Tuesday 24 May 2011

Bersalah pada blog sendiri...

Anda didapati bersalah kerana mengabaikan blog anda sendiri... dengan ini sebagai hukuman blog anda akan dinyah dari sini... oohhh tidakk!!! haha... padan muka sendiri kerana lama sgt tak update blog... ish ish. banyak perkara yang terjadi tapi tak terluah dengan kata2. cewahh..




berita terkini: pregnancy dah 17 minggu.. cepat je masa berlalu. kalau ikutkan, bila dah 4 bulan pergerakkan baby dah boleh rasa.. tapi bagi yang 1st baby, mungkin susah nak rasa... tapi petang semalam, tiba2 je rasa perut kena senggol2... rasa nak tergelak.. seronok sgt sebenarnye. Dalam hati ni hanya berdoa agar baby yang dikandung sentiasa sihat dan membesar dengan sempurna. Tiap2 hari tak penah lupa berdoa supaya dia menjadi anak yang baik, soleh @ solehah, cerdik, cergas, pintar, hmmm semua laa...



segala perasaan loya, muntah, pening mcm dah hilang... alhamdulillah... cuma skang kaki & pinggang dah start terasa sengal2... mungkin perut nak membesar jadi memberi tekanan pada 2 tempat ni... apa pun saya redha kerana mama cakap segala kesakitan, kepayahan masa mengandung tu semuanya pahala... so tak boleh merungut... Yang penting dah tak kacau selera makan... huhu...



Baju maternity pun dah start beli sikit2... menurut kawan2 yang dah penah mengandung, petua nak beli baju ni: tak perlu beli yang mahal2 sgt... nak pakai 9 bulan je... lagi satu, kan skang ni banyak fashion yang kembang kat bahagian perut tu... haa beli je mcm tu.. boleh pakai lagi lepas bersalin nnt...



Barang baby pun dah boleh beli sikit2... ada orang kata tak elok beli awal2... mcm2 pantang pulak ye.. ni belum masa berpantang lagi...heheh... kalau dah masuk 5 bulan tu mmg patut beli sikit2... nak nak masa sales barang baby... masa tu jgn lepaskan peluang... jgn dah 8 or 9 bulan baru pegi beli... takkan dengan perut yang sarat tu nak pegi berebut pulak kat sogo.. eh eh... nak kena buat kad sogo cepat2 ni... sbb orang kata kalau sogo buat sales barang baby mmg marvelous...



Citer mengidam pulak.. nak kata saya ni ada benda yang spesifik utk yang diidamkan tu, xde la pulak... tapi yang ketara, kalau nak minum tu mesti nak boh ais.. kalau air suam2 ni mcm tak leh telan.. kalau dulu, nak makan buah2an ni mmg kurang tapi skang asik nak beli buah je.... tapi sib baik la mmg itu pun dituntut kalau mengandung...



Banyak lagi nak cerita kat sini... segalanya tentang pengalaman baru yang sedang saya alami ni... pengalaman yang tak boleh dijual beli.. dah mengandung baru tau... huhu... ok lah.. jumpa lagi di lain entri... muahmuah