Tuesday 31 March 2015

Gara-gara GST, orang shopping macam nak sambut raya...

Salam...

Esok nak GST

Semua orang cakap pasal GST

Ada yang POSITIF dan terlalu ramai yang NEGATIF

Saya sendiri tak mahu bercakap mengenai GST

Bukan tak nak ambil tahu

Bahkan saya perlu tahu kerana saya juga akan tidak terlepas menerima penangan GST

Tapi GST buat saya gusar.  Sebab tu tak nak cakap

GST telah buat rakyat Malaysia seperti nak sambut raya...

Penuh shopping complex, penuh hypermarket dengan orang membeli belah... Macam pesta la pulokkk

Itu je nak cakap

huhu

Gambar credit to Siakap Keli

Pertama kali beli jubah dari Imaan Boutique

Salam...

2 perkataan je bagi mewakili perasaan saya apabila memakai jubah dari Imaan Boutique

'Best Sangat'

Sebenarnya saya tak suka pakai jubah. Sebab utama ialah risau pernampakkan bentuk badan.  Lagi la sekarang ni kebanyakkan fesyen jubah semuanya mengikut badan. Lagi haru ternampak garisan2 yang tak sepatutnya di tunjuk kat orang. huhu. Ni saya dengar dari mulut orang lelaki sendiri ye. "Perempuan yang pakai jubah ni boleh buat kami bayang yang bukan2"

Tapi tapi tapi tidak bagi jubah yang saya beli ni kerana ia sangat menepati citarasa saya.  Antara sebab utama ialah

1. Kainnya tak melekap ke badan- Walaupun tak berlapis2, tapi dia cukup tebal untuk tidak menampakkan bayang badan kita. Lagipun kain ni tak melekap ke badan jadi, susuk tubuh tu tak la jelas kelihatan. 
2.Nursing friendly - Sangat sesuai untuk mak mak yang menyusukan anaknya sebab ada butang kat dada.
3. Tiada batu batan yang sarat kat dada - Salah satu criteria saya nak beli baju.  sebab kan dukung anak. kalau penuh manik, batu kelip kelip, kang calar2 pulak dak kecik tu. 
4.  Labuh - Supaya mereka yang kategori tinggi ni tak perlu tercover2 buku lali atau orang panggil kain takde graviti... (tergantung) kihkih
5. Kain sejuk dan berat - Kalau dah sejuk tu mesti la tak panas kan dan paling penting kain dia berat. Orang kata bila kita pakai tu, kain jatuh elok je... 
6. Ada Zip - zip kat mana?? zip kat lengan.  ni memudahkan kita nak selak lengan baju tu. Selak bukan nak gaduh tau. nak amik wuduk laa.. hehe...
7. Warna yang menarik-  Jubah2 kat Imaan Boutique ni sumenya color dia menarik.  Memang 'In' sangat la dengan trend sekarang ni.  Walaupun kosong tapi sangat exclusive.  ehh tapi tak la kosong terus.  Detail kat hujung lengan tu dah buat jubah tu menarik dipandang... 


Cuba untuk OOTD sambil dukung anak... mmg tak jadi keje.. huhu

Selalunya orang mudah terpengaruh dengan baju ke tudung ke yang dijual online hanya kerana kecantikan model yang memperagakan baju atau tudung tu... Bila sampai kat tangan sebenarnya tak la se'cantik' yang kita bayangkan.  Konon2 pakai baju tu boleh cantik macam model tu laa... tapi jubah yang saya beli ni memang cantik di skrin cantik juga realitinya.  Tak tahu la kalau orang lain mempunyai pendapat yang berbeza.  Ye laa kan... citarasa kita bukannya sama. tepuk dada tanya selera...

Imaan Boutiqe tengah buat sales tu.. cepat2 la jenguk kalau teringin nak merasa satu.  huhu..




Facebook : Imaan Boutique
Website: Imaan Boutique
Instagram: Imaan Boutiqe
Twitter: Imaan Boutiqe

Notakaki: Nak beli lagi... yeayyy

Friday 27 March 2015

Danial Gagal Ujian Sepender

Salam...

Tu dah fikir habis panjang dah nak buat tajuk tu.. huhu...

Dalam blog ni, saya tak pernah cerita tentang potty train.  Dalam banyak benda saya nak latih Danial, potty train ni la perkara yang paling saya tak reti.  Hehe.. bukan tak reti tapi tak tahan dengan tekanan yang terpaksa diterima bila anak kencing merata dalam rumah.  Ada orang senang benor dia ajar anak dia supaya 'membuang' di tandas.  Tapi saya ni macam bagi banyak alasan je. haihhhhh  

Sebenarnya takde jalan mudah untuk melatih anak untuk membiasakan diri ke tandas sendiri tanpa terkencing dalam seluar.  Semua tu memerlukan persediaan mental dan fizikal ibu dan bapa.  Terus terang saya cakap kami suami isteri masih tak bersedia dan masalahnya sekarang ni Danial dah 3 tahun lebih dan sepatutnya perbelanjaan untuk diapers boleh dikurangkan.  Kalau hari2 bagi alasan tak bersedia, sampai bila yang nak bersedianya.  

Setiap kali balik kampung, mesti saya kena leter ngan mama sebab tak latih Danial untuk tidak memakai diapers.  Jadi dengan keazaman yang kuat (wahhhhh) kami mulakan pada hari minggu untuk potty train Danial.  Kesudahannya suami saya kena mop lantai berulang2 kali dalam satu hari. huhu... Sambil mop sambil pot pet.  Kesian pulak kat Danial kena leter ngan papa dia.

Mesti uollss semua ada pengalaman macam saya ni kan.. Antara kita sabar ngan tidak je untuk hadapi situasi ni.  Saya ni sampai beli seluar dalam kat dia bagi menaikkan semangat dia untuk menjayakan misi potty train.  Tapi bila dah terkencing baru dia bagi tahu... nak buek camno. panggil laki lorrr...

"Yanggg.... anak u dah terkencing dalam bilik ni..." 



Notakaki: Azam tahun ni: Danial bebas Diapers.. Save duit sikit.. huhu

Sebelum tidur, nak gatal dulu...

Salam...

Hahhh sape pulak yang nak gatal ni??? hehe.. jangan fikir macam2 ye. Gatal itu bermasuk Garu bagi anak saya Danial.  Setiap malam sebelum tido, mesti dia akan panggil saya. Pelan je suara dia

"Mama... nak atai (gatal)..." 

Dah jadi habit pulak setiap kali sebelum tido kena garu2 belakang dia.  Sejak dah ada adik ni, Danial akan tido kat katil bujang dia yang saya letak bersebelahan katil kami.  Jadi dia akan merapatkan badan ke arah katil saya dan meminta untuk digaru.. Saya akan garu sampai la dia tertido.  Zzzzzzzz


Notakaki: Tiba2 teringat masa dia baby dulu... isk isk...

Thursday 26 March 2015

Dah Habis Pantang, Bengkung tu nak buat apa??

Salam...

Sehingga hari ini, sudah lebih kurang 7 bulan saya selesai berpantang bersalin anak kedua.  Walaupun tempoh tu dah habis, masih ada perkara yang saya masih pantang.  Kebanyakkannya ialah pantang makan benda2 tertentu terutama yang menyumbang 'angin' dalam badan.  Tapi tak lah ketat sangat.  Kadang2 tu terlepas jugak sebab dah tak tahan wehhh... Laksa , Kuewtiaw, air kelapa, tolong la jangan muncul dalam ingatan... huhu. Tu baru bab makan.  Gesaan untuk kurus tu sebenarnya takde la sangat.  Tapi kalau tak jaga, mahu badan ni naik tak menahan.  Lepas tu lagi susah nak turun.  Jadi rajin2 la sapu losyen kurus balance pantang ari tu. 

Seperti yang saya pernah cerita dalam entri lepas, saya telah membeli 1 set bengkung jenama Bengkung Mama keluaran Ayusline Sdn Bhd. seperti gambar di bawah ni;

Bengkung Mama
Saya mula menggunakan bengkung selepas 2 minggu bersalin.  Itu pun setelah diyakinkan oleh kawan2 yang bersalin czer di mana boleh je nak pakai bengkung tanpa memudaratkan bekas luka.  Tapi jangan la zap ketat2.  Cukup sekadar mengemaskan bahagian perut kita.  Bagi yang ada perasaan was2 macam saya tu, anda tak perlu risau or takut sebab, bengkung tu akan 'memegang' kemas perut kita yang mengeleber itu.  Nak bersin, nak batuk, tak perlu pangku perut sebab bengkung dah ada. Tahu tak, kawan saya tu balik je dari hospital terus pakai bengkung.  Memang dia tak tunggu lama dah sebab orang yang bersalin czer ni boleh pakai bengkung seawal 1 hari lepas bersalin.  Jadi penting la untuk kita memilih bengkung yang sesuai. Jangan la pilih yang bertali2 tu sebab akan menyukarkan kita kerana terpaksa bergerak banyak dan tertunduk2.  Lagi satu, bagi yang berpantang sendiri memang sesuai la bengkung jenis zap zap ni sebab tak payah mintak tolong orang untuk pakaikan.  

Jadi, apa kekdah nya bengkung yang kita beli tu lepas abis pantang? takkan nak simpan je kan.. dah la beli mahal2. Oleh kerana, cara pemakaiannya amat mudah, tak salah pun kalau kita sekali sekala pakai masa kat rumah.  Kata nak kurus.... Sambil2 buat keje rumah tu, zap kan je kat perut.  sape nak heran. nak pakai ke ofis pun boleh tapi pastikan tak nampak la bentuk bengkung tu... siap ada bau herba lagi. huhu...

Kesimpulannya, Perbelanjaan kita yang banyak tu akan jadi berbaloi2 sebab boleh digunakan lama dan  bukan hanya terhad untuk tempoh berpantang... Berbelanja lah dengan bijak... ewahhh...


Kalau nak tahu lebih detail pasal Bengkung Mama ni boleh ke website mereka  

Notakaki: Nak ramping kena laa usaha... jangan degil macam perut saya nih... haihhh


Tuesday 24 March 2015

Masak Bubur Nasi Baby semudah A B C D E

Salam

Saya masak bubur nasi untuk Safiyya setiap hari.  Bunyi nya macam renyah tapi percaya lah sebab ia tidak seteruk yang disangka.  Kalau kita bersedia dari awal, semuanya menjadi mudah. 

Cara-caranya ialah;

1.  Tuang air masak ke dalam periuk (untuk baby saya dah biasa masak guna air masak)

2. Masukkan 2- 3 sudu *beras yang telah dibasuh dan dikisar ke dalam air tadi (ini kadar 2 kali makan untuk baby 6-7 bulan)

3. Campak seketul halia dan biarkan masak sekejap

4.  Oleh kerana beras yang digunakan sudah dikisar halus, maka bubur nasi akan lebih cepat masak.  Jadi jangan biarkan lama sangat. Cepat2 la kacau sebab nnt kering pulak

5. Bila beras dah menjadi bubur, campakkan 2-3 *cube puree pilihan hati seperti gambar di bawah ni.

Kacau sampai puree2 tu sebati dengan bubur nasi
Haaa siap pun untuk 2 kali makan. Satu hantar rumah pengasuh, satu lagi simpan dalam peti ais.. (untuk makan malam)
Tempoh masak: kurang 15 minit

Jadi, apa yang bestnya masak bubur nasi cara ni??

- Anda tidak perlu lagi potong sayur, potong ayam dan buat sup di pagi2 hari, 

- Tiada lagi bunyi bising blender yang mengejutkan baby anda yang sedang nyenyak tido

-Tidak perlu bangun sebelum ayam bangun hanya kerana nak masak bubur nasi cara lama...


Cara buat *beras yang telah dibasuh dan dikisar   dan Cara buat *cube puree

 Notakaki: Setiap kali masak bubur, kita boleh campur pelbagai jenis sayur dalam satu bubur.  Jadi sediakan pelbagai jenis frozen puree dalam peti sejuk.  Owh yaa... pastikan baby anda sesuai dengan makanan tu dulu dengan menggunakan prinsip 4 days rule.

Projek Minggu ini: Homemade baby puree step by step

Salam....

Seperti biasa, setiap hari minggu saya akan gunakan waktu saya sebaiknya untuk top pop stok frozen puree Safiyya. Ceh ceh... hari tu kata bila buat homemade baby food ni tak yah buat tiap2 minggu.  Memadai la 2-3 minggu sekali kerana sekali buat tu stok dah boleh guna untuk berminggu2.  TAPI... yang saya merajinkan diri tu sebab nya nak kenalkan makanan baru kat Safiyya.  Jadi ada banyak pilihan bila nak buat bubur nasi tu... Sebelum tu saya mintak husband beli labu, sweet potato, mangga, broccoli, pisang, epal, carrot, kentang, jagung dan kacang peas.  Untuk jagung dan kacang peas saya mintak beli yang frozen punya.  Malangnya, husband tak jumpa dan kacang peas dia pegi beli yang dalam tin.. ish ish.. Tapi xpe, sebab yang lain pun dah banyak.  

Ok, saya detailkan cerita si labu ni ye.

1. Bersih labu kuning dengan membuang kulit dan serabut kat tengah tu... saya beli yang half tu.  Macam ni la ropanya bila dah dipotong dan dibersihkan


2. Kukus dan biarkan sejuk dengan sendiri sebelum dikisar


3. Bila dah siap kisar, tuang ke dalam ice cube tray macam dalam gambar bawah ni.  Masa kisar tu, kalau pekat sangat tambah la air masak sedikit dan kisarlah sehingga betul2 halus.


4. Sebelum masuk kan ke tempat beku, balut dengan pembalut transparent tu.. alaaa yang orang buat tutup makanan tu... Ini kerana bagi mengelakkan kotoran or apa jua jenis bakteria termasuk dalam puree kita tu. Kalau ice cube tray anda dah ada penutup, ok sangat la tu.. takyah balut dah..


5.  Masukkan dalam peti sejuk kat tempat beku... Biarkan betul2 beku baru boleh dikeluarkan.. Macam ice cube tu...


6.  Bila dah beku, keluarkan puree dari bekas dan masukkan kedalam bekas plastik seperti dalam gambar kat bawah ni. Jangan lupa labelkan ye.. Nanti confuse sebab bentuk semua sama je.. Ceh ceh... saya sendiri tak label sebab boleh cam lagi sayur apa bila tengok color.  Masalah nya bila ada 2 - 3 jenis sayur hijau dalam stok... jenuh nak bau pulak.

Ni rupa puree yang dah beku... bukakan balutan plastik dan keluar cube2 puree

Masukkan dalam plastik yang ada zip lock tu.  Asingkan ikut jenis puree
Tadaaaa... dah siap.  Masukkan dalam peti ais bahagian beku balik.
Notakaki: Saya guna plastik untuk simpan puree sebab nak jimat ruang.. Maklumlaa peti ais kecik.. huhu

Monday 23 March 2015

Ketakutan ibu-ibu breastfeed: bila baby dah pandai menggigit

Salam...

Anak saya baru 7 bulan lebih dan dia belum ada gigi lagi   Walaupun xde gigi tapi dah pandai mengetap dengan gusi bila dia geram.  Dah la sekuat hati pulak tu dan membuatkan saya menjerit sebab sakit dan terkejut.  Bila kita terkejut, dia pun terkejut.  Tapi boleh pulak dia gelakkan saya. Ingat orang buat lawak ke... haihhh.

Kesan dari perbuatan si Safiyya ni, membuatkan nipple melecet sedikit.  Sape yang ada pengalaman macam ni, mesti akan terseksa sementara luka tu nak baik.  Masa dengan anak pertama dulu, melecet ni terjadi masa saya dalam pantang.  Itu kan pertama kali saya menyusukan bayi dan ia menyebabkan saya mengalami kadar melecet yang teruk.  Bila dia dah ada gigi lagi seram dan saya mula tercari2 krim yang boleh menyembuhkan luka tersebut dengan cepat.

Nasihat saya kalau nak cari krim untuk nipple crack ni, cari lah yang berasaskan organic.  Jadi kalau baby termakan pun, ia tidak akan membahayakan kesihatan dia.  Tak payah nak lap dulu. Terus je boleh menyusu. Masa dengan anak pertama dulu, saya tak ingat dah saya pakai krim apa.  Tapi untuk anak kedua ni saya dah standby awal2 untuk digunakan masa berpantang.  Alhamdulillah, kesakitan tu dapat dikurangkan malah kesan sakitnya amat minimal. 

Ni brand yang saya beli dan ia sangat berkesan untuk saya... Alhamdulillah.. walaupun kecik je botol dia tapi tahan lama... 

Notakaki:  Nanti saya cerita tentang makjun yang saya makan ketika berpantang yang khusus untuk 'kes susah berak' (smpi berdarah dan meninggalkan kesan luka yang menyakitkan)

Friday 20 March 2015

Beza Czer Anak Pertama dengan Czer Anak Kedua

Salam

Seperti yang pernah saya cerita kan dulu dalam entri2 yang lepas, kedua-dua anak saya lahir dengan cara pembedahan atau czer.  Reason nya sama je untuk dua2 anak. - Baby dah lemas-.  Jadi saya bukan czer yang dirancang tapi keduanya adalah emergency czer.  

Selepas bersalin anak pertama, pengalaman czer tu cukup perit bagi saya.  Sebab kesakitan yang ditanggung adalah sangat perit selepas bersalin.  Masih saya tidak lupa keadaan saya ketika itu. Nak bangun seksa, nak gerak sakit, nak gelak, bersin, batuk pun sakit. ehhh tak abis lagi, nak kencing pun ngilu, nak jalan terbongkok2, nak buang air besar rasa nak terburai perut. (dahsyat perumpamaanya tu).  Walaubagaimanapun kesakitan ni bukan la berpanjangan. dalam tempoh beberapa minggu, saya dah rasa ok 100% secara luaran. Yang dalaman tu saya tak pasti sebab orang kata perut dilapah 7 lapisan??? ngeri ngeri

Bila mengandung anak kedua, secara automatik minda saya sudah bersedia kalau saya akan dibedah sekali lagi.  Sebab pengalaman tu dah ada.  Dulu masa 1st pregnancy, saya tak pernah terfikir dan tak pernah terlintas dalam fikiran yang saya akan bersalin secara czer.  Jadi, untuk yang kedua ni fikiran saya telahpun standby kedua-dua keadaan. Fikiran je standby, dalam hati kecut wehhhh. Sebab orang kata, pengalaman kedua bagi mereka yang czer akan lebih teruk+sakit+derita dari pengalaman pertama.

Dan seperti yang saya cerita dalam entri dulu, untuk anak kedua ni, saya bersalin secara emergency czer juga.  Jadi apakah benar apa yang orang gembar gembur tu dengan mengatakan bahawa sakit akan double dari yang mula dulu??  Rupanya tidak ye puan puan.. hehe.. Alhamdulillah.... saya sendiri tak menyangka yang saya lebih ok selepas dibedah untuk kali kedua ni.  Bukan la kata tak sakit langsung.  Cuma memang betul2 kurang sakit.  Apakah perut saya sudah lali dengan pisau2 hospital itu?? ntah laa.  Tapi apa yang nyata size perut saya makin besar dan buat saya kuat makan... ok, out of topic. huhu

Maka dengan itu apakah perbezaannya??

Anak pertama
  • Saya boleh bangun hari ketiga lepas dibedah. itupun selepas tiub kencing dicabut.  kalau tak cabut, tak bangun la saya... huhu 
  • Batuk, bersin, gelak, hembus hingus semua sakit dan berlarutan smpi seminggu ke dua minggu lamanya
  • Seperti yang kita sedia maklum kalau bersalin czer ni, laluan bawah tu mmg tak guna, tapi yang herannya saya terasa sangat ngilu bila buang air kecil. ntah apa la urat yang bersimpul sampai boleh ngilu camtu. 
  • Tempoh pembedahan yang lama dan kesakitan terus dirasai selepas selesai dibedah. seksa nya masa dia nak pindahkan kita ke katil ward. 
  • Jalan terbongkok2 untuk tempoh seminggu lebih
  • Tak pakai bengkung langsung sebab fobia
  • Urut bila dah abis pantang sebab takut nak meniarap
  • Luka luaran cepat baik dan kering.. 
Anak kedua
  • Hari kedua saya dah boleh bangun dari katil dan melatih diri untuk berjalan.  Memang terasa sakit tapi masih boleh tahan
  • Saya langsung tak sakit bila batuk, bersin, gelak ataupun hembus hingus
  • Buang air kecil dan besar pun tak sakit or ngilu
  • Tempoh pembedahan yang boleh kata singkat... baru rasa nak pejam mata jap, tahu2 dah siap dan diusung keluar dari bilik pembedahan.  Sakit ketika dibius pun tak la sesakit dulu...mungkin dah boleh agak rasa nya macam mana.
  • Jalan tu takde la terbongkok2 cuma saya bertatih pelan2.  itu pun masa kat ward je.. bila dah balik rumah dah boleh jalan macam biasa
  • Pakai bengkung lepas 2 minggu bersalin
  • Urut pun dalam tempoh berpantang jugak.  Paksa diri untuk atasi perasaan takut bila meniarap.
  • Luka luaran macam lambat sikit kering.  Beli krim kat farmasi... Alhamdulillah tak lama lepas tu ok jgk...

Pengalaman ni mungkin berbeza bagi setiap orang.  Ada yang sakit macam ni, sakit macam tu.. memang tak sama... Kat sini saya cuma share pengalaman saya dan boleh la dijadikan panduan bagi yang expecting no 2 tu...

Notakaki:  Terkesan bila ada orang kata 'ibu2 yang bersalin secara pembedahan tak dapat pahala sebanyak orang yang bersalin normal'  Reasonnya adalah kerana tak alami kesakitan ketika contraction, tak rasa sakit meneran, tak sakit ketika dijahit hidup2...  adehhhh kenapa mereka2 itu berfikiran sebegitu rupa... owhh pelizzz..

Tuesday 17 March 2015

Aksi Spontan Bila Tengok Cerita Seram

Salam...

Sejak si Danial ni dah pandai tengok movie, dia boleh tahan tengok cerita tu berulang2 kali.  Ada je musim untuk favorite movie or tv program yang dia suka.  Sebelum umur dia setahun, Danial cukup suka cerita teletubbies. Hari2 teletubbies pun takpe.  Kat dalam hp, dalam tab memang kena ada cerita teletubbies.  Ntah apa yang best ntah.  Tak lama lepas tu, minat dia berubah2 ikut perubahan umur. Dia suka upin ipin sekejap, Chicken Little, Despicable Me, Ultraman, Pocoyo, Iron Man, Lego the Movie, Thomas and Friends, Daniel and Neighborhood, The Croods, cerita Dinosaur. ehhh banyak la kalau nak senarai kat sini semua.  Cuma yang tak tahan tu, kalau dia dah suka satu cerita tu dia boleh tengok tanpa jemu.  Mujur la astro kat rumah ni jenis PVR dan yang memenuhkan hours dalam PVR tu kebanyakan cerita dia.. hmmm saya record cerita hindustand je... huhu.

Ni gelagat dia tengok cerita 'seram'

Mula2 macam ni...
 Tak lama lepas tu macam ni pulak....
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Cerita yang sangat seram pada Danial... 'Despicable Me 2... dia takut kat El-Macho... huhu


Thursday 12 March 2015

Dah 2 tahun motor tu tersadai, sekarang baru dapat lesen

Salam...

Masa umur Danial setahun lebih camtu, papa dia ada beli kan 1 motorbike.  Bukan la motor besar tu. Alaa yang selalu ada kat shopping complex tu.   Yang kita sewa untuk tempoh yang ditetapkan dan bagi anak naik pusing2 area tu. Ada yang jenis kereta, ada yang jenis motor.  So pilih je. Yang kat bawah ni jenis yang ada remote.  So budak2 kecik yang tak reti tekan minyak tu, boleh di control oleh parents dari jauh. 

Note: masa ni umur Danial 11 bulan. Tahun: 2012 Lokasi: The Curve, Damansara





Ok itu cerita 2 tahun lepas.  Berbalik pada cerita motor tu, papa dia dah belikan siap2 benda tu padahal, anak dia bukan nya reti nak tekan minyak pun.  (Kalau motorbike takde yang jenis remote control. Semua kena tekan pedal). Nak tolak ngan kaki pun terkial2 sebab tak sampai. (masa tu kecik lagi).  Dan baru2 ni, dah umur 3 tahun lebih pun, Danial dah dapat keseronokan main benda tu. Bukan main lagi kehulu kehilir dengan motor kat dalam rumah.  Nak ke dapur je, tak main dah jalan kaki. Semua naik motor.  hmmm orang dah dapat lesen.


Notakaki: Selalu kena charge bateri motor tu.  Orang tengah syok main... Risau je kalau terlanggar adik dia.

Wednesday 11 March 2015

Ketinggalan Zaman kalau bawak bekal makanan ke office

Salam...

Sejak si Safiyya ni dah start solid food, saya mula merajinkan diri untuk menyediakan bekal makanan untuk Danial dan papa diorang jugak. Besar jugak hikmahnya kan kalau menjerumuskan diri buat homemade solid food ni untuk baby ni. Selain menyediakan yang terbaik untuk makanan pertama dak Safiyya ni, dapat jugaklah menjimatkan duit belanja suami.  huhu cam poyo pulak ayat last ni. kui kui kui

Sejak Danial dah boleh makan family food, saya jarang (sila baca maaaalaaassss - nak sebut pun malu) sediakan bekal untuk dia. sebabnya makcik pengasuh memang akan sediakan makanan untuk budak2 bawah jagaan dia.  (semakin bertambah2 la virus M saya).  Tapi sejak adik dia dah start solid, saya pun buatkan bekalan breakfast untuk dia jugak.. Nanti ingat saya tak sayang kat dia pulak. iskkk... Bukan susah pun.  Paling mudah sapu roti dengan Nutella.. zap zap zap tadaaaa dah siap.  Kalau rajin sikit buatkan pasta with bolognese sauce. Itu memang favorite dia. Apa yang penting: segala bawang kena blend hancur dulu. 

Jadi dah alang2 buat untuk anak2, saya pun sediakan jugak untuk suami.  Sejak2 office dia dah berpindah ke KL ni dan ini sedikit sebanyak telah menambah sedikit perbelanjaan kami, membuatkan saya lebih gigih menyediakan bekal. Dengan harapan ini mampu menjimatkan kos untuk breakfast dia dan juga saya. 

Feedback dari suami

"Sayang: rasa mcm citer shah rukh khan tue..
Sayang: ari2 p reja bini buat bekai
Sayang: last2 jadi penari
Ayumie: haha
Ayumie: dah tu u nak macam mana
Ayumie: sib baik tak bagi mangkuk tingkat
Sayang: hahahaha.. saja jaa..
Last message received on 11/03 at 14:19 "

Notakaki: Hari2 pesan jangan tinggal tupperware kat office... yang dulu punya batch abis sume tak dapat dikesan.

Tuesday 10 March 2015

Akibat batuk berpanjangan...

Salam,

Sejak dari hari Khamis yang lalu, Safiyya dah mula batuk2. Hari Jumaat makin teruk.  Sampai berbunyi bila dia bernafas. - wheezing sound-  Keadaan ini menyebabkan Safiyya tak boleh tido lena dan akan menangis sekuat ati setiap kali terjaga dari tido.  Dengan hidung yang tersumbat akibat selsema menambah tahap ketidak selesaan dia.  Sebagai ibu, keadaan ni akan memberi kesan kepada saya juga kerana saya jugak tak cukup tido.  Tapi ini tidak menjadi hal kepada saya kerana anak lebih penting.  walaupun kadang2 saya akan terlelap sampai tak sedar anak tu menangis bagai nak rak... oh my bad.... my bad...

Sabtu baru2 ni sepatutnya kami ke KPJ untuk suntikan pnuemococal Safiyya. (nak tahu apa tu pnuemococal sila klik SINI dan SINI)  tapi Doktor tak galakkan sebab keadaan batuk yang agak teruk.  Banyak kahak dalam saluran penafasan dia dan kerana itu doktor telah sarankan untuk rawatan Nebulizer -sedut gas tu...  Selain gas ni, ubat Salbutamol jugak diberi.

Dia boleh senyum2 pulak guna  benda tu. 
Saya sebenarnya tak pasti kaedah Nebulizer ni baik atau tidak kesan jangka panjang kepada baby.  sebab ada yang memberi feedback 'ehhh jangan bagi sedut gas tu.  nnt boleh sebabkan asma'.. T_T 

Saya ni jenis orang yang percaya kan doktor sebab bagi saya doktor tu tentu dah arif dalam bidang dia dan dia tak akan sarankan benda yang akan memberi mudarat kepada kita.  kalau nak beri mudarat apa2 mesti dia akan bagitahu.  Lagipun safiyya dah smpi berbunyi nafas dia dan ini membuat saya risau.  hmm masa jumpa doktor, seperti biasa Safiyya tak nampak macam orang sakit.  sibuk menegur doktor (bahasa baby).  so doktor cakap 'happy wheezing' huhu.

Jadi bagi sesiapa yang pernah ada pengalaman tentang nebulizer ni, boleh tak share pengalaman anda kat komen di bawah. kalau ada link lagi bagus. 

Notakaki: kaedah sedut hingus dengan mulut dah pun kami buat.  walaupun banyak hingus yang berjaya keluar.  tapi kahak tu dah sangkut kat saluran penafasan.  mujur tak masuk ke paru2.. kalau tak, lagi teruk. so sedut gas la jawabnya...

Monday 9 March 2015

Nak cari teether bentuk remote control Astro

Salam...

Kenapa ye baby suka sangat main dengan remote control astro tv? Bermacam2 jenis teether saya beli kan untuk Safiyya tapi kejap je dia gigit2.  Lepas tu mesti dia cari remote jgk.  Abang dia dulu pun sama... Benda tu sampai pecah sebab jatuh sana sini. Dari zaman color putih sampai la ke color hitam, remote tetap menjadi pojaan.  Dah tu abis jem remote tu sebab basah ngan air liur dia. iskkk

 

Notakaki: Hari ni genap umur Safiyya 7 bulan... Happy birthday safiyya baby busyuukkk

Friday 6 March 2015

Hermo.my: The best online shop bagi pecinta make up dan skin care made in korea

Salam...

Hari ni nak cerita pasal kena pedaya lagi.  Kan hari tu saya ada cerita tentang terpengaruh dengan si Namee sampai terbeli Lactacyd.  sila refer SINI.  Kali ni Hermo pulak.  Hermo ni satu online shop yang menghimpunkan (read as menjual) pelbagai jenis jenama penjagaan kulit yang kebanyakan dari Korea. Serius best sebab harga dia tak mahal sangat dan pernah sekali saya buat perbandingan dengan online shop yang lain dan nyata harga untuk cream saya nak tu jauh beza harga dia.  Dah jadi satu kewajipan pulak untuk mentelaah Hermo.my sebab dah tergoda dengan barang2 tu.  Saya bukan la peminat K-Pop tapi saya suka produk2 kecantikan dari Korea ni.  Produk dia boleh kata berkesan, menepati kehendak, tak mahal sangat dan best2 belaka.  Baru register sebulan, dah 3 kali saya beronline shopping kat Hermo.my ni.  Rasa best pulak beli skincare secara online ni.  Sebab kita boleh belek satu2 produk tanpa diganggu oleh sales girl.  Kan kalau pegi supermarket nak beli pencuci muka ke, moisturizer ke, mesti si sales girl ni mai menempek kat sebelah dan cuba mempengaruhi kita beli macam2. adoiii... sambil mata ni jeling2 kat kulit muka dia.  Ye laaa kalau hang kata benda tu elok sangat untuk cerahkan kulit la, hilangkan jerawat, jeragat dah tu kenapa kulit kau tak licin pun.. kui kui kui.

Ok, berbalik kepada Hermo.my. Kenapa saya kata dia best sangat sebab Hermo.my ni

http://www.hermo.my/
Sebab dia;
Semestinya 100% Original

Tak kisah beli apa pun. Kalau beli dua, dia bagi free shipping

Andai kata tak suka, boleh pulangkan balik

Boleh test dulu kalau nak tau sesuai ke tidak dengan warna kulit

Penghantaran yang cepat.  tak de sampai berminggu2 nak tunggu
Ini adalah antara yang saya pernah ter shopping kat hermo.my


Notakaki: Sape suka shopping online? sila angkat tangan... yeayyy kita geng.

Wednesday 4 March 2015

Bila dah lama tak masak.

Salam,

Sejak ada baby ni, boleh kata jarang saya masak kat rumah. (ish ish ish).  Boleh bilang bape kali je saya masak untuk lunch + dinner.  Tapi sejak Safiyya dah mula solid food ni, saya dah kembali menyerah diri kat dapur.  Nak siapkan puree homemade kan... harus laa masuk dapur.  Untuk yang dua orang boss lagi tu pun kena la jugak masakkan.  Walaupun hanya masak simple2, peristiwa berdarah tetap berlaku.

 Terus saya panggil Danial

Saya: Danial.... Tangan mama darah... (sambil tunjuk jari kat dia)
Danial:  iskkkkk (buat muka macam tahan sakit)
Saya: Ambil ubat kat mama
Danial: (Dia pun berlari amik minyak dan tolong sapukan kat luka tu) ok tak mama?
Saya: Ok... Thank you Danial... Pegi amik plaster pulak
Danial: Ok.  Mama, Danial nak bobohkan (nak letakkan plaster tu)
Saya: Ok, bukak elok2.  (sambil perhatikan cara dia koyakan benda tu)
Danial: Nah.. pegi buang dulu. Jangan lari2. (dia bagi kertas pembalut plaster tu kat saya)
Saya: (kihkihkih-tahan gelak) Danial la tolong buang. Mama sakit.

Ini hasilnya...



 Adoiii komot2 plaster tu... haihhh

Notakaki: Anak ni, apa yang kita pernah cakap kat dia, boleh pulak ulang sebijik2 ayat tu... hmmm kena hati2 apa sahaja yang kita cakap. copycat.

Monday 2 March 2015

Bila putih itu terlalu mainstream



"uhhh comelnya dia... putih gebu". 

"comelnyaa putih merah macam anak cina"...

"putihnya dia... cantik macam nenek dia" (awat, mak dia tak cantik ka???#%^$*^&*$&^%*&)


Salam...

Kulit putih bersih selalu menjadi idaman semua.  nak putih gebu, nak putih melepak, nak putih putih melati.. ehh ada ke?? hehe.. Kenapa ye jadi macam ni.  Kenapa kulit putih itu disamakan dengan cantik. PUTIH=CANTIK?? Adakah kalau tak putih tu seseorang itu tak cantik?  Sebab itu la produk pemutihan kulit kat pasaran berlambak2.  Semua claim produk dia berkesan.  kulit gelap la macammana pun boleh putih dalam tempoh 7 hari. Pelik.  Dah tu orang boleh terpengaruh pulak tu. ini lagi pelik

Ini semua salah TV (kuikuikui).  TV selalu highlight orang berkulit putih adalah cantik.  Tak kisah la kulit dia berjerawat ke, berjeragat ke, hidung kembang ke, mesti kata cantik jugak. Yang putih2 semua laku kat TV.  Semua jadi pelakon utama, tak pun model iklan.  Yang tak berapa nak cerah, jadi la pelakon tambahan. tak pun hanya lakonkan watak jahat. Kekadang tu dah sah sah orang tau dia tu berkulit putih, tapi jadi model untuk produk mencerahkan kulit.  konon2 dia dulu gelap la dan sebabkan produk tu kulit dia putih. haihhh

Nanti jangan ada jual produk memutihkan kulit marah kat saya pulak ye.. hehehe. Bukan apa, nak lakukan produk mesti kena gayanye dan jangan sampai buat pengguna terpedaya dengan jaminan yang diberikan tapi hasilnya mengecewakan.  

Notakaki:  selalu orang berebut2 nak tgk baby yang baru lahir sebab nak tengok baby tu putih ke tak. haihhh.

Salah ke seorang ibu keluar bekerja

Salam...

Saya ada terbaca satu cerita mengenai luahan seseorang kat satu page di Facebook.  Page tu menghimpunkan soalan2 berkenaan dengan kehamilan dan perkembangan bayi.  Ada seorang penanya soalan ni.  Dia membuat meluahkan rasa tak puas hati berkenaan pengasuh anaknya yang merahsiakan tentang kecederaan pada mata anaknya.  Setelah ditanya pada keesokkan harinya, barulah pengasuh tu nak cerita.  Baik punya cover ngan bedak tebal2 supaya kesan kecederaan tu tak kelihatan ketika dia mengambil anak pada petang tersebut. 

Ok, berbalik pada luahan tersebut.  Menurut penanya soalan itu, dia agak kecewa + terkilan apabila ada orang memberi feedback kepada luahannya dengan menyalahkan nya kembali kerana tidak mahu menjaga anak sendiri dan sanggup menghantar kepada orang untuk dijaga lantas mendedahkan anak kepada risiko kemalangan.  eh eh suka hati je cakap.  Kalau nak jadi hal tu, ngan ibu bapa kandung pun boleh berlaku macam2.  Bagi orang tu lagi, seorang ibu mesti mengutamakan anak dan tidak keluar bekerja.  Jaga anak sendiri bagi mengelakkan risiko apabila dijaga oleh orang yang baru dikenali.

Memang betul apa yang dikatakan oleh orang yang bagi feedback tu.  tapi dia tak boleh la terus menyalahkan si ibu dalam kes ni.  Ada banyak sebab kena seorang isteri/ibu perlu keluar bekerja bagi menampung keperluan keluarga.  Takde sape pun rela sepenuh hati bagi orang lain jaga anak walaupun nenek dan atuk budak tu.  Kalau boleh nak anak tu membesar depan mata.  Mungkin si ibu tadi ada commitment yang perlu dilunaskan.  Gaji suami tak cukup dengan kos sara hidup yang semakin meningkat.  Lagi la kalau dah beli rumah, nak bayar kereta, nak bayar api air.  semua tu perlu untuk teruskan kehidupan.  Ada perkara yang perlu dikorbankan tapi apa yang penting, keperluan anak tidak diabaikan dan tidak diserahkan bulat2 pada orang lain.  Orang akan tahu menghukum sahaja tanpa menyelami keadaan kita.  

Terus terang saya kata, sejak dah jadi mak mak ni, keinginan untuk menjaga sendiri anak itu semakin meluap2 atau dengan kata mudah. -berhenti kerja-.  Kalau boleh satu moment pun dengan anak2, saya tak mau lepaskan.  Saya nak jadi orang yang pertama saksikan perkembangan anak2 dan bukan pengasuh yang nampak dulu. (jeles). Tapi tapi tapi apakan daya, masih besar commitment yang perlu saya jaga.  Jadi impian tersebut terpaksa saya padamkan buat masa sekarang dan takkan berhenti mengharap ada keajaiban yang berlaku. huaaaa....

Notakaki: saya dibesarkan dalam keluarga yang ibu berkerja.  Jadi setiap hari sebelum pergi kesekolah (sekolah sessi petang) saya tak pernah berpeluang bersalaman dengan mama saya. tak pernah melihat mama saya hantar di muka pintu untuk naik bus sekolah.  Kalau boleh saya tak mahu persekitaran ni berlaku pada anak2 saya... Ya Allah hanya Kau yang tahu... :(