Friday 21 April 2017

Manfaat Kecantikan dengan Oil Cleansing Method



Manfaat kecantikan dari Teknik Oil Cleansing Method
Ramai antara kita yang hadapi dilema apabila memilih regim penjagaan kulit setiap hari.  Ini membuatkan kita merasa putus asa lantas tidak mahu menggunakan apa-apa jenis pembersih pada kulit wajah.   Setelah mencuci muka, sepatutnya kulit tidak menjadi terlalu kering.  Tetapi itu yang sering terjadi.  Dengan lambakan produk di pasaran, bagaimana kita nak tahu mana satu yang sesuai dengan kulit kita. 

Terdapat dua jenis kulit secara amnya.  Ada yang kulit kering atau dehydrated dan ada juga yang berminyak atau berjerawat.  Tahu tak, kedua-dua masalah ini boleh diatasi dengan mudah iaitu membersihkan wajah dengan minyak.  Oil cleansing mungkin bunyinya pelik tetapi ia kaedah yang bagus malah tidak mengganggu PH semulajadi kulit kita. 

Rangkaian Face Oil yang boleh didapati di Sephora Online

Bagaimana Oil Cleansing bertindak?
Membersihkan kulit wajah adalah sesuatu yang perlu dilakukan setiap hari tetapi boleh menyumbang kepada masalah sekiranya kita terlebih-lebih mencuci muka.  Kita fikir, menyental kulit dengan scrub setiap hari boleh menghapuskan minyak berlebihan pada kulit tapi tahukan anda semua bahawa sekiranya kita terus-terusan melakukan perkara itu ia akan memaksa kulit menghasilkan lebih banyak minyak.  Di mana ini akan membuat kondisi kulit lebih parah.  Sebab itulah kita bertukar kepada oil cleansing method.

Prinsip Oil Cleansing ini adalah minyak hapuskan minyak. Apabila kita mengaplikasikan minyak pada kulit, minyak tersebut akan menarik minyak jahat yang bertapa atas kulit kita tu.  Selain itu minyak itu juga akan menarik kotoran, kesan makeup yang tertinggal dan juga sebum (punca terjadinya blackheads).  Pembersih minyak yang terlarut bersama dengan kotoran akan terhapus keluar apabila wajah dibilas dengan air.  Apabila pembersih minyak bergabung dengan air, akan terhasil sensasi pelembab pada kulit.  Hasilnya ialah kulit yang bersih itu akan moist and supple. 



Kebaikan Oil Cleansing Method

Apa yang paling penting adalah pembersihan dengan menggunakan minyak akan menghapuskan kotoran tanpa meninggalkan kesan tegang dimana kulit menjadi terlalu kering.  Pembersih minyak semulajadi mengandungi pati minyak antaranya Jojoba seed oil, Castor Oil yang tinggi pelembabnya.  Walaupun kulit anda jenis yang berminyak, tidak perlu sampai buatkan kulit menjadi terlalu kering.  Jadi seimbangkannya.  Tahu tak, kulit yang terlalu kering akan buat ia kelihatan tua sebelum waktunya.  Oil Cleansing Method sangat sesuai untuk mereka yang pori kulitnya mudah tersumbat kerana pembersih minyak dengan mudah menyingkirkan kotoran.  Selain itu, ia juga sesuai untuk anda yang  berkulit kering kerana ia melembabkan, mencegah garis-garis halus serta tidak menyumbat pori kulit. 

Best kan guna Face Oil ni... saya dah cuba dan memang best pun.  Sambil urut kulit muka tu, blackhead whitehead pun turut terikut sama.  Apa yang paling best, bagi saya ialah kerana kulit saya cenderung ke kering.  Jadi berkat minyak tersebut, kulit saya takde tompok2 kering dan pakai bedak pun sekata je. 

Nak tahu saya guna brand apa?  Tentu lah Mary Jardin Face Oil

Sebotol harga dia baru RM65 dan tahan 2-3 bulan.  Paling best, bukan untuk membersihkan kulit muka je.  Boleh buat pelembab, makeup primer, natural remedies kalau ada skin rashes.  Oleh kerana kandungan face oil ni selamat, baby pun boleh guna.  

Mary Jardin Face Oil RM65

untuk kulit berjerawat
ruam pada kulit bayi
makeup jadi woww
Kat mana nak beli Mary Jardin Face Oil ni?

Whatsapp saya 017-4646225 Ayu

Whatsapp saya 017-4646225 Ayu

Whatsapp saya 017-4646225 Ayu


Notakaki: natural skincare ni kesannya bukan 2-3 hari.  ia berbeza dari individu A dan individu B.  

Seawal umur berapa kita boleh potty train anak kita

Salam

Hari tu saya ada ajukan soalan ni pada kawan2 di Facebook.  Rata2 yang jawab adalah

Seawal anak tu faham apa yang kita cakap dan boleh bercakap bila mahukan sesuatu. Kira lebih kurang umur 2 tahun laa...

Lagi satu kita sendiri boleh tahu bila anak tu dah bersedia.  

Apapun semua ni atas kesungguhan ibu bapa juga kerana nak Potty train ni perlu kekuatan mental dan fizikal. hehe.  Kain mop tu tak sempat kering la sebab hari2 mengemop lantai.  

Terus terang, saya ni betul-betul tak bersedia untuk potty train seawal umur 2 tahun tapi asyik pening kepala sebab sebab harga diapers bukannya murah pun.  Nak pulak kena beli untuk 2 orang anak.  

Baru2 ni cikgu sekolah Safiyya (Taska Ana Junior) bagitahu yang diorang nak start potty train si fiyya ni.  wahh bagus betul.  Atleast membantu jugak kita dalam bab potty train ni.  Kalau buat sorang2 memang tekanan jugak.  

Dari feedback yang saya dapat, masa awal2 tu ada jugak la terkucir sana sini.  Tapi sekarang dah pandai bagitahu.  Alhamdulillah... Bila kat rumah, saya try jugak untuk sambung training tu cuma sebelah malam saya masih pakaikan.  Diapers free 100% akan betul2 start bila diapers dia kering sampai pagi.  

Sama jugak yang saya buat masa Danial dulu cuma waktu tu memang terlambat sangat.  Lagi 2-3 minggu nak masuk tadika baru nak potty train.  Masa tu umur dia dah nak 4 tahun lebih pun tapi berjaya jugak walau pada awalnya penat sesangat.  

Ok, apa yang perlu kita buat bila nak start potty train anak ni??

1. Beli potty seat.  kalau saya prefer macam dalam gambar ni dari beli yang small toilet bowl tu kerana kita tak perlu cuci bekas tu bila anak kita dah membuang.  Kalau yang ni, flush aje.

2.  Terangkan pada anak dengan bahasa yang mudah dia faham.  Ulang2 sampai dia ingat.  

3.  Setiap 1/2 jam kita tanya "nak kencing ke??"  jangan lupa tau. huhu

4.  Sebagai galakkan, beli kan seluar dalam untuk diorang.  beli yang ada kartun2 tu. 

5.  Dan yang paling penting, jangan marah kalau terkucir.  Nanti dia tak nak dah bagi kerjasama dan mintak pakai diapers balik.  

Kalau betul2 disiplin, 1-2 minggu boleh berjaya.  

Jadi semoga berjaya untuk ibu2 diluar sana... dan saya pun tengah berjuang ni..


Notakaki:  Kalau ada carpet bulu2 tebal yang mahal tu, sila la gulung dulu...

Thursday 20 April 2017

Promosi April Mary Jardin Skin Care. Istimewa untuk pembaca blog saya.

Salam



Lebih kurang seminggu je lagi promosi bulan April.  Menarik sangat promo ni kerana harga basic set dari RM 175 dah jadi RM 150 sahaja... jimat RM25 tu.. huhu

Berikut adalah senarai promo April 2017

Dalam basic set ada Facial Soap, Face Oil dan Detox Clay Mask. Harga asal adalah RM175


Junior Pack ada Face Oil dan Detox Clay Mask.  Kombinasi hebat untuk buang blackhead dan whitehead.  Harga asal adalah RM 150

For Deep Cleanse u need Facial Soap and Detox Clay Mask.  Harga asal adalah RM 130

Perhatian:  Harga yang tertera tidak termasuk postage... Hanya tambah RM 8





Selain itu Mary Jardin ada Collagen Serum with SPF30 yang boleh dibeli berasingan... 

RM 160



Sebagai menghargai pembaca blog saya, dengan diumumkan mulai hari ini setiap pembeli promo April dari saya, kos postage tu saya belanja....

Tapi.....................  ia terhad sehingga  26 April 2017 sahaja.

ingat tu valid sehingga pukul 12 malam 26 April sahaja.

jadi, lekas2 la Whatsapp saya 017-4646225 (Ayu)


Cerita-cerita Mary Jardin

1. Kesan penggunaan Mary Jardin
2. Facial Soap
3. Face Oil 
4. Detox Clay Mask

Tuesday 18 April 2017

Kekesalan Hati Seorang Ibu

Salam...

Hari-hari cerita tentang Mary Jardin.   Tengok senarai post semua label Mary Jardin.  huhu

Jadi kita tukar channel pulak.  Kita buat luahan perasaan.. hehe.. sekali sekala kena luahkan jugak baru la release sikit rasa tu



Bila anak dah besar, insiden terlepas laku memang tak sepatutnya berlaku.  Tapi kadang2 tu terbuat jugak.  Selagi kita bergelar manusia, memang tak lepas dari buat kesilapan.  



Kita suruh anak kita cakap elok2.  

Tapi kita jerit2 kat dia


Kita larang anak kita baling2 barang 

Tapi kita pun baling barang jugak bila nak pass kan sesuatu


Dah tu macam mana??


Dalam diam anak tu memerhati

Dalam diam anak tu menghadam

Dalam diam anak tu mengekspresi


Dan bila kita tersedar,  eh eh macam perangai aku je... 😭😭😭



Semalam, waktu tu tengah makan malam.  Seperti biasa Danial suka bercerita.  Dia akan bercerita apa saja yang terlintas di fikiran dia.  

Dan saya akan cuba bagi respon selogic yang mungkin.  Oleh kerana terlalu banyak soalan dan dipengaruhi faktor2 lain, saya hanya jawab acuh tak acuh

Itu yang keluar ayat sentap tu.


"Kenapa mama macam boring je cakap dengan Danial"


Soalan Danial yang satu ni buat saya terhenti suap.  Rasa macam nak meletup dalam hati ni... 


Rupanya dia memerhati... 

Rupanya dia terasa hati

Aduhaiii Danial.. Maafkan mama



Notakaki:  #bukancopypaste


Wednesday 12 April 2017

Face Oil vs Face Cream

Salam,

Dulu saya pun tertanya jugak, kenapa la Founder Mary Jardin ni prefer buat Face Oil berbanding buat cream. Cream kan senang dan tak perlu risau tumpah laa... terpakai banyak laaa. Tetapi bila dah tahu fakta disebalik kelebihan oil berbanding cream, terus rasa owhh ok.. dah paham

So mari saya ringkaskan sedikit apa yang saya faham


WHY FACE OIL, NOT CREAM??

Actually, cream/lotion biasanya mengandungi water/wax (lilin). Bila ada wax ni, ia akan block pores kita dan ini boleh menyebabkan jerawat, blackheads & whiteheads.

Semakin lama kita pakai cream, semakin byk wax di muka kita dan ini akan menghalang oil yg terkandung dlm cream dari sampai ke kulit. That's why makin lama pakai, rasa mcm kulit dah tak cantik spt ms mula2 pakai.

Pada masa yang sama, bila terdapat air dalam kandungan cream, ini akan menyebabkan bakteria membiak. Disebabkan itu, semua moisturizing lotion / cream perlu diletakkan preservatives untuk menghalang bakteria dan memastikan moisturizing tersebut boleh dipakai lama.

Seperti yang kita tahu, semua jenis preservatives are not natural & actually boleh merosakkan kulit secara "diam".

Apa pulak ceritanya Face Oil ni?

Minyak mempunyai molekul yang lebih halus dan menyerap lebih cepat ke dalam kulit tanpa menyumbat liang roma kulit wajah kita. Dengan mengaplikasikan Face Oil sebagai rutin, kulit akan kelihatan lebih remaja berbanding kulit kering yang lebih menyumbang kepada tanda-tanda penuaan.

That's why FACE OIL MARY JARDIN adalah pilihan terbaik :+1:

Tak payah berkrim-krim dah... Face Oil tu dah lengkap untuk moist kan kulit anda

Cantik dengan selamat. Natural beauty with Mary Jardin Skincare


:bouquet:


Untuk pertanyaan lanjut atau nak jadikan faceoil ni must have dalam makeup bag anda, boleh ke


@

Whatsapp saya 017-4646225 


Notakaki:  Face Oil ni bukan setakat melembab, tapi boleh jugak dijadikan cleanser... 

Kebaikan Activated Charcoal Pada Kulit

Salam...

Hari ni saya nak share tentang ARANG

Arang bukan sebarang arang tapi ni activated Charcoal yang terbukti memberi manfaat kepada kulit kita.  Bila tengok arang tu mesti teringat ayam panggang.  hmm sedapnyaa...

ok sudah2 tu ingat makanan.

Activated Charcoal ni antara bahan dalam Detox Clay Mask yang juga menyumbang kepada 100% color mask tersebut.

So abaikan colornya yang jelita tu, tapi fikirkan kebaikannya..

Berikut adalah ringkasan serba sedikit tentang bahan tersebut;

Menconteng arang dimuka bukanlah sesuatu yang nampak glamour. 

Tetapi ia terbukti mempunyai kebaikan dari segi kesihatan dan kecantikan apabila digunakan dengan betul dan selamat.

Berikut adalah kebaikan arang kepada kulit wajah anda;

1) Menjadikan liang pori kulit semakin mengecil dan bersih
    ============================================
Liang pori senang dicemari dengan toksin yang tersumbat. Apabila liang pori tidak dibersihkan akan memberi kesan kepada keseluruhan wajah. Activated Charcoal yang terkandung dalam Detox Clay Mask akan bekerja keras untuk menarik segala kotoran yang tersumbat diliang pori dan menjadikan ia semakin tidak kelihatan. Setelah clay mask dibersihkan, ia akan menjadikan kulit lebih fresh.

2) Menentang kulit berminyak
    ======================
Bagi yang menghadapi kulit yang sangat berminyak, jadikan Detox Clay Mask ini sebagai rutin mingguan yang wajib. Tugas Activated Charcoal ialah menarik minyak berlebihan dan menjadikan kulit lembut dan bersih. Tetapi perlu diingatkan, claymask yang berlebihan akan menjadikan kulit terlalu kering. Jadi cukup 1-2 kali seminggu dan kalau kulit anda jenis kering cukup seminggu sekali sahaja.

3) Rawatan Jerawat
    ==============
Kalau tidak mahu menggunakannya sebagai masker, boleh juga digunakan sebagai rawatan jerawat dimana hanya meletakkan claymask di kawasan yang bermasalah sahaja. Ini kerana activated charcoal membantu mengecutkan jerawat.

Apa rasanya bila pakai Detox Clay Mask ni?

Rasa kulit seperti divakum untuk mengeluarkan kotoran dari liang pori.  Sebab tu la Detox Clay Mask ni tak boleh pakai melebihi 15 minit.  Ia akan menjadikan kulit terlampau kering kerana Clay Mask dah tersedut kelembapan semulajadi sekali...

Jadi apa tunggu lagi? Taknak ke keluarkan blackhead dan whitehead yang bermaharajalela tanpa juraian air mata? 
#maryjardinnaturalskincare

Kat mana nak dapat kan Detox Clay Mask ni??

Facebook Mary Jardin Natural Skin Care

atau boleh Whatsapp ke 017-4646225 (ayu)



Notakaki: Hitam-hitam sitampuk manggis... Sungguh pun hitam banyak khasiatnya... hehe... berapa bintang untuk pantun 2 kerat saya nih?

Tuesday 11 April 2017

Teknik oil cleansing method pada kulit wajah

Salam...

Hari ni kita belajar sikit tentang kaedah oil cleansing pada kulit wajah.  Apa ke benda oil cleansing method tu... OCM tu adalah mencuci muka menggunakan gabungan minyak tertentu.  Selalu kita cuci muka guna cleanser atau sabun yang bersifat air.  Jadi OCM ni guna minyak.

Jom saya explain secara ringkas;

Konsep asas bagi kaedah ini adalah menggunakan minyak untuk mencuci kulit wajah bagi mengeluarkan segala kotoran yang tersumbat di liang pori.  

Untuk OCM ni kita memerlukan sekurang-kurangnya 2 jenis minyak.  Minyak paling utama ialah Castor Oil yang berfungsi sebagai anti-inflammatory serta bertindak untuk melegakan dan membersih.  Oleh kerana Castor Oil ni terlalu  pekat dan agak kuat kesannya, ia perlu dilarut dengan minyak yang lain untuk mengurangkan kepekatannya.  Ini kerana kalau terlalu pekat akan menjurus kepada kekeringan yang terlampau.  

Antara yang menjadi kesukaan pengamal natural oil remedies ini ialah Sunflower Seed Oil.  Ia mempunyai molekul halus yang terus menyerap jauh kedalam kulit bagi mengeluarkan kotoran yang tersumbat.  Fatty acids yang terkandung dalamnya membantu mengimbangkan kelembapan kulit
Minyak kedua yang dipilih selalunya terpulang kepada pengguna tetapi mestilah memenuhi keperluan kulit.  Ia mestilah dari jenis organic, natural, cold-pressed vegetable, seed atau nuts oils dimana kebanyakan minyak ni mempunyai nutrient, vitamin dan asid lemak dari bahan mineral iaitu memberi manfaat yang tinggi pada  kulit.

Masa yang sesuai untuk melakukan OCM ini ialah waktu malam iaitu sebelum tidur dan tidak perlu dilakukan lagi pada keesokkan paginya.  Ini kerana tujuan deep cleansing adalah untuk membersih serta mengimbangkan minyak semulajadi kulit.  Sekiranya terlalu kerap dilakukan akan menggalakkan penghasilan minyak yang berlebihan maka ia mencacatkan penampilan wajah.  


Apa yang anda perlukan ialah; 

sehelai tuala lembut
campuran minyak pilihan
 air panas

  • Letak sedikit minyak ditapak tangan, dan panaskan dengan cara menggosok tapak tangan

  • Tanpa basahkan kulit wajah ratakan minyak secara keseluruhan. Buat urutan membulat dengan lemah lembut.  Urutan ini akan menyingkirkan makeup, habuk serta kotoran yang melata dikulit wajah.  Jadi dah boleh jimat makeup remover dan cleanser.  Lagi best, waterproof makeup pun boleh dihilangkan.

  • Sambil urut2 tu, beri tumpuan sikit pada kawasan yang bermasalah especially yang ada blackhead dan whitehead.  Tapi jangan urut terlalu kuat ye.  Buat OCM ni kena relax je dan bayang yang indah-indah sahaja.

  • Setelah itu, basahkan tuala bersih dengan air panas (hot, running water).  Kain perlu kepanasan yang cukup untuk melembutkan pori dan menyingkirkan minyak yang berlebihan.  Panas tu jangan la berlebih sangat. Cukup sekadar kulit anda boleh menerimanya.

  • Tekapkan tuala panas tersebut keseluruhan muka dan biarkan sejuk dengan sendiri.  Ulang balik dengan basahkan semula dengan air panas dan tekap muka seketika sehingga sejuk. 


  • Setelah itu, lap muka secara lembut.  Jangan gosok tau… Nanti luka pulak kulit tu.


  • Siap dah pun… muka fresh je rasa.  Sebelum nak makeup tu, titikan sedikit minyak ketapak tangan dan urut keseluruhan wajah… Ramai yang comment, apply minyak sebelum makeup memang cantik hasilnya.. glowing dan tak pecah2…


Ok, kembali kepada persoalan pokok… 

Mana nak dapat jenis minyak-minyak ni? 

Bagaimana nak pastikan minyak tersebut elok serta natural?

Saya sendiri tak tahu nak recommend any shop yang ada jual.  Kalau ada pun online tapi saya tak boleh guarantee.  

Jadi dengan usaha dan kajian yang dibuat oleh Founder Mary Jardin Skin Care, iaitu Dr Maryam Aziz, maka terhasil lah Mary Jardin Face Oil…



Dengan Mary Jardin Face Oil ni, anda tidak lagi susah-susah untuk mengagihkan komposisi dalam setiap campuran minyak anda kerana ia telah diadun dengan 10 kandungan hebat dalam setiap botol… Best kan

Boleh tengok kat LINK ni untuk mengetahui kandungan hebat Face Oil 


Notakaki: Wanginyaaa bau lavendar... anak sape la ni...


Monday 10 April 2017

Mencuci pori tersumbat dengan Detox Clay Mask Mary Jardin

Salam

Siapa yang ada masalah liang pori yang membesar akibat kulit berminyak dan kotoran yang tersumbat sekian lama.

Mary Jardin mempunyai satu Clay Mask yang sangat best dalam mencuci jauh ke dalam kulit wajah anda.  Mari kita berkenalan lebih rapat dengan sihitam manis ni.. hehe

Detox Clay Mask Premium Ingredients 
Detox Clay Mask ni adalah Masker tanah liat yang asasnya dari Bentonite Clay, French Green Clay dan Activated Charcoal.


Face Mask merupakan regim penjagaan kulit muka yang sihat secara mingguan.



Kita boleh menggunakannya seminggu sekali atau lebih bergantung kepada keadaan kulit masing-masing .



Lelaki mahupun perempuan keduanya boleh mendapat manfaat dengan penggunaan masker.



Nak tahu kenapa ? Kenalah teruskan bacaan





5 sebab kenapa anda perlu menggunakan Detox Clay Mask sekarang .




1) Relaksasi




Face Mask bukan sekadar menawarkan penambahbaikan secara menyeluruh pada penampilan kulit anda, ia juga boleh jadi agen 'terapuitik senyap'.


Dengan menambah sedikit wangian dari pati minyak beraroma seperti Pudina ataupun air mawar (boleh juga letak Face Oil Mary Jardin yang wangi tuu) boleh menaikkan semangat anda dengan rangsangan deria bau tersebut.

Menggunakan Face Mask boleh dianggap sebagai rawatan yang MEWAH , namun tak perlu berhabis ke spa mahal kerana anda boleh menikmatinya dirumah !



Yeay jimat !!



2)Pembersihan yang mendalam



Selain pembersihan harian yang kita lakukan dengan pencuci muka untuk menanggalkan habuk,minyak,makeup dan kotoran dari permukaan kulit, adakah anda tahu Face Mask menaikkan lagi level perbersihan kulit muka ?


Hanya Facial Mask yang baik akan membantu menarik keluar kotoran yang tersumbat disebalik lapisan atas epidermis kulit kita.

Perubahan pada liang pori dapat dilihat dan dirasa selepas penggunaan kali pertama !



3)Membersihkan pori tersumbat


Memakai Mask yang mengandungi Bentonite Clay membantu untuk membuang kotoran dan menyerap minyak berlebihan. Ia juga membantu untuk membuang sel kulit mati yang terkumpul dipermukaan kulit serta membersihkan pori yang tersumbat !

Punca utama jerawat senang nak tumbuh bila pori kita tersumbat yang mana ianya menjadi habitat bakteria bermaharajalela...

Jadi dengan menggunakan Clay Mask kulit akan lebih bersih dan tiada pori tersumbat.

Inilah SEBAB UTAMA kenapa anda perlu mula menggunakan Detox Clay Mask Mary Jardin ! 


4)Muka lebih berseri


Penggunakan Masker akan bantu merangsang aliran darah.

Bermula dari proses menyapu Masker dengan urutan lembut dimuka,pengeringan mask,Mask hampir keras dan termasuklah proses nak menanggalkan Mask menyebabkan perkembangan saluran darah diwajah.

Hal inilah yang memberi efek secara menyeluruh pada tona kulit.

Anda akan dapat kesan kulit lebih lembut dan licin serta akan kelihatan lebih berseri dan segar selepas pemakaian mask

5)Membantu penjagaan kulit wajah secara holistik


Masker sebenarnya membantu produk penjagaan kulit muka yang lain bertindak lebih efektif.

Kalau anda mahu serum/face oil atau apa-apa produk yang anda gunakan menyerap ke kulit dengan lebih cepat dan mendalam anda MESTI ada Face Mask.

Dengan penggunaan Detox Clay Mask dengan kerap anda akan dapati toner/pelembap/krim dan produk penjagaan lainnya akan bertindak dengan lebih baik dan semestinya kesan yang anda inginkan akan tercapai dalam tempoh yang lebih pantas.



Woww begitulah panjang lebar penerangan mengenai Detox Clay Mask dari Mary Jardin ni

Pelbagai manfaat dalam satu botol.  Best kan??

Kiri - model Detox Clay Mask
Kanan - model bedak sejuk

Notakaki:  Jadikan Detox Claymask rutin mingguan anda.  Kulit cantik poket terpelihara.