Tuesday 10 December 2013

Dah takde rezeki... :)

Semalam sampai rumah lebih kurang pukul 8:30 malam.  ni semua gara2 ada lori terbalik kat bandar tasik selatan dan jem nya sampai ke ampang. Dalam keaadan badan yang sangat letih tu, saya pun gagahkan diri untuk masak makan malam.  Udang Masak Lemak Cili Api versi tak pedas. Sebabnya tetiba rasa nak makan masa beli udang kat Aeon Bandar Bukit Mahkota Ahad ari tu.

Bila dah badan penat, makan pun sikit je.  So banyak la lebih lauk tu dan niat dalam hati nak bawak bekal ke ofis esoknya.  Pagi2 tadi terus panaskan lauk dan letak dalam bekas kemas2.

Lunch hour!!! yeayyy

Keluarkan bekas makanan dan terus ke pantry untuk panaskan sekali lagi sebab dah sejuk (aircond kan...) bila dah TING!!!! saya pun keluarkan dan terus bawak ke cube untuk makan depan pc.  Malangnya bekas makanan tu terlepas dari tangan.  Habis bertaburan nasi dan lauk Udang Masak Lemak Cili Api saya tu. haihhhh takde keje dapat keje pulak... Dengan sedihnya saya pun pegi la cari kain buruk untuk kemaskan tempat yang dah bau masak lemak tu.

Dengan perut yang lapar, saya pun bancuh milo dan amik biskut marrie kat pantry.  Tak sampai sejam, perut masih berkeriuk keriuk... Tiba2 member ajak pegi cafe... dan saya pun tapau la nasi and lauk mana yang ada je... (jam dah 2 lebih pun)

Ini aje yang selera...
Nota: Sib baik ada tinggal sikit balance lauk tu kat rumah...

Monday 9 December 2013

Jurujual itu si Pendesak

Salam... sila baca tajuk di atas dengan nada yang mendatar.

Saya maksudkan disini bukan semua jurujual adalah pendesak.  Apa yang berlaku ialah, petang jumaat lepas dan ketika itu saya berada di farmasi (tengah bayar). Ada seorang jurujual bangsa asing (bukan awang hitam) menunjukkan gambar perhiasan ayat2 Al-Quran. Setelah menyatakan TIDAK MAHU, dan tidak menghiraukan apa yang dia tunjuk pada saya, saya terus membayar. Dalam masa yang sama dia terus mendesak saya membeli barang yang dijual.  

Lantas saya menegaskan tidak mahu membeli apa2 dari dia. Tapi dia terus memujuk dengan menunjuk gambar keluarganya yang kesusahan. Walaupun begitu saya masih berkata tidak bukan kerana tidak kasihan tetapi sedikit geram kerana dia sangat mendesak.  Bila saya keluar dari farmasi, orang itu terus mengekori saya dan menawar sesuatu yang lebih murah.  Oleh kerana tak tahan, saya setuju untuk membeli yang RM5.  Bila saya menghulurkan duit kertas RM10, dia seharusnya pulang kan baki RM5 kepada saya... Tetapi hanya pulangkan RM4 dengan alasan takde duit kecik.. eiiiiii pembohong!!! saya nampak duit dalam wallet dia. Untuk tidak berlarutan, saya terus pergi dari situ kerana tersangat sakit hati. 

Nota: Saya tidak kisah apa yang orang mahu jual pada saya. tetapi kalau tak kena gaya, saya memang tak akan beli. Tapi kalau dah mcm ni caranya terpaksa la jugak sebab saya berseorangan waktu tu dan dah pukul 6pm lebih pun... (Takuttttt).  Lagi satu saya bukan memandang rendah pada jurujual kerana saya juga pernah menjual.  Cuma jgn paksa2 orang.  Orang tak suka pun. 


Thursday 5 December 2013

Mat Luthfi #HidupBebasHutang

Salam...

Sape dalam dunia ni nak hidup dalam keadaan berhutang.  Kalau boleh semua nak #hidupbebashutang.  Bila kita cakap tentang hutang ni ada hutang yang baik dan ada hutang yang memudaratkan.  Contoh yang saya pernah dengar, hutang yang baik tu seperti pinjaman perumahan di mana kita memiliki aset yang menguntungkan. Semua orang berebut nak beli rumah tapi apakan daya harga rumah skang dah tak masuk akal. (sedih) .  Manakala hutang yang jahat (lawan perkataan baik) ialah seperti hutang kredit card yang mana kita sedia maklum interestnya saja sudah tinggi.  Jadi sila bayar lebih dari kadar minimum yang ditetapkan :)   Oleh itu kawan mari kita dengar video yang dibuat oleh vloger kesayangan kita nih Mat luthfi... Hidup bebas hutang...





Wednesday 4 December 2013

Definisi Orang yang BERMASALAH

Salam,

Tadi ada *keramaian di mini library kat tempat saya bekerja ni... haha keramaian la pulok. Aktiviti utama yang diorang adakan ialah buat pinjaman buku beramai2... dan minimum mestilah 3 buah buku sekali pinjam, baru lah dapat doorgift.  

Ok ok, bukan lah cerita doorgift atau goodies yang saya nak cerita kat sini.  Tetapi tentang salah satu buku yang saya pinjam iaitu 'Menghadapi Orang Yang Bermasalah'.  Pilih buku kemain lagi. Ye laaa kadang2 kita ingat orang tu bermasalah rupanya masalah tu berpunca dari kita sendiri.  Jadi apa salahnya kita cuba muhasabah diri dan jangan lari dari masalah.  (Walaupun hari2 kena hadap). 

Maksud Orang Bermasalah seperti yang dipetik dalam buku ni ialah;

" Orang yang anda tidak tahan dan yang tidak akan melakukan apa2 yang anda perlukan daripada mereka, atau melakukan yang anda tidak mahu mereka lakukan dan anda tidak tahu bagaimana hendak menghadapi mereka"

Aduhh berbelit saya baca benda ni dan terpaksa baca banyak kali untuk hadam makna dia sebenar.  Ini kerana buku ni di translate dari English ke BM.. begitu lah jadi nya.. huhu

apa yang saya faham setelah puas menghadam ayat tu ialah'

Orang yang bermasalah ini adalah orang yang kita memang tak tahan dengan dia, orang yang tidak sesekali menyenangkan kita bila kita perlukan sesuatu, orang yang sentiasa melakukan sesuatu perkara yang kita tidak sukai serta orang yang kita tak tahu nak hadapi mcm mana sehari2...

paham tak??  tapi buku ni saya tak abis baca lagi.. tunggu la berita selanjutnya ye.. saya baru baca mukadimah.. heheh... 

Adehh ada terhutang entry nih... yang ni pun tengah gigih nak sambung. tungguuuuuu...

Sunday 1 December 2013

Mengumpul Air Mata

Salam.... hidup kita umpama roda. kadang diatas dan kadang dibawah. ia takkan sama sepanjang masa. takde org yg bahagia je hidup dia kerana ada masanya masalah akan menimpa.
seringkali terjadi nya sesuatu perkara yg mengusik perasaan akan membuat kita mengalir air mata. Tapi adakalanya airmata tidak sesuai utk dialirkan kerana keadaan tidak mengizinkan...
begitu lah wanita... fizikalnya memang rapuh tetapi kekuatan perasaan mengatasi segalanya. walau begitu runtun hati nya, airmata tidak semudah itu ditunjuk pada org.
Dikala bersendiri, baru la ia menjadi dirinya..

Saturday 30 November 2013

Happy Birthday Ayu

Salam... dah jam12 lebih dah pun. Maka dgn itu genap lah umur saya 33tahun. Ya, saya lahir tahun 1980, 30 November. Tepat pukul 5.15pagi.

Bila dah umur semakin meningkat bukan lah suatu keseronokan semata bila tiba hari lahir. Tetapi satu peringatan utk diri sendiri tentang kebaikan atau kesenangan atau kebahagiaan yg kita dah beri pada org lain.  Jgn hanya meminta tetapi kena biasakan memberi. Sesungguhnya saya bukan org / isteri / ibu dan juga anak yg sudah sgt sempurna. Byk yg saya perlu perbaiki.

oklah, xmo serius2 sgt. Hanya Dia yg lebih mengerti. Semoga segala doa saya dimakbulkan begitu juga doa kalian.. sekian.

Happy Birthday Ayu. :)

Thursday 28 November 2013

Countdown 30 November...

Amboi sakan bercountdown....

Sumber
Sebenarnya umur saya bukanlah 30.  Dah terlebih pun ... Maybe I'm stuck at 30... (alasan...)

hehe... saje je syok2 dengan tak padan umur makin meningkat... Kalau kecik lagi tak pe la kan nak syok2 sambut birthday... huhu

3 puluh _____ tahun yang lalu

80an
Happy Birthday Ayu!!

Mood 70s!!! yeahhh

Sumber

 Salam... This coming Friday 29th November 2013, ada company annual dinner yang bertemakan 70s... Actually ni husband saya punya tempat kerja... Saya dan Danial ikut aje... hehe...

Misi mencari baju 70an ni rasanya tak la susah sangat. Sebab fashion ni macam roda... Apa yang orang dolu dolu pakai, sudah banyak yang diperkenalkan kembali dalam versi moden.  Jadi kena mix and match je laa... Mula2 ingat nak sewa kat kedai costume je.  Tapi tu laa fashion nye sexy sangat dan xsesuai untuk muslimah macam saya... (kui kui kui.... mengaku pulak tu muslimah)  Last2 kami beli je laa...

Sumber : Google

Macam husband dia hanya beli kemeja yang bermotifkan 70s... So dapat la satu kemeja polkadot... dot dot nye kecik2 je... kira boleh pakai balik laa... hehe.  Selain tu sempat lagi beli jacket kotak2 supaya lebih 70s... Dan yang paling penting, apa lah makna 70s kalau tak rambut afro... so yang ni pun beli gak.. Tapi online je.

Beli dari Party Mart


Macam saya pulak, mula2 tu dah beli masa kitorang pegi Berjaya Times Square... Beli jumpsuit corak bintik2 lagi... Memang dah kena sangat dengan tema 70s tu.  Dah tak try langsung. Terus beli je... (confident sgt tanpa memikirkan berat badan yang melampui batas sekarang ni).  Balik je rumah puas la la ulang alik depan cermin.  ish ish ish.... Baju nya agak sexy dan saya cadang nak pakai dengan cardigan bagi menutup lengan dan punggung.    Tiba2 terfikir kalau la emergency nak ke toilet malam tu, tak ke naya?? kena bukak zip belakang yang susah tu. ^$*&%*&^(*&^&*%^%... owhhh tidakk... Esoknya cakap baik2 ngan husband

Jumpsuit yang saya beli tu ala2 mcm ni.. tapi warna cerah...

"Yang... i rasa baju tu susah laa... nnt nak pegi toilet, jenuh... lagi pun sexy..." (sambil buat muka paling serius).

"Dah tu bila kita nak pegi beli lagi?"

"Tak pe, i cari online je..."

"Ok!!"

Tanpa membuang masa, saya pun cari apa yang sesuai dengan 70s kat www.zalora.com.my.  Mungkin ramai yang takut nak beli kat Zalora sebab pelbagai cerita kurang best kita dengar pasal diorang.  Tapi saya nak cuba jugak dan Alhamdulilllah, baju yang dipesan sampai keesokkan harinya.  Yeayyy... Ni antara baju yang saya beli. Owhh yaa, baju2 kat Zalora cantik2 tau.. rambang mata uollss...

Ratma Palazo (Zalora)

Baju ni xde kena mengena tapi terbeli (Zalora)

Baju ni takde kena mengena jugak... TERBELI (Zalora)
Konon2 mcm 70s laa and nak pakai dengan palazo tu... (Zalora)
Tiba2 terbeli jugak yang ni sebab lagi nampak mcm 70s (Fashionvalet)
 Kalau dah online shopping, mcm ni la jadinya. Mesti ada yang terselit jugak.. huhu.  Tapi best tau beli online ni sebab tak nampak duit keluar mcm kita bayar kat cashier tu... Sebab tu terbeli banyak... (alasan).

Akhir sekali, untuk sikecik Danial ni, kami beli kan aje kemeja Poney untuk dia.. Corak bintik2 warna light brown... ok la tu kan.. kalau nak beli rambut afro jugak, nnt membazir sebab dia bukan nak pakai pun.  Tengok papa dia pakai ari tu pun sampai terbeliak biji mata.  hmmm

Ok la sehingga hari ni, tak sabar pulak nak tunggu dinner tu... mesti mcm2 style ada.. huahaha...

Nanti saya update hari kejadian ye... Tunggu.... 

Friday 22 November 2013

Dedikasi untuk anak mama Aariz Danial



Hi Sayang Mama...

Pagi ni mama nak nyanyi lagu ni untuk Danial.

Lagu ni mama ada pasang masa Danial baby lagi... Macam best pulak...
 

Dari OST Adik Manja... 
Semakin dipandang wajahmu sungguh ayu

Tergambar mendalam rasa kasih padamu

Sejuta sayang manjaku sedetik rindu

Kasih sayang terjalin setiap waktu

Kasih bukan sekalung intan

Budi bukan segunung emas

Tanpa nilai kasih diberi

Mesti lahir sendiri

Terbayang senyummu sayang penawar hati

Sesejuk air sejernih embun pagi

Terhibur la sayang di dalam pelukan mesra

Tenang segera hatimu dari digoda

Kasih bukan sekalung intan

Budi bukan segunung emas

Tanpa nilai kasih diberi

Mesti lahir sendiri



Thursday 21 November 2013

Lepas marah menyesal pulak...

Danial Danial... hmmm

Salam... anak saya Danial ni cepat benar sentapnya kalau kena marah.. (hmm ikut perangai sape ntah.. hik hik)... Kalau kena marah sikit, selagi tak pujuk selagi tu la dia menangis.  Lagi2 kalau kena marah ngan papa dia... (Anak papa 100%) Tak jalan nye kalau saya yang pujuk. Dia nak orang yang marah tu pujuk.  Macam malam tadi, sebelum saya nak bawak masuk kebilik utk tido, dia buat hal jap. Dah kena marah dengan papa. Masuk je bilik, meronta2 takmo tido sebab papa tak pujuk.. Mata saya dah mengantuk sangat nih dan dia menangis je. eiiiiii lantas mulut ini dengan lancar nya #%#$%$^%#$%^$ -berleter.  Lagi kuat dia menangis.

Papa pun masuk bilik, terus angkat n peluk - pujuk letewww...

Aikkk terus ok!!

hmmm mama tak kuasa nak layan.. mata mengantuk . #)

haihhh macam tu la anak... Bila kat ofis ni mula la teringat yang kita ada termarah dia.. mula la rasa bersalah.  Nak buat macam mana kan. Kerenah anak ni kadang2 memang menguji kita. Memang kena sabar banyak laa.  Tapi bila dah geram sangat, kadang termarah jugak.. huhu.

Bagi ibu bapa yang kadang termarah anak dia dan lepas tu menyesal pulak, boleh jadikan panduan dari seorang doktor mengenai cara menangani perasaan marah terhadap anak...

Petikan... 

Apa yang lebih penting adalah cara kita menangani perasaan marah dengan cara yang lebih positif. Saya ingin mencadangkan beberapa perkara yang mungkin Puan boleh lakukan:
 1. Di dalam keadaan marah atau penat, sentiasa bertanya kepada diri sendiri,
Apa salah anak saya?’
‘Adakah salah anak saya yang menyebabkan saya penat?’
 2. Sekiranya marah, jangan bertindak meluru. Tarik nafas dengan panjang, tinggalkan seketika tempat atau keadaan yang menyebabkan anda marah. Kira dari satu hingga sepuluh, atau beristighfar seketika.  Setelah kembali tenang, barulah kembali melayani anak puan. 

3. Pelajari bagaimana untuk menangani rasa marah dengan positif. Puan boleh membaca atau mengikuti kelas-kelas untuk menambahkan kemahiran keibubapaan (Parenting Skills).

Untuk bacaan lanjut, sila klik link DOKTOR BUDAK


Nota: "Jangan marah2 nnt cepat tua"

Tuesday 12 November 2013

Tahun ke-3 perkahwinan. What do you expect?

Salam...

Hari ni 12 November genap 3 tahun perkahwinan kami. 3 tahun yang macam lama tapi tak la lama mana pun. 3 tahun yang diuji dengan pelbagai bentuk ujian (dari PJJ hingga lah tinggal sebumbung) 3 tahun yang dari berdua, hingga lah berdua point lima (mengandung) dan kini bertiga. 

Kalau tahun ke-3 ni nak kategori fasa ke berapa ek? Pertama? Kedua? atau Ketiga? Dan sudah semestinya bukan lagi fasa honeymoon yang hidup penuh bunga-bunga an. Rindu-rindu an dan segala bentuk kecintaan... (Ehh cinta tetap cinta.. hik hik).  Kalau ikutkan, berapa tahun kita berada dalam sesuatu fasa tu bergantung kepada keadaan hubungan dalam rumahtangga kita sendiri. Nak duduk dalam fasa pertama (honeymoon) 3 tahun pun boleh.  Tapi boleh kita maintain suasana tu tanpa ada sebarang percakaran?? Mustahil sangat dengan tuntutan kehidupan yang sangat mencabar sekarang ni.

Boleh dikatakan 3 tahun saya ni berada dalam fasa yang kedua iaitu fasa mencari salah!! Huh?? Sebenarnya ia bukan lah tujuan mencari kesalahan semata, cuma konflik akan timbul apabila kita mula nampak segala jurang perbezaan antara satu sama lain.  Segala benda kecik yang dulunya kita pejam mata tapi tidak lagi sekarang.  Ini kerana perjalanan hidup kita selalunya menghadapi satu rutin yang sama setiap hari dan sekiranya ada perkara yang hati tak suka berlaku berulang kali ia akan membuat kita mula membebel dan mengaitkan segala kesalahan dalam bebelan kita seharian.  :P Kesabaran dan muhasabah diri sangat penting ketika ini kerana pergaduhan yang lebih teruk boleh berlaku :( Katakanlah hati begitu kecamuk kerana terjadi perbalahan, selain berdoa pada esa, kita cipta la mantera sendiri... contohnya 'saya sayang suami saya' haa ulang la berapa kali nak ulang. supaya hati kita tenang... Lagi pun tak elok bergaduh lama2 kerana akan memberi kesan kepada anak2.

Berapa lama kita berada dalam fasa ni semua bergantung pada diri sendiri.  Kalau 10 tahun pun tak berubah, ego memanjang dan takde tolak ansur kita takkan masuk ke fasa seterusnya iaitu "everything would be great IF U CHANGE".  Fasa ketiga ni kita akan lebih menerima serta redha dengan ketentuan jodoh dan rumahtangga kita. Redha tau bukan pasrah ye.. sebab pasrah tu menyerah (dialog Ombak Rindu) huhu.  Dalam stage ketiga ni, kita dah boleh duduk berbincang baik2, tak marah2 benda yang remeh.  pasangan mula faham kehendak masing2.  sweet kan waktu ni sebab kita tak perlu stress2 untuk membebel dan menangis bagai nak rak bila sakit hati.

Fasa yang seterusnya ialah Together... at last.  hmmm susah nak cerita tentang fasa ni kerana saya belum melaluinya.  Tapi menurut apa yang saya baca, segala suka duka yang kita lalui ketika di fasa2 sebelum ini akan terbayar di mana kita akan menyedari bahawa dia lah pasangan kita dunia akhirat dan sayang sangat2.. hmm macam comel je... macam comel je... 

Ok lah.. kita layan dulu gambar2 ni.. 





 




Nota: Happy Anniversary sayang!! muahmuah

Monday 11 November 2013

Masih tak berjaya untuk bercerai susu

Salam... sebelum ni saya ada cerita sikit tentang proses nak bercerai susu dengan anak saya ni.  Nampaknya sehingga ke hari ni, masih tak berjaya. Cuma susu formula tu Danial dah tak menolak sebab saya tukar susu original ke chocolate flavor.  Lagi satu yang dia tak pernah tolak, ialah susu mak dia ni. ish ish dah 2 tahun pun dah tapi masih nak melekap.  

Apa yang cuba sampaikan di sini ialah, proses bercerai susu ni perlu kerjasama dari husband jugak.  Iaitu soh dia offer susu dia pulak... hahaha.. bukan bukan bukan. Kerjasama si bapa bermaksud, jgn ingatkan anak untuk menyusu dengan maknya setiap kali anak tu menangis or merengek or mengamuk.. Kalau dulu 'menetek' merupakan ubat bagi menyuruh kanak2 berhenti menangis.  Tapi sekarang perlu lah memikirkan alternatif lain supaya anak tu lupa yang mak dia ada benda ajaib yang boleh menenangkannya. Asal menangis je, panggil isteri suruh bagi susu, asal menangis je, suruh anak pegi kat mak dia. so, bila nak setle nya kan.  Bila balik kg, orang dah mula bagi2 hint suruh anak tu berhenti susu badan.  Ada yang kata, malu laa, nnt anak kurang bijak la, mcm2 lagi saya dengar.  Jadi bapa2 sekalian, usaha ni takkan berjaya tanpa bantuan kalian...



Nota: agak heran melihat anak boleh tidur sendiri kat rumah pengasuh hanya dengan susu sebotol... tapi dengan mak dia walaupun dah habis sebotol masih memerlukan benda ajaib tu untuk tidur. hmmm...

Friday 8 November 2013

Mudah ke masak gotong royong untuk kenduri kahwin?...

Zaman sekarang ni jarang sangat lah orang nak buat gotong royong masak2 bila kenduri. jangan kata kenduri kahwin, kenduri yang kecik2 pun kita cari catering.  Tapi yang uniknya kat taman perumahan saya tinggal sekarang ni memang la sangat bersatu hati bila ada yang nak buat kenduri. Mula2 dulu kami agak terkejut jgk bila setiap kali kenduri kahwin diadakan, mereka akan bergotong royong untuk menyediakan lauk pauk utk tetamu di hari kenduri.  wahh gigih betul ni. nak masak tu satu hal, nak mengemas lagi satu hal. Kerja takkan mudah tanpa perancangan dan kerjasama yang betul.  2 hari sebelum kenduri, rewang dah start dengan nak kupas bawang nya, siapkan rencah2 masak nye dan macam2 lagi la... kebetulan baru2 ni jiran selang sebuah rumah buat kenduri kahwin untuk anak sulung mereka... Sebab dah rumah rapat sangat, jadi husband saya dengan rela hati offer rumah kitorang untuk dijadikan tempat meletak lauk2 untuk dihidang.  

Pagi hari kenduri tu, bukak je pintu dah penuh ngan orang dok tengah memotong buah2 untuk jelatah...

tengah gaul jelatah...
Nasib baik la mood dak Danial hari tu ok.  Elok je main lego depan tv. tak pulak dia mengacau makcik2 kat luar rumah ni. kalau takkk... ish ish haru.




Tapi tak lama lepas tu ada jugak dia pegi beramah mesra kat situ...

uittt tapau buah oren ke...
Nak buat kenduri yang macam ni memang boleh sangat.  tapi pastikan anda mempunyai orang2 yang sanggup berkerjasama.  Jangan serah diri kalau tahu diri sendiri pun jenis malas nak bercampur orang.  Baiknya kenduri yang macam ni, lauk pauk yang di masak memang puas hati. Dengan banyaknya, sedapnya, semua kita boleh control tanpa menyerahkan bulat2 kat orang catering. Tapi memang saya kagum sangat orang taman ni bila kenduri... Diorang memang gigih menolong dari pagi sampai ke petang. Siap sapu sampah sume dibuat hari yang sama. Jadi takde lah masalah sampah di merata2 tempat. Kalau la saya pandai masak masakan melayu macam utk kenduri tu, saya pun teringin nak masak sendiri masak kenduri Akikah anak saya ari tu. haha.. berangan!!

Khemah depan rumah..

Nenek Danial (jiran pengasuh)

Maktok Danial (pengasuh)

Pakcik2 yang basuh gelas

Lagi geng basuh pinggan

Ada je yang tolong pantau lauk and nasi cukup ke tak..

Lokasi memasak...

Yang paling rajin
Begitu la kisahnya... upah ke masa sendiri ke yang penting ikhlas bila nak jamu orang makan.  :)

Chooo choooo Train Party untuk Danial yang 2 tahun

Salam... bersambung dari cerita kenduri akikah tu...
Birthday party ni saya buat sekali dengan majlis Akikah Danial 2hb November hari tu... kira 2 in 1 la.  Oleh kerana kenduri akikah tu main event, jadi birthday party ni saya buat biasa2 je.  Tapi biasa2 pun banyak jugak persediaan kena buat dari tempah kek, sampai la nak panggil orang tiup belon.. 

Tema yang dipilih ialah Thomas and Friends sebabnya Danial suka sangat karektor Thomas ni (ketika pemilihan tema diputuskan) sebabnya akhir2 ni dia macam suka Iron Man pulak.. adehhh kalau nak ikut sume apa yang dia minat, letih mama nih Danial. 

Kek ditempah dari kawan husband kat Sg. Petani... idea asal trek keretapi tu di atas no 2 tapi dah berubah pulak bila terima kek. Apapun tetap menarik dan rasanya tidak menghampakan.. boleh tengok page dia kat SINI....

Thomas and Friend birthday cake

Gambar dicopy paste dari tukang buat kek
Sebab dah temanya Train party, jadi saya pasangkan rail keretapi disekeliling kek tu.  Dah bila ada benda yang bergerak2, kemain ramai yang berminat... adehhh pening jugak laa nak meng'handle' situasi masa tu sampai terpaksa mintak tolong Acu (adek saya) jagakan... Bila saya datang balik, habis keretapi tu berlumur ngan kek. hmmm apa nak buat. sabor je ler... Candy2 lain tak sempat nak susun dan hanya letak2 je sekeliling meja.  Belon yang dah isi gas helium tu pun tak sempat nak hias sebab dah kidnap satu.. haha... 

Jadi para ibu bapa, yang ingin nak buat birthday party untuk anak pastikan perancangan dibuat dengan teliti dan pilih lokasi dan masa yang sesuai supaya tak la insiden mengharukan berlaku. 

Antara tips yang boleh digunakan

1. Pilih tema yang anak anda suka -paling basic pun tema color laa
2. Candy buffet tu rancang dulu nak buat macam mana supaya segala benda tak berterabur atas meja
3. Lokasi majlis pun penting jugak -  kalau buat kat restoran, memang senang laa kan sebab kerusi meja sume dah ada
4. Single event atau tumpang event pun kena amik kira supaya tak over OK
5. Pastikan hiasan belon diikat sempurna supaya belon2 tersebut masih kekal di tempatnya sehingga habis majlis. 
6. Jumlah coklat atau gula2 yang diletak atas meja perlu dipantau supaya tidak ada yang membuang sesuka hati sebab banyak sangat
7. Tukang potong kek pun kena prihatin jugak sebab kalau dah ramai, pastikan potong mengikut size yang bersesuaian supaya semua orang boleh rasa... oh yaa hari tu memang semua dapat makan sebab keknya besar dan ada dua pulak tu....
8.  Kalau ada budget besar, upah je orang buat candy buffet tu supaya lebih sempurna. :)

Gambar2 sekitar majlis yang nak diabadikan di sini...  (nnt dah 3 tahun kita pi melancong la danial ye.. letih la mama... huhu)

Puding made by Mak Tam.. tq

Paksu Danial...

Uncle Handsome

Join skali untuk baca yassin

Tengok tu.. orang baca yassin dia dok main Tab.. Danial pakai baju melayu kain t-shirt.

Dina and Aleesya

Malam sebelum kenduri... Danial and Wiya

Sambil tunggu potong kek.. Aqif, wiya and amira

Iman and Aqif

Kek Danial

Mak Su

Begini lah suasananya selagi tak potong kek...

Syakir the Handsome Boy...

Mia Amani yang cute

Mana laa birthday boy tak sampai2 lagi nih...

Lolichoc... tempah kat SINI

Potong kek...

Lagi gambar potong kek

Sabar ye anak2... nnt auntie bagi kek

Tuan Tanah !!! tolong la senyum

Birthday boy mengusung belonnya kesana kemari (terpaksa ikat kat seluar supaya tak terbang)

Aiman the vampire

Kak azah (kakak ipar)

Birthday Boy yang payah nak senyum

Sampai dipaksa senyum

Relax brader... Brader relax...

Jeling sape tu??
Bagi yang perlukan belon yang diisi gas helium disekitar utara, sila contact brother ni... Fitri 019-4524517
Sekian la laporan sekitar majlis Akikah dan birthday party Danial yang ke 2 tahun... semoga yang hadir hari tu berpuas hati dengan segala yang terhidang... sedap kan Pak Din tu masak. tapi sayang saya tak sempat nak merasa daging kicap dan daging cicah air asam.. masa orang sibuk makan, ko buat benda lain.. tak selera laa... bila dah abis baru nak cari.. huhu... Len kali makan siap2... :)