Tuesday 11 December 2012

Tetap Handsome walau tak mandi..

Hari ni seluruh warga Selangor cuti.. uhuk2 bagi yang kerja di Selangor saje ye dan bagi yang keje kat KL tu jgn buat2 lupa.

Alkisahnya...

Husband hari ni cuti dan saya pulak keje.  selalunya sebelum saya bertolak dari rumah untuk ke office, husband pun akan siap2 jgk walaupun dia boleh keluar lambat sedikit. Bukan apa, nanti kalau husband sorang2, siapa nak tengokkan Danial kalau dia mandi.  jadi mcm mana pun dia mesti siap sebelum saya kuar. oleh kerana hari ni husband cuti, dia boleh pulak lambat2 pegi mandi. saya pulak dah la kejar masa.. bila dah pegang kunci, baru dia cakap 

Husband: Nanti sat, i nak mandi.

Saya:  Tak payah mandi laa u bukan keje pun.  

Husband: Takkan nak hantar Danial pegi rumah maktok (pengasuh) dengan muka serabai ni..

Saya: (dengan lemah lembutnya balas balik)  'SAYANGGG KALAU U TAK MANDI PUN, U TETAP HANDSOME DI MATA I...' 

hmmm terus dia sambung tido balik... haihhh macam tu pun boleh...

Source : Papa Blogger

Monday 10 December 2012

40 minggu yang mengujakan


Salam... bila anak dah setahun ni, baru la rasa nak share pengalaman mengandung kan Danial dulu.  Terus terang saya katakan, mengandung kan dia saya tak alami sebarang alahan yang teruk.  Mungkin kerana saya terpaksa harungi seorang diri sepanjang mengandung jadi, baby kesian kat saya... huhu.  Bukan mudah sebenarnya bila suami jauh dan paling kurang pun 2 @ 3 minggu sekali baru brjumpa.

4 minggu

Trimester pertama
Saat ni semua yang mengandung pasti tahu 3 bulan pertama ni, dengan peningnya, tekak loyanya, pedih ulu hatinya, hmm semua laa.  tapi alhamdulillah, semua dugaan ni saya dapat lalui dengan sabar.  Alahan pun tak teruk cuma loya2 manja je. usia baby baru bape minggu je saya dah pegi check up kat klinik kesihatan.  ada yang cakap kenapa awal sgt pegi, ye laa saya kan mengandung masa umur 30 tahun, jadi umur bila dah banyak ni, risiko pun banyak. sebab tu la saya serah diri awal2 lagi... haa lagi satu, oleh kerana mak saya ada diabetes, saya terpaksa menjalani ujian minum air gula tu awal sikit.. so dengan rasminya bila keluar result, didapati gula tinggi.  lepas tu siap la.. asik asik check darah.  puas la lengan dan jari saya ni kena cucuk.  lagi satu HB saya juga rendah.  penah sekali tu check kat klinik smpi 7 je HB. tak pasal2 kena refer ke hospital.  Nurse suruh pegi cepat2 sbb anytime saya boleh pengsan katanya.  Dengan beraninya saya drive sendiri dan pegi hospital ampang untuk serah diri.  Bila MA kat situ check, ehhh 10 pulak HB.  dia pun pelik. katanya kalau nak beza pun tak la lari banyak sangat.  saya sengih je laa... hmm sempat la scan perut sekali.. hehhe nampak baby dah aktif dok menendang2 tapi size dia kecik je lagi.

6 bulan

Trimester kedua
3bulan kedua ni, orang kata tempoh honeymoon la.. maksudnya, segala loya2 tu dah hilang, badan semakin kuat dan tak lembik2 dah.  cuma masalah saya ni asik mengantuk je. kalau kat ofis tu saya asik bantai tido je. boss pun dah tak heran. kalau dah tak selesa sangat tido duduk kat meja, saya siap baring kat tepi meja lagi.  cari port baik punya. sape pun tak nampak..huhu.  time ni jgk selera makan semakin bertambah. asik makan je kejenya. tapi tekak saya takde pulak mengidam yang pelik2.  ni pun mungkin baby kesian kat saya. kalau mengidam teruk2, nak mengadu kat sape kan.. pernah la sekali tu, ehh sekali apa ada la 2 @ 3 kali jgk tengah2 malam nak makan char kuew tiaw... haihh sabo je la masa tu.

 Gejala kaki bengkak


Trimester ketiga
Time ni perut dah semakin besar, baby pun tersangat la aktifnya. siang2 dia biasa biasa je. tapi kalau malam, start dari maghrib tu, punya la tak duduk diam.  terpusing2 tendang sana tendang sini... sampai senak perut.  haa lupa nak cakap, saya dapat tahu jantina baby masa 20 weeks.  untuk scan ni saya mmg tunggu husband ada kat kl, so boleh pegi sama2. perkara penting ni kena share sama2. biar dia dapat tengok anak dia dalam perut ni.  ni asik saya je citer.  Anak pertama ni mmg tak sasarkan boy ke girl ke, apa pun tetap bersyukur dengan anugerah ni.... ok sambung... trimester ketiga ni banyak jgk membataskan pergerakan saya.  perut mmg besar sgt dengan kaki yang kejap2 bengkak. hmmm dah mcm pakai kaki plastik. huhu. lebih kurang 2 minggu nak due, saya dah start cuti.  terus balik kg suami sbb plan nak bersalin sana. semingg lepas tu saya pun bersalin... due 29 october tapi bersalin 26 october... awal bape hari je...
Pengalaman bersalin boleh refer kat sini...






Setiap orang akan melalui pengalaman yang berbeza.  apapun setiap kesakitan, setiap kesusahan, kena la redha, dan sabar... baru la dapat pahala.  kalau asik merungut je, ish ish sia2 tau.  :)

Thursday 6 December 2012

Dilema ibu: Kasih sayang ibarat garam dan gula

Alkisah...

Seorang raja di sebuah negeri di far far away (hehehe) mahu menguji ketiga-tiga orang puterinya. Lantas baginda pun memanggil ketiga-tiga mereka lalu bertanya seorang demi seorang:

Puteri yang pertama
Raja: Wahai Anakanda, kasih sayang mu kepada ayahanda seperti apa?

Puteri yang sulung: Kasih sayang ku kepada ayahanda ibarat segunung intan dan berlian ayahanda...

Raja: Terima kasih anakanda (sambil buat muka terharu)

Puteri yang kedua
Raja: Wahai Anakanda, kasih sayang mu kepada ayahanda seperti apa?

Puteri yang tengah: Kasih sayang ku kepada ayahanda ibarat seluas ladang gandum yang tumbuh subur ayahanda...

Raja: Terima kasih anakanda (kembang kempis hidungnya)

 Puteri yang ketiga
Raja: Wahai Anakanda, kasih sayang mu kepada ayahanda seperti apa?

Puteri bongsu: Kasih sayang ku kepada ayahanda ibarat garam dan gula ayahanda

Raja: (terbeliak biji mata)... Sampai hati anakanda sama kan ayahanda dengan garam dan gula...

Puteri bongsu: Ayahanda yang dikasihi, tanpa garam dan gula segala makanan tidak berasa.  kalau makanan tidak lagi sedap, tak bermakna la hidup ini... Jadi kasih anakanda ibarat garam dan gula kerana keduanya mampu membahagiakan orang lain.

Raja: (Garu kepala laju2)...

ok ok berbalik pada realiti... kat bawah ni cerita garam gula jugak tapi ni version baru punya...

Semalam masa ambil anak di rumah pengasuh, kami sempat bersembang sekejap.  makcik pengasuh tanya saya, "Ayu mmg tak bubuh garam ye dalam bubur Danial?"  Saya jawab mmg tak letak pun.  Sekarang ni semua yang ayu masak untuk dia tak letak garam n gula sampai la umur dia 2 tahun.  Lepas tu makcik tu cakap lagi, "ooo ingat kan danial dah boleh makan semua..." saya senyum je laa.

Sebelum ni jadi lagi... masa tu mama saya sendiri tanya. "Danial tak makan aiskrim ke?" hahaha saya gelak je. saya cuma cakap, Ma, masak untuk dia pun tak letak garam n gula, lagi la nak bagi aiskrim.

Ini la situasi yang sering terjadi pada ibu2 di luar sana tu. Apa yang saya buat, cuma senyum dan ye kan je la.. takkan nak marah jgk or nak cakap, Ma, nnt mama bukak facebook and join group HSFFYB... haha... (facebook pun mama saya takde).

Dalam dok berhujah dengan husband tentang gula garam ni, last last dia yang bagi satu link kat saya yang tolong menjawab segala persoalan dia... hmmm

Can I put salt in my baby's food?

source: http://www.babycentre.co.uk

Wednesday 5 December 2012

Berdua lebih baik, bukan lagu saya lagi

Orang kata the more the merrier... tapi situasi saya sekarang ialah, bersendiri lebih baik dari bersama tapi tersisih.. fuyooo nape pulak petang2 nih..

Gambar ini menceritakan segalanya...  (Ambil gambar sorang2)
 
Yang Lebih Kau Cinta

Kucuba untuk jadi yang terbaik
Namun ada dia yang lebih kau cinta
Yang lebih kau cinta

Namun ku akan terus berusaha
Untuk memenangi walaupun ku tahu
Kecewa jua akhirnya

( korus )
Mengapa tak dapat aku memadamkan
Kenangan manis bersamamu
Bahagia yang aku harap-harapkan
Tak ingin aku rasa dipertandingkan
Sehingga diri diperbandingkan
Untuk selamanya

Ketika cinta ini masih lagi bertakhta
Selagi jiwa ini masih jua ingin dipuja
Katakanlah padaku di mana kekurangannya
Untuk kita bahagia berdua saja

( ulang dari korus )

Bisakah aku jadi yang terbaik
Kerna ada dia yang lebih kau cinta
Yang lebih kau cinta


Psst: xde apa pun sebenarnya.. saje nak upload gambar ni.  Gambar syok sendiri masa pelancaran Facebook Infolib BERNAMA .. hehe

Monday 3 December 2012

Perancangan 2013

Salam semua.. sekarang dah pun December 2012.  ada kurang dari sebulan sebelum masuk ke tahun baru 2013.  Pasti semua orang dah pasang impian atau azam untuk menjadi terbaik tahun depan nih.  Macam saya sendiri pun dah mula merangka2 apa yang saya mahu lakukan tahun depan iaitu 2013.

1. Kerjaya
Macam sekarang ni kerja saya boleh dikatakan ok la. Masih organized. Tapi ada jugak yang huru hara, kacau bilau, keluh kesah..hehe.  Kelemahan saya adalah dari segi perancangan masa. itu laa yang sering terjadi pada saya.  saya selalu mengabaikan First Thing First. Perkara yang ke 13 saya buat dulu, tapi yang perkara pertama, saya lengahkan. Jadi perancangan saya, mesti susun semua nya dalam satu jadual yang mudah saya tengok dan pantau. Drafkan plan tindakan serta tulis setiap progress supaya senang nak refer..

2. Isteri dan Ibu
Kedua dua peranan ni sama pentingnya bagi saya yang perlu dipikul dengan penuh rasa tanggungjawab, ikhlas serta sabar.  Bila cakap bab menjadi isteri yang baik ni, saya rasa saya ni baik kot.. hehe. masih lagi mendengar kata. (ceh puji diri sendiri).  Tapi takkan setakat jadi isteri yang baik je kan.  saya mahu jadi sorang isteri yang disayangi, disenangi, pendek kata isteri solehah la. Kalau boleh nak hari2 suami sayang.  tapi kalau asik menerima je tak boleh jgk. kena la memberi selalu. maksud nya sini, kalau nak orang manja2kan kita, kita pun kena la buat yang sama jugak. 
Sebagai ibu sudah semestinya saya ingin menjadi seorang yang lebih penyabar, rasional, penyayang, lembut tapi tegas dan banyak lagi laa untuk mendidik anak saya.  ini kerana, anak itu ada lah unik untuk setiap ibu bapanya..  Anak kita takkan sama mcam anak orang lain.  kalau ada parents yang guna cara ABC untuk didik anak, mungkin kita lebih sesuai guna cara DEF untuk anak kita. Jadi kenalilah anak betul2 dan buat yang terbaik untuk  mereka.

3. Anak
Pada yang masih ada ibu bapa tu, kena la rebut peluang untuk berbakti pada mereka. Sebelum ni, mama ada merungut yang saya ada masanya jarang nak call dia... Agak terpukul jugak la dengan situasi tu.  Jadi sempena azam saya untuk memperbaiki diri sendiri, saya juga akan sedaya upaya tidak mengabaikan orang tua saya.  hmm sebenarnya bukan jarang call.. tapi ntah laa.. haa tengok tu bagi alasan lagi.. (piaapppp... rotan laju2) xde kompromi dah ye... Sayangi la ibu bapa anda...

4. Hubungan dengan Pencipta
Ini yang paling penting sebenarnya.  kalau hubungan dengan sesama manusia kurang baik, kita kena check balik hubungan kita dengan Allah (kata2 hikmah dari Dato Mohd Fadzilah Kamsah).  Dengan rasa rendah hatinya, saya berazam untuk memperbaiki diri serta amalan saya sebagai umat Islam yang baik.

Apapun, perancangan Allah lagi tepat untuk kita, kena la redha ye.  Do what u love, Love what u do.. daa


Saturday 1 December 2012

Pengantin pakai sport shoes

Salam... ok, ini bukan entri mengata sesiapa.  hanya luahan perasaan sambil2 tengok Masterchef final dan sambil2 tunggu husband pulang dari tgk bola. :)

Sepanjang cuti sekolah ni, banyak bebenor kenduri kahwin kat taman tempat saya tinggal ni.  Walaupun tak ramai yang kami kenal, masih cuba memenuhi undangan orang kahwin nih.  Dalam dok pegi makan kenduri ni, ada la perkara2 aneh yang berlaku pada saya dan suami.. haa aneh ko... kemain lagi ayatnye.

Cerita pertama

Saya dan suami dok jalan lenggang lenggok nak pegi umah kenduri nih... selalu kan kalau kenduri memang famous dengan salam kaut ni.. tau kan salam kaut? alaa salam ada isi. ok, masa saya sampai kat pintu gerbang dia tu, saya terus menuju kat sorang kakak yang tunggu kat tepi tu.  tujuan nya ialah nak bersalaman dan bersedekah (salam kaut) dengan tuan rumah. saya percaya kakak tu kalau tak tuan rumah, mesti wakil tuan rumah... kalau tak, dia tak tunggu situ sambut orang datang.. Bila je saya menghampiri akak tu, boleh pulak dia kata MASUK LA MAKAN DULU BANYAK LAGI DOOR GIFT NI. cehh hampeh. muka saya dah terkulat2 kat situ. muka husband pun dah berubah. Dah la salam pun tidak, kami pun makan cepat2 n balik cepat2.. doorgift?? tak ambik pun. HUHH

Cerita kedua

Kali ni baru je berlaku siang tadi. Dalam hujan yang renyai2 tu, saya dan suami pun masuk cepat2 kat bawah khemah kat betul2 pintu masuk. Kenduri ni pun sama jgk, iaitu jiran tetangga.  Oleh kerana tuan rumahnya kami tak kenal, segan la nak terus masuk je. Dengan husband yang dok dukung anak n saya yang terpacak kat situ, kitorang terjengah2 sape la tuan rumah sebab takde orang yang berdiri sambut. tetiba ada sorang pakcik ni... ooo dia pakai baju kaler tema kenduri.  dalam hati, hmmm pakcik ni kot.. bila kami dok pandang2 dia, terus dia datang n bersalaman dan jemput kami makan. Tapi sebelum tu, dia cuit isteri dia utk bersalam.  Makcik tu dah lama dok terconggok depan saya. loorrrrr tuan rumah rupanya. tapi boleh buat dek je.. adehh macam2 la perangai orang. ohh yaa yang pengantin pakai sport shoes tu, rumah kenduri ni laa... hmmm nasib nasib

Kalau sesiapa yang baca cerita saya ni, nilai la sendiri. Memang la setiap kenduri kendara tu bukan boleh perfect mana pun.  tapi benda2 basic macam ni, jangan la kita abaikan. sebabnya kita kan dah jemput orang datang makan. bukan suruh berkompang pun.  tapi jangan la layan mcm tu sekali.  nnt orang takmo datang kenduri kita dah... sekian... :)






Merajuk sebab tak ingat hari jadi

Salam...

Orang perempuan ni kalau bab ingat segala tarikh memang terror kan... birthday suami, birthday anak, birthday sendiri lagi laa... lagi satu anniversary. sume ingat. tu belum masuk first date, tarikh bertunang, tarikh mula kenal, tarikh mula chatting... haha dah takde keje la tu. 
Bila dah penat2 ingat sume tarikh ni dan dalam masa yang sama ada orang tak ingat, oooo memang sedih.  alasan standard, BANYAK BENDA NAK KENA INGAT.  ish ish.  Tapi nak buat macam mana, takkan la nak paksa2 pulak, 

Alkisahnya....

Akibat suami tak ingat tarikh hari jadi saya, saya telah nekad untuk lari dari rumah... masa sume tengah tido, dengan perlahan2 saya bawak beg kain baju semua dan terus ke bus station.  smpi je sana, terus amik bus balik tepen. Sampai je tepen, tiba2 dengar suara budak nangis sambil tolak2 badan saya. Ngeng ngeng ngeng ngeng MIMPI RUPANYA.... tengok jam dah pukul 6 pagi dan Danial terbangun sebab nak susu... huhu. 

Ntah apa2 ntah. boleh pulak mimpi mcm tu. tak tahan tu siap naik bus lagi. macam la berani sangat nak lari rumah. apa pun sebenarnya husband dah wish siap2 malam tu. sib baik tak lupa. hehe. 

So bagi isteri2 yang merajuk kalau husband tak ingat birthday ke anniversary ke, jgan lari rumah ye. merajuk manja2 sudah... 

Psst: Sejak dah masuk umur 3 series ni, dah tak bape nak kisah no belakang 3 tu.  :) happy birthday to me!! 

Makan time... AEON Cheras Selatan.







Danial bawak bus? ooo ini bukan lari rumah ye...


Wednesday 21 November 2012

SEGMEN BLOGLIST DISEMBER PAPA BLOGGER

(pertama kali join segmen...)

Salam.... mari kita semua join segmen papa blogger nih..  huhu


siapa nak join, sila klik gambar kat atas ni...

Mudah je syarat2nye:

1. Buat entry bertajuk SEGMEN BLOGLIST DISEMBER PAPA BLOGGER
2. Copy gambar kat atas tu dan letakkan dalam entry uolls
3. Follow blog PAPA BLOGGER
4. Letak link entry tu kat komen...


sekian, terima kasih...

Wednesday 14 November 2012

Konon2 tak hadappppp!

Salam...

Mungkin antara kita pernah hadapi situasi di mana 'ada orang yang suka bercerita tentang sesuatu yang mahal or unik or best or apa je la yang menarik tetapi dalam masa yang sama dia menyatakan yang dia tak heran akan benda tu'

hmm paham tak? hehe contoh nye macam ni... 

Si A: " Husband i nak beli kan S..**ng G..**y N*t* kat i..."
Si B: " wahh bestnya... dapat hp canggih"
Si A: "Tak minat sangat la... bukan best pun."
Si B: " #$#^$%&$%$#% (dalam hati)

haaa ada dua benda kat sini, 
1) si A tak reti nak bersyukur
2) si A sangat la riak

macam topik saya hari ni yang konon2 tak hadap tu, maksudnya kat sini, cara si A yang nak gambarkan diri dia konon tak heran dengan jenama telefon tu.  padahal bagi si B, telefon tu cukup mahal dan dia rasa memang best sangat kalau dia pun dapat benda yang sama.  Kenapa mesti si A jawab macam tu? ooo mungkin dia nak cakap dia hanya pakai brand yang betul2 mahal je dan setakat brand orang kebanyakan tu tak heran nyer der. adehh dah si B ni terkulat2 sebab minat kat hp tu. 

Psst: Ntah2 dalam hati tu kemain kembang kempis sbb best sgt dapat hp mahal. Cuma ego je nak mengaku. cehh!! menci...

"seumur hidup takkan guna jenama tu" -amboiiii riaknye
"alaahhh my friend stay kat oversea, anytime boleh dapat brg2 yg branded" - hmm yang kita ni tunggu sales kat malaysia je...
"takde la sedap sgt... aku masak lagi best" -haiii dah licin pinggan tu baru nak cakap tak sedap
 

Monday 12 November 2012

Mari Belajar Bersyukur

"Bila kita sentiasa fokus pada apa yang kita tak ada, kita akan sentiasa tak cukup"

Salam...

Tiba-tiba pulak nak cakap tentang syukur... bukan abdul syukur or syukri or syukriah tapi BERSYUKUR... Hari minggu ari tu, saya ada dengar motivasi dan tips dari Prof Dr Muhaya Mohammad tentang bersyukur.  Bila dengar je dia bagi nasihat tetiba rasa insaf.  Bukan la selama ni saya tak pernah bersyukur tapi kadang2 tu terpedaya jgk dengan nafsu hal hal duniawi ni. haihhhh..... Rezeki yang Allah bagi ni bukan je dalam bentuk duit tapi banyak sebenarnya rezeki yang dilimpah kat kita.  kadang2 tu kita tak payah mintak pun Allah dah bagi. Betapa kasihnya Allah kat kita tapi sebagai manusia kadang2  mudah lupa.  Rezeki tu datang dalam bentuk kesihatan yang baik, keluarga yang sempurna, Anak dan pasangan yang baik, masa lapang yang boleh dimanfaatkan, dan macam2 la lagi kalau nak ditulis segala nikmat yang Allah dah bagi.

Sebagai contoh ada jugak yang merungut nape family kita tak mcm family orang lain, nape pasangan kita tak best macam orang lain... hmmm macam pasangan kita or jodoh yang dah ditentukan oleh Allah ni sebenarnya dah elok dan padan utk kita.  kita tak perlu cari kebahagian dari pasangan kita tapi cipta kebahagian itu bersama-sama.  wahhhh terharu pulak.  or tak perlu cari kelemahan tapi baiki segala kekurangan.

Abis je tengok citer tu rasa nak salam cium tangan suami je...(tapi malu).  Rasa banyak betul kelemahan diri ni. (garu kepala laju2)

Sempena 12 November iaitu tarikh yang jatuh pada hari ni, saya dengan rasa bestnya, nak ucapkan

Happy 2nd Anniversary sayang!!!!

Friday 9 November 2012

Nasib baik dia tak apa2... kalau tak, SIAP KAU!!!

Amboiiii kasar betul ayat tu.

Dihari Jumaat yang nyaman ni, saya ada curi2 masa utk membaca kisah2 tauladan dari pelbagai sumber yang sering dikongsi oleh rakan2 blogger yang lain.  Banyak la kisah yang menyentuh perasaan serta meruntun jiwa saya yang kental ni... hehe. Dan kebanyakkannya adalah mengenai asam garam rumah tangga.  dulu macam tak berminat sangat nak baca tapi bila dah kahwin ni kena la ambil tahu sbb ilmu semua nih...  bukan apa, panduan2 tu sesuai sgt bagi kita kalau nak meningkatkan kualiti sebagai seorang isteri yang baik serta ibu yang baik jugak...hmmm

Dalam banyak2 kisah tu ada jugak la yang terlalu dramatik. mungkin diubah sedikit bagi menyedapkan jalan cerita.  Kalau suspen + dramatik baru la ramai yang nak baca kan.... ok ok berkenaan dengan kisah saya nak share ni bukan la nak mengajar sesiapa tapi saya hanya teringat suatu ketika dulu masa ketika saya masih bergelar pelajar IPT di salah sebuah IPT awam di utara semenanjung.. (cehhh macam orang tak boleh teka je.. hahahaha) saya pun drama queen jugak ~~~ wink wink~~~~

masa dalam dewan tu, ada la seorang pensyarah ni yang memang suka berkongsi cerita tentang anak dia (pensyarah ni lelaki).  Kira sayang bebenor la kat anak dia tu (sape tak sayang anak kan)... Dalam banyak2 cerita tu ada la satu perkara yang dia share kat kitorang.

"You all tahu last week cermin kereta pecah masa my wife tengah drive n masa tu my daughter ada dalam kereta... Cermin tu pecah sebab my wife bawak kereta rapat sangat dengan lori n ada batu dah melantun kena tepat kat cermin kereta... I dah tak fikir apa dah cuma harap my daughter tak apa2" 

lepas tu dia sambung lagi~~~

"I terus cakap je NASIB BAIK DIA TAK APA2 KALAU TAK, SIAP AWAK..." 

masa tu saya hanya senyum dan kagum dengan cara lecturer tu yang saya gambarkan sebagai seorang bapa yang penyayang... tapi bila suatu ketika saya rasa dia tak berlaku adil pada isteri dia... ye laaa, ada ke patut cakap macam tu.  ingat bini dia suka2 hati ke masa kejadian tu. mesti dia pun trauma jgk dan tak sanggup nak bayangkan kalau terjadi apa2 pada anak mereka tu.  Alkisahnya, lecturer ni berdendam dengan PIL dia sebab masa nak kahwin dulu punya la menentang habis-habisan tapi kalau dah jodoh tu, memang kahwin la jgk akhirnya... tapi kenapa wife menjadi mangsa dengan dendam kesumat pada mertua???

Ye laa kan, memang ada la suami yang macam ni seperti yang selalu orang share kat cerita tauladan tu.  Kalau ye pun sayang kan anak tu, sayang la jgk kat ibu anak tu. bukan orang lain, bini kau jugak. ini main ugut2.  ingat tak makan dalam ke?? (emo pulak tiba2)

Kesimpulannya kat sini, rumah tangga yang dibina tu bukan nya untuk ditanggung sorang2.  kan namanya berkongsi hidup.  so kongsi la semuanya. susah senang, kasih sayang, pahit manis, duka lara, nangis tawa dan sume2 laa... selamat beramal...

sumber: Google 


Thursday 8 November 2012

12 November lagi...

Tarikh itu...

Subuh2 dah terjaga.  Mata ni asik kelipop kelipop sebab tak boleh tido dah.  Walaupun malam tu tido agak lambat tapi pagi tu saya memang tak de rancangan untuk bangun bila mata hari dah tepacak. Kalau saya tak bangun pun, mama la orang pertama yang akan gerak saya bangun..

Ayuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu...

haaa macam tu la cara mama gerak bangun pagi.  Kuat dan nyaring. dan yang pastinya orang yang akan tersedar dulu ialah adik saya sebab telinga dia lebih peka pada bunyi ketika tido... Dan saya pulak kalau tak kerana tarikh itu, saya tak bangun lagi... Semuanya kerana tarikh itu yang membuatkan saya antara orang terawal yang bangun. 

12 November 2010... @ 12 11 10

Ini la tarikh yang saya nantikan dengan penuh debaran.  Hari itu seperti yang dirancang dan dengan izin Allah juga saya akan diijabkabul dengan LELAKI itu.  Dan sejarah menyatakan 12 November 2012 ni adalah anniversary kami yang ke2....

~~~~lorrrrr nak cakap 12 nov tu 2nd anniversary je.. punya la panjang intro... hehe~~~

Buat mu SUAMI,

Happy 2nd Anniversary 12 November nnt... sayang u sangat2 muahmuah...












Wednesday 7 November 2012

Best Ke Berpantang Sendiri

Pengalaman berpantang pasti dilalui oleh semua ibu yang baru melahirkan anak.  Ada yang enjoy dengan tempoh tu dan ada yang asik tension2...  Apapun dugaannya kena la hadapi dengan redha.  Pengalaman saya sendiri, saya dijaga oleh mak mertua... haaa ada sape yang dijaga mak mertua jgk??? sila angkat tangan.. huhh xde ke?? ok ok.  tak kisah la mak sendiri ke mak betul ke, dua duanya pun mak yang korang kena hormat n sayang.  

Flashback~~~~~~~~

Bercerita tentang pengalaman berpantang ni, bila dah mak mertua sudi nak jaga tu, kena la pandai2 bawak diri (walaupun ada jgk sifat malas2 ayam tu).  Kang suruh jaga diri sendiri kang baru tau susah senang nye.  Nak harap suami, hmmmm dia lagi la kekok nak pegang baby.  sib baik takde sticker FRAGILE kat baby tu.. huhu. 

Dalam tempoh 44 hari tu, makan minum mmg mak jaga betul2 la... sume ikut time. Menu pulak toksah citer laa. ikan haruan, hmm ikan apa ntah satu lagi, sayur sawi, nasi putih panas2.. tapi bila dah makan hari2 sedap pulak lauk tu. so saya mmg takde masalah la dengan menu orang berpantang ni. (Terima Kasih Mak...muahmuah) 

Ping!!!! Back to reality...

Tiba2 pulak cerita berpantang nih.. hehe. Ni bukan apa, tadi saya dok surat khabar (baca surat khabar adalah diwajibkan oleh boss saya..) dan terjumpa la satu artikel mengenai khidmat menjaga ibu berpantang ni... wahhh skang ni orang dah semakin terbuka.  Siap dah macam hotel dah tempat tu.  Ibu-ibu yang baru bersalin, boleh pilih nak pakej 3 hari ke 7 hari ke 15 ke or nak sampai abis pantang pun boleh. tinggal kat rumah tu dan dijaga 24 jam oleh nurse and bidan (nak urut2 nak tungku2 nak mandi2).  Bukan mak je diorang jaga, baby pun diorang uruskan jgk.  Jadi ibu yang baru bersalin tu boleh berehat dengan sempurna sehingga diorang dah sihat betul especially yang bersalin C-sec.  Tentang hantaran nye.. ehh hantaran pulak... bayaran untuk servis ni, sapa yang berminat boleh la call diorang untuk dapatkan qoutation.  tapi mmg mahal la dan berbaloi dengan servis yagn ditawarkan.  

Dah macam promote servis diorang pulak saya ni.. bukan apa, benda yang baik elok disebarkan.. mana la tahu kalau ada yang mencari2 servis ni.. sbb diorang boleh datang rumah jugak.. kira flexible la servis ni. Kalau ada rezki, saya pun nak try jgk.. huhu (berangan jap) Ye laa mana tahu kalau 2 tahun lagi Danial dapat adik, dan saya perlukan extra tenaga untuk uruskan 2 orang skali... Lepas dah sihat, kita balik umah tok ye... hehe... 

Kini mereka semakin kamceng...





Thursday 25 October 2012

Jom timbulkan mood raya...

Salam Aidiladha...

Bagi yang sedang dalam perjalanan balik ke kampung tu, bawak keta elok2  ye... Insya Allah lepas ofis kang turn kami pulak nak mensesakan PLUS arah utara... huhu.... Bagi yang masih keje tu, teruskan bekerja ye... :)

Bila sebut pasal raya ni, macam2 yang terbayang dalam fikiran kita.... Macam saya sendiri, bila raya je mesti ingat pasal makanan hari raya.. Paling tak tinggal sejak dolu dolu ialah lemang and rendang ayam... macam tak lengkap je kalau takde lemang di pagi raya.  haa tatap la gambar2 kat bawah ni... berkocak nafsu perut sekejap...

sumber: Google images


 
ni pun amik kat Google images

Kalau raya puasa tu, mmg tak lengkap la aktiviti mengorder kuih raya berbalang2 tapi bila raya haji ni kurang sikit la order kuih... tapi jgn tak tau.... kuih raya juga antara yang mesti bila nak hidang kat para tetamu walaupun raya haji... hmm paling best ialah tart nenas... tak kisah la bergulung ke nenas kat atas ke or apa jua rupa bentuknya... tart nenas memang the best laa... (tapi tengok orang buat jgk...)

sumber: Google images
 Baju raya??? ini kalau ada rezeki lebih apa salahnya nak melaram pagi raya haji tu... tapi kalau saya, recycle baju raya ari tu je.  yang wajib nye sedondon... huhu.

memang terkenal dengan sedondon mereka yang sweet sgt... sumber: Google Images
ishhh banyakk laa kalau nak cerita pasal raya ni... tu belum saya bukak citer jalan jem lagi... tapi tu sume best apa... bukan jadi selalu... dah macam berkampung kat highway dah kita ni.. bercinta nak sampai kampung halaman... tapi apa yang penting sambut la raya dengan penuh kesyukuran... jgn lupa bermaafan dan ziarah menziarahi... hmmm seronoknyaaaa nak raya... haaaa apa lagi... moh kita beraya...


kenangan raya puasa ari tu... (bersama keluarga mertua)


Friday 12 October 2012

Kini kami bebas asap rokok 100%

Salam... imbas balik entry dulu2... alaaa yang pasal klinik behenti rokok tu... haaa dengan ini secara rasminya sudah 4 bulan suami saya behenti rokok.  Alhamdulillah... dengan bantuan kaunseling dan ubat yang dibekalkan, suami saya dah tak merokok.  bau rokok pun dia tak suka.. pening katanya... hmmm tau pun pening. 

Masa mula2 tu saya ingat diorang yang masuk program ni hanya bergantung pada ubat semata2 dan kalau tertinggal untuk makan ubat tu, keinginan untuk merokok akan datang balik.  Tapi nampaknye sangkaan saya meleset.  Walaupun suami saya ada termiss ubat tu berhari2, takde sedikit pun keinginan rokok tu datang.  Kira dengan sendirinya badan dia tak terima rokok tu lagi... Alhamdulillah... bersyukur sangat sebab benda ni laa yang saya harapkan dari dulu. Bukan untuk saya tapi semuanya demi kesihatan dia sendiri. 

So para perokok di luar sana tu, apa tunggu lagi.  Program ni free tu. sapa nak bagi. sila hubungi mana2 hospital kerajaan yang berhampiran untuk bertanya tentang klinik berhenti merokok tu. Just in case kalau ada hospital yang tak buat.  Maybe tak cukup kakitangan. Tapi ni bukan alasan, u all cari la hospital yang buat.  Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.  cuma sekarang ni saya hanya berharap sangat kalau abang dan adik saya tu pun mengambil langkah untuk join program ni... udah udah ler merokok tu.  takde makin handsome nye kalau merokok.  ngabih duit ada laaa... 

sumber: Google Images

Friday 5 October 2012

Danial tak cerewet makan tapi...

Sejak Danial dah diperkenalkan solid food ni, jarang la dia reject apa yang saya bagi dia makan.  Banyak jugak la jenis sayur, daging dan buah dah saya beri makan pada dia.  semuanya dia makan.  tapi ada jugak dia reject... Mula2 saya ingat dia tak suka tapi rupanya dia jemu.  Ada skali tu saya bagi dia makan sweet potato 3 hari berturut, n hari yang last tu langsung dia luah balik.  Kalau ikutkan, kita kena praktis 4 days  rule tu kan utk memastikan anak kita ada allergic atau tidak.  tapi anak saya ni tak sempat smpi 4 hari, dia dah jemu.  so camno.  apa pun alhamdulillah sepanjang di beri makan, takde pulak dia memberi reaksi alahan apa2.  

Lagi satu kalau makanan dia terlalu kering pun dia tak suka.  sbb tu la kena buat berkuah sikit.  (sama sangat perangai papa dia).  Kalau bubur nasi tu, kena buat sedang2 elok je.  kang cair sangat tak kenyang pulak dia.  tapi kalau likat sangat dah mcm puding, dia buat muka tercekik... hmmmm

Apa pun waktu makan dengan sikecil bukanlah satu perkara yang perlu rasa stress.  Kita perlu biasakan dia yang makan itu adalah satu rutin dan bukanlah hukuman ataupun ganjaran... 

hmmm an apple a day keeps the doctor away...

aummm

adehh kenyang la pulakk.  tadi tak sabar sangat
 Note: Epal tu sepatutnya dikupas dahulu... tapi yang ni papa Danial dapat kupas separuh je...

Nak makan, nak main...
Papa... suap la mama pulak.. danial nak main

hehe

yogurt plum
bubur nasi ayam + kacang peas




Thursday 4 October 2012

Sejak peristiwa itu...

peristiwa apa pulak ni...

Rasanya dulu saya ada cerita tentang kes kami anak beranak muntah2 + cirit birit yang teruk... klik kat SINI Tapi tak cerita details sangat laa.... bukan apa malu laa... hahaha.. buruk benor waktu tu dah mcm orang tak makan seminggu.. lembik, pucat, comot, semua semuanya laa...  Masa pegi klinik yang ke 2 pada keesokkan hari nya tu, Doktor cakap kami tiga orang ni kena rotavirus... huh!! takut pulak dengar doktor tu cakap.  Tapi menurut doktor tu, penyakit akibat rotavirus ni dah mmg ada dah dulu cuma sangat disensasikan sekarang ni.  ntah lah ek. tapi orang sekarang ni mmg tersangat di educate dengan hal2 kesihatan ni.  pantang ada penyakit2 baru semua nak amik protection terutama yang melibatkan anak kecil.  tapi alhamdullilah sebabnya kes kami ni tak teruk dan tidak berlarutan.

Kesan dari peristiwa tu, saya mula la mengambil langkah berjaga2 dalam memastikan segala yang berkenaan anak saya mestilah bersih.  sbb doktor cakap mungkin ia berpunca dari air. hmmm air yang saya bagi anak saya semuanya air yang ditapis dan dimasak.  tapi kalau nak terkena tu takleh nak kata apa la kan. skang ni saya semakin rajin menyapu la mop la kat dapur tu... sebab anak saya suka sangat main kat dapur...  saya ni bukan nak kata laa tapi bak kata suami saya "kalau nampak saya pegang penyapu, boleh tetiba guruh tu..." Cehhh...

Tak baik cakap mcm tu kan.  keje2 menyapu dan mengemop ni mmg saya dah bagi suami saya untuk amik alih.  saya pulak buat keje2 lain yang berlambak tu.  sebabnya suami saya mmg terror bab menyapu dan mengemop...(ni kira puji laa.. lelaki ni kalau tak puji, diorang tak mo buat dah).  Lagipun saya ni ada resdung, kalau menyapu mesti habuk tu bertebangan n mula la bersin, naik jerawat laa... saya lebih suka guna vakum... (boleh tak bagi alasan mcm ni??? huhu)

ok laa... kesimpulan dari peristiwa tu, jgn amik mudah segala peralatan yang kita guna. kalau dah sakit baru la nak tepuk dahi... sekian

Monday 24 September 2012

Bersihkan hatimu

Hatimu ke hatiku? hatiku baru la tepat.  Ni sesi muhasabah diri...

Saya tak dapat bayangkan kalau setiap manusia ni boleh mempotretkan warna hati masing2.  Maksud saya kalau hati seseorang itu kotor, jelas tergambar kekotoran di wajahnya.. Kalau bersih hatinya, maka bersih la wajahnya.  Memang tidak dinafikan kalau seseorang yang berhati bersih, akan jelas terpancar nur pada wajahnya.  Tapi adakalanya tidak semua orang boleh melihat dengan mata hati, wajah yang bersih itu mungkin tersimpan hati yang kotor dan busuk.  Kan mudah kalau kita dapat mengesan apa yang terselindung dari wajah yang tenang itu.  Jahat atau baik...

Saya bukan la manusia sempurna.  Kadangkala saya juga merasa iri, saya juga merasa marah, saya juga merasa cemburu dan dengki.  Tapi diri ini hanya mampu beristighfar agar ia tidak terus kekal dalam hati dan menjadi luka yang membusuk.  

Pengalaman lalu benar2 mengajar saya agar lebih berhati2 agar tidak mudah diperdaya dengan tipu helah orang yang cuba melaga-lagakan sesama manusia.  Kekadang saya hairan dengan tujuan atau motif si pelaga itu.  Apakah dia suka semua orang bercakaran atau membenci antara satu sama lain? atau dia suka semua orang tidak bersatu? atau dia suka melihat semua orang tidak bersepakat untuk memperjuangkan sesuatu? Pelik... tapi itu lah hakikat yang berlaku.  setelah saya sedar dimana selama ini dipermainkan, tiba2 mendapat satu kekuatan untuk cuba merapatkan kembali silaturahim yang terputus.  tapi bukan semudah itu kerana semuanya mempunyai ego semuanya mempunyai dendam antara satu sama lain.  Apa yang perlu, saya hanya berserah pada yang maha kuasa agar diberi petunjuk agak segala kekusutan yang berlaku terlerai jua...

Sumber gambar: http://janjibesar.blogspot.com

Friday 14 September 2012

Hey si pencuri surat

Entry kali agak berlainan sikit... selalunya cerita tentang story mak mak, story kerenah anak, story pompuan2 tapi kali ni nak story tentang hal kejiranan... 

Mukadimah dulu...

Dalam Islam, jiran merupakan orang yang patut kita muliakan.  sebagai menjaga keharmonian di kawasan tempat tinggal kita, perlu la kita menghormati antara satu sama lain, bertegur sapa, tolong menolong kalau ada kenduri kendara dan banyak lagi laa kalau nak cerita cara2 menjaga hubungan baik sesama jiran tetangga.  

Akan tetapi, berbeza pula halnya kalau ada jiran yang sengaja menyakiti hati kita.  Apa motif pun tak tahu.  
Sumber gambar: Berita Harian

Alkisahnya...

Sejak beberapa bulan yang lalu, saya mendapati surat2 yang sampai kerumah saya sering dibuka, dicuri dan dikoyak serta dibuang dalam tong sampah.  haihhh keje sapa pulak ni.  Nak tuduh pun tak berani.  Tapi mungkin keje budak2. yang peliknya kenapa rumah kami menjadi sasaran??? Kami dah bertanya pada jiran sebelah menyebelah kalau mereka pun mengalami masalah yang sama. tapi tak pulak.. rumah pengasuh anak saya pun saya tanya dan dia cakap takde pulak dengar cerita pasal surat kena curi (dia tinggal di lorong hadapan). Kes pertama, surat saya dibuka... dia hanya tinggalkan sampul dalam peti surat.. isinya hilang... Check2 rupanya tu katalog tupperware... lepas tu bil letrik kami dikoyak koyak dan ditabur dalam peti surat... dan paling latest bil astro di buka dan dibuang dalam tong sampah rumah kami pulak tu... apa la motifnya??? mcm saje nak bagi sakit hati. Mungkin ada surat2 yang dicuri yang kami tak dapat kesan.. hmm bengang kan.... Saya hanya mampu berdoa supaya diberi petunjuk siapa la pelaku yang tak bertamadun tu.... 

Sekian...

Monday 10 September 2012

Dilema ibu: Mencari resepi yang best untuk baby

Ini dah masuk siri yang ke-3... huhu. byk pulak luahannya.
siri 1 : Klik sini
siri 2: Klik sini

Bila dah ambil keputusan untuk memasak sendiri makanan Danial, xmo yang segera2 punya, kena la persiapkan diri dengan ilmu pengetahuan tentang masakan ni.  bukan setakat pandai memasak je tetapi penyediaan yang betul juga membantu mengekalkan nutrisi dalam makanan tersebut...

Saya harap usaha saya untuk menyediakan yang terbaik untuk anak saya dipermudahkan dan setakat halangan2 kecil tu, redhakan je la ek... Bukan apa, sebagai manusia biasa graf tu asik turun naik je... time berkobar2 nak masak, mcm2 resepi dapat buat, tapi bila dapat penyakit M, asal sempat je. Usaha yang baik perlu la konsisten baru la mendapat hasil yang baik... 

Pengajaran dari kisah lalu,

1 Bila ada orang suap kek or puding yang manis untuk anak kita, jgan cepat melenting, cuma cakap baik2.  TETAPI jangan bagi alasan kek tu manis dan sesuai untuk baby.. sbbnya manis or masin ni takde maknanye untuk diorang... kita hanya perlu cakap, "anak saya tak boleh makan sbb doktor tak bagi makan." tak pun "anak saya allergic telur ke serbuk penaik ke, apa2 je laa.." selalunya orang akan takut sikit bab allergic nih.. (bukan la kita mendoakan yang tak baik pulak.. or menipu.. cuma sekadar bagi jawapan yang agak logik kerana anak saya tak penah diberi telur lagi.. so tak tipu la kan... hehe)

2. Sediakan snack ketika berjalan2... Maksudnya disini, jgan la bawak bubur nasi je or makanan berat je... bekalkan sekali buah, or biskut untuk anak kita mengunyah skali skala... mcam kita la jugak.. dah abis makan nasi, nak makan kerepek laa, kacang laa kek la...

Ok la ye.. segala yang baik tu dari Allah ;) 

Friday 7 September 2012

Dilema ibu: Nak sambung ke tidak? Nak sambung ke tidak?

Nak ke tidak? Nak ke tidak? sambung je la ek...

Salam... apa yang nak sambung tu??? alaaa yang dilema ibu pasal homemade food tu... ini pun boleh jadi dilema... ntah apa2...

Pertama sekali, kenapa saya beria2 sangat nak luahkan perasaan pasal isu ni... Pada mulanya saya tak amik pusing sangat.  Tetapi baru2 ni ada orang terdekat la kata "kenapa ayu tu suka terjebak pada sesuatu yang complicated??" maksud pertanyaan itu ialah mempersoalkan saya yang menyusahkan diri untuk menyediakan makanan untuk anak saya sedangkan di pasaran kan byk makanan dalam tin yang hanya perlu CAMPURKAN AIR DAN KACAU.... ni kisah cuti raya ari tu... sebab saya dok menyemak kat dapur memasak bubur nasi anak saya untuk bekalan pegi beraya ke rumah sedara mara...

COMPLICATED???  ye ke saya mcm tu? tak perasan pun.  itu adalah pandangan dia dan mungkin dia betul.  so buat apa nak balas balik... saya cuma cakap, "hmm tak tahu laa.. bila kamu ada anak, kamu dapat la jawapan dia"

Bagi saya, menyediakan makanan untuk anak saya adalah satu yang menyeronokkan bagi saya.  tak dinafikan kadang2 tu agak penat tetapi best sebenarnya.  Disamping bangga (kembang kempis hidung) tengok anak makan apa yang kita masak...  So tak de la persoalan yang saya menyusahkan diri.

Situasi lain pulak... Salahke saya mempraktikkan dari awal untuk menyekat junk food sebagai makanan tambahan or snack anak saya? Definisi junk food bagi saya adalah keropok berperisa, gula2 yang pelbagai warna tiruan tu, coklat, kek, aiskrim dan bnyk lagi laa...Dan apa yang lebih mencabar ialah, saya laki bini adalah hantu coklat dan aiskrim... Masa Danial baby lagi n tak paham apa2 boleh la makan depan dia tapi skang ni kena la sorok2... (masa tengah taip ni, tetiba dapat msg dari husband.. "I baru beli chocolate cadbury besar punya... ada promo kat office..") huhu... 

Bila saya pikir2 balik dan kaji2 balik tentang feedback yang saya sering terima pasal homemade food ni ialah
1) mereka sering salah faham tentang frozen food yang saya praktikkan untuk memasak makanan anak saya
2) mereka fikir saya masak bubur nasi untuk seminggu 
3) mereka fikir saya kejam sebab tak letak garam atau gula
4) mereka fikir saya menyekat keinginan anak saya yang nak makan macam2
5) mereka fikir saya menyusahkan diri sbb membawa bekal setiap kali travel dan tak sudi suap anak saya dengan makanan yang disediakan oleh tuan rumah
6) mereka fikir anak saya susut badannye sebab saya sekat pemakanan dia
7) mereka fikir anak saya perlu gemuk baru dia cukup makan
8) mereka fikir saya hanya bagi anak saya makan bubur nasi dan tak pelbagaikan hidangan
9) mereka fikir saya paranoid sbb nak tunggu umur dia 6 bulan baru nak bagi makan sedangkan anak orang lain 4 bulan dah suap nestum 
10) mereka fikir saya terlalu percaya cakap doktor dan mengenepi pandangan orang tua

haaa ada 10 perkara yang saya telah simpulkan disini... bukan nak kata laa, mama saya sendiri pun penah tanya " tak bagi Danial makan nestum ke??" Saya hanya senyum n jawab balik, alaaa biar la Danial rasa air tangan ayu... walaupun saya masak tak sedap, tapi itu la cita2 saya bila ada anak ni.  Kalau boleh biar dia rasa masakan saya sejak dari mula kenal makanan. 

Mengenai 10 perkara yang saya utarakan tadi, biar la saya jawap secara rasmi kat sini... cehh macam buat press conference pulak. tapi apa yang saya jawab ni hanya mengikut pengetahuan diri saya.. kalau apa yang tak betul tu sila betulkan ye

1) frozen puree - kaedah ini sangat sesuai untuk ibu yang bekerja.  Hanya perlu korbankan 2-3 jam masa anda pada hari minggu untuk sediakan frozen puree ni pada hari2 bekerja.  Memang laa sayur atau daging fresh lagi bagus... tapi tahan ke setiap malam nak potong daging n sayur untuk memasak bubur?? Sebenarnya kaedah frozen ni jauh lebih baik dari instant food yang ada di pasaran... 

Jenis Makanan
Peti Sejuk
Bahagian Beku
Buah & Sayur (dimasak)
2 – 3 hari
1-3 bulan
Daging (lembu, ayam, ikan yang dimasak
1 hari
1-2 bulan
Daging + Sayur
1- 2 hari
1-3 bulan
Telur
1 hari
1-2 bulan
Note: Sangat la jarang frozen tu sampai berbulan2 kerana saya hanya prepare untuk 1-2 minggu punya keperluan.. maklumlaa peti ais kecik...

2) Bubur nasi - untuk pengetahuan semua, bubur nasi saya masak setiap hari di mana saya menggunakan slow cooker.   Mudah sangat, saya hanya perlu masak nasi seperti biasa pada malam hari dan subuh2 tu saya hanya perlu campurkan sayur dan daging (frozen puree yang telah di "cube" kan) sebagai lauk nya... Dulu guna periuk biasa dan masak guna dapur gas... letih tau sebab nak kena kacau selalu supaya nasi tak hangit... Kaedah ini memerlukan saya bangun lebih awal untuk memasak...  Ada jugak yang buat bubur frozen... hmmm boleh jgk cara tu.  oleh kerana saya dah pengaruh suami untuk beli slow cooker yang tak berapa mahal tu, saya perlu la merajinkan diri untuk memasak bubur nasi setiap hari.

3) Garam dan Gula - melalui pembacaan saya, sistem buah pinggang bayi bawah 1 tahun belum ready untuk memproses garam dan gula... jadi, sebolehnya minimum kan or jgan letak langsung dalam makanan bayi... kan lebih baik biarkan baby menikmati rasa sebenar sayur, buah dan daging dia makan tu... Jadi, kejam ke saya hanya kerana tak letak garam dalam bubur nasi dia demi menjaga kesihatan anak saya tu??

4) Keinginan makan macam2- Memang la budak besar tu sifat ingin tahu menebal dalam diri dia... Dia akan memandang dengan penuh minat apa yang kita makan... takkan la hanya kerana anak kita menelan air liur tengok kita makan, kita perlu menyuap makanan yang kita makan? kalau kita tengah makan asam pedas, takkan nak bagi jugak kot... karang tak pasal2 anak kita meraung... 

5) Travel food- Laaa ini pun nak terasa ke?? Anak saya tu baru 10 bulan dan dia masih makan benda yang lembik2 dan dilenyek.... Gigi pun ada 8 batang (4 atas 4 bawah)... Nak kunyah pun terkial2... kalau ditengok pada size badan anak saya ni dah mcm budak setahun lebih tapi dia masih my budak tecik.... Jadi saya mmg perlu prepare food untuk dia dari rumah supaya dia tak terliur tgk kami makan... 

6) Badan susut - Kalau diperhatikan proses perkembangan bayi ni kan, setiap bulan, bayi akan mengalami perbezaan yang ketara.  kalau dulu masa lahir muka dia punya la tembam tapi bila dah naik sebulan demi sebulan, kejap2 tembam, kejap lonjong pulak, kejap2 ikut muka mak kejap2 ikut muka bapak... Lagi satu, anak ni makin hari makin lasak, jadi kalau dulu boleh lihat peha nya yang berlipat2 tu tapi sekarang tidak lagi... Selagi doktor cakap perkembangan anak ni normal, saya dah tak kisah kata orang... hmmm

7) Gemuk- aduhaiii... ini lagi satu persepsi yang salah... honestly, baby yang badannye bulat, tembam, gebu tu adalah comel.... memang tak dinafikan... tapi kita perlu la memastikan perkara itu tidak berkekalan sehingga dia membesar dengan berat badan yang berlebihan... Ada juga yang berfikiran mempnyai anak yang montel2 ni menandakan ibu bapanya sangat berjaya dalam membesarkan anak2nye... ish ish. Saya sendiri risau sebab sejarah keluarga saya mmg ramai yang isi lebih ni... Apa yang perlu, saya hanya lakukan yang terbaik pada anak saya... kerana saya nak dia membesar sihat dan mempunyai keyakinan diri yang tinggi...

8) Bubur nasi je??- Tak laa... Saya pun boring kalau hari2 makan nasi je... sekali skala nak benda lain ..  kadang kala saya cuba jgak memasak pasta untuk anak saya... sup cendawan laa... dan yang pasti, Danial suka.  Alhamdulillah so far dia bukan la jenis picky eater.  tapi tak tau la bila dah besar nnt... sayur takmo makan, buah takmo makan... jadi, slowly kena kenalkan jenis2 sayur atau buah pada dia dan tidak bergantung pada puree je... tak aci la kan... 

9)Paranoid- hmmm ni la cabaran yang paling saya menyampah nak cerita. Sudah ditetapkan dalam garis panduan kesihatan bayi di mana solid food perlu diperkenalkan ketika usia bayi 6 bulan.  Jadi tak perlu runsing tengok bayi mcm teringin dengan makanan anda.  mmg la tak jadi satu dosa suapkan bayi dengan makanan sebelum waktunya tetapi kalau tak jadi apa2, mmg la boleh berlagak... tapi kalau tecekik ke, usus pecah ke, allergic ke?  sape nak tanggung?? kan kita yang susah... 

10)Doktor- Dah tu... kalau sakit, pegi jumpa doktor jgk kan... kenapa tak balik kg jumpa ketua kampung?? hahahahhaha.... 

Secara peribadinya saya meminta maaf sekiranya luahan saya ni buat anda terasa or sakit hati.. ia bukanla untuk menunjukkan sape pandai sape tak pandai, bukanla saya cakap besar dengan mengatakan memasak sendiri makanan, anak saya takkan sakit... terus terang anak saya masih jgk mengalami demam dan sakit2 yang lain.  cuma perlu positifkan diri.. Demam tu adalah bagus kerana ia membentuk antibodi dalam diri anak anda.. so hadapi je laa...Saya tak pernah ban mana2 instant baby food kat pasaran, cuma saya tak rela anak saya makan junk food or orang dulu kata cekedis.  Kan lebih elok gantikan dengan buah atau roti... itu pun dalam jumlah yang sepatutnya dan bukan untuk mengganti makanan utama.

Sekian...

Opss ada sikit lagi sambung... klik sini