Friday 19 August 2011

Hikmah Disebalik Ciuman

Salam... dah lama saya tak share apa2 cerita kat blog ni.. hmmm bukan apa, saya ni xpandai bercerita sgt... hehe alasan yang xleh nak pakai. huhu.

ok laa... nak dijadikan cerita, smlm kat ofis ni ada ceramah tentang Perbelanjaan Berhemah. Tengok tajuk je hati terus berkobar2 nak pegi dengar. Maklumlaa bila nak raya ni mesti akan keluar belanja yang banyak. tak banyak pun duit jgk... so tengah hari tu cepat 2 solat Zohor n terus pegi tingkat 12 sbb ceramah start pukul 2. Masuk je bilik tu, tengok orang dah penuh, saya pun memilih untuk duduk kat kerusi belakang yagn masih kosong. ingat kan ok laa.. tiba2 penceramah tu panggil, 'adik yang kat belakang tu, mari dok kat depan..' hoh!! saya la tu. Dengan muka yang tersengih2 saya pun bangun n terus ke duduk kat depan. Dipendekan cerita, kan saya cakap td tajuk ceramah ni tentang perbelanjaan... tapi Pak Din (penceramah) punya intro ish ish berjela2 smpi masuk abis bab pemakanan laa.. adab laa... walaupun terlari dari tajuk, setiap apa yang disampaikan oleh Pak Din mmg sangat2 boleh dimanfaatkan. Antara perkara yang masih kekal dalam memori saya ni adalah adab bersalam dengan mak masa hari raya... haa kan dah nak raya ni.
Cara yang betul:


  • lepas salam, cium kedua belah pipi, hidung, dagu n dahi (kalau boleh dahi tu mesti la antara kedua belah mata dan kena sikit pangkal hidung mak...

  • hikmahnye cium kat situ - dahi ni akan jadi pelindung kita dari api neraka di akhirat kelak..

  • lepas tu peluk erat2 n cakap or bisik la sikit yang kita mintak maaf n mintak halalkan semua. (bab ni tetiba bergenang air mata)

  • Tak sangka kan.. cara cium yang betul pun dah ditunjuk dalam Islam.. nak ngan taknak buat je.
Rasa tak sabar nak praktikan benda ni dan diharap pada sesiapa yang terbaca entri ni pun dapat la memanfaatkan amalan ni. Walaupun mcm nampak remeh, tapi perkara sedikit dan istiqamah akan memberi perubahan besar dalam diri kita... insya Allah.




Thursday 4 August 2011

Ramadan Pertama



Rasanye tak terlambat lagi nak ucapkan selamat menjalani ibadah puasa kepada semua... Tahun mmg agak special sbb inilah pertama kali berpuasa sebagai seorang isteri... walaupun kami dok jauh, tapi kewajipan seorang isteri tu dah tetap kena laksanakan... Jumpa seminggu sekali pun dah ok sgt... Ini la pengalaman pertama kejutkan encik husband bangun sahur... huhu.. berbuka sama2.. (sebelum ni bukan tak penah berbuka sama... tapi kali ni best sbb dapat masak sendiri untuk dia...) dan yang paling seronok berpuasa dengan perut yang sarat... Dah nak masuk 7 bulan dah ni... Insya Allah, selagi larat, kena la puasa. sbbnya nnt nak mengganti puasa tu dugaan nye lagi hebat dari dugaan berpuasa sebulan Ramadan.


Bila bab nak menyediakan juadah berbuka ni mmg agak teruja. Dari awal dah atur dah nak masak apa.. huhu... selain bertanya encik husband teringin nak makan apa. walaupun termengah2 berdiri lama2 kat dapur tu, hati rasa puas je bila dapat masak untuk dia. xpe xpe... kalau kaki dah start bengkak, ada orang nak tolong nak sapu minyak... kalau dia dah balik sana, terpaksa la sapu sendiri... :P

Akhirnyaa dah boleh bukak...



Salam... setelah berbulan pc ni merajuk, smpi tak boleh nak sign in blog sendiri... akhirnya dapat jgk sign in... apa sal ek jadi mcm tu. nak comment tak boleh, nak follow tak boleh, ish ish... New post pun payah... hmm apa pun demam dia dah kebah... hehe

Tuesday 14 June 2011

Jawapan Teka Teki...



Teka teki teka tekuk... ingat lagi tak pantun teka teki zaman kecik2 dulu. kreatif jugak kan reka2 pantun 2 kerat ni.

Tapi entri kali ni bukan la nak mengimbau kenangan permainan masa kecik dulu. cuma nak menjawab persoalan yang bermain sejak 5 bulan yang lalu...


Al-Kisahnye hari minggu baru ni, saya n husband dah sepakat nak pegi klinik utk 3D scan. disebabkan kitorang ni PJJ so terpaksa la buat appointment tu hari sabtu. Niat di hati nak berkongsi perasaan seronok ngan hubby bila dapat tgk baby yg kat dalam perut ni. sbb sebelum ni, saya sorang je tgk bila pegi checkup. Selain tu, teringin jgk nak tahu dapat girl or boy itu pun kalau dapat tengok. bukan apa, kalau baby tu dok kepit kaki, susah doktor tu nak tengok. Masa scan tu, doktor cakap baby sihat. alhamdulillah... last skali baru doktor tunjuk yang baby kita ni baby BOY... doktor cakap nampak jelas n nyata. bila tahu je, muka dok sengih memanjang. rasa happy sesangat la. kalau ikutkan tak kisah 1st baby ni laki ke pompuan. yang penting nak tahu je. sbb ada setengah orang suka surprise2... lepas tahu je mula la berangan nak baby set yang color biru... mula2 nak boh tema oren, tapi tukar biru. sbb color oren ni akan buat baby jadi hyperaktif.


Maka terjawab la semua teka teki kawan2 tentang my 1st baby ni... boleh katakan semua meneka baby girl... tapi tak kisah la tu. yang penting semuanya selamat.. ada lagi 20 minggu ni.

Friday 3 June 2011

Sayanggg telinga i masuk angin...



Macam pelik entri kali ni. ada ke telinga masuk angin... tapi ini la situasi yang jadi kat saya dalam 2,3 hari ni... sebenarnya bukan masuk angin tapi macam ada bunyi angin dalam telinga... bunyi akan lebih jelas kalau waktu pagi. ingat perasaan je lebih tapi makin menjadi2 pulak. apa lagi... mengadu je la kejenya... apa nak buat, husband jauh. so kena la report kat dia kalau ada yang tak kena masa mengandung nih. Bila dah selesai mengadu, dia pun melakukan siasatan tentang penyakit baru saya nih. menurut info dari internet, situasi ni mmg biasa bagi orang yang mengandung. ada gangguan pada aliran darah dari telinga ke otak.. lebih kurang mcm ni la penjelasan dia. tiba2 saya panik... Haaa i ada masalah otak ke??? haha lucu pulak bila baca balik history kat chat room tu. ye la... mcm serius je bunyi nye "gangguan aliran darah" mesti la "fanik"... hehe.. Tapi dah lega sbb husband cakap keadaan ni hanya sementara... kena sabar bebanyak.



Kalau ada sesiapa yang penah alami situasi ni, boleh la share... tq...





Tuesday 24 May 2011

Bersalah pada blog sendiri...

Anda didapati bersalah kerana mengabaikan blog anda sendiri... dengan ini sebagai hukuman blog anda akan dinyah dari sini... oohhh tidakk!!! haha... padan muka sendiri kerana lama sgt tak update blog... ish ish. banyak perkara yang terjadi tapi tak terluah dengan kata2. cewahh..




berita terkini: pregnancy dah 17 minggu.. cepat je masa berlalu. kalau ikutkan, bila dah 4 bulan pergerakkan baby dah boleh rasa.. tapi bagi yang 1st baby, mungkin susah nak rasa... tapi petang semalam, tiba2 je rasa perut kena senggol2... rasa nak tergelak.. seronok sgt sebenarnye. Dalam hati ni hanya berdoa agar baby yang dikandung sentiasa sihat dan membesar dengan sempurna. Tiap2 hari tak penah lupa berdoa supaya dia menjadi anak yang baik, soleh @ solehah, cerdik, cergas, pintar, hmmm semua laa...



segala perasaan loya, muntah, pening mcm dah hilang... alhamdulillah... cuma skang kaki & pinggang dah start terasa sengal2... mungkin perut nak membesar jadi memberi tekanan pada 2 tempat ni... apa pun saya redha kerana mama cakap segala kesakitan, kepayahan masa mengandung tu semuanya pahala... so tak boleh merungut... Yang penting dah tak kacau selera makan... huhu...



Baju maternity pun dah start beli sikit2... menurut kawan2 yang dah penah mengandung, petua nak beli baju ni: tak perlu beli yang mahal2 sgt... nak pakai 9 bulan je... lagi satu, kan skang ni banyak fashion yang kembang kat bahagian perut tu... haa beli je mcm tu.. boleh pakai lagi lepas bersalin nnt...



Barang baby pun dah boleh beli sikit2... ada orang kata tak elok beli awal2... mcm2 pantang pulak ye.. ni belum masa berpantang lagi...heheh... kalau dah masuk 5 bulan tu mmg patut beli sikit2... nak nak masa sales barang baby... masa tu jgn lepaskan peluang... jgn dah 8 or 9 bulan baru pegi beli... takkan dengan perut yang sarat tu nak pegi berebut pulak kat sogo.. eh eh... nak kena buat kad sogo cepat2 ni... sbb orang kata kalau sogo buat sales barang baby mmg marvelous...



Citer mengidam pulak.. nak kata saya ni ada benda yang spesifik utk yang diidamkan tu, xde la pulak... tapi yang ketara, kalau nak minum tu mesti nak boh ais.. kalau air suam2 ni mcm tak leh telan.. kalau dulu, nak makan buah2an ni mmg kurang tapi skang asik nak beli buah je.... tapi sib baik la mmg itu pun dituntut kalau mengandung...



Banyak lagi nak cerita kat sini... segalanya tentang pengalaman baru yang sedang saya alami ni... pengalaman yang tak boleh dijual beli.. dah mengandung baru tau... huhu... ok lah.. jumpa lagi di lain entri... muahmuah






Thursday 10 March 2011

Bad Hair Day

Dah citer pasal rambut pulak... sbb ni ada kait mengait dengan pregnancy... menurut kawan2 yang ada pengalaman mengandung n melahirkan, diaorang cakap rambut senang sgt gugur... huhhhh risau pulak sbb saya ni dah la jenis senang rambut gugur n bila dicampur denga hormon yang tak menentu skang ni, apa akan jadi pada saya ek?? Sebelum kahwin, saya tak pakai tudung, kesannya rambut tersangat lah kering dan rosak kat hujung rambut... tapi sejak dah pakai tudung ni, kekeringan tu tak la ketara sangat. alhamdulillah... mungkin sbb rambut tak lagi terdedah terus pada matahari. hmm ini la hikmahnye kalau pakai tudung. :) Kalau cakap pasal rawatan syampu pulak, dari yang mahal smpi la jenis yang murah, semua dah try... bila cari2 dalam internet, masalah rambut gugur ni ada kena mengena dengan masalah dalaman.. apa yang kita makan tu penting bagi mengekalkan zat dari hujung rambut smpi la hujung kaki.. so takde kena mengena dengan mahalnye sesuatu syampu tu. tapi... syampu ni menyumbang jgk kepada kesihatan rambut cuma peratusan nya kurang berbanding mengekalkan kesihatan dalaman.. Jadi bykkanlah makan buah-buahan ye.. (pesanan ini untuk diri sendiri jgk...)
P/S: ini baru rock!!

Tuesday 8 March 2011

Tanda2 Awal Kehamilan

Masih ingat lagi entry yang lalu BERITA BAIK... pertama sekali syukur sangat2 kerana disahkan hamil 2 minggu (pada tarikh 22 Febuari 2011). Macam2 perasaan ada masa lepas buat test tu and didapati POSITIF. Walaupun line yang kedua tu agak kabur, tapi saya tak sabar2 nak pegi jumpa doktor untuk dapat pengesahan.

Doktor yang pertama : "Congratulation.. kalau kira dari tarikh hari pertama period terakhir, maknanye dah hamil 32 hari...
Esok nya saya pun pegi la daftar kat klinik panel untuk dapatkan jadual pregnancy check up...

Doktor yang kedua: "Kenapa awak kata awak pregnant?" (saya ni terpinga2 la depan doktor tu).. "terlalu awal untuk sah kan. bulan depan datang lagi baru saya boleh scan..." saya pun tanya balik doktor tu "home pregnancy test ni tak menandakan saya ni positif ke?" lepas tu doktor tu jawab.. "doktor yang semalam tu kata apa?" saya cakap la "positif"... nak tahu doktor yang kedua ni cakap apa? dia cakap "kalau doktor tu kata positif, positif laa.." kurang asam punya doktor.... tak membantu langsung. xplanation dia pun buat kita mcm orang bodoh. kan 1st pregnancy, mana la tau apa2. atleast dia terangkan la betul2 supaya saya paham. ni kita yg confuse balik. kan senang cakap yang masih awal untuk tentukan berapa hari or mgu kandungan so scan boleh buat bila dah 10 minggu ke atas... so buat masa ni, jaga makan jaga diri supaya kandungan ni membesar dengan sihat. (ceh... saya pulak jadi doktor)...

Emosi masa ni semua ada... kejap macam gembira kejap sedih (bila teringat kata2 doktor tu). Tapi apa yang saya lakukan ialah hanya berdoa supaya benih yang terbentuk akan membesar mengikut keadaan yang sepatutnya.

Bila dah masuk mgu ke-6 saya pegi scan tapi klinik yang lain. Nasib baik la doktor ni sangat baik dan sudi nak scan walaupun baru 6 mgu. yang bestnya mmg dah boleh nampak walaupun kecik je... So hilang la segala kegusaran kat hati. doktor ni nasihat senang je.. "jaga makan and jaga diri. jalani kehidupan seperti biasa n tak perlu risau. proses kehamilan adalah sesuatu yang menyeronokkan.. so enjoy jangan stress2..." baru la muka ada senyum...

Bagi mereka yang masih tak pasti akan tanda2 awal kehamilan, saya nak share pengalaman yang saya alami sebelum disahkan positif...
Antara yang ketara:

1. Rasa lapar yang berpanjangan - rasa nak makan je... kejap2 lapar. dah tu makan dengan kuantiti yang banyak pulak tu. Mula rasa tak sedap hati sbb konon2 tengah jaga badan tapi selera mak datuk.....
2. Kerap membuang air kecil - yang ni paling tak best. kejap2 kena pegi toilet sbb asik nak terkucil. nak kata minum banyak pun tak jgk.. macam biasa je kuantiti air tu. lagi la saya ni jenis susah nak minum air. :( bila malam lagi tension sbb minimum mesti 2 kali terjaga sebab nak terkencing
3. Badan rasa tak bermaya - Balik keje mesti baring dulu atas katil. punya la letih rasa badan. kat ofis pun longlai je... ntah apa2 ntah

4. Sakit dan tegang pada buah dada - gejala ni sama macam kalau nak period. rasa tegang la bengkak la...

sumber: 117764-matte-blue-and-white-square-icon-people-things-people-woman21
5. Rasa senak pada ari2 - tanda2 ni berlainan pada setiap orang. ada yang turun darah sikit ada yang rasa senak. tapi apa yang berlaku pada saya ialah keputihan yang terlalu banyak kerana berlaku proses implantasi.

6. Missed period- ini merupakan satu petanda yang paling tepat. pada hari ke-4 haid saya lewat, saya terus beli pregnancy test kat farmasi... saya beli 2... hehee... punya la xcited nak check... pada hari esoknya, bangun je pagi terus rasa nak terkencing n menurut sumber, air kencing pertama pada waktu pagi mempunyai hormon HCG yang paling banyak. so test yang kita buat akan lebih tepat. hormon HCG ni ada dalam badan kita jika kita hamil... so jawapannya..... ada 2 line!!!! huh lama jgk terdiam sbb mcm tak percaya. walaupun agak kabur line tu tapi saya dah happy sgt dah. Rasa mcm nak call husband je pagi tu... (husband kat penang..kitorang ni PJJ)hmm tapi tak jadi sbb nak jumpa doktor dulu untuk pengesahan. lepas tu baru nak bagitau.
Antara tanda lain mcm morning sickness... rasa loya laa pening laa... tapi gejala ni berlainan antara setiap individu. ada yang pagi2 je pening. ada yang petang baru pening. malam nak tido pun pening... so tak sama semua orang.
sekarang ni saya hanya menanti tarikh 1st pregnancy check up iaitu 16 March 2011. harap2 semuanya ok..amin... maklumlah ni kan 1st time mestila risau, takut, happy, hmm semua ada laa... :)


Update : Makanan yang perlu dielakkan di awal kehamilan

Friday 25 February 2011

Berita Baik....

Rasa macam nak kongsi dengan semua orang berita yang baru saya terima ni... tapi rasanya biar la saya rahsiakan dulu sehingga benar2 semuanya ok dah betul2 confirm... rasa cemas n gembira semua ada... apa pun tungguuuuu..... apa pun tarikh 22 February 2011 akan diingati smpi bila2...

Thursday 17 February 2011

Fesyen Tudung yang inTrend...

Hari ni kita cerita tentang fesyen tudung... Sekarang ni macam2 jenis fesyen tudung ada. Yang ada awning, yang xde awning, yang belit2 yagn selit2. Kira cantik2 la semuanya. Cara pemakaian pun dah semakin mudah dan ringkas tapi jgan singkat udah ler... Bila cerita bab tudung ni, sebenarnya saya baru nak berjinak dengan fesyen2 tudung yang intrend ni. Lagi la sejak kahwin ni, saya telah pun membuat keputusan memakai tudung sepenuhnya. Jadi bila nak ke office tu, saya memerlukan koleksi tudung yagn pelbagai. kalau dulu bila shopping, beli baju or seluar je. tapi sekarang dah kena padan kan dengan tudung pulak. Ok bila cerita bab fesyen tudung ni, hmm rupanye tak semua fesyen sesuai dengan kita... Bentuk muka antara yang memainkan peranan. Muka bulat laa muka lonjong laa pipi tembam laa, cheak bone tinggi laa.. Saya sendiri ada masalah tentang fesyen tudung yang sesuai. So mari kita tgk fesyen2 yang ada.



1. Pertama sekali yang menjadi pencetus fesyen bertudung adalah Wardina Safiyyah... bidang tudung yang besar dan ada yang jenis panjang menjadi ikutan semua pada masa tu. termasuk la saya. Bila tengok dia pakai cantik je... tu yang teringin cuba jenis tudung tu. 1st time cuba masa nak pegi kenduri. Nak tahu apa jadi?? sudahnye susah nak bukak mulut bila makan. belit ketat sangat. haha.. tu laa nak pakai tak reti... last2 susahkan diri.





2. Yang kedua, Tudung Waheda... Ni lebih kurang sama mcam tudung Wardina.. tapi cara ikatan dia lain sikit... (kalau tak silap laa... sebab saya ni kureng sikit bab2 sejarah fesyen tudung ni)



3. Yang ketiga... tudung bawal. nape nama dia bawal ek? saya pun tak tahu. Apa pun tudung ni sangat famous dikalangan student kalau tak salah start tahun 2000... rupanye tudung bawal ni byk gred. Yang paling baik gred A. haa ni mmg lembut giler kain dia smpi nak pakai pun susah. amik masa jugak nak membentuk tudung tu. kalau nak iron pun kena hati2 karang frust pulak sbb beli mahal2 tapi dah berlubang pulak.. yang bestnye tudung ni tetap diminati hingga kini...



4. Fesyen tudung Ekin ni betul2 mengubah trend bagi yang memakai tudung. pemakaian yang mudah serta ringkas. sarung je n tak perlu susah2 nak bentuk. Masa tudung ni mula2 keluar punya la mahal sbb jenama yang ada sangat terhad n terlalu esklusif. So bagi mereka yang suka berniaga mula la mencipta jenama sendiri yang murah sikit dari yang jenama yang famous tu... apa pun penjagaan tetap sama sbb kalau dah kemek, dah tak cantik bila pakai... haa lagi satu, masa keluar tudung ni semua jenis yagn pendek2... skang ni dah ada yang labuh2 n in trend. Mama saya pun suka tudung ni.. katanya 'tak payah susah2 nak gosok'. so saya la penyumbang besar koleksi tudung dia...
5. Ni orang panggil tudung bienda. Fesyen tudung yang cute sangat macam tuan dia... Bagi yang memilih fesyen tudung bienda ni kena la dipadankan baju yang jenis turtle neck. Karang tutup rambut tapi nampak tengkuk n pulak.. tak sesuai gitu.


6. Haa ni fesyen tudung siti masa mula2 dia nak pakai tudung... ok la fesyen ni. nampak sweet je. cuma tak tutup aurat dengan sempurna sbb still nampak rambut n leher. tapi orang sekarang sangat kreatif kerana nak ikut cara idola pakai tudung, sebelum sarung tudung tu, diorang pakai ala2 tudung ekin tu kat dalam. tapi jenis pendek punya... lepas tu baru sarung tudung tu... masa ni, mana2 kiosk or kedai jual tudung sume promote fesyen nih...


7. Yang ni pun fesyen tudung siti jgk... cuma kali ni lebih ranggi sikit sbb ala2 topi. topi n tudung?? hmm sama ke? terpulang la pada nilaian masing2... tapi nak kongsi sikit dengan gambar sebelah tu.. ni pun ada kena mengena ngan tudung siti jgk... Namanye tudung datuk k.. hehehe lucu pulak sbbnya corak hujung tudung tu ala2 misai datuk k.. so sbb nama dia camtu.. huhu...
8. Yang ke-8 nama nya tudung yuna... sebelum yuna pakai, rasanye dah ramai yang pakai... tapi sbb dia celebrity, so orang namakan je tudung yuna sbb senang nak kategorikan. fesyen ni mmg remaja suka sangat. smpi ada yang kata pakai tudung semata2 untuk in dalam fesyen tudung nih.. hmmm apa pun yang penting adalah niat kita iaitu untuk menutup aurat. tapi memang cantik pun n nampak sangat remaja. ada yang siap gantung ala2 diamond lagi... dalam byk2 fesyen, yang ni tak berapa sesuai dengan saya.. rasa muka jadi bulat. hmm orang kata, cuba je nnt lama2 biasa. tapi bila nak cuba pakai je mesti tergelak2 depan cermin sbb muka jadi terlalu pelik.
9. Yang ni pulak fesyen nya sama je mcm yang lain2 tu... tapi yagn membezakan ialah anak tudung yg ada lekuk tu... fesyen ni tak pasti nama apa... tapi perasan yang ustazah fatimah alzahrah ada pakai fesyen nih..
10. Last but not least... ikon fesyen tudung yagn paling top sekarang ni iaitu tudung Aida Khalida... Fesyen tudung dia yang up to date dalam drama lakonan dia tu telah menjadi fenomena pada peminat2 fesyen tudung... kalau tak percaya, tengok la drama2 dia sendiri. n kalau tak percaya lagi, sekarang ni aida khalida or dulu orang kenal dengan nama aida rahim lepas tu aida razwil telah pun melancarkan fesyen tudung nya sendiri.. caya laa....
fuhh banyak sebenarnye lagi fesyen yagn ada yagn saya tak tahu. huhu... sbb saya ni bukan la pandai sangat nak bercakap pasal fesyen n baru je lagi nak berjinak2 jenis2 tudung. kalau tanya tentang sanggul tinggi tu, saya tak tau nak cakap apa... ada yang kata tak boleh n baru2 ni saya ada baca yang sebenarnya tak de salahpun sanggul tu asalkan menutup aurat. yagn salah adalah niat dia yang nak menarik perhatian orang.. ye laa kalau dah rambut panjang... mesti nampak tinggi sikit... apa pun terpulang la pada individu masing2 niat mestilah betul...

nota: Perhatian kepada semua, sekiranya ada terdapat kesalahan dari segi fakta dalam olahan ini, saya mintak maaf lagi sekali saya katakan saya bukan la pengkaji fesyen sekadar pemerhati sahaja.. sekian terima kasih.. kalau ada yagn terkecik hati tu mintak maaf jgk tau... sekian...

Monday 14 February 2011

Kalau pecah awak kena bayar ye!!


alamak... pecah ke tak pecah ni... hmm pernah tak terjadi peristiwa dimana korang ada menjatuhkan atau tak sengaja terjatuh barang2 kat atas rak kat shopping complex? Mesti rasa risau kan kot la pecah barang tu dah kena ganti.. kalau murah xpe. ni mahal pulak tu. ish tak berbaloi. tapi kan selalunya kalau dah kata terjatuh tu maknanye TAK SENGAJA la kan. mana ada orang saje bagi pecah barang2 yang ada kat rak tu. kejadian ni belaku depan mata... ada la sorang perempuan ni, beg dia tersadung mug yang orang kedai tu susun bertingkat2 kat lorong yang sempit. tapi yang tak bestnye orang kat kedai tu jerit2 suruh dia bayar.. lorrr tak perlu kot buat macam tu. cakap elok2 kan bagus. ni smpi 5 orang berkumpul kat situ mcm la dia ni pencuri. buat malu je. hmm kekadang pelik kan dengan perangai orang2 ni. benda kecik je n bisingnye melebih2. situasi yang lebih kurang sama penah jadi kat diri sendiri. ni angkara cashier tak bagi resit merah kat saya bila beli barang. kan sesetengah barang yang kita beli kat shopping complex diorang akan bukak resit... so copy resit tu cashier tak bagi. so nak jadi kan cerita masa nak kuar, ada l security guard ni tuduh kitorang (masa tu saya n adik) curi deodorant... sbbnya xde resit merah kat deodorant tu. haaaa apa kejadahnye dia ni. lagi laa benda tu mcm terselit kat tepi skali.. tu yagn dia ingat kita curi.. ish ish.. dengan konon2 garang dia suruh tunjuk resit merah. saya cakap takde. lepas tu saya bagi la resit panjang.. kat situ mesti la ada semua senarai yang dah dibayar. Dengan perasaan geram, suruh dia pegi tanya kat cashier. n jangan tuduh sebarang. bila difikirkan balik, mungkin dia hanya menjalankan tugas... tapi cara tu tak kena. sbb jatuh air muka gila2 bila orang yang lalu lalang ingat kitorang ni pencuri... ceh. pencuri deodorant.. tak kelas langsung.. huhu.

Tuesday 18 January 2011

'Cheat Day' Bantu Anda Konsisten Dalam Program Diet | iluvislam.com + discover the beauty of islam


Saje nak share link kat bawah ni... ada betulnya tentang cara diet yang disampaikan pada link dibawah ni... kita perlu pilih 1 hari untuk makan makanan kegemaran kita walaupun tengah menjalani diet yang ketat. tak mungkin kita akan tinggalkan nasi lemak buat selama2nya. so jgn diet smpi stress pulak ye...
"we dont diet we eat healthy"

'Cheat Day' Bantu Anda Konsisten Dalam Program Diet | iluvislam.com + discover the beauty of islam

Antara Perkara yang TAK Best bila beli Baju


Shopping memang terapi yang sangat baik ketika stress. Seronok betul bila kat tangan dah penuh paper or plastik bag... Perasaan yang sgt best la...hehehe. tetapi dalam sibuk2 shopping tu ada perkara yang berapa best terpaksa dilalui terutama ketika membeli baju.

1. Fitting - tak best betul kalau nak fitting especially nak kena beratur, tukar baju lagi... ish ish tak suka sungguh nak buat benda tu. selalunya kalau time beli baju, main agak2 je. rasa mcm muat je terus amik n tak payah nak try dulu. tu la perangai. bila balik rumah baru nak try balik baju yang dibeli. tapi sehingga hari ni, sume baju yang dipilih mmg muat kekadang je terbesar la terkecik laa... tapi tetap pakai. confident je baju tu muat ngan kita... hahaha tak la tension.

2. Dah berkenan, tapi mahal pulak - hmm ni yang tak best ni. ulang alik la dok belek baju tu. tapi bila tgk harga hmmm tak berbaloi... sgt tak best la bila jadi mcm tu

3. Dah berkenan, tapi xde saiz - ni pun sama jgk. sume tinggal yg S je. mana aci.

4. Bila xde duit, byk pulak yang berkenan - ni sering berlaku ketika window shopping. byk pulak yang cantik2. rasa nak beli semua je waktu tu

5. Bila betul2 nak beli, jadi rambang mata - hmm last2 satu pun tak beli. masa ni nampak semua baju tak cantik laa.. tak berkenan laa. padahal baru hari tu dok belek n tersangat la suka. tapi bila nak beli je rasa mcm tak best pulak baju tu.. haru sungguh laa...

Pengajaran: Beli mana yang perlu, Jangan Membazir... (peringatan untuk diri sendiri juga)

Thursday 13 January 2011

looking forward for my next pre honeymoon...

huh?? pre honeymoon lagi... bila yang betul2 honeymoon nye??? apa pun episode merancang percutian ni mmg best. kita yang syok lebih. our next vacation tak jauh pun. still dalam malaysia. kota keriangan genting highland... yeayyy. 3days 2 nights ok la tu.. jalan2 smpi beku. tak sabar nak tunggu cuti thaipusam ni. lebih menyeronokkan bilik dah book cuma cuti je ni.. harap2 dapat la ye.. tak sabor dah nak jumpa encik suami.. rindu sgt dah. huhu. saje nak share gambar2 1st pre honeymoon.. tempat: Batu Feringhi

Monday 10 January 2011

Apa nak jadi nih...


Semua orang sibuk cerita pasal AJL 25 yang baru berlangsung malam td. rata2 tak puas hati ttg keputusan juri... hmmm nak buat mcm mana dah keputusan adalah ditangan juri. so kena la terima. kan diorang lebih arif dalam pembuatan lagu, melodi dan apa2 aje yang berkaitan dengan lagu... Jangan marah ye... tapi hari ni saya nak cakap pasal gejala kena simbah asid ni... nape laaa asid ni dah jadi trend utk membalas dendam. Senang betul nak dapat asid ni ye.. ada jual merata2 ke?? kesian pada orang yang kena.. terutama kanak2.. dah la tak bersalah n jadi mangsa pulak... ish ish. sebelum buat tu fikir la dulu.. hmm tapi nak fikir macam mana. bila dah kemarahan menguasai diri, apa pun tak boleh fikir dah. so mcm mana nak fikir.. betul jgk kan. Kat sini saya nak berkongsi cerita ttg "kemarahan"
"Ada seorang lelaki memarahi Saidina Abu Bakar dan ketika itu Rasulullah duduk disebelahnya. Nabi diam saja begitu juga Abu Bakar. Selepas itu, Abu Bakar membalas makian itu tetapi Rasulullah bangun dan beredar dari situ. Abu Bakar hairan dan terus mengekori Nabi Muhammad lantas berkata "Ya Rasulullah, dia memaki saya dan engkau pula diam dan ketika saya membalas makian itu, tiba2 engkau berlalu pergi."
Rasulullah lantas menjawab : Sesungguhnya malaikat mengembalikan semua makian orang itu kepadanya ketika engkau diam, tetapi ketika engkau membalas makian itu, maka malaikat pergi dan syaitan pula masuk dan saya tidak suka duduk bersama syaitan.." (sumber http://pakarhowto.com)

Kesimpulannya ketika kita marah ibarat kita dikuasai syaitan... jadi jangan biar ia terjadi kerana buruk padahnya...

Wednesday 5 January 2011

Bruno Mars - Just The Way You Are [Official Video]




senyum smpi ke telinga hari ni. sbb lagu ni di 'dedicated' utk saya... hahaha terus ditimpa perasaan... tidur pun ada senyum! tq sayang...

Monday 3 January 2011

IKEA yang sesak...


Cuti2 sempena new year baru ni kitorang pi la jalan2 ke ikea... tak plan nak pegi sini pun. tapi sbb bosan dok rumah so ajak la adek n wati kuar. konon2 ajak pegi tesco tapi dah nak smpi sgt baru diorang perasan yang jalan tu nak ke ikea... ish ish. kalau dah hari minggu, area situ memang sesak!! nak masuk simpang tu pun kena beratur panjang. tu belum yang potong Q lagi... geram dengan perangai orang2 ni. berkat kesabaran yang tinggi, (cewahhhhh) sampai jgk kitorang. hmm patut la sesak. rupanye ada jalan tutup sbb ada new year celebration + concert lagi... Mula2 plan xmo beli apa2 tapi terbeli jgk akhirnya... tu belum dapat pesanan2 penaja lagi... dari melenggang je terus kena usung beg kuning tu. Hmm ikea ikea.. godaan dia mmg mengasyikkan.. huhu.