Friday 30 December 2016

Penutup 2016: Setelah Setahun di Tadika ABS Bandar Saujana Putra -----{@ PART 2

Salam...

Entry ni adalah sambungan... untuk ke Part 1 sila ke TEKAN SINI

Puas dah kan tengok gambar2 kat Part 1 tu.  Kalau nak share semua, sampai Part 5 pun tak habis lagi.
Role Play... Jadi shampoo boy. huhu

Secara jujurnya saya puas hati dengan sekolah ni.  Lagi pulak kaedah pembelajaran yang tidak terlalu menekan gred akademik setiap pelajar dia.  Kalau orang tanya Danial dapat nombor berapa kat sekolah tu memang TIADA JAWAPAN DIATAS...  Tetapi itu bukan bermakna cikgu ajar lebih kurang je kat budak2 ni.  InsyaAllah, bila dah 6tahun tu dah boleh membaca.  Maksudnya kat sini, pencapaian setiap pelajar tu bukan bersandarkan akademik semata.  Banyak lagi yang diambil kira seperti nilai murni, tingkah laku, adab sopan juga sangat diterapkan dalam setiap pelajar.  

Buat pengetahuan semua, cikgu-cikgu ABS ni akan menggunakan panggilan Tuan Muda atau Cik Puan Muda bagi setiap pelajar mereka bagi menerapkan budaya Melayu yang tinggi.  Kalau nak tahu lebih lanjut Konsep Tadika ABS ni boleh baca kat SINI 

Sebagai ibu bapa yang pertama kali hantar anak kat sekolah, mesti risau bila anak meraung takmo masuk kelas.  Macam anak saya tu la.. ish ish.. Tapi atas dedikasi setiap cikgu kat situ, parents tak perlu risau dan tak perlu tunggu depan pagar sekolah.  Hantar je dan boleh terus balik.  Pandai la cikgu2 nak handle budak2 meraung ni.  Itu fenomena biasa di awal minggu persekolahan dan worse nya anak saya ni nak dekat sebulan.  Kalau mak nak tunggu jugak pun boleh tetapi sangat tak digalakkan kerana boleh memburukan keadaan.  Lagi la anak dia tak mo sekolah bila nampak mak dia depan pintu.  

Ok bab meraung checked!!

Hari Apresiasi Bakat dan Persembahan.  Tajuknya saja dah jelas.  Bila hujung tahun semua pelajar dirai dalam satu majlis tanpa mengkelaskan siapa pandai siapa pulak yang keterbelakang.  Majlis diadakan di Malaysia Science University (MSU) Shah Alam yang juga meraikan konvokesyen pelajar 6 Tahun.











Pendaftaran untuk 2017 dah dibuka... Dah register pun last week.  Seperti biasa, kena la sediakan budget untuk pendaftaran.  Uniform pun tambah lagi satu.  Senang nak rotate setiap hari. huhu 

Yuran tu mahal ke murah?? Untuk yuran bulanan tu padan la kalau hantar anak dari pagi sampai petang iaitu RM380.  Cuma untuk pendaftaran awal tahun memang kena sedia budget sikit untuk buku, alat bantuan mengajar, uniform, aktiviti... Rasanya semua sekolah macam tu.. Dont worry sekali je dalam setahun kena bayar.  :) 

Kalau nak daftar boleh terus hubungi Puan Zuliana Ismail 017-9132689

Itu saje apa yang saya mahu kongsi.  Kalau ada apa2 boleh je tanya especially ibu bapa yang tengah mencari2 sekolah tadika kat Bandar Saujana Putra ni.  Sekolah memang banyak, jadi buat la pilihan anda.  



Rujukan Segala Tentang ABS Bandar Saujana Putra

Mencari PreSchool untuk Danial di Bandar Saujana Putra

Cerita hari pertama Danial ke Sekolah

Yuran Tadika ABS Bandar Saujana Putra

Kenapa pilih Tadika ABS Bandar Saujana Putra

Hari Konsultasi Ibu Bapa Tadika ABS Bandar Saujana Putra

Malaysia Book of Records "The Most Number of Planks Breaking in a Taekwando Event

Review: Setelah Setahun di Tadika ABS Bandar Saujana Putra -----{@ Part 1

Notakaki:  Bila anak2 dah diajar nilai2 murni, mak bapak ni segan nak lepas laku.. malu aihh kat cikgu. haha...

Wednesday 21 December 2016

Review : Setelah Setahun di Tadika ABS Bandar Saujana Putra -----{@ PART 1

Salam...

Cuti sekolah dah pun bermula dan berakhirlah sesi persekolahan 2016 Danial di Tadika ABS Bandar Saujana Putra bagi kelas 5 Tahun.  

Jom kita recap balik aktiviti sepanjang sesi 2016.  Ini merupakan kali pertama Danial ke sekolah di mana sebelum ini dia hanya tinggal di rumah pengasuh dari baby sampai la 4 Tahun. 

Sekolah memang asing bagi Danial dan untuk serasi dengan rutin baru tu, memang ambil masa.  Tetapi Alhamdulillah sebab tak la lama sangat untuk dia sesuaikan diri. Walaupun tak lama, puas la adegan air mata depan pintu sekolah... huhu

1st day at school... muka tak senyum langsung

Sebelum bermulanya sesi persekolahan tu ada kelas percubaan.  kira macam orientasi jugak la kat Danial... 




Debaran makin terasa... hari pendaftaran untuk sesi 2016 (Yuran Sekolah Tadika ABS BSP)



Aktiviti cuti sekolah hujung tahun 2015 sebelum bermulanya sesi baru
Bermula la episod baru sebagai murid tadika.  Masa saya tadika dulu tahun 1986, sekolah tadika ni macam sekolah untuk main2 je laa... Masa zaman tu mana ada tadika 4,5 tahun ni... semua start pada umur 6 Tahun.  Tetapi sekarang zaman makin mencabar dan pendidikan formal dah pun bermula awal.  Apa nak buat, kena la ikut peredaran zaman.  Sebagai anak yang hidup zaman nak cepat je ni, kena la Danial ke sekolah seawal 5 Tahun.  Itu pun saya dah rasa lambat dah. 


sekarang dah improve dah cara dia pegang pensel.

Pemeriksaan kesihatan dari Klinik Kesihatan Kerajaan Jenjarom 


Ni aktiviti buat play doh sendiri... Hari2 dia tuntut saya buat kan playdoh.  Sebenarnya saya dah try buat tapi tak jadi... haha.. teruk betul.  Cepat2 buang sebab malu. 

Hari Konsultansi Ibu Bapa 2016  yang pertama.  Tahu pulak dia duduk senyap time tu... huhu 
Tadika ABS Bandar Saujana Putra ni juga menyediakan perkhidmatan day care untuk murid2 dia. Ini bermakna bagi ibu bapa yang bekerja, tidak perlu lagi risau mencari transit untuk anak2 mereka yang bersekolah di sini.  Habis je waktu sekolah separuh hari, terus mandi tukar baju dan stay kat situ.  Yang bagusnya, waktu terluang tu tidak dibazirkan begitu sahaja.  Ada pembelajaran amali solat serta iqra dilakukan... 

Jadi masa cuti sekolah, Danial tetap saya hantar ke situ sebagai daycare.  Sudah pasti cuti sekolah dipenuhi dengan aktiviti yang mengembirakan... Antaranya ialah berbasikal, mandi kolam, picnic, bermain di taman permainanan berhampiran.  Kalau masa bulan puasa, ada aktiviti mengedarkan buah kurma pada penduduk setempat. 






Sekolah 5hari seminggu akan buat murid2 mudah jemu.  Jadi sambutan untuk hari2 istimewa, lawatan, aktiviti luar kelas akan buat kan diorang seronok ke sekolah.  Sambutan Hari guru, Hari Kebangsaan tu memang aktiviti wajib setiap tahun.  Secara tak langsung diorang akan belajar sesuatu bagi setiap sambutan yang dilakukan.  Jamuan hari raya tu memang dah wajib.  Jangan kata budak kecik, orang besar pun excited kalau ada makan2 macam ni.. hehe... hmmm kambing golek...

Ini antara aktiviti sepanjang tahun 2016

Sambutan hari raya Tadika ABS  Bandar Saujana Putra


Sambutan Hari Kebangsaan 31 Ogos di Tadika ABS... 

Simulasi Haji Cilik di Masjid Shah Alam 
Bakal Haji...hehe
Tapi sebelum tu kursus haji dulu.  

Setakat ini dulu part 1 kisah Tadika ABS ni, sequel ke-2 akan menyusul... Tunggu

Kredit Gambar : Tadika ABS Bandar Saujana Putra

Sambungan cerita PART 2 nya dah ada... sila la click ye untuk kesudahannya.. :)

Notakaki: Selain sekolah yang bagus, hubungan ibu bapa dan para guru juga tak kurang penting nya... Jadi, binalah hubungan yang baik demi kesejahteraan anak2 anda... :)

Friday 2 December 2016

Friso Gold Bukan Susu Biasa

Salam...

Selalu sangat bila dah jadi mak ni, kita akan terlebih risau dengan faktor sekeliling bila anak nak main kat luar rumah.  Alasan selalu yang kita beri ialah, tak suka anak terdedah pada kotoran.  Bila dah kotor, banyak la penyakit datang... itu la sifir pemikiran logic ibu bapa sekarang... hehe.

Honestly saya dulu pun ada perasaan macam tu dan saya hanya tersedar apabila saya menghantar anak saya ke kelas taekwando.  Kelas pengenalan dibuat di atas padang rumput sekolahnya.  Jadi bila nak start tu, coach suruh beratur dan semua peserta bukak kasut dan terus mengikut arahan seterusnya.  Tetapi anak saya berkeras taknak tanggalkan kasut.  Dia cakap kotor dan banyak kuman... eh eh macam kenal je ayat tu... haha...




Jadi saya longgarkan sedikit pemikiran saya dengan biasakan dia kepada tanah... berpijak di bumi yang nyata...


Takde la asyik kata NO saje bila anak2 request nak main kat luar rumah.  


Sebagai ibu, kita sangat tahu kesihatan luaran yang baik berpunca dari sistem penghadaman yang sihat.  Apabila anak sihat, mereka akan melalui hari2nya dengan cergas dan gembira.

Jadi apa cara yang kita ada untuk memastikan anak2 kuat dari dalam?

Magic

Hehe... tapi kita takde magic utk mengawal segalanya.  Apa yang boleh ialah kita berusaha memberi yang terbaik untuk anak2 kita.


Pemilihan susu yang tepat sangat membantu.  Mempunyai anak2 yang semakin membesar, saya memilih Friso Gold sebagai pelindung kerana ia sangat menjaga sistem penghadaman dengan baik dan seterusnya meningkatkan ketahananan badan.


Tetapi kenapa Friso Gold?

Menampilkan warisan Friso Gold Nature & Science iaitu dihasilkan oleh alam semulajadi, ditambah baik dengan sains.  Kombinasi yang hebat bagi memastikan penghasilan susu yang berkualiti.  Susu formula Friso Gold diimport terus daripada negara Belanda di mana ladangnya mempunyai persekitaran yang ideal bagi menghasilkan susu yang berkualiti tinggi.  Di samping itu, setiap proses diberi penjagaan yang sewajarnya bagi mengekalkan nutrisi kepada anak2 kita.

Bila kita yakin ia dari sumber yang baik, baru lah yakin nak beri kepada anak2. kan...

Macam anak saya Danial dan Safiyya, masing2 mempunyai karektor tersendiri.  Tetapi kalau perut mereka tak selesa, ragamnya mesti sama.  huhu.  

Bila anak meragam, kita yang tak senang duduk.   
haihhh 

-_____-

Bila jadi macam ni, dalam fikiran dah bayang macam2 makanan sihat untuk diberi kepada anak2. 

Persoalannya, 

Adakah badan kita dapat menyerap keseluruhan nutrisi yang ada dalam makanan tersebut? 

atau;

Apakah makanan yang kita makan tu, masih mengekalkan 100% nutrisi setelah melalui proses memasak dengan suhu yang panas?

Haaa jenuh kan nak fikir... tak pe, mari saya huraikan.

Secara ringkasnya, makanan yang kita masak hari2 tu, akan melalui proses kepanasan yang tinggi. Bila suhu terlalu panas, struktur semulajadi protein akan rosak atau dihapuskan.  Kalau nutrisi dah kurang, apa yang kita makan tu, dapat kenyang je laa...  

Sebagai contoh, sayur yang dimasak dengan suhu yang tinggi dan lama akan kehilangan hampir semua nutrient berbanding di masak sekejap.  Sebab tu mak kita pesan masak sayur tu biar sekejap je. :) 

Begitu juga halnya dengan susu formula.  Proses biasa penghasilan susu formula akan melibatkan haba yang membawa kepada kemusnahan struktur asal protein.  Apabila protein rosak, ia sukar diserap oleh usus dan ini boleh menyebabkan anak2 mengalami masalah penghadaman, kembung perut, sembelit serta perut tidak selesa.

Kesimpulannya, bila suhu panas, protein rosak, maka sukar usus nak serap dan kesudahannya akan terjadi masalah penghadaman

Bila kita dah sedar akan hal ini, apa pilihan yang kita ada untuk memastikan protein susu terpelihara sepenuhnya??

Memperkenalkan Friso Gold yang  baru telah dipertingkatkan dengan teknologi LocNutri dimana ia membantu mengekalkan  nutrien dalam struktur asal sewaktu proses pengeluaran supaya mudah diserap tubuh dan senang dihadam. 


Teknologi LocNutri direka bentuk untuk menangani masalah ini.  Teknologi ini menggunakan hanya sedikit haba semasa proses penghasilan agar protein dapat dikekalkan sebaik mungkin dalam struktur asalnya.  Nutrien kemudian boleh diserap secara efektif oleh badan.


Atau dengan ayat yang lebih mudah macam dalam gambar atas ni.  LocNutri ibarat pelindung yang memelihara nutrisi dari rosak ketika proses penghasilan susu formula.

Secara amnya, protein sangat penting kerana ia memainkan peranan dalam penghasilan otot, kulit serta rambut.  Ia juga menyokong sistem imun dan membantu dalam penghasilan antibodi lantas memastikan anak2 kita sihat serta kuat dari dalam dan juga luar.

Ok, sekarang dah faham kan kaitan sistem penghadaman yang berkaitan langsung dengan kesihatan luaran.  Anak-anak yang mempunyai sistem penghadaman yang baik akan meningkatkan ketahanan tubuh badan yang sihat.

Jadi pemilihan Friso Gold sebagai pelindung anak saya adalah tepat malah saya tak perlu overreact bila anak bermain di luar rumah.

Ini kerana sebagai mak apabila kita yakin tubuh badan anak sihat dari dalam dan juga luar tiada lagi perasaan risau untuk biarkan mereka menikmati persekitaran luar rumah serta merasai sendiri alam semulajadi tanpa sekatan.  


Anak kecil tetap anak kecil.  Biarkan mereka meneroka.


Notakaki: Bukan susu biasa... :) 

Thursday 1 December 2016

Planner 2017 yang style tapi harga mampu milik

Salam....


Apa amalan yang paling bersemangat setiap hujung tahun???

Planner Hunt!!!
Source: Erin Condren

Macam gitu la muka saya kalau dapat planner... yeayyy.  Saya pun tak tau kenapa saya suka sangat beli planner.  Nak kata hidup teratur sangat tu takde laa. Tapi saya sangat suka planner. especially yang ringkas tapi ada ciri sophisticated, cantik, girl2, sweet, unik dan pastel.  

Amboiii banyak songeh pulak orang tu... 

Tapi seriously memang ada Planner yang macam tu.

Kalau dulu, hanya mampu cuci mata kat online store yang jual planner cantik2... Sebab semuanya international shipping, jadi harganya agak mahal.  Kesudahannya beli kat MPH aje laa.. 

Hujung tahun tiba lagi,  Hati gelisah sebab tak dapat planner lagi.  Masa tengah belek2 Instagram tiba2 nampak ada yang share tentang Planner 2017 yang mematuhi semua ciri yang saya nak tu.
Berita baiknya adalah planner tu Made in Malaysia.  Terus hati berbunga2 dan tak sabar nak order... 

Ni dia 

Planner Hut by Shakina Farhan... 





Huh ..Kenapa saya suka planner ni?  Sebab dia ada semua ciri yang saya nak tu laa... hehe...  Selain itu planner ni berkonsepkan islamic dan ada juga beberapa checklist yang best dan boleh diguna pakai untuk kehidupan seharian.  

Ibadah Checklist

Fitness Checklist

Bills to Pay

Saving Challenge

hmmm menarik kan!!

Selain planner, sticker yang comel2 dan bookmark juga diberi sekali,


Ok berapa pulak harga Planner Hut ni?

Seriously harga dia memang mampu milik sebab tak sampai RM100 pun.  Not even RM50.

hoihhhh 

Honestly, harga planner ni RM38 sahaja *tidak termasuk postage

Best kan... Jadi sesiapa kat sini peminat planner atau planner hunter macam saya, cepat2 la grab sebab stok dah tak banyak.  

Instagram : @plannerhut

Notakaki:  Tengah buat senarai wishlist 2017... moga2 termakbul...

pssttt hajat tu biar jelas.. huhu
  

Wednesday 30 November 2016

Tua setahun dari suami... apa ada hal

Selamat hari jadi 

Selamat hari jadi

Selamat hari jadi Ayu

Selamat hari jadi

yeayyyy happy birthday untuk diri sendiri...

 -_____-

Malam tadi oleh kerana bebudak ni tak tido2 lagi, saya paksa diorang nyanyi happy birthday kat mak diorang ni... hehe...




Tapi kan... dalam semua yang best bila birthday kita ni, ada jugak yang tak best.  

Pertambahan usia... 

haaa jangan ingat seronok je tapi lupa yang awak tu semakin menua... haha.. ada ke perkataan menua...

Umur saya tua setahun dari suami... Tapi sebab dia nampak lebih matang, so saya rasa muda sangat 
-_____- 

Masa awal2 dulu, saya risau jugak dengan umur ni.  Paling takut orang komen "macam adik dengan kakak" uhhhh.  Tapi alhamdulillah takde pulak orang cakap macam tu malah orang tak tahu pun beza umur kami tu.. ehhh korang jangan bagitau orang tau. hehe... 

Tapi bila dah lama2, saya tak kisah pun.  Tua ke muda ke, suami tetap kena hormat... ada masanya saya teringat masa kami PJJ dulu.  Waktu tu saya selalu berdoa agar usaha nak tinggal bersama tu dipermudahkan.... Alhamdulillah setelah hampir setahun, suami yang keje kat Penang dapat keje kat sini.  Tiada lagi episod weekend spouse yang tiap minggu atau 2 minggu sekali kena mengadap puduraya tak pun hentian putra... Amin...

Tapi bila dah satu rumah ni, kadang2 saya tak layan dia baik2 pun... kesal jugak laa... Masa dia tido, saya tgk muka dia.  Rasa berdosa sangat. huhu. Tiba2 berazam nak jadi isteri dan ibu yang baik.  

Ok laa... azam saya sempena hari yang baik ni, saya mahu memperbaiki diri menjadi orang yang mampu memberi manfaat kepada diri serta orang lain.  ;) 

Happy Birthday Ayu-----------{@

#November
#happybirthday
#mommyofthree
#ilovemyhusband
#ilovemyfamily
#ilovemykids
#36yearsold

Notakaki: PJJ- Perkahwinan Jarak Jauh (berat mata memandang, berat lagi yang menanggung rasa)

Tuesday 22 November 2016

Fantasi vs REALiti

Salam

Saya selalu berangan menjadi seorang suri rumah sepenuh masa.  Saya tak sangka yang kerjaya suri rumah ni merupakan impian saya sebenar2nya.  Kalau dulu masa time belajar menjadi seorang berkerjaya adalah impian terulung termasuklah berpendapatan tinggi.

Apa nak buat... masa dan situasi mengubah persepsi seseorang tentang matlamat hidup.  Keluar bekerja, menerima gaji bulanan bukan lagi keseronokan saya... haihhh kalau la dapat, rasa nak berhenti kerja sekarang jugak... hehe... Tapi setiap orang tu ada sebab dan alasan yang tersendiri kenapa dia perlu bekerja dan terus bekerja...

Ok, kita lupa dulu tentang impian nak jadi surirumah tu.

Tapi masih bab berangan... hehe... alaa bukan kena bayar pun kalau berangan. kan kan..

Saya suka tengok Food Network Channel HD.  Style betul cara diorang masak dan saya pun start la berangan nak jadi macam Giada, Barefoot Contessa, Ana Olson... Seronoknya kalau pandai masak macam diorang tu.

Ini la fantasi saya...


Giada at Home

Barefoot Contessa

Bake with Ana Olson
Lagi sorang chef saya suka ni...

Martha Steward

Best kan kalau pandai macam diorang nih..  

Tetapi hakikatnya...

Saya kat dapur dah macam tak senang duduk.  Tengah2 masak, dentam dentum pintu peti ais dikerjakan dak Safiyya.  Sibuk dia menyelongkar makanan2 yang saya sorok dalam tu.  Tak cukup dengan tu, Shawqi pulak menangis mintak dukung... Puas dah rasuah dengan biskut, dia buang2 je untuk tunjuk perasaan.  

Last2 macam ni laa... sebelah tangan buat kerja, sebelah tangan dukung budak ni.



Macam tu laa kisah hari2 minggu saya kalau kat rumah.  Semua kerja kena buat terkejar2... Kalau salah seorang tido, baru la lapang sikit.  Itu pun bukan boleh rehat tapi itu lah masanya saya nak basuh pinggan, sidai baju, sapu sampah, mop lantai dan segala tok nenek keje rumah yang tak pernah habis...

Walau apa pun bebelan saya tentang kerja rumah, impian saya masih nak jadi suri rumah.. ajaib kan.

hew hew hew

Notakaki:  Shawqi dah boleh merangkak dengan jayanya malam tadi... 21Nov2016