Wednesday 29 November 2017

Kisah sebenar disebalik Pendaftaran Tahun 1 Danial

Salam,

Hari tu dah janji kan nak cerita perihal pendaftaran sekolah kebangsaan yang penuh kesalan.. 

haha.. 

dramatik sungguh. 😎😎

Saya guna ganti nama kami la ye.  Sebab hal2 pendaftaran ni melibatkan suami saya jugak.  Ini kerana suami buatkan pendaftaran online tu kerana saya tengah berpantang anak ketiga.  Jadi memang tidak la saya membelek laptop kat rumah.  Belek baby je.  

Husband pun buat la semua hal online tu dan sebelum hantar ke sekolah saya pun semak la dulu draft yang dah di print tu termasuklah menyediakan segala dokumen yang berkaitan.  Segala urusan online husband buat kat office dan saya langsung tak semak kalau ada2 maklumat yang tertinggal.  Alaaa simple je kan semua dah ada kat situ dan ikut aje step yang disediakan.  

Sebelum saya teruskan cerita saya, mari saya kongsi cara2 membuat pendaftaran tahun satu secara online.  Ini pun baru je saya google. keh.keh.keh

CARA MEMBUAT PENDAFTARAN TAHUN SATU SECARA ONLINE

1. Isi Borang Online 
Isi borang yang terdapat pada laman web Kementerian Pendidikan Malaysia.
Berikut adalah pautannya: https://public.moe.gov.my
2. Cetak Borang 
Borang yang telah diisi dengan lengkap perlu dicetak untuk tujuan pengesahan di sekolah.
3. Hadir Ke Sekolah Untuk Pengesahan 
Selepas mendaftar secara online, ibu bapa diminta hadir ke sekolah yang dipohon dalam tempoh permohonan tersebut untuk membuat pengesahan.
Bawa dokumen berikut dalam bentuk asal dan salinan: 
1) Cetakan borang permohonan online
2) Sijil lahir / anak angkat - Asal & Salinan
3) Bukti alamat tempat tinggal (Bil elektrik/ bil air/ bil utiliti) - Asal & Salinan
4) Kad pengenalan ibu bapa / penjaga - Asal & Salinan
5) Surat nikah / surat cerai - Salinan
6) Kad OKU / Imunisasi (jika berkaitan)
7) Borang Persetujuan Perkhidmatan Kesihatan dan Imunisasi - Asal

4. Semak Status Permohonan Tahun Satu
Selepas proses pendaftaran selesai, tunggu fasa selanjutnya untuk menyemak status permohonan. Semakan keputusan pendaftaran Tahun Satu  biasanya akan dimaklumkan sekitar bulan Julai/Ogos. Jika berjaya, sekolah akan mengemukakan surat tawaran yang perlu dibawa pada hari pertama persekolahan.
Sekiranya terdapat pindaan, ibu bapa boleh membuat kemaskini dan hanya 3 kali sahaja dibenarkan.
Jika tidak berjaya, boleh membuat rayuan pada tarikh yang akan dimaklumkan.


Nampak mudahkan..
Ye memang mudah pun tapi kena pastikan setiap modul yang diperlukan itu dilengkap selengkapnya.  Kenapa saya kata lengkap selengkapnya?  Sebab husband saya dah termiss satu modul dan telah menjadi asbab pemilihan sekolah yang dipohon ditolak macam tu je.  Yes. kena REJECT.
Ni rupa modul yang diperlukan tu;

Dalam 5 modul yang sistem sediakan tu, kami dah termiss maklumat kesihatan.  tu je salah dia.  Hanya kerana tidak lengkapkan maklumat tu, dalam status pendaftaran kami dianggap tidak membenarkan anak divaksin dan anak tersebut tidak pernah divaksin.  Tiba2 jadi antivaksin. 😴😴
Padahal setiap imunisasi untuk Danial memang lengkap siap tambah Pneumucoccal lagi. 
Ini rupa borang yang ada dalam maklumat kesihatan tu;


Sadiskan.  Rasa nak patah balik je pada masa tu dan isi semula borang pendaftaran.  Lebih menerukkan keadaan ialah perasaan ralat tu tak boleh pendam macam tu je kerana kami mendaftar tahun 1 untuk Danial masa umur dia 5 tahun yakni 2 tahun awal.  Punya la nak pastikan dapat sekolah tu sebab Bandar Saujana Putra ni takde sekolah rendah dan tu jugak sekolah baru.  Jadi Sekolah Kebangsaan Putra Height merupakan sekolah yang paling hampir dengan BSP iaitu jaraknya adalah 11.5 km manakala sekolah yang ditempatkan adalah 16km jauhnya dari rumah.  Walaupun tak banyak  beza, perasaan best tu tetap tak boleh tipu.  Lagi la dengan confident saya dah bagitau ramai jugak la yang anak saya akan bersekolah di SK Putra Height.  hahahah... eksyen lagi. 
Ni saya share borang persetujuan yang kami tak hantar masa pendaftaran sekolah tu.  Kan lepas isi online kena printkan... lepas tu hantar yang cetakan tu ke sekolah yang dipilih bersama dokumen2 yang telah ditetapkan.  Bila fikir2 balik, kenapa laaa kerani sekolah tu tak maklumkan yang dokumen tak lengkap.  aduhhh.. ok ok tak nak salahkan orang.  Mungkin dia anggap kami akan membuat kemaskini selepas tu dengan menghantar borang persetujuan perkhidmatan kesihatan dan imunisasi
Ini rupanya;
Borang Persetujuan

Borang ni boleh didownload dalam portal moe tu setelah maklumat kesihatan dilengkapkan. kalau tak isi, memang tak keluar la kat situ.  Agaknya tu la encik husband kita ni tak perasan.  haih laaa... 
Setelah keputusan keluar, nak senyum pun tak boleh.  Mujur boleh buat rayuan dan keputusan rayuan pun tidak memihak kepada kami kerana tempat di SK Putra Height tu dah penuh.  Dari ada 4 kelas Tahun 1 untuk 2018 terus kena bukak lagi satu kelas.  Masa saya call sekolah, orang tu cakap permohonan  yang diterima 500 orang lebih tapi tempat ada 200 lebih je.  💔💔💔💔
Lepas tu baru terasa nak buat rayuan kedua kat PPD Petaling Perdana atas saranan orang sekeliling.  Sayang semuanya sudah terlambat... tiada lagi rayuan kedua.. tapi peluang kedua ada... haaa apa pulak dah tu.
Menurut cik penjaga kaunter PPD tu, dia menasihatkan kami menerima dahulu sekolah yang ditempatkan kerana kesan penangguhan ni akan menjejaskan tempat anak saya di Tahun 1 2018 nanti. Ibarat Danial takde sekolah.  Lagi pulak, trend sekarang ni kebanyakan sekolah buat orentasi dan exam penempatan kelas untuk tahun 1 sebaik sahaja cuti sekolah bermula.  Kalau dah terlepas 2 benda ni lagi kesian kat anak.  Karang sekolah letak je dia kat kelas paling corot.  hmmm 
Kan saya kata ada peluang kedua.  Caranya ialah buat pertukaran sekolah pada pertengahan January 2018 nanti.  
Cara2nya ialah pegi ke pejabat PK HEM dan minta borang pertukaran sekolah 😀.  Isi borang tersebut dan kembalikan hantar ke PPD (buat 4 salinan) berserta dokumen2 berikut
💚 Sijil Kelahiran anak
💚 Kad Pengenalan bapa
💚 Kad Pengenalan ibu
💚 Sijil Nikah
💚 Bil Elektrik / Air / Telefon (mesti atas nama ibu bapa pemohon) / kalau rumah sewa, kena serta salinan perjanjian sewa rumah
Jadi peluang tu masih ada tetapi tetap bergantung kepada kekosongan 😭😭😭😭😭😭😭😭
Dari PPD kami pun terus ke SK Putra Height dan ambil kembali dokumen pendaftaran yang awal2 dulu tu dan hantar ke SK Seksyen 27 (1) sebagai pengesahan pendaftaran sekolah.  
Tahu tak apa yang berlaku... bila dah serah segala dokumen salinan dan asal untuk disemak, kerani tu bagi kat kami satu surat iaitu Surat Orentasi Sekolah... 
Mujur la kami datang hari tu (Jumaat) sebab orentasi tu akan dibuat pada hari Ahad nya.  Alhamdulillah Danial tak terlepas menjalani orentasi.  Punya lega... Tapi yang tak lega adalah seragam sekolah tak beli lagi.... 
Maka esoknya tu berangkatlah kami anak beranak mencari baju sekolah si abang Danial ni.  Baru nak plan ambil cuti untuk beli baju sekolah supaya tak berangkut Safiyya and Shawqi.  Konon nak bawak Danial je supaya boleh fokus sikit nak membeli belah.  Rupanya mengendong anak jugak.  hahaha..  
Begitu lah kisah dan pengajaran disebalik pendaftaran Tahun 1 anak saya.  Bagi ibu bapa yang akan mendaftar sekolah anak tu, pastikan tak jadi macam saya.  Check betul2 dan jangan harap kat suami... hahaha..... maksud saya. semak sama2 jangan biar dia sorang buat.  Orang pompuan ni kan detail sikit.  hihihi. 
Hari Orentasi

Dalam kelas... 

Test baju sekolah.
Owh ya...  bagi yang baru nak tanya ok ke tidak exam Tahun 1 tu... Jawapannya ialah sekolah Danial akan buat exam tu masa minggu pertama persekolahan.  Jadi takde la saya tension sangat sebab tak cukup masa Danial nak buat revision. Sekarang ada sebulan lagi. huhu.  

Lagi satu suka saya nyatakan kat sini, SK S27(1) tu salah sebuah sekolah yang hebat jugak.  Cuma dalam kes saya, tak terfikir sampai kesitu anak saya ditempatkan.  ingatkan dia hantar Alam Megah ke... huhu. 
Notakaki:  Apakah saya akan buat pertukaran sekolah pada pertengahan January nanti.?  Tungguuuuuuu

Monday 20 November 2017

7 Tahun kahwin tapi masih belum buat sehabis baik

Salam

Hi semua... rasa macam tak lengkap kalau takde post sempena anniversary.  12 November baru ni genaplah 7 tahun perkahwinan saya.  

Dulu2 saya fikir makin lama kita kahwin kita akan semakin expert.  konon2 perfect wife sangat laa.  tapi banyak je kejahilan dan kekurangan di sana sini.  Kadang2 saya fikir saya nak jadi supermom atau superwife.  tapi tekanan tu buat saya penat.  sudahnya saya hanya buat yang termampu.    sebenarnya memberi alasan penat sebab anak2 nampak seolah kita tak bersyukur je. tapi memang itu pun yang mempengaruhi kehidupan saya sekarang.  pagi petang siang malam hanya family dalam fikiran saya.  but honestly saya suka kehidupan saya sekarang.  (walaupun tak dinafikan penat) tak boleh bayang kehidupan tanpa anak2 dan suami.  mesti akan sunyi walaupun saya punya banyak masa untuk bermetime.  cuma masa yang suntuk buat saya tekejar2 buat segala benda (kerja rumah) dan dalam masa yang sama saya nak memastikan anak2 dan suami mendapat layanan yang waras dari saya.  hehe.  

Bak kata bijak pandai sekarang ni

"orang perempuan ni mulut dia bising sebab dia penat."  -___-

Hubungan dengan suami
hmmm ok je laa.  sakit hati, geram, marah tu biasa la kalau dah tinggal sebumbung tu.  kalau tak bergaduh macam pelik pulak.  saya ada terbaca satu tulisan ni.  beliau mengatakan kalau ada masalah dengan suami jangan mengadu dengan ibu kandung.  sebab takde apa yang mak korang boleh buat malah boleh memburukkan keadaan.  secara tak langsung membuka keburukan suami pada keluarga sendiri.  dah tu nak mengadu kat sape??? mengadulah pada ibu mertua.  ehh betul ke?? ibu mertua maknanya mak suami korang lerr.. Ada benar jugak tu. sebab mak dia je yang tahu perangai anak dia.  cadangan ini hanya boleh diterimapakai oleh sesetengah orang iaitu kalau korang memang baik dengan mak mertua korang.  macam saya sendiri, hmm yes ini memang cadangan yang baik dan terus terang saya memang tak penah mengadu apa2 kat mak saya sepanjang hayat dia mengenai rumahtangga saya.  segala nya tersimpan rapi.  kat mak mertua tu adalah sikit2 saya bagitahu.  tak meletup je abis je lagi.  siapla encik suami.  keh keh keh

Ilmu parenting
Kadang-kadang bila terbaca kat facebook ke or mana website berkaitan ilmu keibubapaan ni, tak semua nasihat tu kita boleh terima bulat2 dan apply dalam kehidupan mendidik anak2.  Ini kerana setiap anak tu tak sama lagi laa anak orang lain yang bukan dari darah daging kita.  Bukan la saya kata nasihat tu mengarut 100% cuma tapis2 dan gunapakai yang berkaitan sahaja.  sebagai contoh,  kalau yang tukang penasihat tu ada sorang anak je dan saranan dia tentang peranan ibu bapa tu mungkin hanya sesuai untuk ibu bapa yang ada anak sorang.  Kalau kita apply semua kat dalam kehidupan kita dah tentu2 stress jadinya.   Nak pulak kita je yang uruskan rumah tangga tanpa pembantu.  Mahu bertukar jadi hulk hari2 sebab terlalu mengharap kesempurnaan.  Jadi kita banyakkan bacaan dan sumber dan tolongla jangan taksub terhadap satu kitab sahaja.  (Tidak khususkan kepada sesiapa... sila jangan ambil hati)

Haa bila cakap bab taksub ni boleh tak nak selit sikit tentang gejala fahaman haluan kanan kiri dan depan belakang ni.  hehe.  

maksud saya: 
tradisional vs moden
breastmilk vs formula milk
czer vs normal 
vaksin vs prochoice
direct breastfeed vs ebm
natural birth vs ubat tahan sakit
 school vs home schooling

dan macam2 lagi laa yang pelik2 kita jumpa sekarang ni.  

sebelum tu biar saya declare dulu yang saya ni;

1.  3 anak saya semuanya saya beranak secara czer (1st and 2nd emergency but 3rd schedule)
2. 3 anak saya semuanya  fully breastfeed sehingga 3 bulan dan lepas tu  sambung dengan ebm sehingga umur lebih kurang 1 tahun. after that campur fm kat sekolah dan direct breastfeed kat rumah sehingga umur 2 tahun lebih
3.  saya penyokong amalan berpantang tapi bukan la yang geng makan ikan masin tu.  makanan pantang saya ikan isi tu.. sedap tau... huhu dan yang penting tak sekat air.  air akar kayu + air masak + air kopi o
4. saya tak suka kepada instant baby food.  saya masak sendiri bubur nasi anak saya.  gigih kisar beras yang telah disangai termasuklah chicken bone broth serta sayur2an saya hanya guna yang fresh.  

banyak lagi kalau nak confess semua benda kat sini.  tapi ini antara yang major yang mak mak moden selalu gaduhkan sekarang ni. huhu.  

Pengajarannya kat sini, jangan taksub.  kalau kita berpegang kepada sesuatu fahaman, sila berpada2 dan tolong jangan condemn orang lain punya ikutan.  masing2 ada sebab tersendiri kenapa dia pilih macam tu.  Begitu jugak dengan kita kan kan.  Jadi agree to disagree.  Berkawan la dengan semua fahaman supaya kita mendapat pengajaran dari setiap ajaran tu.  Lagi sekali, orang bijak pandai ada mengatakan, tak rugi kita berkawan dengan musuh kerana ada sesuatu yang istimewa yang boleh kita belajar dari dia.  Jangan bodoh sombong dan cuba menegak kebenaran sedangkan kita sendiri ragu2 terhadap apa yang kita sandarkan.  

ishh lain bebenor cerita anniversary tahun ni . heheh

my cik piya...


7 tahun dah pun takkan la nak cerita benda yang sama je kan.

Ok laa... sayang kat laki kami. ehh


Notakaki:  rahsiakan amal ibadat kita seperti mana Allah rahsiakan aib kita.  



Friday 10 November 2017

Hari Apresiasi Bakat dan Persembahan Tadika ABS 2017

Salam

Dah nak masuk 2 minggu dah acara ni berakhir tapi baru hari ni berkesempatan nak up kat blog.  huhu

Hari Apresiasi Bakat dan Persembahan ni adalah hari meraikan pelajar 6 tahun yang akan menamatkan sesi persekolahan di tadika.  Macam konvo tu... Selain itu, pelajar2 berpeluang untuk menunjukkan bakat persembahan masing2 dengan dibimbing oleh cikgu mereka. Dari seawal 3 tahun hingga la 6 tahun semua berpeluang beraksi di pentas.  

Yang bestnya Tadika ABS Bandar Saujana Putra ni mengadakan acara ini secara solo.  Maksudnya ialah acara ni dianjur sendiri oleh Tadika ABS cawangan Bandar Saujana Putra tanpa melibatkan cawangan2 lain.  Bila dah buat sendiri mestilah kualiti persembahan lagi bagus dan lebih ramai pelajar berpeluang menunjukkan bakat dan parents pun puas dapat tengok anak mereka. 

Tahun ni diadakan di Wisma LKIM atau nama panjang dia Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia yang terletak di Pulau Meranti, Puchong Selangor. 

28 Oktober 2017.... Hari majlis tersebut.  Pagi-pagi kami dah keluar rumah sebab taknak sampai lambat.  Tapi setibanya kat sana.

jeng jeng jeng

Nak tahu apa???

Saya dah tertinggal baju kemeja kotak2 untuk persembahan Danial yang kedua iaitu lagu SAHABAT.  aduussss

Stress betul rasa sebab dah gantung tepi pintu supaya tak lupa tapi sebab si Safiyya ni pegi usik2 saya sorok kat kerusi meja makan.  langsung tak ingat dah lepas tu.  Mujur la lokasi majlis ni tak la jauh sangat dan husband pun patah balik ke rumah untuk ambil baju. hehe... dan kami pun pegi la masuk mengambil tempat duduk.  Memang port yang best sebab tak ramai orang lagi.  

Tahun ni Danial ada 2 persembahan iaitu Choral Speaking bertajuk Si Tanggang dan juga nyanyian lagu Sahabat - Upin Ipin. 

Ini antara yang berlaku pada hari kejadian... 


Auditorium Wisma LKIM 





Wakil Pelajar - Aqif dan Saffiya

Doa pembuka majlis dari Danish Aiman

Penari jemputan dari MSU

2017 Graduation


Aariz Danial

I am me by little diva... 6Tahun
Baby Shark do do do 4 Tahun
 
Better When I'm Dancing - 3 & 4tahun
Medley Omar Hana - 4 Tahun

Pop Yeh Yeh - 5 Tahun

Walking in the Jungle - 5 Tahun
Sahabat - 6 Tahun
Choral Speaking Si Tanggang - 6 Tahun

Cikgu-cikgu Tadika ABS Bandar Saujana Putra (tiada dalam gambar cikgu sue dan cikgu azie)

Bersama semua yang menjayakan majlis tersebut (Pengacara dan Penari jemputan dari MSU)

Gemuruh Jiwa - persembahan penutup

Say cheeseeeee
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Pemilik Tadika ABS Bandar Saujana Putra Encik Nik Syamsul 
Kredit Gambar: Facebook Tadika ABS Bandar Saujana Putra dan kamera sendiri...



Notakaki:  Sebelum hari persembahan saya ada bagitahu Danial nanti dia dah tak sekolah kat situ dah.  next monday tu bila saya ambil dia dari sekolah, Danial tanya saya 'mama cakap lepas persembahan danial dah tak sekolah sini dah.  kenapa papa hantar Danial kat sini?'

haiihhh tak menyabor dah ke nak darjah 1.