Wednesday 28 August 2013

Bila ada masalah, kesat air mata guna tisu... bukan facebook. owhh saya ada blog!!

Salam...

Sejak wujudnya laman sosial yang sangat berleluasa ni, ramai orang yang cenderung untuk meluahkan isi hati mereka tak kira la marah ke suka ke sedih ke kat facebook (antara laman sosial yang popular). Kalau dulu, rahsia hati atau masalah peribadi hanya kawan rapat atau keluarga je tahu. Tapi sekarang tidak lagi dengan kecanggihan teknologi yang ada.  Adakah ini menunjukkan masyarakat kita semakin terbuka pemikiran mereka kerana tidak segan silu melempiaskan segala rahsia untuk pengetahuan umum. Owhh ya, saya pun tak ketinggalan melakukan perkara yang sama suatu ketika dahulu (ohh ayat apakah ini..."tidak ketinggalan melakukan kesilapan"...ahaahaha...) 

Laman sosial ni ada baiknya juga... Dari sini kita boleh mengeratkan silaturrahim, menyebarkan perkara2 yang baik, berkomunikasi dengan lebih mudah dan juga menambah kenalan baru yang sekepala atau sejiwa.  Nak cari jodoh pun boleh..  ("ehemmmm")  TETAPI benda yang baik, tidak selamanya baik kalau disalahgunakan seperti menyebarkan berita palsu atau fitnah, menjaja cerita hal ehwal rumahtangga sendiri atau orang lain, menyerlahkan keriakan dengan mengupload foto2 yang sengaja buat orang terliur.. (terliur tengok kemewahan dia laa... ish ish) dan sebagainya.. apa pun bergantung pada niat la kan. Kalau kita upload gambar makananan hanya utk share di mana lokasi tempat makan yang best2, apa salahnya kan. Yang leceh pulak tu, penerimaan orang yang menatap gambar2 tu... Kononnya terbatal puasa ramadan bila tengok gambar makanan sedap... lorrrr lucu la diorang nih.

Ok la ok laa.. sebenarnya saya ada masalah ni... tak tau nak luah macam mana... ecehhhh tadi kata jgn luah masalah kat laman sosial..  alaaa ni kan blog.  Haipppp!!! Tak kisah la blog ke facebook ke twitter ke atau apa sahaja yang tergolong dalam perkongsian alam maya ni, kita tetap kena hati2 dengan setiap tutur kata yang kita luahkan.. takut makan diri.. sekian la ye... (Blogging adalah satu terapi untuk redakan keresahan hati... cuba laa...)

Nota: Tgk anak makan pun terapi jiwa jugak.. huhu...

Friday 2 August 2013

Kenapa perlu STRESS dengan persiapan raya...

Salam.. hi semua. Bila nak raya je mesti nak kena stress2 dengan persiapan raya. Kenapa ek jadi macam tu? Terus terang saya katakan, saya tak la sampai ke tahap stress sgt sampai terpaksa menyusun jadual untuk ke Jalan TAR setiap minggu. and to be honest, saya memang takmau ke situ setiap kali membeli barang raya.  Isk isk kang orang kata belagak pulak sebab hanya pilih tempat yang selesa... (Dalam hati teringin juga.. tapi mengingatkan ada anak kecik terus say NO NO NO)

Sebab utama: Melihat trend raya sekarang yang semuanya ada tema warna masing2 dan kerana tema ni la buat orang stress. Sebabnya, semua nak sedondon dan ini menyebabkan kita ni sanggup meredah lautan manusia untuk mencari baju raya yang sedodon Kalau suami isteri je takpe laa. ini anak2 lagi dan ada juga termasuk mak bapak serta mertua.. huhu. Pening2.  hehe kata kat orang..., padahal diri sendiri pun sama jgk nak sedondon.  :p

Sebab lain yang boleh stress ialah sindrom SEMUA NAK BARU.  haa ini memang parah. ate kalau kereta pun baru, tak ke jenuh. itu belum termasuk nak tempah langsir... dah tempah tak match pulak color dengan perabot.. kena tempah lagi... haha. (ini cerita benar ye).. kenapa kan kita semua jadi mcam ni.  bukan ke patut bersederhana dalam menyambut raya.  boleh nak beli baju raya 10 pasang pun, tapi biar la baju tu boleh di recycle untuk ke tempat kerja or acara yang lebih casual.. Kalau dah 10 pasang semuanya ada lip lap lip lap, takkan nak pakai pegi office pakai camtu. menghelit sangat. :p

Ok la ok laa.. apa pun raya kan untuk bergembira... tetapi dalam masa yang sama tu, ingatlah pada insan yang memerlukan..

nak dapatkan info lanjut, sila klik  SINI



Apa itu Backout Buyer

Salam...

Sumber gambar : Google


Apa itu Backout Buyer? Ia bermaksud pembeli yang membatalkan pembelian tanpa sebarang notis atau hilang secara tiba2 setelah membuat pesanan.  Apa yang lebih buruk, penjual telah pun membeli stok atau menempah seperti yang dikehendaki oleh pembeli tersebut... 

Saya merupakan salah seorang pembeli online yang tegar... Kalau dulu, saya takut dan tak percaya dengan pembelian online nih.  Banyak sangat cerita buruk yang saya dengar. Penjual menipu la, barang tak seperti yang diorder la, dah bayar n penjual lesap la, dan macam2 lagi la... Tetapi, sejak dah cuba buat kali pertamanya iaitu membeli barang keperluan kahwin, saya jadi syok sgt.  Feeling dia tak sama kalau beli kat kedai. Lagi satu yang menyeronokkan beli online ni ialah, TAK terasa langsung amount yang dibayar tu banyak berbanding membayar secara nyata yang terasa sedih je bila duit tu bertukar tangan. Padahal bayar online ke bayar tak online sama je 'duit keluar jugak'... 

Entry kali ni bukan la saya nak cerita panjang2 tentang saya yang suka shopping online ni tetapi situasi yang tak dapat nak elak bila menceburkan diri dalam bisnes online ni.. Terus terang saya katakan, saya merupakan pembeli yang tak banyak songeh. Sebab saya tahu, orang pun tak kuasa nak layan macam2. Cara saya ialah, mentelaah website dulu (2 3 hari jgk laa). ini bukan apa bagi memastikan "betul ke aku nak beli ni"... kalau dah smpi termimpi2 tu, baru decide untuk beli. Yang kedua, pilih code or barang or apa saja yang diinginkan.  isi borang (kalau ada) dan buat pembayaran setelah terima invoice. lepas tu update je penjual tu cakap dah bayar dengan attach resit sekali... Yang ketiga, tunggu je la barang sampai... 

Pengalaman buat bisnes online ni (elehhh baru setahun jagung je pun) banyak mengajar benda baru kepada saya dan suami.  Melayan pertanyaan pelanggan, cuba untuk memenuhi kehendak pelanggan, mencari stok or barang (kalau xde dalam tangan la) yang pelanggan nak, dan sudahnya pelanggan buat diam dan tak reply2 dah... haaaa sabor je ler. Saya cakap mcm ni bukanla bermakna saya tak suka orang bertanya2. Tanya la apa pun dan kalau mampu saya akan jawab. TAPI yang sedih tu, bila dah order, terus buat diam. jangan kata bayar, nak suruh confirm order pun dah tak muncul2. 

N baru la saya tahu ini lah yang dikatakan Backout Buyer... kalau dulu bila ternampak online shop yang bg warning 'serious buyer only' say no to backout' buatkan saya rasa "ehhh sape pulak yang terserius tu.. kalau dah puas membelek tu, mesti la serius nak beli kan..." dan bila dah terkena pada diri sendiri, baru la tahu... So ok laa.. selamat la bershopping online ye.. Raya ada tak sampai seminggu ni.. dari uolls bersesak kat jalan TAR tu, baik laa online shopping je.. hehe.. Singgah2 la ye ke Facebook Bintang Collection.  :)