Tuesday 30 December 2014

Bila anak dah petah bercakap

Salam...

Danial sekarang dah 3 tahun 2 bulan.  Sejak saya mengandungkan Safiyya, Danial semakin lancar bercakap dan boleh menyusun ayat dengan betul.  Mungkin ada sebutan yang pelat tapi kebanyakan perkataan yang disebut adalah tepat.  Tapi, kalau dah budak pandai bercakap, dia akan cakap benda yang betul je.  

"Opah ni gomok laaa"

"Eii Acu busuk"

"Takmo kiss papa, geli"

"Eii susu adik (EBM) busuk"


haihhh Sabor je laaa






Aku Bukan Supermom or Superwife

Salam


Berusaha menjadi isteri yang perfect memang memenatkan.  Setiap hari saya perlu mengekalkan momentum yang sama dalam menguruskan hal rumah dan anak2.  Kalau rumah bersepah, mesti orang kata 'malasnya wife dia ni...'  kalau anak comot pun isteri jugak yang kena. hmmm.  Bagi saya, wanita yang keluar bekerja atau yang full time housewife sama je penatnye.  Kerja tak penah habis... Pernah la rasa sekejap masa cuti berpantang 3bulan dulu mengurus sendiri anak2 dan rumah sepenuh masa.  Baby tidur je, terus sambung buat keje rumah laju2.  Kalau masa tu digunakan untuk  berehat sambil layan facebook, memang tak siap la keje.  Apa yang bestnya saya sempat la masak, dan lipat baju setiap hari.  Bila dah keje ni, masak memang tak laa... Kain baju sume 2-3 hari baru lipat skali.  Tapi basuh baju memang kena setiap hari, kalau tak, bertimbun la kain baju. slap hari bulan boleh kena hempap.  

Berbalik pada persoalan asal, penting ke jadi isteri yang perfect ni? Bagi saya ia nya tak la terlalu penting tetapi cukup sekadar melakukan keje ikut kemampuan masing2.  Kalau kita asik fikir kenapa rumah tak boleh kemas 24 jam, kenapa tak boleh masak hari2 (bagi yang bekerja), kenapa tak boleh lap habuk hari2, memang sangat stress.   Sekarang ni pun saya dah terasa kurang bagi perhatian pada Danial (anak sulung). Kesian kat dia.. asik2 cakap 'mama, jom main sama2'... :(

Rutin saya hari2 bekerja;

6.00 - 7.30 - Bangun, solat Subuh, pump susu, Mandi dan bersiap ke office
7.30 -            Hantar Safiyya ke rumah pengasuh dan terus pegi offfice
9.00 - 6.00 : Waktu bekerja
7.00 -            Sampai di rumah, mesti susukan Safiyya dulu kemudian baru la nak solat ke nak mandi ke...
8.00-11.00 malam -  Waktu ni husband akan keluar beli makanan, dan saya akan jaga anak2. Kalau si kecik ni tak meragam, sempat la saya basuh botol2 susu diorang siap sterilize kan skali. keluarkan baju kotor dan asingkan ikut raga masing2.  Basuh baju pun ada jadualnya.  Kalau hari ni basuh baju abang, esok pulak baju adik.  bukan apa, sebab tak cukup tempat nak sidai... huhu. TETAPI, kalau si adik nak menempek je malam tu, maknanya saya kena tunggu husband balik dari keluar beli makan, baru boleh saya buat kerja.  Itu pun berlari2 sebab kena cepat.  Dah macam ada pasang timer lak si Safiyya ni.  Cukup time dia meraung nak susu. huhu... 

Rutin ni memang saya kena tempuh hari2... tapi saya tak merungut cuma saje nak bercerita.  Pengalaman ni akan buat saya jadi isteri dan mama yang lebih baik. (cewaahhh) Kalau dulu, saya terfikir mampu ke nak jaga 2 orang nak kecik sekaligus.  Tapi saya dah pun alami.  so far, ok laaa... best tau ada anak ni.. hehe. kelmarin, Danial pecah kan 1 botol nescafe pukul 12.30malam... Dah la waktu tu saya dah siap2 nak tido. tiba2 kena pegang penyapu pulak.. aiseyyy.. tapi magic laa sebab saya tak marah pun dia.  mungkin sebab tengok kesungguhan dia menyebok nak tolong kutipkan.  haihhh budak ni.

Kesimpulannya, perfect ke tak perfect ke saya tak kisah sangat.  Asalkan kita menjalankan sebaiknya tanggungjawab yang diamanahkan dah cukup baik.  Kalau sibuk sangat nak siapkan keje2 rumah, tapi anak terabai pun tak boleh jugak... Walaupun orang nampak kita macam huru hara, biarkan saja kata2 mereka itewww... Andai kita bukan supermom di mata orang, tapi kita tetap super dupper yummie di mata anak2... (sebab si safiyya ni bayangkan susu je bila tengok saya....keh keh keh... )



Notakaki: sib baik la dapat husband yang suka cuci bilik air... pheewww

Friday 19 December 2014

Masih ada ke 'me time' bagi seorang ibu / mama / mak

Salam...

Bagi seorang perempuan, menjadi seorang isteri dan seorang ibu adalah sesuatu yang sangat istimewa.  (pendapat ini mungkin tak mewakili semua perempuan di dunia).  Dari seorang bujang, kemudian bertemu pasangan hidup dan mendirikan rumahtangga.  Justeru lebih lengkap setelah dikurniakan cahaya mata yang akan menambah kemanisan dalam kehidupan suami isteri.

Persoalannya, masih ada atau tidak masa untuk diri sendiri setelah beranak pinak yang sememangnya seluruh kehidupan tertumpu pada anak2 dan suami?? Saya sendiri tak tahu nak jawab soalan tu macam mana.  Kalau kata masa bujang dulu saya jenis yang bersiap (berhias), tak jugak.  Jadi adakah maknanya setelah kahwin dan ada anak , saya langsung tak bersiap?? Orang selalu membayangkan yang perempuan bila dah beranak, langsung xkisah hal dia.  Rambut main gulung2 n kepit je, jgn kata makeup nak pakai bedak pun tak sempat.  Situasi ni bukan la sengaja tapi memang sedikit sebanyak terpaksa dikorbankan.  Lain la rumah kita ada maid kan.  Keje kita jaga anak je lepas balik keje.  Hal kemas mengemas, basuh membasuh sume orang lain buat.  

Bila fikir2 balik, apa pun alasan perempuan kena cari jugak 'me time' untuk dia.  tak perlu beria sangat tapi yang basic2 tu kena la jaga.  Dulu saya tak suka sikat rambut (ya Allah... apa punya perangai) tapi husband dok tegur. ish buat malu je.  bukan apa, rambut saya gugur so kalau sikat lagi gugur.. Jadi skang saya potong rambut pendek agar lebih mudah diurus dan nak sikat pun senang.  ;)   Sebenarnya saya bukan la orang yang layak dalam bagi pandangan dalam hal ni.  Sebab saya sendiri susah nak dapat masa untuk diri sendiri.  tengok tv pun tak sempat kalau hari bekerja tu.  Sampai je rumah, baby dah tunggu.  Lambat je amik dia untuk bagi susu, mula la tak senang duduk.  Sebelum mandi kena solat maghrib dulu.  kalau tak, memang tak sempat sebab smpi rumah mesti dah pukul dah nak dekat 7.30 malam.  Ni mujur husband tak kisah sangat untuk tapau je makan.  Kalau jenis yang suka makan masakan rumah je, tak ke haru.  

Jadi apa kesimpulannya tajuk entri ni?? Pendek kata, orang perempuan ni kena la pandai bahagi kan masa.  Bukan kata kat orang lain, tapi kat diri sendiri jugak yang masih tak tentu arah.  :P Pandai2 la curi masa untuk diri sendiri dalam melaksanakan tanggungjawab sebagai isteri dan mama ye. peace ya'll 

Notakaki: Entri ni adalah hasil tersentap dengan kata2 mama saya.  (Kalau nak pegi mana2 ayu adalah orang terakhir yang boleh siap.) aduhhh menusuk kalbu betul. (mama dulu masa korang kecik, boleh je siap awal so ada anak kecik bukan alasan) 

#nakcepatmacammanabarunaksiapanakdahnangis
#mamacakapkitacontrolbabybukanbabycontrolkita
#nakjadiisteriyangperfect
#rumahakusepahadaorangnaktolongkemastak
 



Wednesday 17 December 2014

Hikmah Tidur Malamku Terganggu

Salam...

Pagi tadi saya terbaca status seorang kawan di facebook.  Allah... sayunya rasa.  Rupanya anak dia meninggal setelah dilahirkan.  Sebagai seorang yang bergelar ibu, atau sesiapa sahaja sudah tentu cerita macam ni sangat meruntun perasaan.  Anak yang dikandung 9bulan lebih, hanya kaku dalam pangkuan setelah dilahirkan.  huaaaa sedihnyaaa... 

Bila mendapat berita macam ni, saya akan rasa sangat insaf.  Sebagai manusia yang tak lepas dari membuat kesilapan, kadang2 saya ter merungut atau ter marah anak kalau si abang buat bising dan si adik ni xmo tido (nak berdokong je kejenye). Tapi bila fikiran dah kembali normal, saya mula terfikir yang betapa saya bersyukur di mana bunyi bising itu tandanya anak saya aktif dan bermakna dia sihat. dan baby yang merengek tu menunjukan dia adalah normal dan mahukan saya.  Sepatutnya saya perlu selalu bersyukur.  Bila tak cukup tidur kerana anak berjaga malam, maknanya saya punya anak.  Sedangkan ada orang yang masih menanti kehadiran seorang anak. Bila anak saya xmo duduk diam, berlari, memanjat, menjerit, maknanya anak saya seorang yang sihat dan membesar ikut perkembangan umur dia.  Sedangkan ada orang yang terpaksa berulang alik ke hospital sebab anak terlantar sakit tak bermaya. Dan banyak la serba serbi yang saya perlu bersyukur atas apa yang Allah kurniakan. 

Itu laa kan, kadang2 kita hanya nampak benda yang indah pada orang lain.  Sedangkan kita tak tahu apa yang dia lalui dalam kehidupannya.  Sepatutnya kita mesti lebih menghargai apa yang kita ada kerana Allah hanya akan bagi apa yang terbaik buat kita. 

Notakaki: Safiyya dah mula cuba2 meniarap.  Bersungguh2 smpi meleleh air liur dia. huhu... dan malam tadi dah berjaya pun sekali setelah banyak kali mencuba.. Tapi kemain dia nangis sbb tangan dia tertindih bawah perut.  hmm jenis tak tahan sakit budak nih.





Tuesday 16 December 2014

Cerita syok sendiri...

Salam...

Hari minggu baru ni aktiviti kami sekeluarga agak pack. Ada 2 jemputan kenduri dalam satu hari.  Kedua2nya kenduri Aqiqah.  Tapi mujurlah masa jamuan tu tak sama.  Satu makan tengahhari, satu lagi makan petang. Dan kebetulan Acu (adik saya) ada kat rumah saya sebab nak pegi kenduri kawin kawan dia kat Uniten.  So sebelum pegi ke Semenyih, kami hantar dia dulu.  

Kenduri kat Semenyih ni rumah sepupu saya.  Dia buat aqiqah untuk anak bongsu dia yang umur lebih kurang Safiyya je.  Lauk memang sangat sedap (dalam hati, menyesal amik sikit) di tambah pula dengan perut yang lapar.. Memang syok la makan. 

Muka teruja tengok buai yang cantik itu.
Gambar makanan memang takde sebab makruh amik gambar makanan ketika LAPAR.. haha (ingat makhruh sebab apa la) ... Dari ko amik gambar sebelum makan, baiklah baca doa makan kan.. Lepas dah selesai kat situ, kami bergegas pulak ke Puchong, rumah kawan husband.  Tapi sebelum tu singgah amik Acu dulu.  Ni kenduri 2 in 1.  Aqiqah + Birthday party.  Jadi meriah la dengan budak2 kat rumah tu. Walaupun ia kategori makan petang, nasi juga disediakan dan istimewanya ada daging kambing panggang kuah blackpepper.  Sememangnya itu favorite saya. huhu... Husband siap ehem2 takut saya lupa diri bila makan.  Anak kan susu badan.  kang cirit birit pulak sebab mak dia makan banyak sangat blackpepper yang hot itu. 

Ok tutup cerita makanan, balik je dari Puchong, kami singgah jap kat IOI City Mall yang terletak berhampiran Putrajaya.  Alaaa yang tepi highway SKVE tu... Ini first time kami pegi sejak opening dia 22 November dulu.  Sangat besar dan tersangat ramai orang.  Orang Putrajaya dah ada option la lepas ni.. Kalau dulu asik pegi Alamanda je. Skang boleh cuci mata kat IOI City Mall.  

Beli apa kat sini?? Mulanya nak jalan2 je dan meninjau kawasan.  Tapi kalau dah kategori mak mak tu, mesti akan terbeli sesuatu untuk anak. Seronok menyinggah kedai baby ni dan husband pulak sibuk mengajak ke Toys R us... Danial relax je lalu depan kedai tu.  Tapi papa dia yang over.  Kan saya cakap dah dulu, sume punca dari papa dia... huhu.  Seperti biasa, patung dinosaur jugak yang Danial beli.  Dah beratus ekor Dinosaur rasanya setakat ni... hmm

Saya pulak beli apa? hmmm sikat.. yaaa sikat.  Sikat baby.  Dalam entry dulu saya cakap baby tak perlu sikat sebab rambut dia bukan banyak pun.. Tapi Safiyya ni makin hari rambut makin panjang dan kalau tak sikat, macam tak terurus pulak..  Maka sikat merupakan item wajib dalam senarai barang keperluan bayi... Selain tu saya beli body suit untuk Safiyya dan t-shirt untuk Danial.

Best berus sikat dia... lembut je... baru la boleh sikat rambut tepi. 
Orang demam yang aktif

Rindunye kat pipi dia

Topi fiyya dah kecik...

Wednesday 10 December 2014

Keseronokan Dapat Anak Kedua

Salam...

Baru dapat ilham nak tulis tentang Safiyya ni.  Berlainan dengan anak pertama dulu, sikit2 nak update.  Biasa la orang kata, keterujaan mendapat anak pertama ni berbeza dengan kelahiran seterusnya.. Tapi bagi saya, sama je excited nya.. Lagi la bila dapat tahu mengandung baby yang jantina nya berlainan dengan anak pertama.  Cuma kami dalam proses mengenali antara satu sama lain.  ehh lama nya nak kenal. Dah 4 bulan pun Safiyya nye.

Masa tahu mengadung kali kedua dulu, perasaan seronok giler tu tetap ada.  Cuma tak la nervous sangat sebab dah tahu apa yang akan saya alami untuk beberapa bulan akan datang.  Kira dah boleh expect apa akan saya tempuh dalam tempoh 38 - 40 minggu nanti. 

Cuma kadang2 terfikir, macam mana ek nak bagi kasih sayang kat 2 anak serentak?  Rasa macam dah curah 200% kasih sayang kat Danial.  So apa lagi yang tinggal untuk adik dia nanti..  Bila lahir je Safiyya Iman, segalanya berubah... Macam ada satu perasaan meresap masuk dalam badan.  Rasa jatuh cinta yang tak boleh nak diungkap dengan kata2.  Pertama kali memandang muka dia yang gebu macam kuih pau itu, buat saya terawang2... huhu.  Maka hati saya sudah terbelah 3..

Semalam, 9hb Dec genap umur dia 4 bulan.  Budaknya banyak akal, tak boleh lambat2 kisahkan hal dia. Kalau tak, jenuh nak pujuk.  Dah boleh tersenyum dan respon bila kita bersembang dengan dia.  Kalau pergerakkan pulak, dia dah boleh mengiring sendiri dan mengangkat kaki serta melonjakkan badan.  Kalau baring tepi dinding, kena hadang dengan bantal.  Tengkuk dah kuat sikit tapi masih kena ampu bila dukung.  Size baju semuanya 6 - 9 month punya.  Cuma sesetengah brand je masih ok kalau size 3 - 6 month.

Sebelum ada anak perempuan, dalam fikiran saya menjaga bayi perempuan ni mudah.  Berbeza dengan bayi lelaki yang  kuat menyusu dan kuat menangis.  Tapi bila dah alami sendiri, bagi saya sama je dua2 pun.. baby tetap baby yang perlu diberi perhatian sama rata.  Mata tetap macam panda sebab berjaga malam masa berpantang dulu... huhu


Nur Safiyya Iman... hmm nak panggil apa ek? skang ni kejap2 safiyya, kejap2 adik.  Panggil fiyya je laa.. jangan lama2 jadi piah pulak.. huhu.





Tuesday 9 December 2014

Manjakan Anak dengan Barang Mainan

Salam

Hi semua... toy atau popoy (bahasa minion) atau mainan adalah cukup sinonim dengan kanak2.  Ada kanak2 yang pantang tengok toys yang dia suka mesti nak beli kejap2 tu jgk.  Ada juga yang boleh dipujuk supaya beli lain kali dan ada juga yang tak reti langsung nak mintak belikan mainan... (ehh ada ke?? ) kalau ada pun mesti tak ramai.  Mesti beruntung kan punya anak macam tu. phewww

Macam Danial ni, ok terus terang kitorang dah terspoil kan dia dengan barang mainan.  (tiba2 guna gantinama 'kitorang'... ia bermaksud saya dan suami.  Kalau guna 'saya' tak aci la kan sebab yang rajin membeli tu adalah suami saya.) Walaupun dah banyak disogok dengan mainan tapi so far tak pernah lagi la berlaku amukan yang dahsyat kat mall kalau tak dapat apa yang diidam... boleh control lagi laa... Kitorang belikan mainan ni bukan apa, supaya dia boleh duduk diam2 kat dalam stroller or kat restaurant. Kalau terdesak tu, tak perlu beli mainan mahal2 pun takpe.  Janji ada sesuatu yang boleh buat dia duduk diam. 



Mungkin ada yang kata 'manjakan sangat danial ngan mainan. bukan dia reti jaga pun'... 

haha statement ni memang dah selalu saya dengar.  Memang dia tak reti jaga or tak reti sayang mainan tu.  tak tahu nak nilai yang mana mahal yang mana murah.  Tapi sekurang2nya toys ni membantu perkembangan otak dia jugak.. Contohnya Lego.  walaupun tahan marah smpi nak kuar darah kat hidung sebab dia sepah2kan lego tu, sekurang2nya sekarang ni  dia dah pandai buat kereta, buat rumah, buat dinosaur makan pokok, buat helikopter.buat lori dengan lego2 tu.. kalau tak salah, dah 3 kotak Lego Duplo tu kami belikan untuk dia. tak cukup dengan tu, building blocks pun ada jugak... hmmm over betul.
Sambil main sambil tengok TV
Dinosaur makan pokok.. karya Danial n papa
Baru lepas basuh. Lego dah bercampur vitagen.. sabor jee..

Bila saya tengok jumlah mainan yang dia ada ni, boleh banjir** bilik kalau di biar atas lantai... (**banjir tahap buku lali) Maka saya terpaksa simpan dalam container yang bertutup dan letak dalam bilik stor.  Mana yang dia suka main je letak kat luar.  so tak la teruk sangat nak menyimpan. :) 
Hanya sebahagian kecil

Kalau dulu saya selalu belikan buku untuk dia.  Masa tu, dia masih kecil dan enjoy je kalau dapat 'main' dengan buku.  Bila dah lama2 tu, takkan nak tengok je gambar kereta, gambar lori tu semua kan... sudahnya penuh satu bekas kereta kecik2 tu. haihhh.

Apapun, mainan ni bagus sebenarnya.. ada je positive side untuk barang mainan ni.. tambah2 lagi yang boleh membantu perkembangan otak dan imaginasi diorang dan semua ni terpulang kepada pendapat masing2...  memang la huru hara rumah sikit dengan mainan yang bersepah.  kena bertabah la ye...  kalau rasa nak aman rumah, bagi la anak dia main Ipad 24jam.. huhu.  owhh Danial pun saya dalam usaha kurang kan menatap benda tu.  Saje je tak charge.. :)
Seronok tgk budak2 main macam ni.. apa ntah yang diorang sembang.

Notakaki: Teringat masa Danial baby dulu, masuk Toys r Us aman je... :)
(Bab belanja mainan ni memang saya serahkan pada papa dia... huhu... seronok tengok anak seronok katanya.. masa kecik dulu tak merasa semua ni...hmmm)

Friday 5 December 2014

Perkara yang perlu ada kalau nak buat susu perahan (EBM)

Salam,

Saya bukan la expert sangat dalam pengendalian EBM (Expressed Breast Milk) ni. Walaupun dan 2 anak, tapi masih terGoogle2 untuk mencari tips dari mommy yang lebih terror.  Nak banyakkan susu la, panduan simpan susu la, panduan nak cairkan susu la, panduan nak bawa susu ke rumah pengasuh la, panduan nak bagi anak pandai guna botol laa bila dah start keje nanti dan macam2 panduan lagi lagi kalau kita rajin nak cari. 

Untuk entry kali ni, saya bukan nak bagi panduan pengendalian EBM tapi nak share antara perkara2 asas yang perlu ada bagi ibu yang bekerja yang nak buat stok EBM.  Benda ni penting sebabnya nak menjayakan proses penyusuan, kita kena la berkorban sikit. Bukan untuk orang lain tapi untuk anak kita jugak kan.

Antara yang penting itu ialah;

1. Niat nak susukan anak kita selama yang boleh.  Ada pendapat kata, ibu2 yang bg EBM kat anak dia tu bukan fully breastfeed. Yang betul2 layak adalah ibu yang bagi direct kat anak dia setiap masa dan setiap hari.  Atau dengan kata mudah ialah ibu yang tidak bekerja dan menjaga sendiri anaknya.  Bagi saya pendapat itu hanya tinggal pendapat.  Sebab sekurang-kurangnya kita dah berusaha untuk bagi yang terbaik.  Bagi EBM ke bagi yang fresh ke, sumbernya tetap sama. yang penting pengendalian yang betul bagi mengelakkan susu yang disimpan rosak.

2. Masa untuk mengepam susu mestilah konsisten setiap hari.  Kalau hari ni pam esok tak, lusa malas, memang tak menjadi la stok susu tu. so kena la korbankan masa sikit.  Kalau kat ofis tu, curi2 la masa untuk pam susu.  Lagi syok kalau majikan yang memahami keperluan ibu yang menyusu ni.  Contohnya ada bilik yang sesuai untuk ibu2 ni menyorok sat. huhu

3. Breast pump yang sangat membantu perlu ada supaya kita tak perlu perah guna tangan.  Tapi ada je yang guna tangan.. Sampai anak dia 2 tahun dia dok perah ngan tangan... kagum betul.  Tentang pump ni kan, kalau ada budget lebih, beli la brand yang ok sikit sebagai pelaburan jangka panjang so tak perlu beli setiap kali lepas bersalin.  Macam saya, brand Medela mini electric menjadi pilihan. Rekabentuk dia simple, tak berat, dan sesuai dengan size kebanyakan brand milk storage.  Lagi satu, manual ke letrik ke adalah terpulang pada masing2.  Tapi saya, tetap pilih yang letrik sebab lenguh tangan wehhh...

Medela Mini Electric
4. Milk Storage yang jenis botol atau bag adalah terpulang kepada keadaan masing2.  Macam saya lebih suka yang bag tu sebab jimat ruang bila nak simpan.  Peti ais kami kecik.. huhu. Lain la kalau husband dah beli deep freezer kan... (harap2 dia baca nih).  Brand yang saya pernah guna Jingle Jungle dan Autumz. Keduanya ok bagi saya dan sesuai dengan isipadu susu yang saya simpan. tak terlalu besar, dan tak terlalu kecil iaitu max 7oz.  kalau nak lagi besar tak silap ada yang yang 12oz punya.  Tapi apa yang penting ialah BPA free.  So jangan la guna plastik sebarangan sebab nak jimat ye.  Kang jadi kot lain pulak. 
Storage Bag
Bottle

5. Cooler bag yang sesuai untuk membawa susu2 yang telah diperah.  Nak yang design macam mana tu terpulang pada citarasa masing2.  Bagi saya, cooler bag tu kalau boleh muat nak simpan breastpump skali. so senang la sikit dan tak banyak beg sangat nak bawak ke office.  Saya pilih brand Autumz kerana ia memenuhi keperluan saya.  Kalau dulu saya guna brand Jingle Jungle tapi sebab dah lama sangat guna sampai dah bertompok2. so ada chance la nak beli baru.. hehe..
Autumz
Jingle Jungle


6. Milk Booster pun tak kurang pentingnya bagi menggalakkan pengeluaran susu.  Terpulangla kepada ibu2 nak makan or minum apa.  Ada yang minum susu je, ada yang minum holicks, dan ada yang minum soya.  Macam saya pulak, saya pilih set menyusu Shaklee, Alfafa + ESP.  So far saya boleh bagi 4 bintang la sebab susu memang banyak.  Tetapi jangan hanya kita bergantung pada makan supplement je tapi kurang pump.  Semuanya berpegang pada prinsip supply and demand.  Lagi banyak kita bagi susu kat baby atau pump, lagi banyak susu dihasilkan.  Bila baby menyusu, isyarat akan dihantar ke otak untuk menghasilkan susu secukupnya.  Sebab tu la kalau jarang pump or kurang menyusukan, susu ibu akan kering.. haa lebih kurang macam tu la explaination nya.. Saya pun masih bertatih untuk memahami prinsip ni.  huhu. Lagi satu, jangan lupa minum air masak banyak2 dan makan makanan yang berkhasiat... 
Shaklee






Ini la yang hari2 saya usung ke office.  -Baru lepas pump  :)

Nota Kaki : Semua gambar sumber dari google dan personal. Artikel ini ditulis adalah berdasarkan pengalaman sendiri dan pengakuan ikhlas saya serta sekadar panduan untuk mereka2 yang mencari info. sekian terima kasih.

Minyak Telon yang Best

Salam

Minyak Telon ada satu benda yang penting bila dah ada baby ni.  Ia berfungsi untuk melegakan perut kembung baby.  Kalau tak kembung pun kena letak jugak sebab kepanasan minyak tu buat baby rasa selesa dan nyaman je. Tapi nak pilih minyak telon yang mana satu kan... Ada macam2 kat pasaran sekarang ni tapi yang saya nak cerita kat sini ialah minyak telon yang saya pernah guna. Kalau tak pernah guna macam mana nak tahu kan... (wink wink)

1. Minyak Telon Anugerah
 - Bau dia sangat best.. Macam bau bunga.  Botol pun ok dan senang nak guna.  Minyak dia tak panas sangat dan sesuai sangat ngan baby.. dah nama pun minyak telon kan mesti sesuai untuk baby.  Tapi lama2 saya guna kat Safiyya, kulit perut dia jadi kering sangat. Sampai saya kena sapu baby oil Johnson tu untuk kurangkan kesan kering tu sebelum letak minyak telon.  Kenapa ntah jadi macam tu. Agaknya kulit dia sensitif sangat kot.

2. Minyak Telon Mustika Ratu
- Bau dia pun best.  Sangat traditional bau tu. Macam ada flashback tau bila terbau minyak ni. hehe.. Untuk masa sekarang saya guna jenama ni.  Botol pun ok sebab senang nak apply.  Minyak pun ok tak panas sangat.  dan yang penting kulit Safiyya tak kering bila pakai.

3. Minyak Telon Bornda
- Yang ni bau dia agak unik.  Bau limau dan tajam sikit. So far serasi dengan kulit Safiyya.  Dia sama jugak macam minyak anugerah, ada bacaan Al-Quran.  Dan yang paling best ialah botol dia yang sangat memudahkan kita.  Dia guna spray.  so satu spray satu penggunaan.  haa kan senang tu.  tak laa tertuang banyak laa or tertuang sikit sangat.  Minyak ni saya tak jumpa lagi kat kedai2 lain kecuali kat tuan punya produk iaitu Bornda Kalau nak beli, sama ada online atau terus ke kedai dia kat Giant Taman Permata. 

4. Minyak Telon Leesa Formula
- Yang ni pulak bau dia sangat lembut sampai tak perasan dah pakai ke tidak.. huhu.  Memang tak panas sangat dan boleh kata ok ok je laa... Yang tak bestnya ialah botol dia tu. Leceh nak masa nak pakai sebab kena bukak penutup dan mudah tertumpah. Kalau Leesa Formula tukar botol, sure saya akan sambung guna lagi.. huhu. 

5. Minyak Yuyi Cap Limau
- Minyak yuyi ni saya pakai lama masa anak sulung dulu... bau dia pun sedap.  Oleh kerana minyak nya agak panas sedikit, saya tak guna untuk Safiyya... Tapi untuk Danial saya masih pakai sampai sekarang... Agaknya lelaki ni kulit tebal kot.. huhu... Takde dia pulak dia tunjuk tanda2 tak selesa.. 

Nota: Semua gambar sumber nya di Google Images dan segala pendapat adalah berdasarkan pengalaman saya.. sekian terima kasih.

Rinduku Terpindah

Salam..

Haha... tajuk entry ni kalau masuk slot Akasia mesti boom punya.. #ehehperasan. 

Seperti yang saya pernah cerita dulu, masa anak pertama saya berpantang penuh di rumah mertua.  Begitu juga halnya dengan anak yang kedua ni. Sepanjang tempoh berpantang saya kat Sg. Petani separuh dan Taiping separuh.  Berpantang anak kedua ni sangat lah berbeza dengan anak pertama dulu.  Kalau dulu saya hanya perlu menumpu pada Danial sorang je.  Tapi kali ni, agak letih sikit sebab ada baby dan anak yang baru nak masuk 3 tahun.  Tak sempatnya nak tido2 siang tu.

Tapi entry kali ni bukan nak cerita hal berpantang tu, tapi cerita tentang kerinduan seorang anak terhadap papanya yang jauh di mata.  Bagi yang pernah baca entry saya yang lama2 mesti tahu saya dan suami dulu PJJ (saya kat KL dan suami kat Penang). Sepanjang tempoh mengandung kami duduk asing dan itu sangat la meruntun hati di mana sakit pening terpaksa tanggung sendiri.. haha tak menahan ayat wehhh.  Agaknya kesan dari rindu dendam yang mendalam itu, dah tempias kat Danial (anak sulung saya tu).  Selama berpantang, suami ada di KL sebab tuntutan kerja dah kami jauh di utara.  Setiap hari minggu suami akan berulang untuk jenguk kami kat sana dan setiap kali nak balik ke KL, macam2 drama airmata yang berlaku.  Sampai kena sorok Danial masa papa dia nak keluar rumah.  Kalau tak, memang tak balik2 la papa dia tu.  Bila dia tahu je papa dia dah balik, berjuraian la airmata dan saya la tukang pujuk.. hmmm kesiannya... rindu betul kat papa dia

So mama dia tak rindu ke kat papa?? tak sempat rindu wehh.. Baru nak feeling2 rindu, anak dah nangis asik panggil papa. so kesimpulannya Rinduku Terpindah. 

Drama baru nak start

Muka orang sedih... :(

Akhirnya tido jugak... kesian anak mama...

Tido dengan baju busuk papa


Thursday 4 December 2014

Penerimaan Danial terhadap Safiyya

Salam...

Masa mengandung Safiyya dulu, saya agak risau melihatkan sikap Danial yang berubah menjadi terlalu manja.  Seolah tiada sesiapa yang boleh 'ambil kasih sayang' kami kat dia.  Tetapi, sejak saya masuk hospital, Danial tiba2 jadi lebih berdikari.  Selama hari ni, kami tak pernah tinggal dia kalau nak kemana2.  Tak sangka dia boleh ditinggalkan sendiri kat rumah tok sementara husband berulang alik ke hospital. Time tido pun takde masalah.  Dia boleh tido sendiri tanpa saya.  

Sampai je saya kat rumah masa keluar dari hospital, saya masih risau kalau dia akan berkasar dengan baby.   Tapi sangkaan saya salah.  Danial sangat menerima adik dia.  "Mama beli adik" haha ni ayat dia bila kami bertiga dalam bilik..  

Minggu2 awal tu,  Danial macam takut2 nak sentuh adik dia.  Ye laa sebab kecik sangat.  Tapi dah lama2 baru dia tak kekok nak cium.  Tak habis kat situ, jangan sape la nak pegang adik kecuali orang yang dia percaya.  Sebab takut adik di bawa lari.. haha... Sampai menangis2 la kalau orang usik nak amik adik. hmmm

Adik Soya... tu la panggilan pertama Danial pada Safiyya... Tapi tak lama lepas tu, Adik Fiyya.... Dan sekarang dah lagi terror... Adik Sofia Iman.  huhu... ok la tu kan.. Mujur tak bagi nama susah2. kang jadi pelik2 pulak.

Wajah Kesayangan Hamba





Pengalaman Bersalin Anak Kedua

Salam...

Dah 3 bulan lebih pun peristiwa tu berlaku.  Pengalamannya hampir sama ketika bersalin anak pertama dulu.  Emergency Cesar.  Tapi kali ni sakitnya lain macam.  Sakit sangat smpi nak menjerit kat semua orang kat situ.

5 August 2014
Sama jugak macam dulu, saya terpaksa serah diri kat hospital sebab dah mula sengal2 kat bawah perut.  Bukan kategori sengal dah tapi pedih sangat sampai nak jalan pun sakit.  Masa check kat HUKM, doktor cakap saya terkena kencing kotor.  haihh pelik. macam mana boleh kena pun saya tak tau (bab ni kita citer kat entri lain).  Masa register kat labour room Hospital Sultan Abdul Halim - Sg. Petani, doktor yang bertugas tu cakap dah bukak 2 cm dan saya diminta masuk ke ward hari tu jgk.. Oleh kerana ward penuh, so doktor cakap boleh balik tapi kalau ada tanda, cepat2 datang.  Lagipun rumah mertua dengan hospital tak jauh pun.  Haa lega boleh balik.  Lagi pulak masa tu, husband masih kat KL dan yang hantar saya kat hospital pun bapak mertua saya.  Dengan fikir Danial tinggal sorang ngan tok dia buat hati tak keruan nak masuk hospital..  Jadi muka ada senyum balik.

7 August 2014
Setelah 2 hari, takde lansung tanda saya nak bersalin.  Perasaan takut dan risau tu bercampur baur.  Bertambah stress bila semua orang bertanya "tak sakit lagi ke?".  Bagi mengelak sebarang perkara yang buruk, saya sekali lagi menyerah diri ke Hospital.  Kali ni doktor yang bertugas cakap, masih 2cm.  Haihhh masih 2cm?? Oleh kerana, ada katil kosong, saya diarah untuk masuk ke ward petang tu jugak. Malam pertama kat hospital, tak boleh nak tido sangat.  Dalam hati sedih je sebab pertama kali berjauhan dengan Danial dan yang kedua, saya menunggu sakit contraction tu datang.. haha boleh pulak tunggu.  actually tido jugak akhirnya... kang BP naik pulak kalau tak tido.

8 August 2014
Orang katil sebelah dah kena bawak ke labour room. Semakin risau la hati ini sebab takde tanda langsung dan langsung tak sakit. Lepas je breakfast, nurse bgtahu nak buat VE.  (nak cheack bukaan).  owh ada perubahan.. Tapi 3cm je baru.  Ni pun tak sakit jugak. Heran. (anak yang dulu, 3 cm dan start senggugut dah).  Nurse cakap tak payah pegi labor room lagi. Saya pun balik ke katil dan sambung rehat.. zzzz
Tak lama lepas tu rasa semacam.. rupanya dah keluar darah dan lendir.  Pinggang dan kaki dah start lenguh tapi saya cuba untuk tido bagi kurangkan sakit.  Bangun je lepas tu tak sakit dah.  Langsung tak sakit pulak tu.  aikkk mana pegi contraction tadi.

9 August 2014
Subuh2 doktor yang bertugas tu cakap kita kena bersalin jugak hari ni sebab dah terlalu lama. Jadi saya pun makan cepat2 dan mandi sepuas-puasnya.  Lebih kurang 9.30 pagi saya ditolak ke labour room.  Sebelum mandi tu dah call husband siap2.  Hati ni dup dap dup dap.  Takut + happy nak jumpa baby. :) 

Sampai je situ, doctor check bukaan.  Dah 4cm dah pun.  Tapi saya masih tak rasa sakit.  So dapat la saya lihat nurse2 kat situ siapkan saya dengan tenang.  Cucuk sana cucuk sini, buat CTG, ready sume segala yang patut.  Tak lama lepas tu, air ketuban saya dipecahkan.  Dalam setengah jam macam tu saya mula merasa mild contraction. Saya cuba bertenang dan tarik nafas dalam2. Nurse cakap kalau sakit sangat, sedut gas ni..  Tetiba saya perasan kenapa husband saya tak masuk2 lagi nih.  Mintak tolong nurse panggilkan.  Rupanya husband tak dibenarkan masuk sehingga la isteri mula meneran.  hohhhhh terus hati rasa tak tenteram.. Time sakit2 camtu la kita nak husband ada kat sebelah. Makin lama contraction makin kerap.  Bila tak tahan sangat saya terpaksa jerit.  Rasa nak putus pinggang ni dibuatnya.  Mulut masih tak lepas dengan zikir dan kejap2 sedut gas.  Sampai doctor cakap jgn hisap banyak sangat nnt pening.  hmmm betul pun.  Bila saya lepas gas tu, rasa mamai dan terawang awangan... fuyooo bahasa. 

Owh yaa, mesin yang buat CTG tu sampai 2 kali tukar sebab graf jantung tu macam slow... Kali pertama tu, diorang ingat mesin tu rosak, so tukar.  Mesin kedua pun masih menunjukan graf jantung baby slow.. Jadi disebabkan itu, doktor buat keputusan EMERGENCY CESAR.  Waktu tu saya dah tak mampu nak lihat dunia. Sakit nya tuhan yang tahu. Dah 8cm pun bukaan.  Tapi baby masih tak turun. Bila saya ditolak keluar dari labour room tu, baru la dapat jumpa husband.  Dia hanya sempat bercakap dengan saya sekejap sebab saya terlalu sakit.  Sampai je Dewan Bedah, saya dah tak ingat apa dan rela je apa diorang nak buat.  Tepat jam 2:51 petang keluar la baby dari perut.  Bila sedar je, nurse gerak tunjuk baby kat saya... "Puan, tengok baby ni... Baby girl..." "Nah kiss sikit" 

Proses kali ni agak cepat dari yang dulu, Sebelum pukul 4 saya dah ditolak ke ward.  Lepas je siap cuci2 semua, baby terus dihantar kepada saya.. yeayyyyy.  Tapi tak boleh bangun lagi. saya diminta baring @ tido minimum 6 jam kalau tak silap.. Makan pun takboleh... minum takpe. Waktu tu hanya mampu intai baby dari katil je.. huhu...

Pengalaman kali kedua ni walaupun tajuk cerita nya sama tapi ia memang berbeza masa bersalin anak yang sulung.  Apa pun saya sangat kagum kepada mereka yang berjaya bersalin normal.  Kerana mampu mengharungi sakit yang tuhan je tahu. Walaupun apa pun saya tetap bersyukur dengan ketentuanNya.  Sakit yang saya rasa sangat menginsafkan dan memberi satu kenangan yang tak boleh dijual beli... sekian.


Thursday 13 November 2014