saya menentang mana2 pihak walaupun apa yang dikatakan atau dilakukan oleh mereka itu mengusik perasaan.  Cuma bagi saya, masing2 ada pendapat tersendiri tentang isu susu badan ni.  Pandai2 la nak bawak diri jangan sampai makan diri sebab ada orang sampai hati label ibu yang nak pegi pump susu ni tak tau malu. haihhhh.... 

Benda sama tapi memberi gambaran berbeza.  

perkataan Susu ibu lebih ilmiah dari perkataan susu badan. 

Notakaki:  EBM dah tak meriah ni... huaaaaaaaaa

Thursday 23 April 2015

Unlock the Potential Genius in your child | Enfagrow A+ Malaysia

 
Salam...



8th May 2015 - 11th May 2015 bertempat di KL Convention Center akan di adakan Brain Expo anjuran Enfagrow A+.



Jadi, luangkan masa anda untuk datang beramai2 ke sana nanti.  Kalau ada anak yang berumur 1 tahun - 12 tahun sangat digalakkan.



Lokasi;



Notakaki: Bila la Enfagrow nak buat susu coklat nih...

Wednesday 22 April 2015

Badger Baby Balm - dah bertin-tin saya guna untuk kedua-dua anak

Salam

Ni la Badger Baby Balm yang wajib ada kat rumah sejak ada anak ni.  


Saya guna baby balm ni dari anak saya yang pertama lagi.  Ruam panas ke, ruam lampin ke, dan segala jenis bintit bintat yang tumbuh kat badan anak saya, saya guna baby balm ni.  Sangat berkesan dan selamat digunakan kerana ia adalah organic.  Jadi kalau dia terhisap ke, tertelan ke, tidak akan memudaratkan kesihatan... InshaaAllah...  

Satu balm ni saya guna untuk semua dan tak perlu la beli macam2 jenis krim untuk macam2 jenis ruam.  Kalau kulit dia tercalar pun boleh sapukan baby balm ni.  Baby ni kan kuku dia cepat tumbuh.  Mesti akan tercakar muka sendiri.  Jadi saya hanya perlu sapukan balm ni pada kesan calar tu.  Tak perlu pakai banyak2 hanya sedikit dan sapu sehingga ia meresap ke dalam kulit.  Kesannya, calar akan hilang tanpa meninggalkan parut kecuali kalau ia luka yang dalam. 


Kalau kita pergi kedai baby, banyak je krim organic ni. Macam2 brand ada.  Boleh kata semuanya ok.  Tapi sebab Badger Baby Balm ni, saya dah guna banyak kali dan terbukti berkesan, tu yang sampai sekarang tak putus2 beli dan berani recommend kat orang.

Cuma..................... kalau kena gigit nyamuk ke, kena gigit semut ke dia amik masa sikit. 

owhhh yaa Baby Balm Badger ni pun sesuai untuk orang dewasa gak kalau ada gatal2 melanda.. huhu.

Kat mana nak dapatkan???

Kalau nak beli online, sila ke Little Whiz

Kalau nak beli kat kedai, sila ke Isetan (ini je shopping store yang saya tahu ada jual produk jenama Badger ni)


Gentle Stuff for Sensitive Skin.

Organic Baby Skin Care

alt
Now USDA Certified Organic!

Baby Badger says, "Someone's been using my balm, and they've used it all up!" We say, we're not surprised. It's safe, soothing on baby's skin, and it works. A sunny, golden yellow balm with the subtle scent of Chamomile and Calendula. These are very safe herbs, traditionally used to calm and soothe babies, and ideal for baby skin care. This is also an excellent product for people with sensitive skin or with skin conditions. For babies, use it to prevent and soothe the itching associated with diaper rash and cradle cap... can also be used for a soothing baby massage. Organic Baby Balm makes a great gift. A favorite of Badger Bill.
Ingredients: *Extra Virgin Olive Oil, *Golden Yellow Beeswax, *Castor Oil, *Calendula Extract and Essential Oil of *Roman Chamomile.

* = Certified Organic



Notakaki: Tips untuk pemakaian yang berkesan, kena sapu sehingga meresap ke kulit. 


Tuesday 21 April 2015

Beriadah itu free... so pergi la beriadah dengan family anda.

Salam...

Dulu masa bujang atau tepat lagi masa zaman study dulu, beriadah dengan kawan2 adalah sebahagian daripada aktiviti saya kat kampus. Bukan la kata terror sangat bersukan.  Tapi kalau free waktu petang tu, mesti ajak geng pergi jalan petang.  Lagi la kolej kediaman dekat dengan pusat sukan.  Laju je ke sana untuk meregangkan otot2.  

Tapi bila dah kahwin ni, banyak pulak halangan atau lebih tepat lagi ALASAN untuk pergi beriadah.  Pergi bawak anak bermain kat taman permainan tu ada, tapi saya lebih memilih untuk membesarkan b*nt*t duduk di kerusi sambil memerhati suami melayan dak Danial main. 

Minggu lepas, husband ajak pegi jogging pagi2 kat Putrajaya.  Lagipun minggu yang akan datang ni, kami akan sertai fun run #twitterthon.  So sebelum otot2 semua kejang hari larian tu, saya pun setuju aje. Selama hari ni, husband rajin je join benda2 camni.  Tapi saya tak ikut pun.  tak kuasa you... Mimpi apa ntah, kali ni saya beria2 nak join ikut sama.  




Habis je beriadah tu, terus terbayang nasi lemak.... haihhh 

Notakaki: Twitterthon tu 25 April ni.  Nanti saya bagi live update ye...huhu #MSMW2015 #MSMWTwitterthon #PETRONASPrimax


Friday 17 April 2015

Nak bercuti ngan Nora Danish jugak ke???

Salam...

Ni mama saya

Umur dia dah 64 tahun


Ni Dialog antara mama dan adik saya

Farah: Kenapa mama nampak jelita??

Mama: ehh biasalaa.. kite pakai Safi Rania Gold..

  
Selingan sebab skang ni kan ada peraduan bercuti dengan Nora Danish tu..  Meh kita join. senang je nak menang tapi kena berpantun... huh



Notakaki:  Saje usik kot kot mama nak ikut Nora Danish pegi langkawi...

Kena fitnah: kadangkala berpunca dari diri sendiri

Salam....

Hari ni nak cerita tentang sesuatu yang lain sikit.  Pernah tak kita marah atau lebih teruk kita melenting bila menjadi mangsa fitnah.  Tentu la kita marah kan sebab kita di fitnah. Bila kita kata kita di fitnah, tentu la perkara fitnah itu adalah sesuatu yang tidak benar tentang diri kita.  sebab tu kita marah.  Jadi apa punca fitnah??  Ada banyak sebab dan apa yang saya nak share sikit kat sini ialah punca fitnah itu adalah datang dari si mangsa fitnah.

Kenapa saya cakap macam tu.  Sebab nya macam ni.  

Contoh:
 Liza seorang pendiam.  Tapi dia bukan lah terlalu pendiam sampai tak bercakap dengan orang.  Dia hanya bercakap bila perlu dan hanya bercakap dengan orang yang rapat dan biasa dengan dia.  Pernah sekali orang mengambil sesuatu milik dia tanpa kerelaan hati dan dia hanya berserah pada Allah tanpa membalas sedikit pun pada orang yang mengambil tu.  Di tambah pula orang yang mengambil tu menggunakan alasan 'benda' yang dia ambil tu tidak menyukai Liza dan lebih prefer si pengambil bila berurusan.  Kejam kan. Orang sekeliling akan menafsir bahawa si Liza ni seperti tidak tahu buat kerja sehingga hak miliknya memilih orang lain.  Apa yang Liza buat?? Sabar..............Padahal, alasan itu hanya alasan untuk menutup kejahatan si pengambil.  Tak lama lepas tu peristiwa lama berulang kembali. Oleh kerana si pengambil lega sebab Liza langsung tidak mengambil tindakan atau sama sekali membalas dendam, si pengambil gunakan kesempatan untuk mencetus satu perkara baru.  Si pengambil telah menerima satu projek yang agak besar nilainya.  Sebagai seorang yang workaholic, dia sangat komited dalam tugas.  Walaubagaimanapun dalam hati masih ada sangsi terhadap Liza.  Mana mungkin Liza tidak berdendam pada diri dia.  Tapi, Liza masih sama macam dulu, menyendiri melakukan tugas harian tanpa mengganggu kerja orang lain.   Satu hari tercetus satu khabar bahawa Liza cuba merampas projek si pengambil hanya kerana ada salah faham.  Ini kerana Liza pernah menghubungi pihak pengendali event(projek si pengambil) atas tujuan mengetahui tentang perkara lain yang tiada kena mengena dengan tugas sipengambil.  Bila fitnah berleluasa, seperti biasa Liza mendiamkan diri tanpa membersihkan namanya dan langsung tidak membetulkan keadaan.

Nampak tak??? Bila sikap terlalu ambil mudah akan memakan diri sendiri.  Itu la maksud saya punca fitnah ni adakalanya berpunca dari diri sendiri... Lagi satu, si Liza ni sepatutnya berfikir kesan dan akibat bila berurusan dengan orang yang banyak agenda ni.

Pendapat mengatakan "Jika bersuara itu perak, diam itu adalah emas" 

Ye betul.  tetapi ada perkara yang kita tak diamkan sahaja.  Kena betulkan keadaan.  kalau nak diam pun sila bermasyarakat sikit dan jangan sampai orang mengiyakan apa sahaja cerita tak betul mengenai diri dia.  Orang sekeliling tak kenal kita.  Jadi apa sahaja berita tak sedap yang tersebar, akan mudah dipercaya...

Notakaki: Siapa Liza? - Liza bukan kaki gaduh-

Perkataan Pertama Safiyya

Salam

Sejak umur Safiyya 6 bulan lagi, saya dah mula mengajar dia menyebut perkataan;

"Mama"

Boleh kata hari2 saya ajar perkataan yang senang tu.  

"Mama"

 "Mama"

 "Mama"

DAN malam tadi dengan bangganya Safiyya menyebut perkataan;

"Papa"

"Papa"

 "Papa"

 "Papa"

 "Papa"

 "Papa"

 "Papa"

Ini telah buat saya stress.... arghhhhhhh mana mungkin dia sebut papa. Tiba satu perasaan Jealous yang amat melanda diri.  Maka papa dia pun kemain suka sebab anak dia ni panggil dia dulu dari mama dia ni... haihhh

Safiyya,

Daddy's Girl.



Notakaki:  Mujur Danial dulu perkataan pertama dia adalah mama... Kalau semua nak geng papa, tak aci laa.. 

Thursday 16 April 2015

Siapa masih percaya kalau uban tumbuh maknanya orang tu kuat merajuk??

Salam...

Siapa masih percaya kalau uban tumbuh maknanya orang tu kuat merajuk??

- Saya-

Kepercayaan ni memang dah tertanam dalam diri sejak kecik lagi.  Alaaaa mesti korang pernah dengar kepercayaan2 lain yang lebih kurang macam uban ni. 

Jangan duduk atas bantal, kalau tak nanti tumbuh bisul

Jangan bersiul, nanti ular masuk rumah

Kalau main sampai waktu maghrib, nanti kena sorok ngan hantu kopek... - ini paling takutt-

hmmm banyak lagi la kalau nak senarai kat sini.

Ok, berbalik pada cerita uban,  waktu tu saya nak sikat rambut dan tetiba mata saya tertancap dengan efek kilauan di celah kehitaman rambut. (wahhhhhhhh)

UBAN!!!!

Walaupun sehelai, ia tetap mengganggu emosi ku ketika iteww... Terus dalam hati terdetik, ehhh aku kuat merajuk ke??? - otak separa sedar mengawal situasi

Tiba2 otak beralih kepada realiti...

Apa kaitan UBAN dengan kuat merajuk?? 

- takde kena mengena pun-

Menurut sumber yang saya baca ni, 'Uban Di Usia Muda'

Uban tiada kaitan dengan penuaan.  Dengan kata lain, uban tak semestinya hanya tumbuh bila dah tua.  Jadi seawal usia remaja pun tak mustahil ada uban.

Warna hitam rambut itu bergantung kepada melanin yang dihasilkan oleh badan

Kalau tumbuh uban bila dah tua Tua- 
Bila dah berusia, melanin kurang dihasilkan, maka rambut kian memutih

Kalau Muda-Muda dah ada uban -
Adalah disebabkan oleh kekurangan zat besi dan zink atau kesan pengambilan ubat2an tertentu.

Kesan pemakanan yang tidak seimbang bukan saja mengakibatkan uban tumbuh tetapi mengganggu kesihatan tubuh badan kita juga..

Faktor tak boleh elak: 
Adakalanya disebabkan oleh faktor genetik iaitu diwarisi dari ibu atau bapa. :(

Kesimpulaanya, merajuk ke, mengada ke, takkan buat uban tumbuh.. moh kita merajuk ramai2... hahaha...

Bad News: Tiada bukti kukuh dalam kaedah tradisional boleh menghentikan uban.(bukan saya yang cakap... prof tu yang cakap... sila baca link tu sampai habis... ) 

Sila pakai inai untuk tutup uban. - ini saya yang tambah sendiri...

Cara untuk atasi uban: Hanya pencegahan mampu dilakukan dengan mengamalkan cara hidup sihat....


Notakaki: Pemakanan yang seimbang bermula dari rumah.  Galakan ahli keluarga kita makan betul.

Monday 13 April 2015

Macaroni Cheese untuk baby 8bulan

Salam

Hari minggu baru ni kami hanya bersantai2 kat rumah.  5 hari bekerja membuatkan saya manfaatkan cuti hujung minggu dengan sebaik mungkin.  Nama je cuti, tapi tak menang tangan buat keje rumah sambil2 melayan dua orang anak yang sentiasa perlukan perhatian.  Kesempatan yang ada juga membolehkan saya meng 'test' anak saya Safiyya makan pasta.  Nak tgk dia suka ke idak.. Masa abang dia dulu kemain lagi suka.  

Saya gunakan pasta biasa yang size orang dewasa tu.. Sebab apa saya tak guna baby pasta yang size dia comel2 tu adalah kerana pasta ni nanti saya akan blend jugak.  Jadi apa lah maknanya pasta yang berbentuk bintang itu kalau akhirnya hancur jua... 

Macaroni Cheese
Macaroni Cheese untuk baby 8 bulan

Bahan2nya ialah

Pasta - masak sehingga lembut secukupnya

Unsalted Butter

Tepung gandum

Stok Ayam

Puree sayur (saya guna carrot dan broccoli)

Cheddar Cheese  

Mix Herb (Basil & Oregano)


Cara2nya ialah

Cairkan unsalted butter dalam periuk, letak satu sudu tepung.  Kacau sampai jadi macam paste (macam peanut butter tu) - Jangan sampai hangit

Masukkan stok ayam 2-3 ketul* 

Kacau sampai sebati dan masukkan puree

Kalau pekat, masukkan air sikit - jgn terlalu banyak air

Masukkan pasta yang telah direbus tu dan gaul hingga sekata.

Parut sedikit keju Cheddar - agak2 je dan letak sikit je herbs tu.. ni nak menyedapkan bau dia

Bila dah tutup api, biarkan sejuk sekejap.  setelah itu, masukkan dalam blender.  Kalau ada hand blender* lagi bagus sebab boleh blend terus dalam periuk tu. 

Hand Blender

Siap!!! Masukkan dalam bekas kecik2 untuk kadar sekali makan. 

Nak makan nanti panaskan dalam warmer dan letak air panas sikit. Kalau likat sangat kang tercekik budak tu.


Peringatan - Makanan baby yang telah disentuh atau dimakan separuh tidak boleh dipanaskan semula ataupun diulang makan. sebab bakteria mula membiak dan kemungkinan ia basi.  Sebab tu la kita pack2 dalam bekas kecik .

*Stok ayam - Nak tahu cara buat stok ayam sendiri macam dalam gambar ni, sila klik SINI

http://ayumieka.blogspot.com/2015/04/buat-sendiri-chicken-stock-untuk.html


Notakaki:  Lulus makan pasta... ketiga2 bekas dimakan dengan jayanya tanpa ada pembaziran.

Buat sendiri chicken stock untuk penyedap makanan baby

Salam...

Siapa kata baby tak boleh makan sedap?? Walaupun kita tak masukkan garam atau gula atau sebarang perisa tambahan dalam makanan dia, kita nak jugak  bagi dia makan yang sedap2.  Apa yang penting sedap tu biar lah dari rasa semulajadi makanan tersebut.  Contohnya bubur nasi, mesti kita nak variasi kan bubur nasi tu dengan pelbagai perisa dengan menambah sayuran atau daging sebagai penyedap rasa.  Tapi tahan ke setiap pagi nak memotong ayam semata nak buat sup untuk di tambah ke dalam bubur nasi?? Jadi, ada cara senang.  meh sini saya tunjukkan

"Buat sendiri chicken stock anda"

Tiada yang mustahil ye mak mak semua

Ini bahan2 nya


Ayam- 
pilih yang jenis banyak tulang tu

Celery

Leek

Bawang besar - 
kalau boleh guna yang kuning tu... (saya punya dah abis stok, so bawang seperti dalam gambar)

Bawang putih

Halia

Kulit kayu manis

Bunga Lawang

Carrot

Kentang - 
taknak letak pun takpe...

Cara2nya ialah:

Masukkan semua sekali ke dalam periuk dan letak air sehingga hapus semua bahan.  Rebus selama mungkin sehingga isi2 ayam tu tertanggal dari tulang2nya... zat2 ayam tu ada kat tulang tu.  so biar sampai jadi hampas. Selalu saya buat smpi 4-5 jam.  Tapi masa buat yang terbaru ni dalam 3 jam camtu. Sebab dah mengantuk sangat . tak larat nak tunggu. (sebab tu jangan buat malam2. huhu) Kalau air dia nampak surut tu, tambah air sikit.  Bila dah tutup api tu, biar sejuk sekejap.  Lepas tu tapis segala bahan2 dalam tu sebab kita nakkan kuah dia je.  

Cara nak simpan chicken stock yang telah siap direbus

Tuang ke dalam ice cube tray. alaa macam nak buat air batu tu.  Tutup elok2 dan masukkan ke dalam peti sejuk beku.  Bila dah bertukar menjadi ais, transfer ke dalam bekas untuk digunakan dalam masakan harian.  

 
Senang kan?? 

Kacang je.... 

ehh ayam laa.

Notakaki: Banyak kegunaan chicken stock ni... nak tambah dalam bubur nasi boleh, nak buat nasi ayam boleh, nak letak dalam pasta boleh, nak masak ngan oat boleh... Siapa kata baby tak boleh makan sedap???

Saturday 11 April 2015

Apa yang best sangat kat Zalora tu

Salam...

Sebagai peminat setia ZALORA, suka sangat saya nak promote online shop yang memang dah popular kat Malaysia ni.  Bagi yang belum pernah menjenguk Zalora, atau tak terfikir untuk membeli belah di ZALORA dengan alasan fashion2 nya yang tak sesuai dengan kita yang bertudung nih, perlu membuang jauh2 fikiran itu.

Ini kerana ZALORA menyediakan pelbagai pilihan fashion untuk wanita muslimah. 

TAK PERCAYA??

Meh sini saya tunjuk contoh baju2 yang dijual di Zalora.  Sesuai untuk saya yang bertudung dan pastinya sesuai untuk anda juga
 

Jubah rekaan Jovian

Shawl dari Jelitasara

Cantiknyaa shawl Turkuaz

Inner Magic dari Aleena
Blouse dari Jameela Muslimah

Ethnic Chic

Merahnyaa makngah... HiDY

Baju Kurung Jacquard dari HiDY

Darwisya Skirt with Belt dari Ethnic Chic
 
Ini hanya sebahagian kecil je yang saya tunjukkan ni.  Realitinya kat Zalora ada pelbagai jenis pakaian  yang sesuai bagi mereka yang mahu menutup aurat.  Baju kurung pun ada macam2 jenis baju kurung.  sampai rambang mata nak pilih.  Dari segi harga pulak, Zalora menampilkan pilihan harga dari yang rendah sampai la yang mahal.. tengok pada jenis kain dan jenama.  

Apapun, beli baju secara online ni saya tegaskan bukan untuk mereka yang cerewet.  Kalau anda dalam golongan cerewet bila beli baju, shopping online sangat tak digalakkan.  tapi apa salahnya nak cuba sebab Zalora menyediakan perkhidmatan penukaran secara percuma kalau tidak berpuashati dalam tempoh 14 hari dari tarikh pembelian. 

Berita baik untuk anda yang baru pertama kali nak shopping kat ZALORA, saya nak bagi  
Diskaun 15% kat anda-anda semua... hehehe Zalora la bagi... ini untuk mengalu-alukan kedatangan orang baru.. cehhh.  takde pembelian minimum tauuu... maknanya, tak kisah anda shopping berapa RM pun Zalora tetap nak bagi 15%. TAPI hanya untuk pembeli yang baru pertama kali...

TAPI dengan syarat; bila nak CHECKOUT tu sila masukkan kod ni 






meh la ke ZALORA

Notakaki: Tangan dah gatal nak shopping online nih.. huhu...