Wednesday 19 October 2016

Cerita baby Shawqi dan solid food nya... #solidfood4shawqi

Salam...


My little Shawqi dah pun masuk ke fasa solid food.
Lagi beberapa hari nak masuk umur 6 bulan saya dah bagi dia minum air masak.
Saje nak tengok reaksi dia rasa sesuatu yang lain dan makanan pertama dia adalah apple puree. Wahhh kemain gigih belajar menelan dengan muka berkerut2 sebab tak biasa.
Sepanjang umur 6 bulan tu, adalah masa untuk melatih baby merasa makanan, menarik makanan dengan lidah dan juga menelan.
Jadi saya takde la masak beria sangat dan semua solid food dia tu adalah yang basic2 sahaja.




Bila masuk je umur 7 bulan baru saya buatkan bubur nasi.  
Untuk pertama kali, bubur yang saya buat hanya nasi kosong dengan bawang putih sebagai perasa.  
Kenapa bawang putih,?
Sila google khasiat bawang putih ni ye... 
Antara yang saya tahu, bawang putih ni banyak khasiatnya dan antaranya ialah menguatkan antibodi baby.  
Lepas dah lulus bubur nasi, saya up lagi menu dengan menambah serbuk ikan bilis.  
Kalau dulu2 masa anak sorang, saya buat sendiri serbuk ni...
(rendam - bersihkan - keringkan - sangai - blend).  Tapi sekarang saya beli serbuk bilis byciknuie. 

Recommended... 


Dari pengalaman saya sepanjang memasak sendiri untuk anak2 saya, tempoh ini sangat lah menyeronokan bagi ibu.  

Waktu ni la kita akan eksperimen food untuk anak kita.  

Berangan kejap macam ala2 chef kat Food Network HD CH727.    

Walaupun saya kata ianya seronok, masa tetap mencemburui kita... 

Maksudnya, kalau sebelum umur 6 bulan, baby hanya minum susu.  

Tapi sekarang kena la bersedia awal sikit semata nak prepare food untuk dia. 


Nampak macam leceh kan...

Jadi apa option lain yang kita ada??

Bagi je la makanan yang dah siap sedia macam jual kat hypermarket tu... #sarcasm


Sebenarnya, walau sesibuk mana pun kita ni, kita masih mampu masak sendiri dengan syarat dah buat persediaan dari awal.  
Sebagai contoh, beras untuk masak bubur tu kita dah boleh prepare siap2 untuk kegunaan seminggu atau 2 minggu.  
Ini kerana, beras yang telah dibasuh, dikeringkan dan di hancurkan akan lebih cepat masak dan bertukar menjadi bubur.  

Macam mana nak buat??

Sila rujuk link ni: Beras


Saya baru je merangka menu plan untuk Shawqi... gigih ni nak bagi dia makan macam2..  Bila ada menu plan senang sikit nak rancang shopping list setiap minggu.


Panjang kalau nak cerita lagi ni... Nanti saya carry lagi hashtag homemade ni di lain entry...


Notakaki:  Baby yang umurnya bawah 12 bulan, sila elak garam dan gula...