Friday 19 June 2015

Misi mencari carseat yang sesuai untuk baby 10bulan

Salam

Masa mengandungkan Safiyya, husband dah sibuk2 tanya nak beli ke tidak carseat untuk baby baru nanti.  Saya cakap la tak perlu sebab carseat masa Danial baby masih ada lagi.  Lagipun nak beli baru membazir je kerana carseat untuk baby bawah 6 bulan pakai sekejap je.  esok dah makin besar dah tak sesuai dah dan baby tu tak mau nye asik baring je. 

carseat jenis ni sesuai untuk baby bawah 6 bulan dan selalunya di pasang menghadap kebelakang
Tapi bila Safiyya makin membesar, dia dah mula rimas sebab asik baring je dan asik pandang belakang.  Mula la buat perangai dan kejap2 je dia duduk dalam carseat tu. Bila dah macam tu, kami pun survey2 la carseat yang sesuai dengan umur dia.  

Untuk baby yang dah makin besar, elok lah beli yang jenis Convertible iaitu yang boleh dibaringkan serta ditegakkan mengikut kesesuaian.  Dalam banyak2 brand tu saya berkenan sangat kat Cosatto Hootle macam gambar bawah ni. Cantik kan..

Sesuai untuk newborn sehingga berat 18kg
Tapi husband berkenan kat Combi Malgott.  Macam2 la dia cakap. Combi ini Combi itu.  Yang tak menahan tu mahal betul Combi yang dia nak tu. RM1500++.  Tapi ada je satu kedai ni jual RM1100 je sebab display set.  hmm dok belagak takmau sebab kononnya bekas orang test2.... (ish ish mentality apakah ini).  Selalunya carseat yang diorang dok display tu tak la teruk pun.  Masih baru dan jarang orang test sampai nak buruk material dia.  So melepas.

Oleh kerana minggu tu dah nak balik kampung, husband terus decide nak beli je apa2 carseat yang sesuai.  Kami pun pegi la kedai Twin Baby kat Balakong.  Pilihan brand tak banyak sangat tapi Combi yang dia nak tu ada jugak.  Setelah turun naik kedai tu ntah berapa kali, tanpa fikir panjang kami pun beli carseat brand GB.  Punya la gabak besar sebab ia sesuai sehingga umur 7tahun.  Tuuu diaaa. Harga pun tak mahal sangat.  So, setuju aje laa. 

Malam tu rasa macam tak boleh tido.  Asik teringatkan carseat yang dibeli petang tadi.  Rasa menyesal sangat.  Nak tahu kenapa?? Sebab besar dan penuh ruang kereta.  tak sesuai langsung untuk kereta biasa.  Myvi saya tu lagi laa... Lagi besor dia dari kereta.  

Esoknya, saya bagitau husband 

"Yanggggg kita pi tukar nak carseat GB tu.  macam tak berkenan pulak sebab besar sangat..." 

Tu laa.  Survey bagai nak rak.  Last2 salah beli dan terpaksa belanja lagi banyak untuk dapatkan carseat yang sesuai.  Nak tahu carseat apa?? Tentu la Combi Malgott tu yang harganya seribu lebih itewww. 

1-0

Notakaki: Sebelum beli elok la survey dulu mana yang ok, mana yang jual murah, tapi kalau terlalu lama fikir dan survey pun tak guna jugak sebab akhirnya tersalah beli dan tersasar dari budget asal.

Thursday 18 June 2015

Salam Ramadan 1436H

Salam...


Ramadan datang lagi.  

Semoga tahun ini lebih baik dari tahun-tahun sebelumnya


Puasa dengan 2 budak kecik sesungguhnya memberi satu pengalaman baru.  

Mujur diorang tido nyenyak waktu tengah sibuk menyiapkan makan sahur

Tak tahu la berbuka karang macam mana

Telatah anak-anak ni kadangkala memang mengharukan. Tapi menghiburkan sebenarnya.

Minggu terakhir sebelum masuk bulan puasa, saya bercerita pada Danial tentang Ramadan, tentang puasa


Saya: Danial, nanti dah nak puasa.  best tau. Danial nak puasa    tak?

Danial: (kerut muka tak paham) - atau mungkin dia ingat puasa tu adalah mainan (toys)

Saya: Kalau puasa, kita tak boleh makan siang2.  Minum pun tak boleh. Malam baru makan.  Ok?

Danial: Tak nak laaa

Saya: erkkk @#$#%#$^$^#$$


Haha... reaksi yang sangat jujur dari budak yang umurnya baru nak masuk 4 tahun.
 

Ok lah, Selamat Berpuasa saya ucapkan kepada semua.  Luv yaa

Niat puasa

 Notakaki:  Teringat masa kecik dulu.  Bila time puasa melepek atas lantai.  Konon nak sejukkan perut...

Wednesday 17 June 2015

Apabila berlaku kehamilan TIDAK dirancang

Salam...

Tajuk yang macam berat sikit... tapi kita cuba santaikan ye.

Apa nak buat kalau tiba2 termengandung? ehh jap jap... ni mengandung yang dah kawin tau.. maksudnya tak plan untuk mengandung dalam masa terdekat sebab anak masih kecik tapi tiba termengandung.

So, apa nak buat?? Emosi macam mana nak kita zahirkan? Bersyukur tu memang kena bersyukur sebab setiap anak tu ada rezeki yang Allah nak bagi.  Tapi hati sangat  berbelah bagi kerana kesian kan anak yang sedia ada sebab masih kecil.. setahun pun belum...

Mesti dalam fikiran terfikir,

Tak sempat nak bermanja dah ada adik

Macam mana nak teruskan misi 2 tahun breastfeeding

Larat ke aku nanti nak handle 2 anak kecik dalam 1 masa

Mampu ke badan ni menerima tekanan. Lagi la kelahiran dulu czer yang sepatutnya minimum 2 tahun jarak

Mesti orang bahankan aku "kata aku gelojoh"

Boleh ke boss/majikan terima berita ni.  mengandung bermakna cuti 3bulan apabila bersalin nanti.  huhu

Boleh ke boss sabar kalau tiap2 bulan kena pegi checkup... (sebab guna waktu office)

Baru nak kurus dah kembang balik

Baru nak relax, dah kena bangun malam balik

So, camne tu... gangguan emosi ni akan memberi kesan pada tubuh badan kita.

Bila dah emo, 

mula la tak jaga makan, 

tak kisah nak makan folic asid, 

tangguh pegi check up, 

tak excited nak google pasal barang baby, 

tak survey nak bersalin kat mana, 

 tak berminat nak tau baby dah berapa minggu

dan banyak la lagi keluh kesah tuan punya badan.  

Makin hari perut makin menampakkan diri.  

Tapi hati tak rela.  

Apa yang perlu kita buat ialah, terima la dengan hati yang terbuka.  Kita hanya merancang, tapi perancangan Allah lagi tepat. Kita plan nak anak 2 je.  Tapi Allah nak bagi 3. so terima laa kan.  

Perkara pertama yang perlu kita buat setelah menghadapi huru hara bila tengok result double line tu,

Pegi la jumpa doktor.  

luahkan perasaan anda. 

tanya macam mana dengan kehamilan mengejut ni.  

Selamat ke tidak... 

Maklumklaa dah 2 kali perut di potong.  

Lagi pulak anak yang ada masih baby

Setahu saya, pemberian susu badan boleh diteruskan walaupun hamil.  Cuma kita akan merasa letih sedikit dan kadangkala terasa seperti ada contraction pada bahagian rahim.  Selalunya doktor akan syorkan ajar anak untuk minum gunakan botol susu kerana bila hamil, puting akan sangat sensitif dan menyakitkan.  

Tak perlu murung.  Ini kerana ia akan memberi kesan langsung kepada baby dalam kandungan.  tu yang jadi baby tak cukup berat dan menjurus kepada kelahiran pra-matang,   Bukan setakat itu sahaja, ia akan memberi kesan dalam pembelajaran anak tu kelak.. tak cerdas la otak dia.. sebabnya mak dia asik stresssssss memanjang. haaa tolong la jangan stress. Tarik nafas...

Ini Danial.  Dah nak masuk 4tahun pun umur dia.  Sangat manja dan menghiburkan


Ini Safiyya.  Baru 10bulan. Sangat ceria dan berdikari

Notakaki:  Apakah motif entry ini?? Sape yang paham, dia paham. Sape yang tak paham, anggap la ia satu perkongsian biasa.

Aktiviti Sorok Seluar

Salam...

Ni cerita lama.  

Tapi ia kekal dalam ingatan

Sebab apa ia kekal??

Sebab saya terpaksa lipat baju semula yang bertimbun2  tu di subuh hari

Ceritanya....

Hari tu husband ada aktiviti larian 'Breakfast 1Malaysia" anjuran MILO.   Untuk yang Milo ni saya dan anak2 tak join.  Semua geng2 office husband je.  Seperti biasa, malam sebelum tu saya tak sediakan siap2 baju untuk larian. Sebabnya husband tahu je nak cari seluar, stokin dan semua yang berkenaan.  T-shirt pulak dah confirm2 guna yang dapat free tu.  

Subuh itu....

Husband: Yang, mana seluar pendek I? 

Saya: Huh ada la dalam almari tu.  Baru je rasa i lipat last week (muka ngantuk2 ayam sebab baru lepas menyusukan Safiyya)

Husband: Tak de..................

Sudahnya, satu almari kami punggah untuk cari seluar tu.  Macam nak menangis pun ada sebab tak jumpa.  Rasa menyesal pulak tak sediakan malam tadi.  Atleast banyak masa untuk cari.  

Dari bilik depan sampai ke bilik belakang kami cari.  Kat ampaian (dalam rumah) pun kami cari.  

TAK DE

Last2 husband terpaksa pakai seluar lama.  dah muncung je muka dia.... huhu

Mujur pagi tu dua orang budak kecik ni masih tido nyenyak.  

Saya pun mulakan aktiviti melipat baju yang bertimbun itu dan susun dalam almari balik. 

owhhh tekanannya

Selang beberapa hari


Saya jumpa dalam kotak Lego Danial.... selain seluar papa dia, t-shirt dia pun ada skali... 

Apakah motifnya??? masih misteri

Polis sila tangkap Danial... 

-_____-

Notakaki: Lenkali, sediakan barang2 keperluan esok pada malam sebelum masuk tido... Jangan main anggap2 je.. buruk padahnya...

Monday 15 June 2015

Perhatian: Wajib ada carseat khas untuk kanak2 dan bayi dalam kenderaan pada 2019

Salam

Isu carseat ni dah lama dah kat Malaysia.  Macam2 keluhan yang diterima dari ibu bapa mengenai carseat untuk anak2 mereka.  Ingat tak dulu penguatkuasaan pemakaian tali pinggang belakang.  Itu pun orang mengeluh jugak.  Ntah laa.  Apa benda yang kita tak mengeluh. Semua benda nak keluh kesah.

Ni hal carseat pulak.  Mahal la, leceh la, anak taknak duduk la... macam2 alasan kita bagi. Tapi sampai bila hal ini nak berlarutan.  Saya sendiri hadapi masalah kerana anak saya yang kecik ni kekadang meragam tak mau duduk dalam carseat dia.  Tapi memang kena paksa.  Kejap angkat kejap letak.  Semua ni nak bagi dia biasa duduk dalam tu.  Macam abang dia, Danial saya dah lega sebab dia memang dah suka duduk kat situ dan tahu je itu kerusi dia. Skang ni tugas saya untuk melatih si Safiyya ni pulak.. haipppp

Baca ni...

PUTRAJAYA - Penguatkuasaan mewajibkan penggunaan tempat duduk khas untuk bayi dan kanak-kanak dalam kenderaan mungkin hanya boleh dilaksanakan pada 2019, kata Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi.

Beliau berkata, kerajaan memerlukan sekurang-kurangnya empat tahun untuk melaksanakan undang-undang itu kerana tertakluk kepada beberapa prosedur. 

"Ini termasuk proses advokasi kepada masyarakat untuk mendapat maklum balas mereka dalam tempoh dua tahun, selain dua tahun lagi untuk percubaan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen Penggunaan Sistem Penahan Kanak-Kanak di kementeriannya di sini, hari ini.

Beliau berkata, Malaysia sebagai anggota Forum Dunia bagi Pengharmonian Peraturan-Peraturan Kenderaan (WP29), wajib mengadaptasi peraturan Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) sebagai penanda aras tahap kualiti produk automotif yang dipasarkan.

Katanya bermula 1 Januari tahun ini, semua penyedia kenderaan diwajibkan menyediakan kelengkapan dan kemudahan untuk tempat duduk khas bayi dan kanak-kanak atau ISOFIX bagi kenderaan yang dihasilkan selepas tarikh itu.

Beliau berkata, kesedaran tentang keselamatan dalam kalangan ibu bapa perlu ditingkatkan memandangkan statistik 2013 menunjukkan 53 kanak-kanak dan bayi terlibat dalam kemalangan dan daripada jumlah itu, 31 meninggal dunia.

"Pendaftaran kenderaan baharu turut meningkat kepada 1.5 juta setiap tahun dan ini penting untuk memberi kesedaran mengenai tempat khas kanak-kanak untuk dipraktikkan oleh masyarakat kita," katanya.

Ab Aziz juga meminta orang ramai untuk membeli tempat duduk khas yang diiktiraf dan memenuhi standard antarabangsa ditetapkan walaupun harganya dalam lingkungan RM600 hingga RM4,000 sebuah.

"Dengan permulaan kempen ini, saya berharap syarikat tempatan akan dapat menghasilkan tempat duduk kanak-kanak agar dapat dijual dengan harga yang lebih murah kerana kebanyakan tempat duduk kanak-kanak di pasaran adalah diimport," katanya.

Terdahulu, Ab Aziz meninjau kenderaan yang dilengkapi dengan ISOFIX di perkarangan kementerian serta mendengar sesi penerangan berkaitan cara penggunaan tempat duduk kanak-kanak di dalam kenderaan oleh wakil Program Penilaian Kereta Baharu Asia Tenggara (Asean NCAP). - Bernama

Jadi apa tunggu lagi.  Jangan la anak tu dah 2-3 tahun baru nak soh duduk kat carseat tu.  Memang susah la.. kena biasa kan diri mereka seawal mungkin.  Lama2 dia biasa la.  

Ni baru sebulan lebih. test test letak kat carseat.


Time ni dah ok dah... tapi payah betul nak pasang tali pinggang. - 5bulan
Amukan takmo duduk carseat...


Yang ni tak payah suruh... huhu

 Notakaki: Ni dah nak masuk musim perayaan ni, banyak kedai buat sales utk barang baby termasuk la carseat.  Ambil la peluang ni untuk mendapatkan yang terbaik untuk anak2 anda.

Thursday 11 June 2015

Dah 9 bulan baru tumbuh gigi

Salam...

Ni budak tumbuh gigi tu.

Baru 2 batang


Bukan senang nak ambil gambar gigi dia.  

Tak baginya sentuh.  

Tapi yang ni dia siap senyum lagi

Rezeki gambar gigi

Saya tak pasti kalau 9 bulan tu dah lewat atau awal untuk seorang bayi tumbuh gigi.  Tapi yang saya tahu, habis segala benda dia nak gigit sebab gatal gusi.  Rasanya abang dia dulu awal sikit kot dan cepat pulak tumbuh untuk 2 batang seterusnya.

Ada orang kata lambat nya tumbuh.  Tapi bagi saya, lambat tumbuh gigi ni bukan satu yang merunsingkan sangat.  Ada budak yang dah setahun baru nak nampak tunggul. 

Kalau lambat cakap, baru risau.  huhu

Notakaki: Dah nampak ciri2 daddy's girl. asik2 cari papa dia. 

HERMO 3rd Anniversary Celebration Sales

Salam

 

 Buat peminat skin care terbaik dari Korea, sila bertenang... 

Esok 12 June 2015 bermula lah sales besar-besaran dengan REBATE yang lumayan akan diberikan sempena ulangtahun ke-3 HERMO dan akan berakhir pada 18 June 2015

https://tr.styles.my/?type=campaign&id=1568&media=374
6 1 2 BIG SALES #HermoTurns3
 
 
marilah beramai-ramai kita beronline shopping di


6 1 2 Big Sales is coming. Spread the word babe.  Happy Birthday HERMO



Notakaki: Dah try Auto Lip Crayon YADAH... memang cun color dia.. semestinya 05 cotton candy. cuweeet jeww. awww

Stroller Combi Quickids yang sangat ringan

Salam

Setiap kali nak beli barang baby (stroller @ carseat) mesti pening kepala nak buat comparison. Selalunya barang yang melibatkan penggunaan yang lasak dan mesti ada ciri2 keselamatan, mesti nak cari yang terbaik.  Tapi apapun harganya tu mesti la reasonable jugak.  Takde la beli yang mahal2 hanya kerana brand semata. 

Masa Danial lahir, stroller untuk dia kami tak payah beli sebab ibu saudara husband bagi hadiah.  haaa dah save tu.  Tapi bila Danial dah besar, stroller tu tidak lagi relevant untuk dia kerana lebih sesuai untuk baby bawah 1 tahun.  Jadi bermula la pencarian  stroller untuk Danial.

Faktor yang di ambil kira saya nak beli stroller 
1. Mudah dilipat 
2. Bila dah lipat, bentuk dia kena la kecik or slim dan juga ringan
3. Selesa 
4. Size yang tak terlalu besar. -mudah nak lalu kat ruang sempit
5. Boleh facing muka baby - Tapi kalau anak dah besar, tak kisah sangat
6. Warna yang gelap- kalau kotor tu tak la nampak sangat
7. Tayar mati- Tak perlu isi angin.  leceh tau tau.  Dah la besor tayar dia
8.Double stroller - ini boleh dipertimbangkan kalau dah tukar kereta (MPV atau SUV) kalau setakat bawak compact atau sedan - kirim salam saje.

Punya la gigih google nak suit kan ciri2 kat atas tu.  Mana yang selesa la, Mana yang in trend la tapi akhirnya bulan puasa tahun 2013 kami terbeli stroller Combi Quickids dengan tidak sengaja.  Itu pun gara2 penat sangat masa bershopping baju raya sambil nak mengawal budak kecik yang tengah aktif.  Mujur la stroller ni sangat menepati keperluan kami sebab rekabentuknya yang slim, ringan dan mudah dikendalikan.  Kena pulak dengan keta yang comel itu kerana tak makan ruang.

Credit pic : Chicbabes
Ini la rupanya Combi Quickids tu. 

Sangat la ringkas tetapi masih mementingkan ciri keselamatan dan selesa untuk kanak2 berusia 1 tahun ke atas. 
Seat dia tak boleh dibaringkan jadi bagi saya tak sesuai untuk bayi bawah 1 tahun.

Kalau ikutkan standard Combi, Quickids ni untuk 6bulan -3tahun

Tapi ikut standard saya, hehe- 6 bulan tu macam tak kuat lagi untuk biar duduk lama2. sekali sekala mesti baby nak tidur.


Antara ciri2 yang ada pada Combi Quickids ialah;

1. Seat dia tu sangat la ventilated.  Jadi takde la anak anda panas kerana ada ruang aliran udara



2. Rekaan tempat duduk yang selesa dan tidak menyebabkan kanak2 mengelungsur ke bawah 

3.  Backrest tu boleh dilaras mengikut keselesaan dari 120° ke 135°



 4. Mudah dilipat - hayun kan sahaja kedepan, terus terlipat... begitu juga kalau nak buka. - hayun kan je, terus terbukak (tolong la bayangkan... huhu)

 5. Tersangat la slim, ringan (4kg) dan compact. Boleh di sandang macam beg. 



 6. Canopy akan melindungi anak anda dari sinaran ultraviolet sehingga 95%.
 7. Pemegang yang tinggi, sesuai untuk ibu bapa yang tinggi

8. Tali pinggang keselamatan ada 5 point yang digabung bersama. Sangat kemas bila dipakai dan bila nak bukak, hanya tekan 1 butang je. 

9. Ada ciri penyerap hentakan- kalau terlanggar sesuatu di bahagian hadapan, takde la anak kita tu tersentak sangat.


Hingga kini stroller tu masih digunakan.  sangat tahan lasak. kira berbaloi2 la beli.  Harga masa beli kalau tak silap RM690++

Masa ni baru 2 tahun lebih
 
Macam ni la kami... ke mana2 dengan 2 stroller

Pegi berlari pun berstroller jugak... huhu


Notakaki: sebenarnya ada terbeli (asik terbeli je) satu stroller jenama First Year yang baru guna 2 kali.  sebab terbeli ialah kami terlupa bawak stroller masa pegi KLCC. sebab penat sangat maka beli la satu yang reka bentuknya sama macam Combi Quickids. - cuma berat sikit dan ciri yang berbeza.

Ada orang nak beli preloved stroller tak??? kalau nak, saya nak jual WA- 0123551277 -Batu 9 Cheras

Friday 5 June 2015

Stress Penyebab Kanser

Salam

Semalam ada Mini Karnival Kesihatan kat tempat saya bekerja ni.  Ada macam2 pameran mengenai kesihatan,  ada area derma darah, check gigi, dan macam2 lagi. Selain tu diadakan juga ceramah mengenai Pengurusan stress.  Dalam banyak2 ceramah, ini yang saya nak dengar.. Stress agaknyaa saya ni.. huhu

Ceramah tu disampaikan oleh Pegawai Psikologi dari Jabatan Kesihatan Wilayah Persekutuan.  Banyak ilmu yang saya dapat.  Dalam dok tergelak2 tu, masuk jugak la dalam kepala otak saya ni.  

Sebelum ni saya fikir stress ni hanya mainan perasaan yang akan datang dan pergi dari fikiran kita.  Rupanya tidak.  Stress ni umpama racun dalam tubuh badan.  ni saya terang ikut fahaman saya la ye.  bila kita biar stress tu menguasai diri, kita akan cenderung untuk bermuram, menunduk, letih, muka mcm orang sakit... ni semua akan menyebabkan sel kanser merebak dengan lebih cepat.  tak reti pulak nak terangkan secara sainstifik, tapi itu la hakikatnya.  

Stress ni punca nya dari sekecil2 perkara terutama sekali terlalu risaukan persepsi orang lain terhadap kita dan apa yang kita lakukan.  Kadang2 tu hal kecik je pun dah boleh stress.  contohnya macam ni.  Stress nak buat kenduri yang mengikut trend.  Sepatutnya ikut kemampuan sendiri.  Nak bagi goodies kecik2 takut orang mengata dan sudahnya menambah belanja..  haihhhh  -STRESS-

Nak menjadi diri sendiri sangat la susah.  Cakap memang senang.  Kun Anta Kun Anta Kun Anta... Tapi Nak Be-your-self tu sangat la susah.  Sedikit sebanyak apa yang kita nak lakukan mesti menjadikan persepsi orang sebagai kayu ukur.  -STRESS-

Pegawai tu cakap, Stress ni ada kategori baik.  Nama dia Eustress. Stress yang baik ni adalah stress yang mendorong untuk terus bekerja. Macam motivasi laa.  Berbeza pula dengan Distress di mana dari stress yang memotivasikan memberi tekanan pula pada kita.  Sudahnya kita tak tido malam, takmau makan dan  risau keterlaluan...  -STRESS-

Ada jugak yang bertanya soalan mengenai isterinya yang kuat membebel.  Macam tak heran hujan ke hari panas ke, bebel je hobi dia. 

Ni pegawai tu punya jawapan.  Lelaki dalam satu hari ada kuota 13,000 patah perkataan je.  Nampak macam banyak tapi sebenarnya sikit.  Sebab tu diorang lebih suka berdiam.  Manakala perempuan ada 70,000 patah perkataan perlu dihabiskan untuk satu hari. 

Hoihhh patutla nak tido pun bebel lagi...  

Apa pun, itu la jawapan untuk kaum perempuan mempertahankan diri apabila dikatakan kuat membebel.  ;) huhu.   lagipun membebel adalah satu cara dia berkomunikasi lagi2 yang duduk rumah sorang2.  Laki pegi keje, anak pegi sekolah.  Penat buat keje rumah, anak balik baling beg sekolah, baling stokin.  Laki balik duduk mengadap tv silang kaki sambil baca surat khabar.  Mana tak angin. -STRESS-

Jadi apa cara untuk menguruskan serta mengatasi stress ni??

  • Henti Salahkan Diri sendiri
  • Jadi Lebih TEGAS
  •  Elak jadi TERLALU PERFECT
  • Utamakan diri sendiri
  • Jangan bertangguh
  • Puji diri sendiri
  • Hidup Bersederhana
 *Kun Anta- Be-yourself
Ni saya dapat kat website Collective Evolution.  Ia menguatkan lagi kenapa emosi akan mempengaruhi energy kita.  sila la klik untuk bacaan lanjut.

Credit to: www.collective-evolution.com

Notakaki: STRESS baca entry ni sebab banyak perkataan STRESS.

Thursday 4 June 2015

Main Lego di Blok Space

Salam

Kecik2 dulu suka sangat main lego.  Dengan lego, kita boleh bina macam2 ikut kreativiti masing2.  Tapi waktu tu lego mahal dan abah tak la mampu nak beli banyak2.  Beli satu basic set dan kongsi dengan adik beradik. 

Tapi sekarang ni lego dah ada macam2 jenis dengan bentuk2 yang menarik.  Dari umur seawal 2 tahun dah mak bapak bagi main lego.  Tapi yang jenis Duplo tu laa.  Alaa yang size dia besar2 tu sebab takut tertelan pulak kalau bagi yang halus2.  Macam anak saya sendiri, papa dia start beli Lego masa umur dia setahun lebih.  Waktu tu apa la yang di paham.  Yang dia tahu, amik lego tu dan baling merata2... haihhhh sabor je. 
Lego Duplo

Ni masa awal2 pembabitan dengan lego...
Sejak dah 3 tahun lebih ni baru la nampak dia semakin minat berimaginasi dengan lego2 tu.  Buat dinosaur la, buat kereta laa, helicopter, fire engine, rumah, mixer, aeroplane... hmm takde la perfect sangat tapi menjadi la jugak bentuk dia tu. huhu..

Karya 'Dinosaur Makan Pokok'
Masa hari minggu baru ni, kami ke Jaya One, PJ.  Kat shopping mall tu ada area yang dipanggil THE SCHOOL.  Kalau tak silap kat situ banyak kedai2 yang menawarkan service pembelajaran untuk kanak2.  Kedai baby, kelas music, tempat main clay (ala2 playdoh tu) dan jugak tempat main LEGO -BLOK SPACE

BLOK SPACE - A Space for Creativity



 Tempatnya sangat selesa untuk kanak2 dan menyediakan pelbagai variasi lego mengikut peringkat umur.  Oleh kerana Danial belum cukup umur, dia diberi jenis Duplo yang agak terhad di situ. 






For info, BLOK SPACE ada banyak cawangan.  Boleh pergi ke website mereka untuk dapatkan maklumat lanjut. 



Notakaki: Kalau parents nak pegi shopping, boleh tinggal anak anda kat sini sekejap.  Tak pun transit selepas sekolah ke... Tapi pastikan umur yang dah boleh jaga diri laa... kang meraung kat situ, jenuh la pulak. 

Wednesday 3 June 2015

Share and Win An Alba Owl Mirror

Salam...

Bagi yang meminati koleksi burung hantu - OWL  yang cute mute itu, boleh la cuba Kathe Kruse Giveaway ni...


Sensory Toys For Growing Babies

http://blog.applecrumbyandfish.com/giveaways/share-win-an-alba-owl-mirror/?lucky=14874

http://blog.applecrumbyandfish.com/giveaways/share-win-an-alba-owl-mirror/?lucky=14874
http://blog.applecrumbyandfish.com/giveaways/share-win-an-alba-owl-mirror/?lucky=14874

http://blog.applecrumbyandfish.com/giveaways/share-win-an-alba-owl-mirror/?lucky=14874
Sila ke Kathe Kruse Giveaway by Applecrumby

Tuesday 2 June 2015

Cerita Rumah Baru

Salam...

Dalam blog ni saya langsung tak pernah share tentang cerita beli rumah baru.  Tiba2 hari ni rasa macam nak cerita la sikit.  Bukan apa, keterujaan nak masuk rumah baru menjadi2 pulak bila dah dapat kunci awal February hari tu.  Mula2 tak nak sentuh langsung hal rumah konon2 biarlah rahsia.  Tapi kalau dah fikiran asyik memikirkan konsep deko rumah idaman ni, memang takboleh rahsia laa.. huhu.

Dapur

Kenapa orang perempuan kalau nak masuk rumah baru mesti sehabis hati nak buat terbaik utk design dapur.  Sebab dapur ni ibarat nyawa orang perempuan especially yang dah kategori mak mak ni.  Kat situ la dia akan lebih habiskan masa dia berbanding tempat lain. Begitu la juga kesnya dengan saya ni.  Hari2 sembang dengan husband nak dapur camni nak dapur camtu. 


Ini yang dia cakap,

tak payah nak 4 tungku sangat.  kita beli microwave dengan cerek je.
bukannya masak hari2.  beli lauk panaskan pastu masak air

 eiiiii kecik besor kecik besor je saya tengok dia..


lepas tu ada hati nak labur kat tv, home theater sume... saya pun counter attack balik...

u nak beli home theater bagai tu semata nak tengok pocoyo, robocar poli, frozen je ke... baru nak relax tengok tv sikit, Danial dah minta favorite cartoon dia... haihhh

Last2 kitorang gelak je... hmmm

ok ok, berbalik pada cerita rumah

Saya masih tercari2 apa konsep rumah baru kami nanti. Oleh kerana rumah kami tu size nya tak besar sangat, jadi konsep minimal sangat sesuai.  Kalau boleh biarlah modern design yang simple and elegant  tapi nampak selesa untuk kami 4 orang dan yang paling penting deko2nya itu harus mesra budak kecik.

Nanti saya share lagi... Gambar rumah dah ada.  tapi tak amik betul2 hari tu. semua pakai phone je.  Bila ada gambar yang sesuai saya up kat entry akan datang.

Notakaki: Some people love to buy beautiful house, but for me try to make house beautiful...