Thursday 30 December 2010

GoLLLLLLL Tahniah Malaysia


hmm mcm terlambat je nak masuk dalam blog. tapi apapun sebagai rakyat malaysia, saya turut berbangga dengan kejayaan pasukan bola sepak Malaysia. tahniah tahniah. lagi laa saya ni bukan la kaki bola sgt tapi tetiba bila dapat final ni rasa nak tgk pulak. itu pun tak senang duduk sbb berdebar sgt bila Indonesia lakukan serangan bertubi2. Sakit tekak jugak la bila menjerit mlam tadi. last but not least.. tahniah tahniah, dengan agregat 4-2 Malaysia adalah JUARA!! (hmm esok cuti yeayyy!!)

Tuesday 28 December 2010

tata titi tutu twenty ten


2010 dah hampir melabuhkan tirai... fuhhh kejap je masa berlalu dan berakhir la 1 dekat pertama bagi alaf baru tahun 2000 iaitu 10 tahun yang lalu. (kalau ada anak dah sekolah darjah 4 dah)... Bagi yang mengecapi banyak kejayaan tahun ni jangan lupa bersyukur kerana semua nya ketentuan Dia. Apapun saya nak berkongsi suka duka sepanjang tahun 2010 ni... Banyak sebenarnya nikmat yang Allah beri, cuma kita yang tak perasan. Asyik nak merungut je tahu.. Bila dah terkena baru nak salah kan takdir... eiii mintak simpang!! ok ok.. antara yang terbest utk tahun ni:
1. Dapat keje baru!!! haaa ni la antara perkara yang selalu diharapkan sejak job hunt bermula (awal tahun 2009).. Tapi bukan la kata tempat keje lama tak best. Dulu saya keje kat BML.. alaaa syarikat kosmetik tu... 'kejelitaan adalah hak milik setiap insan' mesti ingat kan tagline ni..huhu. 2 tahun lebih jgk keje kat sini. tapi nampaknye jodoh memang smpi situ je. (jodoh keje...) Bulan Feb 2010 saya dapat keje kat BERNAMA... Alhamdulillah. walaupun bukan la gaji byk sangat tapi atleast niat untuk dapat pengalaman baru tu tercapai. pejam celik pejam celik dah nak dekat setahun kat BERNAMA. kawan2 pun ok, unit ni pun ok, office pun ok, pendek kata semua ok laa..
2. Yang kedua pulak.. hmm saya betemu jodoh pada 12 11 10.. opppsss nnt ingat kahwin dengan orang BERNAMA pulak.. maksud saya, pada tahun ni jgk saya berkahwin dengan jejaka pilihan saya... jap jap jap.. mcm formal pulak ayat ni... dipendekkan ayat, saya dan Mohamad Khairil Anuar Mohamad Halim disatukan dalam satu majlis yang sederhana tetapi meriah... 4 hari 4 malam jgk laa saya tak tido.. pasal sibuk persiapan, bukan kawin 4 hari 4 malam... haaa ini la perkara yang paling kami tak percaya... sebab perancangan nak kahwin ni bukan nya amik masa betahun2 tapi kurang dari 6 bulan. ish ish.. tapi alhamdulillah semua berjalan lancar. apa pun saya bersyukur sgt2.
3. Isu yang ketiga ni lebih kurang mcm yg ke2 jgk, tapi lebih kepada kekeluargaan. Mungkin pada pertama kalinya sangat2 nervous dengan penerimaan keluarga baru (mertua) tapi sekarang ni rasa seronok sgt. Wlpun saya bukan la menantu yang terbaik kat dunia ni, tapi saya akan cuba untk buat yang terbaik. Terima kasih pada mak and abah serta adik2 yang lain n tak lupa pada mak2 sedara serta tok n tok wan n tok mak (ramai kalau nak senarai semua...)
4. Hmm ni pun pasal keluarga lagi (tanpa keluarga siapa la kita).. Antara yang terbest utk 2010 kali ni adalah rasa terima kasih pada mama abah and adik beradik yang lain. especially mama yang tak penah merungut saya tak kawin2 (sehingga hari nikah tu laa).. hmm ye ke?? bukan la tak merungut langsung.. tapi tak la asal nampak muka je mesti tanya bila nak kawin.. huhu. tension tau kalau mcm tu.. tapi semua tu hanya kenangan. Bila tahu je anak dia ni nak kawin, haa mula la ligat pikir nak buat tu nak buat ni... kesian mama n abah.. utk abang, kak azah, pejan n adek pun terima kasih jgk..
5. Antara lain2 yang terbest, diberi kesihatan yang baik, rezeki yang bertambah baik, kawan2 yang baik, dan banyak lagi yang baik.. mana2 yang tak baik tu anggap la satu dugaan kerana semuanya ada hikmah...

Sebelum tu, apa yang dikongsi kat sini bukan la utk tujuan riak ke apa.. cuma berkongsi cerita. setiap orang ada cerita masing2 n ini la cerita la saya... muackss.. ok laa.. selamat tahun baru 2011 semoga segala kegembiraan, kebahagian adalah milik kita semua..

Friday 24 December 2010

Petua 8P


Saya bukan la orang yang pantas untuk memberi nasihat berkaitan hal kebahagiaan rumahtangga. tapi niat saya adalah untuk berkongsi apa yang saya dapat. Perkara yang baik elok la disebarkan untuk manfaat semua orang. :) Ini adalah senarai petua yang dipetik dari Ustazah Siti Nor Bahyah. (siapa selalu tgk semanis kurma, mesti kenal.. sweet kan diorang)...
1. P- PUJI iaitu setiap pasangan perlu memuji antara satu sama lain dalam setiap perkara yang dilakukan seperti memasak, mengemas dan sebagainya. dan tidak lupa mengucapkan terima kasih apabila diberi pertolongan.
2. P- PELUK ermmmmmmmmmm selalu peluk memeluk sekerap mungkin pada setiap hari kerana pelukan itu adalah belaian penuh kasih sayang.
3. P- PENGHARGAAN dimana amalan memberi hadiah tidak kira mahal atau murah yang boleh menambah kasih sayang.
4. P- PERHATIAN yang secukupnya kerana kurangnya perhatian boleh mengakibatkan pasangan terasan diabaikan.
5. P- PERSEFAHAMAN dimana memahami tindak tanduk pasangan agar lebih erat perhubungan
6. P- PERGAULAN iaitu meletakkan batas dengan orang lain bagi mengelakkan rasa cemburu seterusnya membabitkan orang ketiga
7. P-PERCUTIAN berdua-duaan patut diteruskan walau sudah beranak pinak bagi mengeratkan hubungan dan merehatkan diri serta jauh dari kesibukkan rutin
8. P-PERMOHONAN atau doa kepada Allah agar rumah tanggan dilindungi, kasih sayang yang tidak berbelah bagi serta dijauhi daripada godaan kemewahan dan keseronokkan dunia yang membawa kehancuran.

Monday 20 December 2010

Siapa yang harus berkorban


Berkorban?? ni bukan citer raya korban. tapi siapa yang patut berkorban atau mengalah... Berkorban dan Mengalah ni satu situasi yang berbeza tetapi tetap memberi makna yang sama. hmm lebih kurang laa.. heheheh... nape pulak tetiba topik berkorban ni?? haaa sebenarnya nak gambarkan situasi saya yang PJJ ni... bukan masing2 tak nak mengalah sama ada terus tinggal di KL or pindah ke Penang. Berat tau nak buat keputusan ni n masing2 buntu. Bukan senang nak cari keje time2 skang ni. Cuma sekarang hanya berserah n minta supaya diberi petunjuk dari Allah SWT.

Friday 17 December 2010

Weekend Wife


Salam...


Kalau dah tajuk pun weekend wife, semua org dah tahu yang kami ni PJJ. KL - Penang bukanla satu jarak yang terlalu jauh. tetapi mengenang kos yang bakal ditanggung kalau setiap minggu nak jumpa samada kat taiping, sp, penang or kl, kami decide for 2-3 weeks baru jumpa. ok la tu kan.















Bila dah kahwin ni, rutin tak berubah banyak pun sbb saya masih menyewa dengan kawan2. so mcm orang bujang pulak. Cuma yang bezanya kena la paham dan ingat selalu yang kita ni isteri orang n segala perkara yang nak dibuat or nak pegi mana2 perlu bagitau husband dulu... hmm tapi masa bercinta pun mmg dah kena bagitahu, so dah kawin ni lagi la wajib. huhu.

Thursday 16 December 2010

Aku terima nikahnya...


Masih tengiang2 lafaz nikah pada 12:11:10 yang lalu yang telah mengubah status saya sebagai isteri orang. Semuanya bagaikan mimpi indah dan apabila para hadirin menadah tangan membaca doa, perasaan sebak dan air mata mengalir tanpa dipinta.. Tapi lepas tu, mula la merenyih2 sebab tak dapat nak sembunyikan perasaan gembira, seronok, bersyukur, teruja yang teramat sangat. Masa nak sarung cincin tu, lagi laa rasa best sangat.. selalu tengok orang lain je buat.. huhu... apa pun, semoga perkahwinan ini memberi sinar kebahagian kepada kami berdua dan bertambah2 murah rezeki serta dikurniakan cahaya mata yang soleh/solehah, cerdik, cergas, comel, cun, and cute.. hehehe.. Yeay!! dah kahwin..