Wednesday 27 February 2013

Kisah aku dan Breastfeeding

Dah 16 bulan pun saya menyusukan Danial.  Walaupun exclusive nya hanya 8 bulan, tapi sehingga ke hari ini, Danial masih tak nak 'lepaskan' saya.  Balik je dari ofis, Danial dah sambut dan mula merengek2 manja sbb nak menyusu. (padahal sebelum tu elok je dia main).  Kalau di rumah pengasuh, saya bekalkan susu formula untuk Danial.  Mujur dia boleh je minum dan tak banyak songeh.  Cuma kat rumah kalau saya bancuhkan FM, dia xmo minum. Memang dia akan tolak terus kecuali saya sejukkan susu tu dulu dalam peti ais.  Itupun minum separuh je... hmmmm... tapi tak pe laa.. selagi susu saya cukup untuk dia, mmg direct breastfeed je kalau kat rumah.  

Bila anak makin besar, macam2 la gaya dia menyusu sampai saya terpaksa buat2 merajuk sebab sakit.  Lagi laa bila dah ada gigi ni, pandai pulak dia bergurau gigit2 manja. adoiyaiii melecet jugak la akibat penangan gigi susu yang comel2 tu. Bila anak dah besar ni, memang terasa betul sebabnya kalau dulu masa baby, sebelah tangan je muat satu badan dia, tapi skang ni penuh satu riba saya ni. huhu. Kalau menyusu kat baby room (mana2 shopping mall or hospital) Danial la 'baby' paling besar... 

Penah jugak saya terbayang kalau lepas ni mengandung lagi, saya masih nak teruskan usaha breastfeed ni.  Kalau boleh kali ni nak persiapkan diri betul2 agar dapat buat EBM banyak2.  Sebab masa Danial dulu dah macam kais pagi makan pagi dah. Bila dah makan Shaklee baru ok sikit tapi itu pun tak cukup sebab saya tak disiplin diri dalam mengepam.  Breast pump dah canggih dah cuma tak consistent.  Benar la kajian yang dibuat, kalau kita tak selalu pump, macam mana susu nak banyak.  Tapi kebanyakkan orang memberi alasan takde susu la, takde masa la, takde pump la... hmm sume takde. Apa yang ada ntah. Milk booster tu mmg la bagus tapi kena disertakan dengan disiplin dalam mengepam.  Macam saya sendiri mmg agak ralat sbb berhenti awal.  Kalau ikutkan azam, mmg nak bagi Danial susu badan je sampai umur dia 2 tahun.  Tapi apapun saya masih puas hati atleast 6 bulan terawal, saya berjaya lakukannya.  

Pengalaman bengkak susu tu toksah cakap la.. Masa berpantang bape kali kena bengkak susu... Sampai kena tuam baru lega.. Itupun tak betul hilang sakitnya.  Tapi bila dah start serius mengepam, baru la bengkak susu dah tak terjadi.  haa lagi satu, oleh kerana favorite Danial adalah di sebelah kiri, maka kesannya, breast sebelah kiri lagi besar dari sebelah kanan... (rasa mcm nak sumbat tisu je)... 

 

Tuesday 19 February 2013

When Work is Play

Seronoknya kalau betul2 dapat kerja yang kena dengan jiwa kita.  Tak semua orang bertuah untuk buat kerja yang memang kena dengan jiwa dia.  Tapi apa yang selalunya terjadi hari ni, kita bekerja adalah untuk ada pendapatan sendiri.  suka atau tak suka itu belakang kira dan tanggungjawab perlu dipikul kerana ia adalah amanah. 

Macam saya sendiri, saya terlibat dengan dunia Sales and Marketing lama dah.  Dalam suka or tak suka, itu la keje saya dari dulu. Pressure tu mmg la ada, tapi sekali sekala dapat rewardkan diri memang la seronok. Maklum laa keje ni memang tak terlepas dari TARGET TARGET TARGET... haihhh...

Bila saya selami jiwa saya betul2, saya suka sangat bidang penulisan. Saya suka berkerja di kelilingi oleh buku2 or majalah2. Masa dengan company lama, saya sempat la menjadi Public Relation Officer untuk beberapa tahun. Walaupun saya agak berat mulut untuk ber PR ni, apa yang saya suka sangat ialah bila saya perlu membuat write up, buat press release, perah idea untuk iklan, macam2 la... Masa tu, saya suka sangat kerja saya.  Tapi apa kan daya, jodohku tak panjang (dengan company tu).  Dan di tempat baru ini, saya kembali berkecimpung dengan dunia Sales and Marketing.

Apapun kerja kita sekarang, kena la buat dengan sepenuh hati.  Mungkin ada yang rasa terpaksa atau terbeban dengan tanggungjawab dipikul lantas merasakan kerja tersebut menyusahkan dia.  Saya masih teringat kata2 ustaz Wan Akashah ketika beliau dan isteri berkunjung ke tempat kami minggu lepas. 

"Kalau rasa terbeban atau tak suka buat sesuatu kerja itu, niat la kerana Allah. Pasti hati lebih tenang apabila melakukannya"

Seronok sangat dapat dengar ceramah...

Kesimpulannya: When Work is Play hanya terjadi kalau anda bekerja di Legoland... :)

Friday 8 February 2013

Bukan kurus pun, cuma belum gemuk. Hoh??

Sila bagi kenyataan:

Sejak melahirkan anak pada October 2011, kini badan saya telah kembali kepada bentuk asal. (ni bukan riak tapi cerita benar).  Tak la betul2 mcm dulu (sbb ada baju keje yang tak muat... huhu) Tetapi penurunan berat badan memang ketara di mana berat saya mencecah 80kg semasa mengandung dulu... tapi skang 60-62kg  laa... Ini semua mungkin berkat memberi anak susu badan.. Selain sibuk pump untuk EBM, saya juga menjayakan direct breastfeeding sehingga sekarang.

Oleh itu, ada segelintir rakan2 yang menegur dan bertanya apa produk yang saya makan, saya buat apa sampai boleh kurus balik.  Jawapan standard yang saya bagi ialah breastfeed.  Lagi satu jawapan alternatif "dapat anak lelaki ni kena keje lebih.  Dia bukan boleh duduk diam, so kena sama lasak mcam anak tu jgak..." haha jawapan ntah apa2.

Ada juga yang mengatakan saya ni jenis berbadan panas.  Walaupun sihat, badan saya tetap terasa panasnya.  Mungkin agaknya lemak cepat terbakar.. (oppss tidak ditempat2 yang tertentu...) Tetapi ada juga yang ntah kenapa sepert tidak puas hati.  Lantas terkeluar la ayat ni dari mulutnya... "Alaaa bukan sebab berat susah nak naik, tapi belum gemuk je... tunggu la 2 -3 tahun nnti."

Nota: apakah maksudnya?? (orang yang sama eiii-bau-apa-ni-bau-kau-ye.)

Bloglovin

Follow me at Bloglovin!!!






<a href="http://www.bloglovin.com/blog/4752633/?claim=bpy2f4tczhw">Follow my blog with Bloglovin</a>