Tuesday 29 December 2015

Cerita hari pertama Danial ke sekolah...

Salam...

Sama jugak dengan si adik, 28 December 2015 bermula la episod Danial ke sekolah.  Seperti yang saya maklumkan dalam entry sebelum ni, kami pilih Tadika ABS Bandar Saujana Putra - Excel Kids Aula. 

 Nak gerak bangun pagi memang liat sikit... mesti menangis sebab mengantuk... hmm nak kena ajar tido awal ni.  Baru la cergas sikit pagi2

Saya ingat Danial ok bila 1st day tu... Rupanya tidak.. Meraung jugak la kat pintu tu sebab nak ikut kami balik.  Masa kat rumah dia ok lagi dan nampak bersemangat nak pegi sekolah.  Tapi agaknya masa sampai tu dia rasa segan kot sebab semua budak kat dalam tu dah berkawan dan dia macam asing je.  Tu yang meraung tu.  Sempat la saya pujuk sekejap dan terus serah pada cikgu.  Lagi lama saya kat situ, lagi susah cikgu2.  Jadi kena percaya pada kepakaran diorang untuk handle situasi macam tu.  Bukannya baru hari pertama bukak tadika.  

Seperti yang diharapkan, Danial menangis kejap je.  Lepas tu dia dah boleh join aktiviti yang ada.  Walaupun malu2 tapi boleh la dengar arahan.  Ni pun cikgu dia bagitahu masa saya whatsapp untuk tanya tentang Danial.  haa lega... 

Muka malu malu...

Kenapa saya pilih Tadika ABS ni untuk Danial.  

Dalam banyak2 preschool yang ada kat BSP ni, saya boleh pulak pilih sekolah ni. Selain orang kata jodoh, saya suka dengan konsep ABS ni.  

Kalau nak cerita panjang lebar tentang konsep, memang akan berjela la entry ni. So saya akan update kemudian ye. 

Bagi yang nak tahu tentang detail yuran tadika ABS ni nanti saya habaq kemudian naa... Sabtu 2 January ni ada open day.  so tunggu.... 


Notakaki:  Mencari sekolah tadika ni pun kena buat betul2..,. jangan asal boleh je. tetapi biar lah berpadan dengan budget masing2... 

AWRA Child Care Bandar Saujana Putra, Jenjarom Selangor

Salam...

Semalam, 28 December secara rasminya Safiyya menjadi penghuni AWRA Child Care setelah setahun 4 bulan dok ngan mak tok (pengasuh) dia...

Dak tecik ni dah la manja, kalau ada yang tak bekenan kat hati tu, memang akan nangis sekuat hati laa... Tapi alhamdulillah, masa pertama kali hantar tu terus dia nak kat orang tu.

wahhh lega betul... takde la drama sangat kat pintu taska tu.  rasanya dia macam paham je apa yang berlaku.  

Paham keadaan mama dia yang sarat ni.  

Paham yang dia perlu pegi taska.  
Paham yang dia tak boleh tinggal rumah mak tok lagi.  
Paham yang dia akan ada adik tak lama lagi..

Haiii sedih la pulak... dah besar dah fiyya... Mak dia pulak emo lelebih..

Untuk yang tengah survey2 taska area BSP ni... saya serta kan pecahan yuran yang dikenakan oleh AWRA Child Care

Registration Fee : RM 100 (one time)
Yearly Fee : RM 30 (2nd year onwards)
Quarterly Fee (Toiletries) : RM 20Pay in January, April, July & October per child
Daily Log Book : RM 30
Overtime : RM 15 per hour (after 7pm maximum 8 pm)
Monthly Fee: 2 months - 1 year RM 450
                       1 year RM 400
                       2 years RM 350
                       3 years & 4 years RM 300

Jangan risau, taska ni berdaftar dengan JKM dan jumlah baby dan kanak2 yang di bawah jagaan mereka pun mengikut syarat yang dikenakan.  Sebab tu yuran dia memang  mahal sikit dan anak kita pun insya Allah terjaga rapi.  Kang orang kata, baru 2 hari hantar mana tahu ok ke tidak.  Ye betul... sebab tu saya tak leh nak cerita hasil nya lagi... cuma boleh sentuh bab2 fakta je...

SP 9


Kenapa saya memilih AWRA?? 
Satu sebabnya ialah dia berdekatan dengan rumah,
Tempoh masa pun lebih lama dari kebanyakan taska yang saya cari iaitu 7am - 7pm (nak elak OT)
Konsep yang teratur siap dengan pembelajaran ikut peringkat umur
Dan paling lain dari kebiasaan AWRA ada Daily Log Book.  

Apa tu Daily Log Book? Nanti saya update ye... 

Ni Safiyya... 1st day at school...  (cikgu dia hantar)




Notakaki:  Hari kedua pun smooth je... lega hati mak nak...