Tuesday 12 March 2013

Apabila anak tak mo makan sayur

Sejak Danial dah start makan solid food, saya dah senaraikan siap2 menu sayur dalam makanan dia hari2.  tak pernah miss walaupun hanya carrot.  Apa je sayur yang saya bagi, semua Danial makan.  Mungkin semuanya dah di blend halus, jadi bila dah campur siap dalam nasi, mana nak perasan yang ni sayur, yang ni ayam or daging.   Tetapi sejak dah boleh makan family food ni, Danial dengan senang hati akan luah balik kalau saya suap sayur.  haihh geramnya.... Bukan setakat dia tolak sayur je, tapi kadang2 ayam pun dia luah balik. hmmm sabor je laa.  Mujur kalau bagi buah dia tak penah menolak sebab itu mmg dah menjadi snack dia setiap selang waktu makan. 

Apabila saya menghadapi situasi mcm ni, memang la tak boleh biarkan je.  Bukan la bermakna tak makan sayur tu, gelap terus masa depan.  Cuma saya memang agak bertegas sikit dalam melatih dia supaya mengutamakan satu hidangan lengkap yang sihat.  Kalau junk food mmg saya dah pangkah siap2.

Jadi saya pun try la google mana2 info yang boleh bagi cadangan dalam menggalakkan anak makan sayur dan jugak buah. Antara yang boleh di kongsi

Saranan Panduan Diet Malaysia

Makan sekurang-kurangnya 5 hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari!!!

Cara2 untuk memastikan ia lengkap setiap hari ialah 

"3 hidangan sayur dan 2 hidangan buah dalam sehari
1 hidangan buah 1 hidangan sayur setiap waktu makan
Makan buah dan sayur berwarna-warni setiap hari"
Nota: 
Buah2an mestilah terdiri daripada Buah Segar @ di keringkan secara semulajadi @ 100% jus buah tanpa gula dan pengawet
Sayur pulak mestilah Sayur hijau gelap yang segar (sawi / kailan /bayam) @ sayur tak berdaun (peria /petola) @ sayur pelbagai warna @ sayur berbuah (tomato/terung) @ sayur akar (lobak merah) @ sayur kekacang (kacang panjang/buncis) @ sayuran sejuk beku (frozen peas)


Dua faktor utama yang menentukan sama ada kanak-kanak akan makan sayur dan buah adalah kesukaan dan kemudahan untuk mendapatkannya.
Yang ni mmg saya cepat give up... tetapi menurut pakar, kena beri peluang kepada anak untuk mencuba rasa makanan yang berbeza walaupun anak akan luah balik pada awalnya...  KENA ULANG CUBA SEBANYAK 10 KALI!!!...  Lama kelamaan mesti diorang suka.

Thursday 7 March 2013

Cabaran Perubahan Menu Baby ke Toddler

Salam,

Dah lama dah saya nak buat entry tentang cerita berubah menu dan juga perubahan cara penyediaan makanan anak saya.  Sejak umurnya 6 bulan, saya dah start amalkan aktiviti membuat puree, buat bubur nasi, buat chicken stock.... semua makanan anak, saya terjemahkan dalam bentuk ice cube kecuali bubur nasi yang mana saya masak setiap hari (guna slow cooker). 

Bila anak dah semakin membesar, gigi dah makin bersusun atas bawah serta geraham dah mula tumbuh, saya mula memperkenalkan nasi atau dengan kata lain tiada lagi pasta yang di blend, ayam yang di blend dan apa2 je la...  Bila mula menyuap nasi tu, saya penyek2 kan sikit supaya lebih mudah ditelan.  Pada mulanya saya ingat dia tak tahu mengunyah, rupanya automatik dia akan kunyah bila nasi tu masuk ke mulut. ye la kan.. selama hidup main telan je, ni tetiba dapat yang berstruktur pulak.

Konflik mula timbul apabila nak buat bekalan ke rumah pengasuh.  Bagi saya, bubur nasi adalah lebih mudah kerana segala lauk (puree) hanya perlu dicampur dalam periuk dan digaul rata bersama bubur nasi.. (macam apa daa ayat nih).  Kalau nasi, saya perlu masak lauk asing pulak.  (jenuh nak memikir lauk apa hari2) Jadi sejak umurnya dah lepas 1 tahun, saya praktik kan  memasak nasi dan lauk hanya pada hujung minggu sahaja.  Manakala untuk hari2 biasa, saya akan sediakan bubur nasi.

Tetapi sejak umurnya dah masuk ke 16 bulan ni, suami dah hint supaya tukar menu anak.  'sampai bila u nak bagi Danial makan bubur nasi?' -itu katanya... huhu... Bila saya memberi alasan tiada masa dan memerlukan lebih banyak kerja untuk memasak lauk pulak, suami tak boleh terima.  katanya masak je la nasi. apa susah.. ishhhh susah nak paham kan dia.. tapi tak pe saya sahut cabaran itu.  Ingat saya tak boleh buat ke.  Walaupun saya bukan surirumah, saya boleh sediakan hidangan lengkap untuk anak saya walaupun terpaksa bangun lebih awal dari subuh. (lagi skali ayat apa daa.... - berapa kali WALAUPUN)

Saya mulakan dengan memasak nasi goreng.  Dengan berbekalkan chicken stock dan isi ayam rebus, maka *kluntung kluntang* la sudip dan kuali di subuh hari...Petang tu, saya pesan siap2 kat husband supaya dia tanya kat makcik pengasuh tentang respon Danial dengan nasi goreng tu.  (Husband yang amik anak petang2).  Nampaknya positif cuma makcik tu cakap banyak sangat saya bekalkan... huhu.  Sebenarnya tak dapat nak agak kalau bekalkan nasi.  Selama ni bubur, so letak byk2 pun takpe.  Ada satu yang masih saya rasa pelik ialah, anak saya sangat berselera makan kat rumah pengasuh berbanding di rumah sendiri.  Sebab setiap kali tanya makcik tu, mesti dia cakap " Danial makan habis... selera betul"... tapi yang sedihnya kalau makan kat rumah, punya la susah nak abiskan satu mangkuk nasi.  Sampai merajuk2 saya dibuatnya. Kalau habis satu mangkuk tu, memang rasa best sgt dah.  

So, mana gambar2 makanannya??? tu laa setiap kali habis masak, saya mmg nak amik gambar. Tapi last2 mesti terlupa.  menci betul.  Nnt lepas ni saya update gambar makanan pulak. 

Nota kaki: Sangat suka mengintai resipi untuk anak kat SINI dan SINI

*kluntung kluntang - bunyi yang terhasil apabila sudip dan kuali berlaga... (istilah ciptaan sendiri.. hehe)

Monday 4 March 2013

Kaitan aku dan P.Ramlee

Fuyooo tajuk pun boleh bikin kontroversi... haha... Kisahnya malam tadi, kami tiga beranak dok bersantai tgk tv citer P Ramlee- Masam-Masam Manis.  Korang mesti familiar dengan dialog ni "Cikgu suka main bola hari2 cikgu main bola" ... Masa dok syok layan citer tu, tiba2 husband cakap, 


Husband : "Yang, cuba u tgk budak pompuan yang dok depan skali tu (dalam kelas cikgu shaari)"  
Me:           "Haa kenapa?" 
Husband: " Macam muka u... (sambil tahan gelak)
Me:       : Mana Ada!!!!! @$#%^$^@#^#$ 

Saya pun dengan pantas terus kejar husband yang makin galak gelak dia tu... (cisss) Tetiba saya perasan yang anak dah meraung... Rupanya dia takut tengok aksi kami yang mcm tak betul tu... 

Moral of the story, Jaga perlakuan anda depan anak.  Mereka akan lebih cepat mengikut apa yang mereka lihat berbanding apa yang kita kata. sekian.. 

Dalam hati: Geram tak abis lagi.. Grrrr....

SKHK 1883  Sumber

Friday 1 March 2013

Bengkak Susu

Baru je hari tu cerita tentang ceritera pengalaman menyusu badan nih... baru je cakap yang saya hanya kena bengkak susu masa berpantang dulu.  tapi rupanya terkena lagi... Baru je semalam kena. huhu. 

Kalau sesiapa yang pernah kena bengkak susu ni, mesti u'all tahu la betapa sakitnya dan boleh bawa ke demam.  Tapi mujur la saya cepat2 tuam bagi memastikan sakit itu tak berlarutan.  Yang paling parahnya, boleh rasa ketul2 besar kat breast.  Sakit wooo... 

So malam tadi masa nak tido kan Danial, saya pun menyusukan dia macam biasa dan amik reusable ice pack tu and tekap kat breast yang bengkak. Bangun pagi tadi dah lega dah... yeayyy...  

Bagi yang nak mengetahui dengan lebih lanjut tentang Gejala Bengkak Susu ni, boleh la klik kat SINI.  Penerangan yang dia buat mmg lengkap. 

Gambar pinjam kat SINI