Friday 13 February 2015

Persediaan sebelum nak start homemade baby food untuk bayi 6 bulan

Salam

Masuk hari ni dah Safiyya dah berusia 6 bulan 4 hari.  Bila baby dah masuk umur 6 bulan ni tentunya dah sesuai untuk mulakan solid food.  Takkan nak bagi susu je kan.  6 bulan ni adalah standard yang dicadangkan oleh kementerian kesihatan. Kalau ada ibu yang nak bagi solid food sebelum dia cecah 6 bulan tu, terpulanglaa pada kehendak masing2.  Ketetapan ini mesti ada sebab dan antarnya ialah, pada umur 6 bulan ni baru la sistem dalam badan bayi sudah bersedia menerima makanan yang lebih pejal selain yang bersifat cecair.  

Ok, berbalik kepada cerita persediaan.  Apa yang saya lakukan ialah membelek kembali resepi2 yang sesuai untuk baby.  Selain tu, saya juga akan refresh balik aktiviti sediakan solid food 3 tahun yang lalu.  Nak warm up balik engine katanya... Bagi yang first time, boleh jenguk ke entry ni Peralatan yang perlu ada untuk mudah buat Solid Food dan juga klik pada Cerita Solid Food

Semua peralatan yang dah berhabuk tu saya dah siap bersih kan.  Tiba2 husband mencelah, "U nak guna slow cooker ke? Nanti bil melambung." Adehhh bukannya dia tak tahu, betapa mudahnya menggunakan slow cooker itew.  Saya sikit pun tak bantah, saya diam je n biarkan atas meja.  (mengambil pendekatan 'diam dulu, bising explain kemudian') Selain tu, food processor juga penting dalam proses penyediaan solid food ni.  saya guna jenama Little Bean.  Oleh kerana, bahagian blender tu dah rosak (akibat penggunaan yang kerap), tiba2 berangan nak beli food processor jenama Avent pulak.. eh eh eh.. sape tahu kedai mana jual murah ek?

Persediaan sebelum buat homemade solid food

1.  Cari resepi2 yang sesuai untuk baby- macam2 jenis puree yang mak mak boleh buat.  jangan terhad dengan carrot je memanjang. 

Cadangan pemakanan baby mengikut umur (.www.wholesomebabyfood.com)
2. Sediakan peralatan yang sesuai

 - Slow cooker (kalau tak pun periuk kecik yang khas untuk masak makanan baby- jgn campur dengan periuk yang buat masak sambal) 
 Cara masak bubur nasi dengan mudah ada di sini. Mudah Masak Bubur Nasi

Untuk mudah masak bubur nasi dan mengelakan hangit cepat

 - Steamer (kalau kita stim, khasiat makanan (sayur) lebih terjaga dari kita merebus)
ini contoh steamer dari google.  terpulang pada anda nak guna yang letrik or dapur gas

ni pulak contoh food processor. bagi saya, lebih mudah guna jenis ni sebab dia 2 in 1.  boleh steam dan boleh blend.

 -Blender (of course la untuk blend kan makanan2 tu bagi hancur... baby kan takde gigi.)
Saya dah pun beli hand blender nih... mudah sangat kalau nak bawak kemana2... tapi hanya terhad untuk kuantiti yang sedikit sahaja... kalau nak blend banyak2, sila guna yang biasa punya ye..

 - ice cube with lid (untuk bekukan puree - kalau takde yang bertutup boleh guna plastik transparent tu utk cover ice cube tray bagi mengelakkan penyebaran bakteria) 
Carrot and Broccoli
  -  storage (beli yang kecik2 untuk simpan puree2 yang dah di sediakan dalam kuantiti sekali makan.  sifatnya macam EBM jugak. Kalau dah cair dan dipanaskan, tak boleh dibekukan semula. 


Contoh yang ada dijual di kedai2 baby kat Malaysia
Ini antara sedutan bagi cerita homemade baby food.  banyak lagi sebenarnya saya nak share kat sini.  tunggu...

2 comments:

  1. Sis..little bean food processor tu sis pakai kerap sampai berapa lane ye baru rosak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi... saya pakai dari anak pertama n kedua... anak pertama tu dari dia 6 bulan smpi ke 14 bulan camtu. anak kedua dari dia 6 bulan hingga 12 bulan. actually bahagian stim tu masih ok. cuma bahagian blender tu yang rosak motor dia sebab saya guna terlalu kerap. untuk anak ketiga ni saya tak bukak dah benda tu. saya guna steamer biasa. sebab bila dah pindah rumah ni table top tu terhad tempat dia. jadi malas nak letak byk2 barang.

      Delete