Wednesday 30 November 2016

Tua setahun dari suami... apa ada hal

Selamat hari jadi 

Selamat hari jadi

Selamat hari jadi Ayu

Selamat hari jadi

yeayyyy happy birthday untuk diri sendiri...

 -_____-

Malam tadi oleh kerana bebudak ni tak tido2 lagi, saya paksa diorang nyanyi happy birthday kat mak diorang ni... hehe...




Tapi kan... dalam semua yang best bila birthday kita ni, ada jugak yang tak best.  

Pertambahan usia... 

haaa jangan ingat seronok je tapi lupa yang awak tu semakin menua... haha.. ada ke perkataan menua...

Umur saya tua setahun dari suami... Tapi sebab dia nampak lebih matang, so saya rasa muda sangat 
-_____- 

Masa awal2 dulu, saya risau jugak dengan umur ni.  Paling takut orang komen "macam adik dengan kakak" uhhhh.  Tapi alhamdulillah takde pulak orang cakap macam tu malah orang tak tahu pun beza umur kami tu.. ehhh korang jangan bagitau orang tau. hehe... 

Tapi bila dah lama2, saya tak kisah pun.  Tua ke muda ke, suami tetap kena hormat... ada masanya saya teringat masa kami PJJ dulu.  Waktu tu saya selalu berdoa agar usaha nak tinggal bersama tu dipermudahkan.... Alhamdulillah setelah hampir setahun, suami yang keje kat Penang dapat keje kat sini.  Tiada lagi episod weekend spouse yang tiap minggu atau 2 minggu sekali kena mengadap puduraya tak pun hentian putra... Amin...

Tapi bila dah satu rumah ni, kadang2 saya tak layan dia baik2 pun... kesal jugak laa... Masa dia tido, saya tgk muka dia.  Rasa berdosa sangat. huhu. Tiba2 berazam nak jadi isteri dan ibu yang baik.  

Ok laa... azam saya sempena hari yang baik ni, saya mahu memperbaiki diri menjadi orang yang mampu memberi manfaat kepada diri serta orang lain.  ;) 

Happy Birthday Ayu-----------{@

#November
#happybirthday
#mommyofthree
#ilovemyhusband
#ilovemyfamily
#ilovemykids
#36yearsold

Notakaki: PJJ- Perkahwinan Jarak Jauh (berat mata memandang, berat lagi yang menanggung rasa)

Tuesday 22 November 2016

Fantasi vs REALiti

Salam

Saya selalu berangan menjadi seorang suri rumah sepenuh masa.  Saya tak sangka yang kerjaya suri rumah ni merupakan impian saya sebenar2nya.  Kalau dulu masa time belajar menjadi seorang berkerjaya adalah impian terulung termasuklah berpendapatan tinggi.

Apa nak buat... masa dan situasi mengubah persepsi seseorang tentang matlamat hidup.  Keluar bekerja, menerima gaji bulanan bukan lagi keseronokan saya... haihhh kalau la dapat, rasa nak berhenti kerja sekarang jugak... hehe... Tapi setiap orang tu ada sebab dan alasan yang tersendiri kenapa dia perlu bekerja dan terus bekerja...

Ok, kita lupa dulu tentang impian nak jadi surirumah tu.

Tapi masih bab berangan... hehe... alaa bukan kena bayar pun kalau berangan. kan kan..

Saya suka tengok Food Network Channel HD.  Style betul cara diorang masak dan saya pun start la berangan nak jadi macam Giada, Barefoot Contessa, Ana Olson... Seronoknya kalau pandai masak macam diorang tu.

Ini la fantasi saya...


Giada at Home

Barefoot Contessa

Bake with Ana Olson
Lagi sorang chef saya suka ni...

Martha Steward

Best kan kalau pandai macam diorang nih..  

Tetapi hakikatnya...

Saya kat dapur dah macam tak senang duduk.  Tengah2 masak, dentam dentum pintu peti ais dikerjakan dak Safiyya.  Sibuk dia menyelongkar makanan2 yang saya sorok dalam tu.  Tak cukup dengan tu, Shawqi pulak menangis mintak dukung... Puas dah rasuah dengan biskut, dia buang2 je untuk tunjuk perasaan.  

Last2 macam ni laa... sebelah tangan buat kerja, sebelah tangan dukung budak ni.



Macam tu laa kisah hari2 minggu saya kalau kat rumah.  Semua kerja kena buat terkejar2... Kalau salah seorang tido, baru la lapang sikit.  Itu pun bukan boleh rehat tapi itu lah masanya saya nak basuh pinggan, sidai baju, sapu sampah, mop lantai dan segala tok nenek keje rumah yang tak pernah habis...

Walau apa pun bebelan saya tentang kerja rumah, impian saya masih nak jadi suri rumah.. ajaib kan.

hew hew hew

Notakaki:  Shawqi dah boleh merangkak dengan jayanya malam tadi... 21Nov2016

Monday 21 November 2016

Kahwin baru 6 tahun tapi...

Salam...

Tapi apa???

Takde tapi tapi nya... tajuk je kasi cemas sikit.

 Alhamdulillah  syukur kerana Allah masih pelihara jodoh kami, pelihara keluarga kami, pelihara kedua orang tua kami... amin

Kali ni, entry tentang anniversarry terlewat 2-3 hari sikit... Tak sempat nak mengarang minggu lepas sebab Safiyya masuk hospital.


Haa dah 6 tahun pun kitorang kahwin.  6 tahun 3 anak... huhu.  Macam tak percaya je saya ada 3 orang anak.  Mula2 macam takut sebab risau tak boleh nak handle anak kecik ramai2.  Tapi redahkan aje dan eh eh dah besor dah pun diorang ni... 



Ok, apa ye saya nak bebel bila dah 6 tahun ni... 

Bila berada di fasa 1 separuh masa kedua ni,  saya lebih suka praktikan tahan tutup simpan hadam.  Saya tak pasti kalau kaedah ni merupakan cara yang betul tapi itu adalah cara saya.   Sebagai contoh, sekiranya berlaku sesuatu yang kami tidak bersependapat.  Saya akan tahan perasaan supaya tidak marah, lepas tu tutup mulut supaya tidak membalas balik sebab takut menjadi perbalahan lebih besar.  Kemudian simpan dalam hati supaya beringat perkara2 yang boleh jadi gaduh.  Akhir sekali saya hadam perlahan2 iaitu cuba analisis perkara tersebut bila emosi dan perasaan sudah stabil.

Seperti yang saya tegaskan, saya tak pasti cara ni betul dan sesuai diamalkan serta memberi kesan baik dalam jangka masa panjang.  Sebelum ni, saya akan cuba membalas balik dengan mempertahankan hujah serta pandangan saya.  Bila lama2 buat macam tu, keadaan menjadi lebih tegang dan memberi impak emosi yang teruk dalam diri saya.  So saya tukar strategi.  Biar laki bebel sorang2 dia dan saya buat macam takde perasaan je.  Saya akan respon kalau dia ajak berbincang.  Kalau ajak gaduh, saya buat muka Mr. Bean... hehe

Kesimpulannya, boleh ikut kaedah ni kalau anda rasa ia sesuai... kalau tak setuju, jangan tiru.  Ini kerana saya tidak akan bertanggungjawab kalau memberi kesan buruk dalam rumahtangga anda. 



Ok, kita cerita bab ringan2 pulak... 

Selalu kita tengok orang share gambar dia laki bini bahagia sejahtera dan loving2 gitewww...  Honestly, saya suka tengok asalkan caption tu kena gaya.  Jangan terlalu menunjuk2 romantis sampai orang baca pun boleh muntah hijau. Sebenarnya bagus tau bila kita tengok kebahagian orang lain ni.  Ia akan buat kita bersemangat untuk cari peluang berseronok2 dengan family kita sendiri... Itu bab tayang laki.. Macam mana pulak yang jenis jarang2 cerita or tayang laki ni? Tak tayang tak bermakna tak bahagia dik non... Tapi orang suka buat persepsi yang bukan2... ada saya pernah terbaca sorang akak ni yang asik post pasal hal dia ngan makanan je.. tiba2 satu hari post gambar dia ngan husband... terus orang komen "Ehhh akak ada suami rupanya..." hahaha.  Kalau saya la kan, mesti sentap... Tapi akak tu relax je.  

Bila dah masuk tahun ke 6 ni sepatutnya kita dah boleh paham karektor pasangan masing2.  Kalau dulu kita akan cepas berasap bila tak bersependapat, tapi bila dah masuk 6 tahun keatas, kita akan lebih adapt dengan perangai dia.  Suami dan isteri adalah orang asing yang di letakkan dalam satu bangunan yang sama untuk dikendalikan.  Suami suka A isteri suka B dan bila masing2 pertahankan cara sendiri akan mencetuskan pergaduhan.  Tapi bila dah lama2, suami masih suka A tapi dia tak tolak B malah boleh terima kalau A dan B digabung menjadi AB... begitulah juga halnya dengan isteri yang boleh setuju dengan AB.  

Haihhh dah 6 tahun pun... orang 10 tahun pun relax je...  Tapi nak sampai ke 6 tahun ni pun banyak cabarannya... Walauapapun dugaannya, salah satu aim kitorang tu dah pun tercapai iaitu nak tinggal di rumah sendiri... Memiliki rumah sendiri ni boleh kata semua orang idamkan.  Cepat atau lambat, semua atas rezeki masing2.  Nak kata kitorang cepat tu, tak jugak sebab kalau yang kategori cepat tu lepas 'Aku terima Nikahnya', terus mak bapak bagi kunci rumah dan kereta... hmm bestnya kalau macam tu... -____-  

Lain2 punya wishlist akan direalisasikan satu demi satu... Dengan izin Allah... 

Sekian lah karangan ulangtahun saya kali ni... Saya bukan pakar perunding rumahtangga.  Saya hanya berkongsi rasa.  Selamat ulangtahun ke-6 buat saya dan suami...  12:11:10 hew hew hew...

#throwback 2014
Gambar ni diambil 2 tahun yang lepas.  Masa ni saya masih mampu dukung Danial tapi sekarang memang tak larat dah... Dia makin hari makin membesar. Moral of the story, dukung la anak anda sepuasnya sementara dia masih kecil.  Nanti dah besar, dia nak peluk kita pun malu2... 

Notakaki: Masih belajar untuk menjadi ibu / isteri yang baik. 

Friday 11 November 2016

Antara Keangkuhan Penjual dan Kesengalan Pembeli

Salam....

Lama dah tak buat coretan tentang isu2 berurusniaga di alam maya ni... Hari ni macam ada mood sikit setelah puas belek draf folder yang semakin menimbun itu...


Saya ni peminat setia online shopping.  Bagi saya beli barang secara online ni sangat memudahkan saya dan keterujaan melebih2 apabila nak dapat barang tu.  Sebagai seorang pembeli saya sebolehnya cuba untuk tidak menyusahkan seller atau acah2 cerewet.  Honestly saya memang suka tanya segala detail tentang barang tu (kalau peniaga tak nyatakan) n then baru place order.  Tetapi kalau benda tu straight forward, tak de la nak tanya sangat.  contoh orang jual baju ke, shawl ke, buku ke.... dengan syarat, peniaga telah menyediakan segala maklumat tentang barang tersebut.. size, warna, cara pakai, material, dan sebagainya...

Akan tetapi kalau yang saya nak order tu makanan, saya mesti tanya lebih sikit... contohnya ada jamuan dan saya nak order kek.  saya mesti nak tahu kek tu besar mana, dan sesuai tak nak jamu bilangan orang yang ada... pastu design tu camne pulak.  perkara2 ni peniaga mesti standby untuk menjawab sebab ianya custom made... lain la saya order kek Secret Recipe yang memang dah ready made. Bila dah tahu detail, baru boleh order nak berapa biji kek... kan...

Ok cukup 2 perenggan cerita saya...

Kat sini sebenarnya saya nak relate kan tentang trend berjual beli alam maya sekarang ni.  Ada peniaga yang sangat humble.  Dah tulis segala detail kat caption pun orang dok comment PM PM PM.  tapi peniaga tetap menjawabnya dengan baik... Tetapi ada jugak peniaga yang tegas tak bertempat... mintak para pengkomen untuk baca caption yang panjang2 itew pastu baru tanya apa yang takde dalam detail.

Bila jadi camni, peniaga kena pandai jawab sebab nak tackle hati pembeli ni bukan senang.  contohnya "maaf kalau caption terlalu panjang, berkenaan dengan pertanyaan tadi, harga promosi nya ialah RM XX". Sebab bukan apa, mungkin pembeli tu terlepas pandang point2 penting kerana captionnya terlalu panjang.  Nak tegas boleh, tapi biar la kena pada cara kerana kalau tak kena gaya, ada pula terasa hati.

Itu cerita bab peniaga.  Maca mana pula dengan pembeli.  Biar pun orang kata Customer is King, tapi ingat peniaga tu takde perasaan ke... dah jelas kat situ tulis harga pun, dok komen PM harga... huhu pelik kan. Ada juga pembeli yang tak segan silu mintak resepi. Ok ini saya tak pasti manis ke tidak cara ni.  Orang tu jual makanan, pastu kau PM dia minta resepi dengan alasan nak buat jugak dan jual... tetapi kalau saya jadi peniaga tu, mesti saya kena istigfar dulu lepas tu saya bagi tahu jugak, tapi basic je laa.  dan harap dia faham susah payah kita menuntut ilmu untuk hasilkan makanan yang sedap2 lepas tu orang senang nak mintak resepi sebab nak jual benda yang sama.

haihh macam ni boleh

Bila jadi macam ni, tak payah laa peniaga nak mengamuk buat caption besar2, 

"anda beratur kat kaunter kfc tu cuba try mintak resepi kat orang jual tu.. agak2 dapat tak?" 
Ada juga yang pembeli yang secara sengaja atau tidak sengaja, condemn produk / servis penjual di bahagian comment.

contohnya

"betul ke berkesan krim ni. saya tengok muka penjual macam cucuk sana cucuk sini je" 

tak pun,

"mahal betul harga dia... kalau buat sendiri lagi jimat..." 

-___-

Cer try buat... jadi ke tidakkkk... huhu


Sebagai pioneer sesuatu produk, tak perlu la rasanya kita nak perli atau memandang rendah kepada orang yang cuba nak meniru kreativiti anda mencipta sesuatu inovasi tu.  Kadangkala persaingan tu membuatkan kita lebih gigih untuk memperbaiki apa yang kita ada.  ehh tetapi ini tak diterima pakai kalau patent kita ditiru dan jual pulak dengan harga yang lebih murah.  tambah2 lagi anda dah membeli hak rekacipta barang tersebut.  apa yang saya maksudkan tadi ialah, nasi lemak hijau (contoh) korang tengok ek, sorang jual nasi lemak hijau dan meletop2 sales dia, lepas tu berimbun penjual nasi lemak hijau kat taman tu... fenomena ni biasa... jadi orang yang awal2 buat tu, tukar la ke nasi lemak biru ke merah ke.. kan banyak color lagi tu... hehe... 

Saya ni bukan apa, saya pernah kena dengan seller... Pantang sikit tanya soalan, terus balasannya menusuk hati... adehhh. 

Berbalik kepada cerita seller tegas tak bertempat. Ye memang sangat mengharukan bila kita dah provide segala details, tapi orang masih tanya benda yang dah jelas.  Paling dahsyat ialah comment PM memanjang... nak PM apa agaknye ek... Dalam kes ni, seller jangan la sinis sangat, tanpa potential buyer, siapa la kita... lagi pun, kalau kat facebook, lagi ramai yang comment, lagi galak status anda berlegar2 di timeline.  secara tidak langsung ia akan buat ramai pengguna perasan akan kewujudan anda... so biar je laa orang comment PM pun.  :P 

Yang asik comment PM tu, kalau boleh detailkan sikit comment tu... 


Jadi antara keangkuhan penjual dengan kesengalan pembeli, siapa lebih teruk?? siapa yang lebih meninggalkan kesan? sebenarnya sama dengan je dua dua ni... apa yang penting ada lah memahami peranan masing2 serta tahu apa yang patut dan apa yang tidak patut.  sebagai peniaga, kita juga adalah seorang pembeli atau pengguna.  Bila jadi pembeli atau pengguna, ambil masa untuk mencari segala maklumat sebelum bertanya...

Notakaki:  Ini hanya pendapat peribadi saya sebagai seorang yang pernah buat online bisnes dan juga online shopper yang tegar.  Sekiranya ia menggangu perasaan anda, saya minta maaf sangat2... 





Friday 4 November 2016

Happynya bila menang #GiveawayNisakay350

Salam...




Selamat berjumaat semua... 



haaa tengok tajuk tu... 



buat saya senyum dari tadi sampai la sekarang... 





Alhamdulillah... ada jugak nama yang sangkut untuk GA yang saya masuk...

thank you Nisa Kay...


Notakaki: Happy Mode ON

Thursday 3 November 2016

Malaysia Book of Records "The Most Number of Planks Breaking in a Taekwando Event

Salam...

Ni cerita Hari Sukan Negara bulan lepas bertarikh 8 Oktober 2016.

 adehhh baru nak update kat sini. makin nak bersawang pulak folder draft ni.. huk huk

Bertempat di ecurve Damansara, berlangsung Hari Sukan Negara peringkat negeri Selangor.  Banyak la jugak acara yang ada hari tu... Dari sukan yang lemah gemalai sehingga lah yang extreme2... 



Dalam banyak2 acara, planks breaking yang saya tunggu2.  of course laa sebab anak saya Danial terlibat... keh keh.. Walaupun Danial nampak letih, tapi event ni bagi pengalaman yang bagus kepada dia... kecik2 dulu mama tak merasa sume ni nak.. 

Owh yaa...planks breaking tu maknanya pecahkan papan... alaa macam yang dalam karate tu..

 haiyakkkk (siap bagi sound effect lagi..)


Acara ni planks breaking ni bermula pukul 2 petang seiring dengan perasmian yang dilakukan oleh YB Dato Noh Omar.  Memang jenuh jugak laa budak2 ni menunggu... ada yang menguap2 dah kat situ... ye laa kan tengah hari tu nap time budak2... huhu.  

MBoR... 2700 planks breaking

Macam2 ragam... sampai senget dah batu2 tu.. 

anak bujang saya... dah 5 tahun pun... 
Kepada semua parents di Bandar Saujana Putra, kalau ada anak berusia 4 tahun ke atas dan teringin nak hantar ke kelas taekwando setiap hari ahad, boleh hubungi




Notakaki: tujuan saya dedahkan dia dengan sukan taekwando ni bukan nak suruh dia berlawan.  Tapi melatih dia supaya lebih fokus dan mendengar arahan... HEH..