Tuesday 24 February 2015

Kerana Namee saya dah terbeli benda ni

Salam...

Ada sorang blogger ni yang saya tak pernah miss baca blog dia.  Nama dia Namee Roslan. Setiap kali ada entry baru mesti saya akan baca sampai habis.  Cerita tentang kehidupan dia ke or product review dia ke memang menarik untuk dibaca.  Ni ada la satu benda yang pernah di review oleh Namee iaitu Lactacyd... Alaa feminine wash tu.  hmm kalau dah perempuan tu kan, bila dah terbekenan tak lena tido dibuatnya.  Mula2 malas nak beli sebab feminine wash yang saya guna masih ada lagi.  Tapi sebab dah gatal sangat tapak tangan kiri ni, saya pun beli laa..  Tidak la saya beli semua jenis.  Antara banyak2 tu saya pilih yang ni:

Baru seminggu camtu saya guna brand ni.  Memang ok dan kesan penggunaan tak mengeringkan kulit. Bau dia pun sedap.  Tak terlalu wangi dan tak terlalu bau ubat dan ini sangat best bagi saya.  Kalau anda rajin pegi la ke website dia.   Kat situ bermacam2 info tentang penjagaan miss V ni.  Siap ada personality test yang boleh menentukan jenis mana yang sesuai dengan lifestyle kita sama ada pilihannya hygiene, soft & silky, all day fresh, white intimate atau revitalize. 

Mungkin ada pendapat mengatakan, lebih elok cuci guna air biasa je tanpa sabun.  Tapi Lactacyd ni diformulasi dengan bahan semulajadi yang mampu mengekalkan ph balance miss v kita tu.  jadi jangan la ragu2 untuk mencuba ye.  eh eh ... ;p 

Notakaki:  nanti saya cerita lagi benda lain yang si Namee ni 'kenakan' saya..


Monday 23 February 2015

Apabila anak-anak menangis di tempat awam

Salam,

Cuti CNY baru ni kami sekeluarga ke Segamat Johor kerana adik ipar melangsungkan pertunangan dengan orang sana.  Rombongan dari Sg. Petani je dah 2 kereta dan 1 MPV dan termasuk kami anak beranak 1 kereta.  Perjalananan yang mengambil masa berjam2 tu memang memenatkan.  Kalau orang dewasa pun tak senang duduk dah dalam kereta, apatah lagi budak2 kecik yang tak tahu nak luahkan perasaan iteww.. yang diorang tahu, menangis sekuat2 hati tanpa memikirkan tempat dan masa yang sesuai.  

Apa yang saya nak share kan kat sini ialah cerita perjalanan balik dari Johor ke Kuala Lumpur.  Dengan cuaca yang agak panas, membuatkan Safiyya menangis sekejap2 sepanjang perjalanan.  Walaupun sekejap2 tapi bersungguh dia menangis.  Kemain lagi air mata dia.  Yang abang pulak, smpi bocor2 diapers dia tu sebab banyak sangat minum sepanjang dalam kereta. Rombongan kami berhenti di RnR Ayer Keroh Melaka untuk makan tengah hari.  Sampai je kat situ, Safiyya pun berhenti menangis.  Mungkin kerana dia rasa lega bila dapat keluar dari kereta.  Tapi kejap je oleh kerana cuaca yang agak panas, dia sambung menangis.  Yang si abang pulak, bila dah tengok kami asik mengisahkan adik, dia pun start buat akal. tak mau tukar seluar.  Papa nya pun apa lagi, terus paksa dia mandi sebab dah alang2 nak tukar baju semua.  Pelbagai drama berlaku sebab Danial takmau pakai seluar lain selain Jeans dia tu.  Maka menjerit2 la kedua2 anakku ini.. Tuhan je la yang tahu perasaan kami waktu tu dengan orang ramai yang memandang dengan muka pelbagai sangka.  (ingat kami pukul anak kot).  Ketika itu jgk geng2 rombongan mengerumuni kami untuk cuba membantu menenangkan anak2 kami.  Tapi segala usaha itu nampaknya tidak banyak membantu kerana mengakibatkan kami terus diperhati kerana ramai yang berhimpun di situ dengan jeritan Danial semakin kuat yang sungguh menguji kesabaran.  Dengan rasa sedihnya saya terpaksa merayu untuk mereka terus ke tempat makan dan jangan tunggu di situ.. Tak sampai hati rasanya biarkan diorang lapar sambil menunggu kami yang tak tahu sampai bila anak2 nak tenteram.  Mungkin cara saya agak kasar kerana seperti menolak pertolongan orang nak membantu kurangkan tantrum anak saya tu. Cuma saya perlu ruang untuk bertenang tanpa ada sesiapa yang menunggu.  Kalau ikut hati, nak aje ajak suami terus balik ke KL.  Makan esok je la sebab sedih sangat rasanya hati ni.  Tapi tak elok la buat macam tu sebab kami datang dengan rombongan so balik pun biar la sama2. 

Setelah Danial tenteram dan boleh menerima seluar lain yang saya bagi, baru la kami boleh beransur ke tempat makan.  haaa lega kepala hotak kawe... 

Seperti biasa setiap kali anak saya si Danial ni mengamuk tak tentu pasal, saya cuba sedaya upaya untuk bersabar.  Walaupun hati ni geram sangat tapi saya cuba untuk tidak mengasari dia.  Apa yang selalu saya buat ialah membayangkan muka dia masa dia baru lahir.  Teringat segala wire yang berselirat kat badan dia tu.  Dengan oksigen nya, dengan jarum kat tangan dia yang kecik tu. hmmm insaf insaf. Terus tak jadi marah. Tapi kekadang kena cubit2 manja gak.. ter cubit sebab tak tahan. 

Notakaki:  Sentiasa ingat anak2 itu anugerah dari Allah yang tak ternilai.  Ia menjadi satu amanah kepada kita supaya menjaga dan menyayangi mereka sebaiknya.  Kalau anak2 buat hal tu, anggap la ia satu ujian dari Allah.  so bertabah lah.

Dah dapat keje baru

Salam...

Dapat keje baru?? Tiba-tiba rasa nak berubah angin.  ok gurau je.  

Sebenarnya maksud kerja baru tu si Safiyya ni haa... Dia skang dalam proses nak merangkak. Keje baru tu, aktiviti baru la maksud saya.. huhu.  Berusaha betul dia berlatih mengangkat badan.  Kemain lagi goyangnya sampai tak kira masa. 




Safiyya: 6 bulan 14 hari

Wednesday 18 February 2015

Yang mana satu patut kita kenalkan dulu pada baby - Sayur atau Buah

Salam...

Kalau baby kita dah mencecah umur 6 bulan, mesti akan terfikir apa yang patut kita kenalkan dulu sebagai makanan pertamanya.  Ada yang bagi buah, ada yang memilih sayur.  Sebenarnya tak ada apa beza pun sama ada sayur ataupun buah.  Keduanya tidak mengganggu sistem penghadaman.  Tetapi menurut sesetengah pakar, lebih bagus kalau kita kenalkan buah kerana rasanya manis.  Senang la baby tu nak terima bila kita suap kat dia.  Pendapat lagi satu pulak, yang kata lebih bagus kenalkan sayur tu kata 'buah kan dah manis, so kenalkan sesuatu yang lain rasanya... - sayur lebih kepada tawar or pahit2 sedap.  Kalau dah pahit pun dia telan, lagi la kalau bagi yang manis... moral of the story, pahit manis kutelan jua... kih kih kih

Apa yang lebih penting sebagai mak mak ni, kena lebih tabah bila suap makanan kat anak.  Adakalanya kita kena bagi 10 kali percubaan bila memperkenalkan makanan yang baru. Jangan la baru sekali kenalkan dan bila baby reject, dah putus asa dan kata baby tak suka.  Padahal baby tu mungkin terkejut sebab first time dia rasa benda tu.  Lama2 bagi dia suka laa.. tapi kalau dah 10kali reject tu, toksah la bagi lagi. 

Sumber:  credit to Baby Center



Tuesday 17 February 2015

Cara mudah untuk merancang penyediaan frozen puree

Salam...

Makanan pertama yang saya bagi Safiyya ialah Apple puree. Respond Safiyya dengan first solid food nye tu...hmmm boleh kata ok laa.  Mulanya macam dia tak suka apple tu sebab menolak dengan lidah puree yang saya suapkan tu.  Berbeza dengan abang dia dulu yang sentiasa positif dengan segala makanan yang saya bagi.. dia nganga je bila saya suap.  huhu. Ini menyebabkan saya fikir dia bukan jenis pemakan.  Tapi bila dah berhari2 suap Safiyya dengan makanan, dia dah boleh terima.  

Ada 3 benda dalam fikiran saya bila dia tolak makanan tu.  samada;
Pertama, dia tak suka dengan rasanya.  ATAU
Kedua, dia terkejut sebab sesuatu yang lebih pejal dalam mulut dia. ATAU
Ketiga, dia tak reti nak telan makanan tu lantas mengeluarkan lidah.

Tapi bila saya perhati balik, sebenarnya Safiyya lebih kepada tak reti nak telan.



Nak warmup balik segala aktiviti buat homemade baby food 3 tahun dulu memang perlu ketabahan yang tinggi.  Ini kerana saya kena pastikan hari minggu segala puree dah tersedia dibekukan bagi memudahkan penyediaan makanan pada hari keje.  Jadi tak perlu la saya baru nak blend segala benda di subuh yang hening iteww... (Marah jiran2 sebab buat bising).  Bila setiap kali buat puree, saya akan, buatkan untuk 2-3 minggu punya stok.  

Cara mudah untuk merancang penyediaan frozen puree

1.  Beli 2 -3 jenis sayur @ buah dalam kuantiti yang diperlukan (agak2 untuk stok 2-3 minggu) - pastikan sayur @ buah yang bersesuaian dengan umur bayi anda. (Rujuk sini)

2. Bersihkan dan potong kecik2.  Steam kan mengikut jenis sayur @ buah.  Kalau steamer anda besar, lagi bagus sebab boleh steam banyak2.  Steamer saya kecik jadi perlu buat banyak kali. (little bean food processor.)



3. Bila dah siap steam tu, blend sayur @ buah mengikut jenis dan masukkan ke dalam ice cube tray yang ada tutup.  Kalau takde tutup, guna plastik macam kat gambar bawah ni
Carrot


4. Masukkan dalam peti ais untuk dibekukan.  Bila dah beku, keluarkan dari tray dan simpan dalam bekas lain. Sila label setiap bekas tu.  contoh: Carrot (February 2015).  Ia boleh tahan 1 - 2bulan.  kalau disimpan di tempat yang beku.

5.  Haa mudah je pun. Setiap kali mak mak semua masak bubur nasi, agak2 dah masak tu, campakkan 2 -3 ketul ice cube (frozen puree) dalam bubur tu.  boleh campur2 pelbagai jenis sayur kalau nak.  Tapi kalau baby anda baru di peringkat nak memperkenalkan makanan tersebut (6bulan), jangan dicampur pulak.  Kang alergic, tak tau mana satu penyebabnya.

Tugasan ini hanya anda perlu buat 2 @ 3 minggu sekali je atau bila frozen tu dah abis.  Kan dah menjimatkan masa.  Kalau nak tahu cara mudah buat bubur nasi, sila ke sini ye.

Notakaki: Kenapa saya gunakan slow cooker untuk masak bubur nasi, sebab nya di sini..  slow cooker

Friday 13 February 2015

Do and Dont dalam Penyediaan Makanan Bayi

Salam, 

Penyediaan makanan bayi walaupun nampak mudah tapi ada sedikit pantang larang.  Dalam kita seronok nak test makanan baru kat anak, kita perlu tahu makanan apa yang sesuai untuk usia nya.  Jangan main hentam je.  ok laa.. kat bawah ni saya share kan sikit tentang boleh dah tak bolehnya...

Do' s

  • Guna ice cube trays untuk membekukan puree.  Saiz hidangan bagi setiap cube adalah lebih kurang 1 ounce.  Apabila sudah beku, keluarkan dari tray dan simpan dalam bekas yang tertutup.  Ia boleh digunakan lebih kurang 2 bulan.
  • Buang baki makanan yang tidak dihabiskan oleh bayi anda kerana baktiera sudah @ mudah terhasil
  • Menu baru mesti diperkenalkan dalam tempoh seminggu atau sekurang2nya 4 hari bagi mengesan sekirannya bayi anda alah pada makanan tersebut.   
  •  Pastikan bayi anda diberi makanan jenis sayur2an dan buah2an terlebih dahulu  baru lah daging diperkenalkan.
  •  Memilih untuk mengukus (steam) bagi sayur2an dan buah2an untuk mengekalkan vitamin dan minerals sebanyak yang mungkin daripada merebus 

  • Gunakan air yg terhasil dari mengukus, breastmilk @ formula, susu lembu, yogurt, stok ataupun apple juice untuk mencairkan kuah / makanan:
  • Gunakan wheat germ, whole-grain cereal, cheese, telur kuning, yogurt atau mashed potato untuk memekatkan kuah

Don't s

  • Elakkan memberi berikut kepada bayi di bawah 2 tahun
1) kacang - berpotensi untuk tercekik atau alahan
2) popcorn - manis dan boleh tercekik
3) sayur mentah -makanan mentah tidak sesuai untuk baby
4) buah yang tidak dikupas- lilin yang menyelaputi buah boleh memberi kesan kesihatan pada bayi
5) peanut butter- alahan
         
  • Biskut bukan penyelamat untuk snack di waktu petang or pagi. (biskut yang manis2 tu).  Buat sendiri fingers food... senang je.. sila google resepi
  • Sayur2an yang dijual dalam tin (segera) mengandungi banyak sodium dan perasa tambahan.  Ia tidak sesuai untuk baby.  Kalau frozen vegetable ok kerana tiada or mungkin sedikit sodium.

  • Macam EBM jgk, jgn guna microwave untuk mencairkan puree.  Biarkan ia cair dan rendam dalam air panas atau gunakan warmer. Rasa dahulu dengan sudu iaitu meletakkan sedikit pada bibir bagi memastikan ia tidak terlalu panas untuk disuap pada baby.
  • Gunakan botol untuk menyuap baby pada waktu malam? Ia adalah bahaya, tidak elok untuk gigi dan tidak melatih cara pemakanan yang betul.
  • Orange, Tangerines dan Pineapples adalah tidak sesuai untuk bayi dibawah 1 tahun kerana ia adalah buah yang berasid tinggi.  Ini boleh memberi kesan kepada sistem penghadaman baby yang belum matang tu.
  • Telur putih adalah tidak boleh untuk bayi bawah 1 tahun kerana berpotensi mendapat alahan.  Kalau telur kuning yang dimasak sempurna adalah dibolehkan.
  • Baby tidak suka dipaksa2 untuk makan.  Untuk memulakan solid foods, mulakan dengan 1 @ 2 sudu sehingga baby anda boleh menerima perkara baru tersebut.
  • Lemak tak perlu disekat2.  Untuk 2 tahun pertama, bayi memerlukan lemak untuk pembesarannya. Mak bapak baby pulak... hmm tolong la jauhi makanan berlemak...  

 Itu la serba sedikit panduan dalam penyediaan makanan bayi. Mana2 yang boleh tu, ikut laa.. bukan untuk orang lain tapi untuk anak sendiri.  Saya pun masih belajar.  Jadi rajin2 cari maklumat ye...

Notakaki: #entrilama

Penyedian Makanan Bayi ~ part 2


Salam, ok ini kesinambungan dari part 1 tu.  Kali ni saya share tentang penyediaan puree pulak.
 
June 28, 2012
 
Hi... sebelum ni saya pernah share cara mudah nak sediakan bubur nasi untuk baby. sila rujuk entri yang lalu.  dan seperti yang dijanjikan, kat sini saya share sikit tentang penyediaan puree utk Danial.
Masa mula memperkenalkan solid food pada Danial, saya memilih carrot kerana bagi saya ia mudah, murah, sedap dan berkhasiat.  Kat bawah ni merupakan cara penyediaan carrot utk dijadikan puree bagi santapan anakanda yang terchenta... ehh ada broccoli jugak... so ada variasi warna sikit dalam makanan... oren n hijau.

1. Basuh bersih2 semua sayur tu... potong kecik2 mcm dalam gambar nih

Carrot

Broccoli



2. Stim atau rebus sayur2 tadi... Macam saya sendiri, saya lebih suka kukus je sbb nutrien akan lebih terpelihara.  Kerja2 stim ni menjadi lebih mudah dengan food processor jenama Little Bean nih... saya beli kat Fabulous Mum.  Selepas sayur siap dikukus, pindahkan ke sebelah kanan untuk diblend pulak...

Kiri: Broccoli yang sedang dikukus... Kanan: Siap sedia untuk diblend



Kukus Carrot pulak... Yang dah diblend lupa nak snap pulak :(

 3. Bila dah siap blend menjadi puree, masukkan ke dalam ice cube tray dengan menggunakan sudu... jgn terlalu penuh ye... nnt bila dah beku, dia akan mengembang sikit... (macam cupcake pulak)...  Ice cube tray ni saya beli kat Giant Hypermarket... rm3.99 je. Tapi takde tutup pulak.. so kena balut ngan plastik tu bagi mengelakkan ia tercemar kalau dibiarkan terdedah dalam freezer.

Nih yang sudah siap dibalut

Ni yang belum dibalut... (boleh ek buat ayat mcm nih :P)
4. Akhir sekali, masukkan dalam freezer utk di frozen kan ... Gambar yang dah jadi ice cube takde pulak sbb yang ni baru buat malam tadi... huhu...  lepas tu dah boleh tido dengan jayanye...  eh eh jgn lupa basuh semua peralatan yang digunakan ye... :)
ada bedak sejuk pulak kat sebelah...


Sebelum tido, sempat lagi lenyek*kan pisang untuk bekalan Danial ke rumah pengasuh...
Begini la rupanye... kalau pisang tu tak payah la blend ye... lenyek je...
Bekalan untuk Danial.. Bubur nasi + carrot + serbuk ikan bilis**, sebiji pisang dan biskut merrie. 

Nota: * lenyek @ lecek
          ** ikan bilis tu nnt saya cerita dalam entri yang akan datang ye..

Selamat bersantap... daa

Notakaki: #entrilama

Penyediaan Makanan Bayi ~ part 1

Salam... kat bawah ni adalah entri lama dari blog kedua saya. Entri ni adalah tribute to mak mak yang bercita2 menyediakan sendiri baby food untuk anak mereka.  Bagi yang rasa lebih mudah beli je instant kat supermarket, pun boleh  baca jugak.. mana la tahu terbuka hati nak sediakan sendiri untuk anak2 tercinta.. Air tangan ibu kan bagus... ;p 

June 20, 2012
 
Hi... kat sini saya nak share sikit tentang cara penyediaan makanan untuk Danial yang baru je berumur 7 bulan lebih. 26hb June ni baru genap 8 bulan.  dah besar anak mama.. :)
Buat pengetahuan semua, saya memang memasak sendiri bubur nasi utk Danial dan bekalkan kepada pengasuh tiap2 hari.  rasa saya, semua ibu kat luar sana mmg nak masak sendiri untuk bayi mereka... ye laa air tangan ibu tu penting apatah lagi makanan pertama bayi.  masalah tiada masa, letih, n mcm2 lagi adalah perkara utama yang dibangkitkan apabila ingin menyediakan makanan bayi... kesudahannya beli je kat pasaran. berlambak jual tu.. nak perasa apa.. sume ada... 
Saya sendiri baru nak belajar dalam menguruskan anak nih... mungkin ada yang kata 'eleh.. anak baru sorang dah cakap byk or tunjuk pandai.. bagi saya tak salah kalau kita nak berkongsi apa yang kita tahu selagi benda tu tak salah... ok la bagi memudahkan ibu2 yang bekerja, sedikit masa perlu dikorbankan pada hari minggu bagi memastikan anda tidak terlalu penat pada hari2 bekerja.. Maksud kat sini, bukannye kita buat bubur nasi utk seminggu pulak... tapi mungkin ada je yang buat mcm tu... :p Macam saya sendiri, carrot, bayam, kentang, labu, ayam, daging, n ikan bilis saya akan buat stok n simpan dalam peti ais. (nnt saya cerita dalam bab lain).  Tapi bubur nasi je masak hari2.  Nampak mcm renyah (leceh) jugak kan sbb kena cuci beras, masak, nak blend lagi... ish ish... so, apa yang saya lakukan ialah buat stok beras... cara2nya
1. Basuh beras (4 pot) bersih2... 
- nak lebih 4 pot pun takpe.. tapi kang kalau bnyk sgt nnt susah nak kering pulak
2. Tus kan air 
- beli la bekas penapis yang agak rapat supaya beras tak jatuh byk sgt
3. Keringkan atas dulang... saya keringkan semalaman. 
- ada jgk yang keringkan atas api... alaa goreng kering tu... saya penah buat mcm tu, tapi smpi nak hangit beras... :P apa pun kena pastikan betul2 kering sbb kalau beras masih lembab ia takkan tahan lama n akan berkulat.
Ratakan atas dulang... or nak cepat, panaskan kuali n kacau smpi betul2 kering
  
4. Blend kan beras yang dah kering
- lebih kurang mcm tepung beras la jadinya.. suka hati nak halus or kasar2 sikit...
Blend la smpi halus... kalau baby dah besar sikit tak yah halus sgt pun takpe.
5.  Simpan dalam bekas yang tertutup n jauh dari kelembapan...
- Pernah sekali beras yang saya dah siap proses jadi berkulat... eiii sedih betul.
pastikan bekas ni betul2 kering tau..
6. Senangkan... bila nak masak, masuk je 3 or 4 sudu dalam periuk... bila jadi bubur, dah boleh terus makan n tak payah lenyek @ lecek dah... saya akan masak sekali sehari je untuk 3 kali makan... tengah hari, petang n malam...
Masukkan je 3 @ 4 sudu beras yang dah di blend tadi... bila dah jadi buburnya, baru letak carrot ke, ayam ke or apa je sebagai lauknye..


Sedapnye bubur nasi ni... :)
Notakaki: #entrilama

Persediaan sebelum nak start homemade baby food untuk bayi 6 bulan

Salam

Masuk hari ni dah Safiyya dah berusia 6 bulan 4 hari.  Bila baby dah masuk umur 6 bulan ni tentunya dah sesuai untuk mulakan solid food.  Takkan nak bagi susu je kan.  6 bulan ni adalah standard yang dicadangkan oleh kementerian kesihatan. Kalau ada ibu yang nak bagi solid food sebelum dia cecah 6 bulan tu, terpulanglaa pada kehendak masing2.  Ketetapan ini mesti ada sebab dan antarnya ialah, pada umur 6 bulan ni baru la sistem dalam badan bayi sudah bersedia menerima makanan yang lebih pejal selain yang bersifat cecair.  

Ok, berbalik kepada cerita persediaan.  Apa yang saya lakukan ialah membelek kembali resepi2 yang sesuai untuk baby.  Selain tu, saya juga akan refresh balik aktiviti sediakan solid food 3 tahun yang lalu.  Nak warm up balik engine katanya... Bagi yang first time, boleh jenguk ke entry ni Peralatan yang perlu ada untuk mudah buat Solid Food dan juga klik pada Cerita Solid Food

Semua peralatan yang dah berhabuk tu saya dah siap bersih kan.  Tiba2 husband mencelah, "U nak guna slow cooker ke? Nanti bil melambung." Adehhh bukannya dia tak tahu, betapa mudahnya menggunakan slow cooker itew.  Saya sikit pun tak bantah, saya diam je n biarkan atas meja.  (mengambil pendekatan 'diam dulu, bising explain kemudian') Selain tu, food processor juga penting dalam proses penyediaan solid food ni.  saya guna jenama Little Bean.  Oleh kerana, bahagian blender tu dah rosak (akibat penggunaan yang kerap), tiba2 berangan nak beli food processor jenama Avent pulak.. eh eh eh.. sape tahu kedai mana jual murah ek?

Persediaan sebelum buat homemade solid food

1.  Cari resepi2 yang sesuai untuk baby- macam2 jenis puree yang mak mak boleh buat.  jangan terhad dengan carrot je memanjang. 

Cadangan pemakanan baby mengikut umur (.www.wholesomebabyfood.com)
2. Sediakan peralatan yang sesuai

 - Slow cooker (kalau tak pun periuk kecik yang khas untuk masak makanan baby- jgn campur dengan periuk yang buat masak sambal) 
 Cara masak bubur nasi dengan mudah ada di sini. Mudah Masak Bubur Nasi

Untuk mudah masak bubur nasi dan mengelakan hangit cepat

 - Steamer (kalau kita stim, khasiat makanan (sayur) lebih terjaga dari kita merebus)
ini contoh steamer dari google.  terpulang pada anda nak guna yang letrik or dapur gas

ni pulak contoh food processor. bagi saya, lebih mudah guna jenis ni sebab dia 2 in 1.  boleh steam dan boleh blend.

 -Blender (of course la untuk blend kan makanan2 tu bagi hancur... baby kan takde gigi.)
Saya dah pun beli hand blender nih... mudah sangat kalau nak bawak kemana2... tapi hanya terhad untuk kuantiti yang sedikit sahaja... kalau nak blend banyak2, sila guna yang biasa punya ye..

 - ice cube with lid (untuk bekukan puree - kalau takde yang bertutup boleh guna plastik transparent tu utk cover ice cube tray bagi mengelakkan penyebaran bakteria) 
Carrot and Broccoli
  -  storage (beli yang kecik2 untuk simpan puree2 yang dah di sediakan dalam kuantiti sekali makan.  sifatnya macam EBM jugak. Kalau dah cair dan dipanaskan, tak boleh dibekukan semula. 


Contoh yang ada dijual di kedai2 baby kat Malaysia
Ini antara sedutan bagi cerita homemade baby food.  banyak lagi sebenarnya saya nak share kat sini.  tunggu...

Ya Allah...

- Ya Allah... Semoga segala kekusutan ini berakhir dengan kebaikan... amin