Friday, 20 March 2015

Beza Czer Anak Pertama dengan Czer Anak Kedua

Salam

Seperti yang pernah saya cerita kan dulu dalam entri2 yang lepas, kedua-dua anak saya lahir dengan cara pembedahan atau czer.  Reason nya sama je untuk dua2 anak. - Baby dah lemas-.  Jadi saya bukan czer yang dirancang tapi keduanya adalah emergency czer.  

Selepas bersalin anak pertama, pengalaman czer tu cukup perit bagi saya.  Sebab kesakitan yang ditanggung adalah sangat perit selepas bersalin.  Masih saya tidak lupa keadaan saya ketika itu. Nak bangun seksa, nak gerak sakit, nak gelak, bersin, batuk pun sakit. ehhh tak abis lagi, nak kencing pun ngilu, nak jalan terbongkok2, nak buang air besar rasa nak terburai perut. (dahsyat perumpamaanya tu).  Walaubagaimanapun kesakitan ni bukan la berpanjangan. dalam tempoh beberapa minggu, saya dah rasa ok 100% secara luaran. Yang dalaman tu saya tak pasti sebab orang kata perut dilapah 7 lapisan??? ngeri ngeri

Bila mengandung anak kedua, secara automatik minda saya sudah bersedia kalau saya akan dibedah sekali lagi.  Sebab pengalaman tu dah ada.  Dulu masa 1st pregnancy, saya tak pernah terfikir dan tak pernah terlintas dalam fikiran yang saya akan bersalin secara czer.  Jadi, untuk yang kedua ni fikiran saya telahpun standby kedua-dua keadaan. Fikiran je standby, dalam hati kecut wehhhh. Sebab orang kata, pengalaman kedua bagi mereka yang czer akan lebih teruk+sakit+derita dari pengalaman pertama.

Dan seperti yang saya cerita dalam entri dulu, untuk anak kedua ni, saya bersalin secara emergency czer juga.  Jadi apakah benar apa yang orang gembar gembur tu dengan mengatakan bahawa sakit akan double dari yang mula dulu??  Rupanya tidak ye puan puan.. hehe.. Alhamdulillah.... saya sendiri tak menyangka yang saya lebih ok selepas dibedah untuk kali kedua ni.  Bukan la kata tak sakit langsung.  Cuma memang betul2 kurang sakit.  Apakah perut saya sudah lali dengan pisau2 hospital itu?? ntah laa.  Tapi apa yang nyata size perut saya makin besar dan buat saya kuat makan... ok, out of topic. huhu

Maka dengan itu apakah perbezaannya??

Anak pertama
  • Saya boleh bangun hari ketiga lepas dibedah. itupun selepas tiub kencing dicabut.  kalau tak cabut, tak bangun la saya... huhu 
  • Batuk, bersin, gelak, hembus hingus semua sakit dan berlarutan smpi seminggu ke dua minggu lamanya
  • Seperti yang kita sedia maklum kalau bersalin czer ni, laluan bawah tu mmg tak guna, tapi yang herannya saya terasa sangat ngilu bila buang air kecil. ntah apa la urat yang bersimpul sampai boleh ngilu camtu. 
  • Tempoh pembedahan yang lama dan kesakitan terus dirasai selepas selesai dibedah. seksa nya masa dia nak pindahkan kita ke katil ward. 
  • Jalan terbongkok2 untuk tempoh seminggu lebih
  • Tak pakai bengkung langsung sebab fobia
  • Urut bila dah abis pantang sebab takut nak meniarap
  • Luka luaran cepat baik dan kering.. 
Anak kedua
  • Hari kedua saya dah boleh bangun dari katil dan melatih diri untuk berjalan.  Memang terasa sakit tapi masih boleh tahan
  • Saya langsung tak sakit bila batuk, bersin, gelak ataupun hembus hingus
  • Buang air kecil dan besar pun tak sakit or ngilu
  • Tempoh pembedahan yang boleh kata singkat... baru rasa nak pejam mata jap, tahu2 dah siap dan diusung keluar dari bilik pembedahan.  Sakit ketika dibius pun tak la sesakit dulu...mungkin dah boleh agak rasa nya macam mana.
  • Jalan tu takde la terbongkok2 cuma saya bertatih pelan2.  itu pun masa kat ward je.. bila dah balik rumah dah boleh jalan macam biasa
  • Pakai bengkung lepas 2 minggu bersalin
  • Urut pun dalam tempoh berpantang jugak.  Paksa diri untuk atasi perasaan takut bila meniarap.
  • Luka luaran macam lambat sikit kering.  Beli krim kat farmasi... Alhamdulillah tak lama lepas tu ok jgk...

Pengalaman ni mungkin berbeza bagi setiap orang.  Ada yang sakit macam ni, sakit macam tu.. memang tak sama... Kat sini saya cuma share pengalaman saya dan boleh la dijadikan panduan bagi yang expecting no 2 tu...

Notakaki:  Terkesan bila ada orang kata 'ibu2 yang bersalin secara pembedahan tak dapat pahala sebanyak orang yang bersalin normal'  Reasonnya adalah kerana tak alami kesakitan ketika contraction, tak rasa sakit meneran, tak sakit ketika dijahit hidup2...  adehhhh kenapa mereka2 itu berfikiran sebegitu rupa... owhh pelizzz..

14 comments:

  1. sue merasa sakit czer masa anak sulong, walaupun dah dibius tapi masa dr potong perut tu memang rasa bagai ditoreh-toreh..

    lain orang lain pengalaman kan ;)

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasa kena toreh??? takutnyaa... penah jgk dgr pengalaman yang macam ni. ubat bius tu tak sempat nak berkesan lagi, doktor dah potong perut. seram jgk ni... huhu. macam ayu dulu, rasa sakit masa kena potong tu, alhamdulillah takde. tapi lepas tu la azab nya sampai huhu..

      Delete
  2. sy bsalin emergency czer mac lepas..bkn khendak kita kn?24 jam sakit tp jln bkk 6cm saja smpaikn heartbeat baby dh xtentu..last2 emergency czer sbb tkt baby lemas..asalkan baby slmt kn?

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul... dalam kepala ni hanya fikir nak selamatkan baby je. Takmau amik risiko untuk tunggu lebih lama. walaupun tahu kesan lepas di cezar tu, tapi berserah je pada Allah. Hanya Dia yang tahu... Alhamdulilllah setelah 2 kali berpengalaman di czer, semuanya berjalan lancar dan tiada kesan sampingan yang teruk2... Alhamdulillah...

      Delete
  3. Tkut nye dgr...Sy skrg pregnant 26week...pakar ckp kemungkinan bersalin yg ke 2 seazer lg..Sy tkt sgt2

    ReplyDelete
    Replies
    1. hi... kalau awal2 dah tahu nak kena czer mmg takut... tapi nak buat macam mana. kita kena harung jugak. nak bersalin normal pun saya seram, inikan pula nak belah lagi... adoiiii

      Delete
  4. tgh berdebar, ni dok baca pengalaman cser kali kedua utk anak kedua. anak 1st saya emergency cser. kali ni doktor cadangkan cser memandangkan baby masih melintang di minggu 37. mengharapkan baby pusing ajelah ni..kalau tak, nextweek doktor suruh pilih tarikh dah..

    nervous pon ada. normal/cser..kedua2nya nervous..bezanya normal xpernah rasa

    ReplyDelete
  5. tgh berdebar, ni dok baca pengalaman cser kali kedua utk anak kedua. anak 1st saya emergency cser. kali ni doktor cadangkan cser memandangkan baby masih melintang di minggu 37. mengharapkan baby pusing ajelah ni..kalau tak, nextweek doktor suruh pilih tarikh dah..

    nervous pon ada. normal/cser..kedua2nya nervous..bezanya normal xpernah rasa

    ReplyDelete
    Replies
    1. huhu... memang berdebar kalau awal2 dah tahu kena czer... tapi apa pun kena la hadap jugak.. banyak2 lah berdoa supaya baby nak turun and pusing kat tempat sepatutnya... insyaAllah awak ada peluang bersalin normal... taksilap saya ada cara and teknik untuk pujuk baby and berjaya pulak tu... baik anak dia dengar cakap.. hehe. macam saya ni, memang tak de peluang dah sebab yang ketiga (feb16) pun czer jugak.. huhu... apa nakbuat dah nasib #makberanakczer3kali...

      Delete
    2. Tulah..xde rezeki sy. Ni kat hospital kena cser esok..debar tp dlm masa yg sama excited..tq awk utk entry ni. Sedap hati sy bc

      Delete
    3. Rose Naqiu... tahniah.. rasanya baby awak dah 3bulan ni... sori sebab baru perasan komen ni... ;p

      Delete
  6. Allahu. saya sedang mengandung anak ketiga. doakan saya tidak ceaser lagi. saja google mencari semangat dan juga mencari "rakan seangkatan" ternyata masih ramai dan bukan saya seorang.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Takpe awak... macam mana cara bersalin tu kita berserah je.. yang penting baby dan maknya selamat... tahniah...

      Delete
  7. Assalam... Anak pertama saya czer sebab songsang. Saya terima, cuma biasalah orang2 kampung pndg rendah pada ibu czer, seolah2 tak sehebat org bersalin normal.
    Alhamdulillah...saya amalkan produk Shaklee, dlm seminggu czer sy dah kuat dan kurang sakit. Memang sakit bila bjln tp nasihat saya, jgn jln terbongkok2. Kita czer mesti bjln lurus spya luka cpt baik luar dlm.
    Skrg sy mgandung 41 minggu hehe. Anak pertama baru 1 thn 6 bln.doakn sy bsalin selamat. Tak kisahla saya normal atau czer, saya terima.
    Jgn pandang rendah ibu yang czer, tahukah anda yg perut kami dbelah 7 lapisan....

    ReplyDelete