Thursday 21 September 2017

Columbia Asia UV Night Run 2017

Salam

Bersempena dengan bulan kesedaran kanser payudara Oktober ini, Columbia Asia akan menganjurkan satu acara larian amal bagi meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai penyakit tersebut.  Larian amal tersebut akan diadakan pada 7th October 2017 di Taman Tasik Cyberjaya bermula pada pukul 8.30malam.  

Sudah 2 tahun  berturut acara seumpama ini diadakan dan ia akan disalurkan kepada Breast Cancer Welfare Association (BCWA).  Segala sumbangan adalah untuk kegunaan program pendidikan dan komuniti yang dikendalikan oleh BCWA.

"Dari jumlah penyertaan yang begitu ramai sekali, kita tahu bahawa masyarakat Malaysia sangat menyokong program sebegini iaitu kempen kesedaran tentang penyakit kanser payudara" - Puan Engku Marina Engku Hatim (Penganjur/Pengurus Besar Columbia Asia).

Columbia Asia UV Night Run 2017 mengadakan 2 kategori iaitu 3km dan 10km.  Bertema kan UV, para peserta akan berlari dengan 'glowing in the dark' iaitu muka akan dicat neon dan memakai gelang neon di pergelangan tangan.  Setiap peserta akan dibekalkan 'LED wrist band' yang akan memantulkan cahaya dalam gelap.  Terima kasih juga kepada Supperclub TREC KL deejay, Ira Roslan aka Irama dan tidak ketinggalan kepada emcee/televisyen/host/former Capital FM deejay dan 2012/2013 winner of FHM's Most Wanted Woman in the World iaitu Patricia K.

Berikut adalah para penaja Columbia Asia UV Night Run 2017 iaitu Brooks sport apparel, 100 Plus dan Nivea.

Penyertaan telah pun penuh iaitu 2000 peserta semuanya dan diharap acara ini sedikit sebanyak dapat meningkat kesedaran tentang pencegahan kanser payudara dan juga dapat memberi sokongan kepada yang sedang menderita akan penyakit ini - Puan Engku.


Notakaki: tak sabar nak tunggu 7hb nanti... jom lari...

Friday 15 September 2017

Cara menggunakan Serum untuk Wajah dengan Betul

Salam,

Ramai yang tak tahu betapa pentingnya penggunaan serum untuk kulit wajah kita. Dengan amalan serum yang konsisten, percayalah kulit akan nampak lebih halus dan cerah sekata. Ini kerana tugas serum adalah merawat dari dalam kulit dengan lebih berkesan.
Kalau kita dah memang hari-hari cuci muka, pakai pelembab pakai pelindung UV tapi tak pakai serum. Sayang je usaha tu kerana kulit tidak mendapat nutrisi secukupnya.

Mari saya kongsi cara menggunaka serum dengan betul
💜 Lepas mencuci muka, biarkan ia kering dengan sendiri atau tepuk2 manja dengan tuala bersih.
💜 Dengan keadaan kulit yang masih segar tu, titiskan serum ditapak tangan (2 titis) dan oles keseluruhan kulit wajah anda. Jangan gosok atau urut. Hanya tepuk perlahan-lahan menggunakan jari – jemari anda dengan lemah gemalai…ewaaahhhh
Itu kalau kulit normal…


Kalau kulit sensitive, 
Lepas bersihkan wajah tu tunggu 10 minit dulu sebelum oleskan serum. Sama juga, hanya tepuk-terpuk manja dengan jari-jemari anda
💜 Sekiranya kulit anda jenis kering, boleh guna pelembab selepas tu. Serum bukan pelembab jadi guna la ia perlu agar kulit sentiasa moist and supple. (lembab dan lembut)

Ni saya share sikit antara feedback yang diterima dengan penggunaan Serum Mary Jardin


Nak tahu kebaikan serum Mary Jardin ni? kita tunggu post seterusnya.. Walaubagaimanapun anda boleh hubungi saya untuk sebarang pertanyaan

017-4646225 (Ayu)

Notakaki:  tahu tak, serum ni mengandungi SPF30 yang mampu melindungi kulit dari sinaran UV serta berfungsi sebagai anti-aging serta merawat kulit luar dan dalam 💓

Thursday 14 September 2017

Hari Sukan Tadika ABS Bandar Saujana Putra

Salam...

Ini merupakan post tertangguh sekian lama... uhuk uhuk


Dah berbulan dah pun sukan ni dan saya baru nak update.  aiseyyy


Sukan tahunan ABS kali ni diadakan di Dewan Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Desaminium.   Syok jugak buat sukan dalam dewan nih sebab tak la berpanas budak2 tu dan kita yang menonton dan tukang sorak ni tak basah peluh. huhu


Tahun ni Danial dapat rumah hijau yang membawa simbol katak dan kali ni dia berpeluang menjadi pembawa bendera Selangor pada pembukaan sukan.  Ceh ceh kemain lagi ye


Masa acara yang melibatkan Danial saya tak sempat nak ambil gambar banyak2.  Seronok bersorak sampai lupa nak snap.  Dahtu pulak nak mengawal si Safiyya ni lagi.  Boleh pulak dia masuk dalam gelanggang budak2 tu. haihhh






Bila dah last tu keputusan pun diumumkan dan rumah hijau menduduki tempat keempat... ok laa nak... Satu yang penting ialah bila pertandingan melibatkan budak2 ni, kesemua ada hadiah.  Jadi diorang tak la terasa sangat.  Lagi satu bukan diheran pun apa dalam bungkusan tu.   Yang penting dapat hadiah.  Seronok sangat. huhu.  owh yaa, saya juga dapat hadiah cabutan bertuah.  kira ada la habuan setelah berpenat lelah menjadi pompom girl. hehe


Ni saya share sikit video pembukaan dari murid 6 tahun.  


Notakaki:  Seronok sukan sekolah tadika ni... huhu