Friday 14 March 2014

Bercerai susu... akhirnya :)

Kisah bercerai susu ni dah pun saya sentuh dalam entry yang lalu dan entry ini juga.  Semua tu proses dalam memastikan Danial tidak lagi bergantung kepada susu badan untuk tidur.  Memang agak payah nak hentikan kebiasaan itu dan bukan boleh dibuat secara serta merta.  Mula2 tu kurang kan susu badan pada waktu siang dengan banyakan susu formula. Lagipun waktu ni dia leka buat benda lain so tak la ingat sangat. Tapi kalau waktu malam, tahu je dia nak mencari sumber kehidupan untuk tido.  Macam dah tak boleh tido tanpa benda tu. haihhh... Tetapi sejak saya mengandung ni dan umur Danial pun dah hampir 2 tahun 5 bulan, proses bercerai susu sangat la giat dilakukan.  Kalau ikut nasihat doktor, takde apa mudarat pun pada bayi dalam kandungan tapi letih kat mama nya la. Masa awal2 tu memang saya ok lagi. tapi sejak dah masuk 2nd trimester ni, makin sakit pulak. Rasa kulit2 disekitar tu makin sensitif dan sangat menyakitkan apabila disentuh. apatah lagi kalau menyusu... hmmm

So hari2 la saya cerita n bagitahu Danial yang dia dah besar, minum guna botol je. Susu ni untuk adik sambil suruh dia pegang perut saya. Ntah la dia paham ke idak. Tapi muka kerut2. huhu. Setiap kali dia merayu nak menyusu tu saya akan cuba ingatkan yang susu ni adik punya.. Lama2 tu pandai la dia tido sendiri... Memang letih jugak la kan nak dodoi kan dia supaya tido.  tepuk2 laa garu2 laa... Kadang2 tu ada jugak menguji kesabaran bila dia bangun ditengah malam kerana nak menyusu. Bila buatkan susu formula, lagi dia meraung tak mau. Adehhh sabar je la. Puas la pujuk2 n dodoi2 balik untuk sambung tido... 

Dalam hati ni kesian dan rasa nak bagi je. Tapi kalau bagi, memang takkan berhenti la. so kena sabar banyak2. Sebab budak2 ni nak test je. kot2 la tangisan dan raungan mereka itu boleh dapatkan apa yang mereka nak. hmmm dah tau dah akal tu... 

Jadi, bagi ibu2 yang masih berusaha untuk bercerai susu tu, teruskan usaha ye.. jgn putus asa.


Friday 7 March 2014

Danial bakal dapat adik??

Entry tertangguh.... (dok dalam draf sejak December 2013.... huhu)

Salam,

Ia bagaikan mimpi.  Peristiwa lebih kurang 3 tahun yang lalu berulang kembali.  Hati sangat berdebar2 bila menghadapi situasi itu.  Walau apa pun, saya sangat bersyukur.  Setelah puas membuang segala keraguan dan kerisauan dihati, saya redha dan berlapang dada menerima kurniaan Ilahi.  12 August 2014 kami suami isteri akan menerima orang baru.  Danial akan dapat adik.  Yeay!!! ehhh Alhamdulillah. 

Bukan apa, dengan usia dah 33 tahun ni bila mengandung lagi terasa seram sejuk.  Tetapi bila mengenang segala nikmat yang akan dilalui sepanjang tempoh mengandung, saya bagaikan tak sabar melihat perut membesar sikit demi sedikit. Ingatkan saya dah tak berapa subur. Ye laaa sepanjang 2 tahun ni tak pernah miss period walaupun saya tak guna apa2 alat perancang.  ehhhh ada laaa... lebih kurang setahun je guna protection.  Lepas tu hantam sajalah... huhu. 

Kronologi... (haha tak menahan ayat tu) 

2 December 2013, sepatutnya saya period hari tu. Tapi period tak kunjung tiba. Takde perasaan apa2.  (takkan la lewat sehari dah nak bazirkan UPT). 

3 December 2013, period saya turun tapi sikit je. (perasaan ketika itu, pun masih biasa) 

4 December 2013, period saya kering. sikit pun xde.  aik pelik ni. Tak penah2 mcm ni. kalau tidak time ni dah sakit perut dah. 

5 December 2013, period ada balik tapi lagi sikit dari hari pertama... lepas tu kering... malam tu saya dah berkira2 kalau esok pagi tak period lagi, saya nak buat UPT. 

6 December 2013 Jeng3x... (guna stock lama masa 1st pregnant dulu.) 

Masih takde perasaan. Tapi senyum sorang2... Check balik kotak UPT tu. Alamakkk dah expired rupanya benda ni September 2013. hmmm betul ke tidak result upt ni ek?? Saya pun terus mandi cepat2 n solat subuh. Berdoa banyak2 supaya saya tak kecewa kerana sudah mengharap dan  kandungan kali ni ok  + sihat hendaknya... 

Balik keje petang tu singgah farmasi beli UPT baru.  Saya beli 2 lagi. Tapi kali ni tak beli yang mahal macam mengandung yang dulu. Orang farmasi tu kata, sama je mahal atau murah.


Alhamdulillah masih 2 line.

 
Nota:
Sekarang dah 17 minggu 3 hari
Dah pegi checkup 2 kali pun
Air gula pun dah minum... Berdebar tunggu result.. Mintak2 la ok..