Friday 22 May 2015

Salah ke saya bersalin di Hospital Kerajaan

Salam

Cerita 1
ehh apa ni?

MC hospital kerajaan

HKL? 

yup

kenapa pegi hospital kerajaan?

Kenapa?

ye laa, mana ada orang keje kat sini pegi hospital kerajaan

owhhh  


Cerita 2
 kenapa dia pegi hospital kerajaan?

pasal apa tak boleh pulak

Sengkek sangat ke pegi hospital kerajaan

Ada complication kot

Ye ke... tak pernah dengar lagi orang2 sini pegi hospital kerajaan

-_____-




Ye memang betul.  Kedua-dua anak saya dilahirkan di Hospital Kerajaan.  Jadi apa masalahnya.  Adakah menggunakan perkhidmatan Hospital Kerajaan ni, saya dianggap sengkek? hmmm sabar je laa

Banyak sebab saya gunakan hospital kerajaan tapi saya akan bagi satu sebab je.  Antara sebab utama ialah saya percaya pada perkhidmatan Hospital Kerajaan.  Jadi pada yang tak percaya, dia ada pilihan untuk pergi hospital swasta.  Maka dengan  itu terpulang la kepada kehendak hati dan tubuh badan masing2.  Mungkin keselesaan tak boleh jadi perbandingan.  Tapi sekarang hospital kerajaan dah banyak yang baru, so kemudahan adalah tip top. Xde lagi istilah macam rumah hantu la, toilet jauh la.  Kecuali la memang dah hospital tu memang lama. nasib ler.  Satu lagi,  Staff nurse ke, JM* ke tak semua celupar seperti digambarkan oleh sesetengah orang.  Mungkin nasib dia tak baik sebab terpilih untuk menerima layanan dari nurse garang or nurse cakap lepas. huhu.  Alhamdulillah, selama pengalaman saya guna perkhidmatan Hospital or Klinik Kerajaan ni, Allah mudahkan dan saya berurusan dengan nurse2 yang baik dan beretika. 

Saya rasa macam tak perlu untuk terangkan satu2 sebab kenapa saya pilih hospital kerajaan kepada mereka yang memandang rendah.  Itu adalah hak masing2 untuk pilih apa yang sesuai atau patut untuk diri dia.  Saya buat entri ni bukan untuk kata Hospital Swasta tak bagus malah saya sendiri pilih swasta untuk kes2 tertentu.  Cuma yang saya kesal kenapa pilihan untuk bersalin di hospital kerajaan dianggap sebagai sengkek.  Pedih betul tuduhan tu. 

Memang la tak dinafikan ada kelemahan dan kekurangan bila berurusan dengan Hospital/Klinik Kerajaan ni. Bukan mudah mereka nak maintain kualiti kalau dah pelanggannya beribu orang dalam satu hari.  Diorang pun manusia biasa jugak yang ada macam2 emosi, perangai or sikap.  Kalau pegi swasta pun bukan semua servis dia tip top sebab saya sendiri mengalami pengalaman yang tak menyenangkan.  Kesimpulannya selagi dia diselenggara oleh manusia mesti ada cacat cela.  Sabor je laa...

Ok laa... harap ada yang tak kecik hati ye :P

Terima kasih 
- Klinik Kesihatan Ibu Anak Kg Baru
- Klinik Kesihatan Batu 9 Hulu Langat
- Hospital Sultan Abd Halim Sg. Petani

*JM- Jururawat Masyarakat

Notakaki:  Peace!!

Tuesday 19 May 2015

Saya dah baca DIAgnosis 2.

Salam...

Best

Itu je perkataan yang saya mampu zahirkan bila dah habis baca Diagnosis 2.  

Bagi yang tak tahu.  

Diagnosis2 merupakan sebuah buku yang diilhamkan oleh Dr. Anwar Fazal bersama #teamdiagnosis2 yang terdiri daripada para doktor yang terkenal.  
Bermula dengan Diagnosis (Bestseller Book 2014 PBAKL, MPH, Kinokunya) Dr. Anwar Fazal meneruskan dengan sequel nya DIAgnosis 2.

Nak cerita detail pasal isi kandungan buku ni tak aci la kan.  Sape nak tahu, kena beli dan baca sendiri.  Bila dah baca sila ambil pengajaran untuk setiap bab yang ada.  Semuanya berkisar tentang kehidupan kita.  Keinsafan akan terbit kalau anda betul2 menghayatinya.  Kerjaya yang memerlukan mereka pakai whitecoat ni bukan semata untuk kemegahan tetapi tak terkira pengorbanan yang harus dilakukan. 

Saya bagi 5 bintang.... *****

"Kenapa manusia selalu tak jujur dengan cinta?"
"Biasa.  Tiada bezanya dengan kita dan Pencipta"
"Tahu diri hamba tetapi masih terus galak melakukan dosa"
MENANTI SUPERMAN

Saya ada satu tanggapan ni.  Jangan kecik ati ek... Bagi saya, doktor ni ada satu level ego yang tak boleh dibatasi oleh para pesakit.  Hanya dalam tv je para doktor boleh dimarahi pesakit dan realitinya sila jangan argue dengan doktor ye.  Tapi bila baca buku ni, saya sedar yang doktor ni pun manusia biasa jugak.  Ada emosi. Ada hati. Ada jiwa.  Tak semua doktor tu sombong dan mereka ada perasaan jugak.  huhu. 

Notakaki: Kalau tak kerana bersalin, paling last saya dimasukkan ke hospital ada pada tahun 1986.  masa tu umur baru 6 tahun dan saya kena langgar ngan motor. huhu.

Tak pernah rai hari ibu

Salam...

Statement sendu dan cerita lapuk. 

Ini bukan kisah sedih. Hanya kisah benar yang memang benar. 

Seperti yang sedia maklum, 10Mei merupakan hari ibu.  Ia bukanlah cuti umum tapi kebetulan jatuh pada hari cuti – Ahad. 

Ia bukan sambutan yang wajib dan tak menjadi kesalahan untuk meraikannya ataupun tidak. Tapi berada di kalangan mereka yang sangat janggal untuk meraikan sesuatu atau menghargai sesuatu, menyambut hari ibu adalah sesuatu yang WHAT??? WHAT???

ok ok... 

Entri ini bukan untuk memedihkan ulu hati siapa2.  Entri ini adalah cara saya ucapkan Selamat Hari Ibu kepada mama saya yang jauh dimata tapi dekat dihati. Walaupun banyak sangat pencanggahan dalam fahaman sambutan hari ibu seperti;

'hari ibu haram' 
'takkan 10mei je sambut hari ibu' 
'dalam islam hari2 adalah hari ibu'...

Tapi saya tak kisah dan tak peduli.  Maka dengan itu, walaupun dah 19 Mei, saya nak ucapkan selamat hari ibu. (hari2 hari ibu)


Ni mama saya

Dia tengah belajar pakai chopstick

Mama saya pelik (bagi saya)

Walaupun saya dah 34 tahun, tapi saya masih tak hadam citarasa mama saya...

Segala benda yang saya nak beli kat dia, mesti kena refer kat adik dulu

Kalau tak kena gaya, mama memang akan terus terang je benda tu tak best or tak ok

'Sakitnya tuh disini'

Notakaki: Ayat yang saya tak penah lupa "kalau nak beli kain kat mama, jgan pilih color orang tua..."
huhhhh

Wednesday 13 May 2015

Minum susu untuk tambah susu

Salam...

Sejak akhir2 ni penghasilan susu semakin merudum.  

Bila dah keje, sume bergantung pada kekerapan kita mengempam susu. kalau malas, susu pun malas.
Selain tu, banyak sebab kenapa susu badan dah tak semeriah awal2 selepas bersalin dulu.  Selain tak kerap pump, faktor pemakanan jugak banyak memainkan peranan.  Mungkin kerana dah 9bulan bersalin, saya dah tak berapa nak jaga makan.  Suka2 hati je minum air sejuk. huhu. teringin sangat...

Saya pun bagitau la husband yang susu makin takde.  Tiba2 dia belikan saya ni

Enfamama A+ Maternal & Lactating Formula (untuk ibu mengandung dan menyusukan anak)
Jadi mula laa rutin saya minum satu gelas susu setiap hari... Husband saya cakap, baru la baby dapat nutrient DHA dan dot dot dot..... Semua yang salesgirl aeonbig tu cakap dia sampaikan kat saya balik.. haha...

ok ok... nak minum la ni...










Kalau la dia tahu yang balance susu masa mengandung ari tu ada separuh tin lagi... hmmmm


Dah rosak pun susunya... haihh... lama sangat dalam laci.
Tambahan:- nak review sikit susu EnfaMama A+ ni.  susu ni sedap.  minum dia tak muak pun.  kalau nak sedap sila bancuh guna shaker dengan menggunakan air masak suhu bilik.  sebab saya kalau minuman yang bersusu ni tak suka minum panas2 kecuali minum milo. 

tips bagi yang tak suka minum susu tu.  sila sematkan dalam fikiran yang susu ni untuk kebaikan anak jadi automatik hati kita akan terima. Lagi satu, jangan la bancuh gelas besar.  Buat dalam mug kecik je. 2 -3 kali teguk dah habis.  so tak la terseksa sangat.  owh yaa. jangan risau ye sebab susu ni tak menggemukkan sebab dia tak manis sangat.  selamat bersusu... huhu

Notakaki: Bila dah tak mengandung, susu ni sedap pulak.  Masa mengandung dulu nak bau pun tak lalu.

Tuesday 12 May 2015

Danial dan Dinosaur berpisah tiada

Salam

Dinosaur adalah sejenis haiwan prasejarah

Danial adalah anak saya -obviously :)

Dah tu apa kaitannya? 

Danial sangat sukakan Dinosaur.  Sejak umur dia 2 tahun dia mula mengumpul patung2 mainan dinosaur yang pada saya mungkin dia fikir haiwan tu ganas2 cute. 

Susun Dinosaur depan tv... "Disor nenok vivi"

Dengan lego pun dia 'cipta' Dinosaur... yang tinggi tu pokok

Birthday party pun tema Dinosaur

Dating pakai baju Dinosaur

Baju tidur pun nak gambar dinosaur

Buat sculpture bentuk Dinosaur 

Breakfast roti canai dengan Dinosaur

Shopping beli Dinosaur

Lepak mamak pakai baju Dinosaur

Lihat la koleksi Dinosaur ku...

Archeologist sedang meneliti fossil Dinosaur
TETAPI bila di bawa bertemu kesayangan nya itu, begini jadinya...



Danial tak sangka Dinosaur adalah sebesar itu. huhu...

Notakaki: Rupa paras bukan ukuran.  Walaupun baru sedar ia menakutkan, Danial tetap dengan Dinosaur2nya...

Bila baby kena demam campak

Salam,

Minggu lepas merupakan cuti panjang untuk mereka yang bekerja.  Kebetulan 1 May iaitu Hari Buruh jatuh pada hari jumaat dan terus sambung cuti sabtu ahad dan juga Isnin - Hari Wesak.  4 hari cuti membuatkan PLUS tersangat la jam.  Jadi kami hanya habiskan masa kat KL dan tak turut serta mereka2 yang lain beratur kat highway untuk balik kampung... huhu

Itu cerita cuti 4 hari.

Tapi nampaknya dah jadi cuti untuk seminggu.  Semua gara2 Safiyya kena demam campak.  Dalam entri lepas pun saya dah cerita yang Safiyya kena sakit berangkai2.  Demam tumbuh gigi, batuk, selsema dan paling grand iaitu Demam Campak. 






Hari Khamis 7 May, kami bawak Safiyya pegi ke klinik untuk semua sakit2 yang datang serentak tu.  Banyak betul ubat dia dapat dari makan sampai la ke ubat sapu.  Antara pesanan doktor yang sempat saya ingat ialah

  • Campak halus2 ni boleh berjangkit, jadi sila asingkan si abang... -gulppp nak asing abang dan adik?? Danial dah la suka gomol2 adik dia ni.
  • Campak ni boleh berulang
  • Tak perlu minum air kelapa sebab boleh menyebabkan baby cirit birit sebab panas
  • Mandi seperti biasa + sabun
  • Tak perlu letak losyen apa2
  • Cuma sapu calamine lotion sahaja
  • Nak mandi air daun bambu tu silakan. takde masalah
  • Beza antara demam campak dan denggi ialah kalau campak, demam datang dulu dan bila bintit2 tu keluar demam akan baik tapi kalau denggi makin banyak bintit, makin tinggi suhu badan dia. 

Last sekali kena guna nebulizer tu pulak untuk 3 hari berturut sebab batuk yang tak baik2 dan kahak yang menebal... (tak tahan dengar dia menangis + jerit)

Lepas 2 hari guna calamine lotion tu, kulit dia macam kering sangat.  so saya stop sapu benda tu dan lumur dengan bedak sejuk penawar (bedak sejuk yang saya guna masa abang dia demam campak dulu). 


Dah pakai bedak banyak2.. CANTIK TAKK


Wednesday 6 May 2015

Sekaligus

Salam....

Hari ni saya cuti sbb pengasuh cuti. Kebetulan hari ni Perak cuti sbb pertabalan sultan. Jadi saya boleh tengok tv utk saksikan upacara bersejarah tu.  Mujur Danial xmerungut nak tengok Robocar Poli xpun citer Pocoyo.  Dia tau kot mama dia ni julung2 kali dapat tengok tv.huhu.
Ok balik pada tajuk. 

Sekaligus ni berkenaan dengan Safiyya.  Sejak kelmarin badan dia naik bintit2 merah kat perut dan dada dan semalam bintit tu dah penuh 1 badan.  Secara rasminya dak fiyya ni dah kena demam campak.  Dalam masa yg sama dia juga demam tumbuh gigi. Hari jumaat lepas 1hb Mei sy perasan ada tunggul gigi bawah nak tumbuh dan badan dia dah start panas.

Tak cukup dengan tumbuh gigi dan campak yg sebabkan dia demam,  fiyya juga masih xbaik batuk dan selsema....

hmmm apakah boss saya akan faham dengan keadaan ni?? ntah laa.

Notakaki: Dilema ibu ber anak kecil yang bekerja.  Cuti sebab anak sakit seolah kisah lucu di sini. Tak lawak ok...