Tuesday 24 June 2014

Masalah Ketika Mengandung: Berat Badan Naik Mendadak!!!

Salam,

Isu ni bukan lah satu isu baru bagi wanita yang mengandung. Istilah makan untuk 2orang  memang langsung tidak boleh diterima masa sekarang ni. Masalahnya saya tak makan pun untuk 2 orang tapi berat memang naik dan macam tak sudi nak turun.  Kalau turun, lagi la saya risau sebab akan memberi kesan buruk pada bayi dalam kandungan.  Tapi yang saya amat frust sedikit la.. ehh frust banyak kerana mereka (KKIA) seolah-olah tak puas hati.  Macam diorang nak pastikan jugak saya ni ada diabetis or darah tinggi.  so baru la padan dengan berat badan yang naik ni.  Bukan la saya melekehkan kerja mereka dan saya tahu kalau checkup kat KKIA ni memang detail. Tak boleh terlepas punya. segala benda diorang check.  Tapi kalau dah sampai kena paksa minum air gula untuk kali ketiga, Apa kes... tension tau tak. Sepanjang checkup kat situ hinggalah dah masuk 33 weeks ni kedua2 result minum gula tu memang lepas, BP pun memang sentiasa ok. Cuma berat je yang asik pen merah. 

owh yaa lagi satu, oleh kerana bersalin yang dulu saya ceasar, so saya diminta refer ke doktor di mana2 hospital. Saya pun pilih la HUKM dan setelah buat appointment 2 minggu yang lalu, saya pun dapat la tarikhnya 19June ari tu.  saya pilih HUKM ni sebab hospital ni cukup bagus dah banyak doktor pakar.  Cara diorang check pesakit tu cukup detail dan segala benda dia akan selidik.  ini atas pengalaman saya refer kes anak saya dulu. Kan dia lahir dulu emergency ceasar, so ada masalah sikit pada jantung (nak cerita panjang pun tak reti).  Doktor yang check tu memang bagus. Walaupun lama kami dalam bilik tu, tapi segala benda dia periksa.  kira puas hati laa dan alhamdulillah, masalah jantung yang di detect oleh hospital Sg Petani (tempat anak saya dilahirkan) dah pun normal seiring dengan pembesaran anak saya.  

Malangnya tidak bagi kes saya, setakat dia nak pegang2 perut dan check yang rutin (macam doktor kat KKIA jugak) baik saya tak perlu bersusah payah ke situ. Saya nak cerita masalah tulang belakang saya yang sakit sangat ni pun terpaksa pendam je. Memang la masalah sakit pinggang ni bukan lah luar biasa bagi orang mengandung tapi atleast selidik la lebih lanjut. haii frust2. Dah la hospital ni saya kena bayar. (sebab tempat kerja dah tak kuarkan GL untuk hospital yang sudah dinaik taraf ke Pusat Perubatan) tapi check gitu2 je.  :(

Susah kan bila dah terlalu detail tu, sampai tension pulak saya ni.  Tapi kalau lebih kurang pulak, rasa geram pun ada.  Apa pun, biarlah realistik sikit. baru la puas hati. 

*KKIA - klinik kesihatan ibu anak

Monday 9 June 2014

Set Berpantang: Pilih yang set atau loose item?

Salam

Semasa tempoh berpantang anak pertama dulu, saya memilih set leesa formula (ConfineMum set A RM215).  Dalam set tu ada tablet prawan, tablet haruan, ginger cream, minyak telon dan body contour gel. Bengkung saya tak beli pulak. Atas alasan apa pun saya tak ingat. Tapi yang saya tahu saya pilih Leesa Formula ni sebab dia boleh untuk bersalin normal dan juga yang cesarian. Lagi satu penggunaannya sangat praktikal dan sesuai untuk mereka yang berdikari sendiri ketika berpantang. tak susah2 nak bancuh2 or rendam2.  Tetapi yang saya guna habis ialah, tablet haruan, ginger cream dan minyak telon nya sahaja.  Tablet prawan, body contour gel masih ada sampai sekarang!!! Berapa punya tak disiplin daaa... hmm tapi tablet prawan tu saya stop sebab panasnya effect kat anak saya rasanya dan body contour gel tu hangat2 taik ayam je bila nak menyapunya ke perut. 
Sumber Google

Tapi bila mengandung kali kedua ni, saya tukar selera pulak.  Kali ni amik loose item.  Sebab bukan semua yang ada dalam set tu kita akan guna dan tak sesuai dengan kita.  Macam leesa formula tu, mmg ok cuma saje nak try yang lain dan tak panas. 

Kali ni saya pilih Tanamera, NR, dan Spa & Ma... tudiaaa punya la ramai. Tapi ni semua beli yang perlu sahaja dan sesuai untuk yang buat sendiri masa berpantang. (takde yang perlu bancuh2 or rendam2) kecuali teh dan herba bath

Untuk Tanamera saya beli: (sumber gambar dan boleh beli kat sini Bornda)

1. VCO -  ni sesuai untuk sapu kat perut, urutan perineum (sila google untuk tahu apakah ia) dan juga untuk diminum.  sesuai jg utk disapu pada bahagian kulit yang lain.. sedap je bau dia... (bau biskut kelapa)

2. Brown Soap- yang ni saya tak start guna lagi.  Sabun ni mcm scrub jugak dan sesuai la untuk digunakan semasa berpantang & sebelum bersalin bagi membuang segala sel kulit mati yang menimbun itu

3. Herba Bath -  Bagi mengembalikan kecergasan badan.  Ok, yang ni memang kena masak dalam air mendidih bagi mengeluarkan khasiat herba tu... Tak pasti ada berapa dalam pek tu dan boleh diulang guna. so nak mandi herba sepanjang berpantang pun boleh... Lagipun awal berpantang tu, mak mertua akan carikan daun2 herba untuk buat mandi saya. so herba bath ni kita boleh buat sendiri dan teruskan untuk minggu2 berikutnya. syok ooo...


Untuk NR pulak saya beli: (sumber gambar dan boleh beli kat sini Nonaku)

1. Akar Herbanika- Teh herba ni untuk diminum (jgn buat mandi tau).  Memanaskan badan dan melancarkan darah.  Teh ni tak la sepanas kalau kita terus makan jamu. So boleh di consider untuk yang breastfeed jgk.

2. Minyak Herbanika- Digunakan sebagai minyak urut.. bau dia memang sedap dan memanaskan badan orang yang berpantang. Jangan lupa sapu kat tapak kaki sebelum pakai stokin ye.

3. Phyto Natal - Untuk mengatasi sembelit dan melancarkan pembuangan. ;) serik dah dulu sembelit gila time berpantang.

4. Krim Herbanika Barut- Khusus disapu pada perut sebelum pakai barut atau bengkung.  NR ni ada 2 jenis. yang bancuh dan yang dah siap krim. so saya pilih yang krim punya. Mudah nak guna.


Untuk Spa & Ma saya cuba 2 item ni (sumber gambar dan boleh beli kat sini Bornda)

1. Pilis - Bagi mengelakkan gelap mata ketika berpantang serta pening yang sewaktu dengan nya... Pilis ni pun saya pilih sebab dia tak perlu dibancuh. Boleh terus sapu kat dahi je.  Yang dulu saya beli yang bancuh. Tu yang malas tu. sebab nak kena bancuh2 atas piring... (alasan..;p

2. Feminine Wash- Ini pun saya beli yang siap dalam botol dah. Senang nak guna. Picit je kat tapak tangan.


Ok laa... itu saje serba sedikit cerita set berpantang pilihan saya.  owhh citer bengkung kat lain entry ye...

Nota: sorry gambar kecik je... kalau nak tahu maklumat lanjut utk setiap produk sila berkunjung ke link yang saya sertakan itu ye...

Misi Mencari Baju Baby

Salam...

Setelah sekian lama asyik tertangguh dengan pelbagai hal, akhirnya sabtu baru ni terbeli juga baju untuk baby.  Puas fikir nak pegi beli kat mana.  Last2 kami pilih Parkson. hmmm nak kata murah sangat sales dia tu tak la jgk tapi sebab nak celebrate birthday husband jugak pada hari yang sama. So pegi tempat yang ada semua nya itu iaitu KLCC. Nak kata celebrate romantik2 sangat tu tak laa.. sebab dengan si Danial yang tetiba aktif kat restaurant tu. Haihhh makan pun macam tercekik. Dia makan sikit je. Sudahnya kita pulak yang kena habiskan makanan dia. rugii wooo kalau biarkan je.  Mana laa mama tak naik berat ni. Kalau doktor tanya lagi, mama cakap je ni semua Danial punya pasal... haha...

Happy Birthday Sayang...
Baju baby ni pusing kot mana pun brand dia macam tu jugak. Tak Anakku, Baby Kiko tak pun Pureen.  haaa Pigeon satu lagi...  Rasa nya Danial dulu pun sume brand ni jgk.. owhh dulu Danial banyak beli brand Disney. hmmm Parkson takde Disney rupanya. Mula2 tu tengok jugak kat Motherscare. Memang sedia maklum harga kat Motherscare ni sangat la mahal.  Setakat nak beli satu dua tu ok laa.. Tapi semua nak borong kat sini tu, macam sakit sikit.  Tapi kalau untuk Toddler, memang ok rasanya. Dengan pilihan baju yang cantik tu, buat kita rambang mata.  Kalau dulu orang mcm pening nak cari baju utk boys kan, tapi kat Motherscare ni jadi spoil pulak. Huhu... Owhh Danial, nnt mama beli baju Danial pulak ek...

Walaupun brand2 yang saya sebut tadi tu masih affordable, tapi bila dah dia jual asing2 (baju n seluar asing) beratus jugak peruntukan baju baby ni. Masa pilih tu memang la best, tapi bila membayarnye.... ish ish... rezeki kau la dik... Tu belum masuk sabun, la diapers la, lotion sume tu. Owh yaa... macam saya, selalunya untuk baju baby ni saya prefer beli yang saiz 3-6 month.  Sebab boleh pakai lama sikit.  Untuk Newborn size, saya beli sikit je (tak sampai 5 pun).  Baby cepat je besar n nnt dah tak muat. Sayang je baju tu.

Lepas pilih2 tu, promoter akan letak baju kita kat kaunter.  So boleh la kita beli benda lain pulak.  Masa nak bayar tu, boleh pulak barang saya (timbunan baju) dicampur sekali dengan orang lain punya.  Dah la yang beratur tu suami. Dia pun bayar je skali ntah sape punya.  Dah ada 3 helai extra.  Nasib baik la orang tu pilih yang ok dan tak sama dengan yang saya dah pilih. Kalau tak, tension je. Dalam banyak2 tu, brand Pigeon ni agak mahal tapi kain dia memang sedap. Lembut je...

Nota: Lepas ni kita mendobi pulak ye.... haaa banyak nye nak kena buat...