Monday 26 October 2015

2016 lagi 2 bulan tapi saya dah beli planner

Salam....

2016 lagi 2 bulan je.  Banyak perkara yang akan berubah dan berlaku dan saya masih tak mempunyai perancangan yang sempurna.
sigh...

Walaupun begitu rasa tak lengkap kalau nak mulakan tahun baru tanpa planner.

Oleh kerana saya taksub sangat kat planner, maka pencarian pun bermula... Habis segala penjual planner saya google... sangat la girl2 dan of course hampir semua internation shipping.  Harga pulak yang RM100 keatas... lepas fikir2 campur tolak darab bahagi, saya pun cari aje kat kedai buku di IOI City Mall.

Ta daaaaa
Planner 2016.  Murah | Simple | Handy


Jadi apa yang berubah sangat tahun depan tu??

Yang paling ketara ialah Danial akan start sekolah tahun depan.  Dah masuk 5 tahun baru kami hantar ke sekolah. Kira dah besar sangat la baru nak kenal dunia sekolah.  Harap dia boleh la sesuaikan diri.

Yang kedua paling ketara.. eh ada pertama kedua pulak ni.. huhu... February 2015 ni kami akan menerima kehadiran baby baru iaitu 3rd edition of Ayu and Khairil... Rasa baru je pegang baby, dah nak rasa lagi february tahun depan.. Alhamdulillah rezeki dan bermula la episod berpantang sendiri kat rumah baru.  Cerita persediaan berpantang saya ada cerita kat entry2 sebelum ni.

Yang ketiga paling ketara ialah, kami akan berpindah rumah.  Dari Cheras ke Bandar Saujana Putra.  Lokasi yang lagi jauh dan sangat jauh kalau nak ke tempat keje.  Tapi apa nak buat.. Dah beli rumah pun kat situ.  Tarikh nak pindah belum tetapkan lagi tapi paling teruk pun December ni sebab tuan rumah yang kami duduk sekarang cakap orang yang beli rumah sewa mereka ni nak pindah cuti sekolah hujung tahun ni.  haihhh tak lama dah tu.

Yang lain dan tak kurang penting ialah, kena cari pengasuh baru untuk Safiyya dan juga baby baru.  Cari pengasuh adalah satu aktiviti yang sangat tak best sebab sesi suai kenal tu kena buat balik dan paling menakutkan ialah ada ke orang yang asuh budak kat area tu.  Bandar Saujana Putra ni kawasan baru dan yang ada pun nursery.  Kesian nya kat fiyya... baru nak bermanja ngan mak and atok (pengasuh).

Itu antara perubahan besar yang sama ada suka atau tak suka ia akan berlaku tahun hadapan dan itu antara satu sebab saya bersemangat nak beli Planner awal2.  Nak gila2 plan katanya... owhhh



Notakaki:  Mama saya tak sihat.... masih berada di ward D2 Hospital Taiping... Hati sangat tak tenteram dan asyik teringat kat dia... Allah Allah Allah...


Tuesday 20 October 2015

Oktober yang memenatkan

Salam...

Apa ada dengan Oktober?

Sepanjang bulan Oktober 2015 ni merupakan bulan tersibuk bagi saya.  Ini semua sejak husband dah mula melibatkan diri dalam dunia Etiqa Takaful dan Public Mutual.  Kami berdua ni berkerja tetap dan Sabtu Ahad merupakan hari untuk menguruskan hal rumah tangga (baca - lipat kain, beli barang dapur, mop lantai, outing dan lain lain lagi...hehe).  Tapi sejak 1 haribulan semua Sabtu Ahad dalam bulan Oktober, husband kena attend kelas dan seminar.  Waduh waduh... dah la 5hari bekerja sangat singkat masa diperuntukan untuk anak2.  Ni pulak hari minggu pun saya seorang terkejar2 menguruskan anak dan hal rumah.  Memang jadi tarzan la saya.  Nak jaga anak, nak masak, nak jadi referee bila berebut mainan, nak bacakan buku, nak tengok cerita kartun, nak mandikan diorang, tu belum kalau semua berak berjemaah, dan macam2 hal laa...  Bila dah nak masuk maghrib baru la boleh duduk diam2 depan tv sambil merehatkan badan.  haaa lega.. 

Itulah rutin hari minggu saya di bulan Oktober ni.  Memang betul la, keje kat rumah ni lagi macam2 dari keje kat ofis. huhu.  Ni pulak dah 2 hari saya batuk dan selsema.  Nak makan ubat sebarang macam takut pulak sebab mengandung.  

Notakaki:  Makan gaji ni memang relax, tapi itu je la income yang kita ada.  Bila anak makin bertambah, kena la keje keras sikit untuk cari peluang tambah pendapatan dan sebagai isteri, semua ni menuntut kesabaran.  Jadi bersabar la ye.  

Friday 16 October 2015

Berpantang Sendiri

Salam


Sekarang ni kandungan baru nak masuk 21weeks.  Tapi dalam kepala dah ligat memikirkan kekdah nak berpantang bulan February 2016 nanti. Selain buat persediaan untuk menyambut kelahiran anak, persiapan untuk berpantang pun sama pentingnya juga.  Sebabnya bila badan kita sihat, baru la anak terjaga elok.  Ni asik sakit je macam mana nak jaga keluarga... Bab mencari Penjaga Pantang saya dah cerita pada entry sebelum ni... Bila tengok balik  memang betul pun ia bukan la murah.  Tapi sebetulnya itu adalah hanya pelaburan kecil untuk kesihatan kita yang berpanjangan.  

Entry kali ni saya nak cerita tentang persediaan lain atau lebih tepat selepas pakej dengan CL dah habis dan meneruskan rejim untuk berpantang sendiri ni.  Bukan mudah sebenarnya. Dengan nak menguruskan anak yang sedia ada.  Menguruskan hal rumahtangga lagi.  Jadi bantuan suami tu penting.  Harap dapat kerjasama la dari dia.  Takkan nak mengharap mak dia lagi.. udah udah la tu kan.. bila nak dewasanya.. huhu. 

Kat sini saya sediakan draf jadual berpantang saya nanti.  Ini baru draft je dan banyak benda nak kena refer dan sesuaikan dengan keadaan.  Dengan Safiyya yang masih kecil (18bulan-umur dia bila dapat adik nanti), nak menguruskan hal2 rumah yang lain.  Apapun jadual ni sebagai guideline agar sentiasa bersemangat nak berpantang sepantang pantangnya... tudiaaaa


Hari pertama hingga hari kelima  
-  Berpantang di hospital (apasal lama sangat?? sebab saya dijadualkan untuk bersalin ceaser) 

Hari ke6 hinga hari ke19 
- Diuruskan oleh Confinement Lady (saya amik pakej 14 hari)

Hari ke20 hingga hari ke44 
- Berpantang Sendiri hanya sendiri dan tiada pembantu (25 days to go...)

saya anggap waktu tu saya dah cukup biasa dengan keadaan (uruskan baby dan Safiyya dalam 1masa)

7am 

- Bangun dan susukan baby. 
- Buat susu Safiyya siap2
- Husband hantar Danial pegi sekolah

8am 

- Mandi dan mandikan Safiyya
- Breakfast  
- Makan ubat hospital @ Air herba/jamu yang sesuai (ubat hospital dengan herba atau jamu kena jarakan masa pengambilan.)   
- Susukan baby dan terus mandikan dia

9am 

- Susukan dan Tidurkan baby
- Pakai segala param, pilis, krim barut, bengkung, ikat rambut

10am  

- Siapkan barang untuk masak tengah hari.  Kalau boleh masak yang simple2 dan makesure dah kumpul resepi2 berpantang
Ini antara buku yang ada kat pasaran dan berbaloi untuk beli
 - Susukan baby
- Minum pagi (alas perut sebelum lunch)
- Rehat sambil buat kerja2 rumah yang ringan

12pm 

- Lunch 
- Susukan baby dan buat susu Safiyya (tidurkan skali)
- Rehat sambil betulkan bengkung ke, sapu minyak panas lagi...
- Tidur sekejap

4pm    

- Minum petang 
- Siapkan untuk makan malam (lagi simple dari lunch tadi)

5pm    

- Mandi kan baby
- Susukan dan tidurkan baby
- Mandi dan ulang rutin param, pilis, krim baru, bengkung, ikat rambut

6.30 pm - 7pm 

- Dinner 
- Rehat
- Danial and Husband dah ada kat rumah...  :)

10pm 

- Supper 
- Tidur
      
Berpantang kali ni saya rancang nak ambil Rawatan Penutup Pantang.  Selalunya ia dilakukan 3hari terakhir dalam tempoh berpantang. hari ke 42- hari ke 44).  Penjelasan lebih lanjut mengenai penutup pantang ni saya buat kat entry lain ye...

Jadual berpantang ni masih diperingkat rancangan awal.  Masih banyak perlu dikaji dan diambil kira.  Walaupun saya mungkin tidak dapat mengikut 100% jadual ni, tapi atleast ia boleh bagi guideline utk saya atau sesiapa saja yang sama situasinya dengan saya. 

Owhh yaa.. dalam jadual ni juga saya tak nyatakan produk apa yang saya bakal amik kerana seperti yang saya cakap ini baru perancangan.  Tapi rasanya saya memang nak sambung ambil produk NR jugak kerana ia dah pun lengkap dan tak perlu tambahan dengan produk2 yang lain.  Detail mengenai produk tu saya akan ceritakan nanti ye.. wehhh banyaknya hutang entry.. huhu.

Notakaki: kenapa saya highlight kan makan tu?? sebab saya sangat kalah dengan perut kosong... Jadi makan jangan tak makan. 

Tuesday 13 October 2015

Menabung untuk Pantang

Salam....

Pantang apa pulak ni... huhu... 

Ini cerita berpantang lepas bersalin. 

Kalau ikutkan EDD (estimate due date) saya ialah pada 19 February 2016... Lambat lagi tu... ye, memang lambat lagi.  Tapi setelah berpengalaman 2 kali berpantang, saya rasa persediaan awal sangat lah penting bagi menjamin kualiti masa berpantang tersebut...  Rugi woooo tak pantang betul2.  Saya bukan mak bidan atau tukang urut orang bersalin. Jadi nak cerita terlalu mendalam kepentingan berpantang untuk setiap wanita yang melahirkan ni dan kesan2 kalau langgar pantang tu saya tak pandai sangat..  Cuma boleh share sikit2 dari apa yang saya baca dan alami sendiri. Bab kepentingan dan akibat langgar pantang tu kat entry lain ye...

Untuk berpantang anak ketiga ni, saya dah decide untuk berpantang sendiri... (2 anak sebelum ni berpantang di rumah mertua).  Keputusan ni saya amik bukan kerana tak suka berpantang kat sana (rumah mertua) owh bukan bukan bukan ye...  Ini kerana anak saya yang sulung dah masuk 5 tahun dan start sekolah dah pun.  Kesian pulak tinggalkan dia kat sini (Selangor) dengan papa dia je.  Lagi pulak ini kali yang ketiga, rasanya saya dah boleh berdikari dan sangat segan nak mengharap kat mak mertua je.  Susah senang biar la kami laki bini mengharunginyaa... cewahhhh.  

Tapi adakah bila saya kata nak berpantang sendiri tu saya akan

masak untuk diri sendiri??

urut diri sendiri??

tungku diri sendiri??

mandikan diri sendiri?? hehe mestilah kan.. maksud saya, petik daun2 untuk mandian herba, 

setakat pakai bengkung, sapu krim barut, sapu pilis, sapu minyak tu saya boleh la buat sendiri... 

Jadi apakah kekdahnya berpantang sendiri ni??

Kan sekarang ni banyak individu atau syarikat yang ada buat bisness wanita penjaga pantang atau yang sering kita dengar Confinement Lady.  Tugas CL ni bukan setakat datang urut2, tungku2 je malah lebih dari itu (tengok pakej yang kita ambil laa)  Tapi nak amik pakej2 yang di offer tu bukan la murah.  Kena la keluar duit untuk kesihatan yang berpanjangan.  Pada yang masih berkira2 dan fikir betapa membazirnya keluar duit yang banyak untuk berpantang, mungkin akan berubah fikiran bila badan dah start sakit2 padahal umur masih muda.

Antara yang Confinement Lady (CL) yang menjadi perhatian saya sekarang ni ialah 

Mom Retreat  Home
Ini antara pakej yang ditawarkan

Mula2 saya nak pilih yang Pakej Home Visit tu.  So CL akan datang rumah kita setiap hari mengikut jumlah hari yang kita ambil.  Tapi bila saya tanya balik pada mereka, dia cakap saya akan rugi kat caj perjalanan sebab jarak rumah saya dengan tempat dia tu jauh.  So sangat digalakkan ambil Pakej Home Care Stay In di mana CL akan bermalam di rumah kita dengan syarat di beri satu bilik yang sesuai untuk CL tinggal.  Bila tengok harga dia tu, masih ok lagi dan tak banyak beza dengan pakej ulang alik tu. Kira boleh dipertimbangkan lah.. Rawatan yang disediakan pun menarik malah baby akan diurus juga dan makanan berpantang juga dia masakan.  Ok la tu.. Tapi kita kena ingat, CL ni bukan lah orang gaji yang korang boleh suka2 ati arahkan.. ingat dia bibik ke. Dah tu ada pulak soh CL tu yang berjaga malam jaga baby dia yang dok meraung mintak perhatian mak kandung... huhu. 


Confinement Lady kedua yang dalam pertimbangan ialah 

Blessed Beauty Confinement (BBC)

Ini memang saya nanti2 kan tapi masalahnya sekarang ni hanya untuk kawasan Shah Alam dan Subang.  Untuk berpantang kali ni saya akan berpindah ke Bandar Saujana Putra... BSP tu kat mana?? alaaa yang sebelah highway nak ke Putra Height tu... Memang agak pening la nak explain kat orang mana letaknya BSP sebab tu kawasan baru.  Saya pun tak fasih lagi area tu.  Harap2 BBC boleh consider la ek sebab sangat dekat dengan Shah Alam.  Saya dah pun tanya pakej yang ditawarkan.  Memang mahal sedikit dari CL2 yang saya dok survey tapi kena la dengan pakej dia tu... siap ada free penutup pantang lagi... itu sudah menarik.  Lagipulak caj perjalanan sumenya dah termasuk.  so ok la tu dan saya tak perlu sediakan bilik untuk CL bermalam. 


Confinement Lady yang ketiga pulak ialah




Untuk CL ni ada dua pakej yang menjadi perhatian saya... yang pink tu ekonomi dan yang biru tu kira full laa.. Keduanya masih boleh dipertimbangkan dan sangat menarik.... Dah pun contact Puan Suzie (owner Natalis Beauty)... tapi saya masih belum buat keputusan lagi... huhu  Owh yaa, Natalis Beauty ni pun stay in jugak. 

Diingatkan pada semua yang tercari2 CL ni perlu la menempah sekurang2nya 3bulan sebelum EDD bagi mengelakkan slot yang anda nak tu dah penuh.  So melepas.. dan saya juga akan membuat keputusan secepat mungkin. Sebab tu yang survery awal2 ni.  Ni pun cemas takut dah penuh bulan feb nanti

So, mana satu CL yang saya akan pilih??? yeahhhh nanti saya akan kaborkan kemudian ye.  Sebab masih dalam peringkat buat budget... huhu

Apa yang perlu skang ni ialah mula la menabung. Nak menabung macam mana? ok, ini cara saya... 

Tabung Si Hijau


 
Notakaki:  Segala yang hijau dalam beg duit akan diasingkan.  Jangan usik... haippp