Tuesday 18 June 2013

Melayan Anak yang demam....

3 hari di hospital bukanlah suatu yg membebankan malah dari sudut positifnya, mengurangkan rasa cemas sekiranya berlaku sebarang kemungkinan. huhu... Positif abis masuk hospital ni. Bila dah 2 kali anak masuk hospital ni baru saya sedar, masuk hospital tu bukan la sesuatu yang teruk malah sekurang2nya ada orang lain yang menolong menjaga anak ni.  Makan orang hantar, ubat orang hantar, Bilik ada orang sapu, bilik ada orang kemas, tak perlu fikir nak masak, tak perlu fikir nak basuh kain... Melayan anak je kejenya. Lagipun masa ni la saya nak spend time dengan dia kerana bila dah dua2 keluar bekerja, masa sangat la terhad untuk bersama.  

Alkisahnya malam 11hb Jun tu Danial dah start demam, panas sgt badan dia n suhu dah cecah 40c... terus bagi mandi lebih kurang pukul 12 malam lepas tu sumbat ubat pulak. tak lama lepas tu, terus berpeluh2 n suhu kembali normal. Lebih kurang pukul 4.30 pagi, terdengar Danial batuk banyak kali... (actually papa dia yang dengar... mama tido tak sedar diri). Terus bukak lampu n tgk Danial dah mengeletar... Check suhu dia, n ALAMAK... 39c... bagi mandi lagi. n sumbat ubat lagi. Tak lama lepas tu, suhu badan normal balik sehingga la tgh hari tu... Ketika tu, saya baru abis jumpa client. (takboleh cancel appointment sbb penting). Danial pun kami bawak sekali.  Lepas singgah ke office kejap, badan dia dah panas balik... Memang dah plan nak bawak pegi klinik. tetapi tak jadi n terus bawak pegi hospital. Sampai je kat emergency tu, terus check temp, n resultnya 39c... terus amik darah n warded. 

Maka dengan rasminya berumah la kami di ward 553 selama 3hari 2malam. 

hari pertama di hospital... masa ni suhu badan masih demam.. tido pun menonggeng

Time2 camni mama relax jap baca paper... so turn papa jaga Danial

Sebelum masuk ward... layan teletubbies
ni gara2 tak bawak toys dia... purse mama pun jadi toys

Marah betul bila doktor check dia...