Monday 18 July 2016

Rawatan Penutup Pantang

Salam...

haaa ni dah kenapa... anak dah 5bulan baru nak cerita perihal pantang...

saje je nak belanja cerita sikit.  masa maternity leave tu sempat masuk draf je.

Berkenaan dengan rawatan penutup pantang, benda ni tak wajib malah bukan semua suka berpantang pun.. so kenapa pulak nak berpenutup bagai kan... cuma bagi yang ada azam nak berpantang sungguh2 tu boleh la masukkan penutup pantang ni dalam budget jugak...

Rawatan penutup pantang ni ada yang dah mula dari hari yang ke-30... selalunya time tu nifas dah sikit2 je. so rawatan tangas dah boleh start.  owh yaaa ibu2 semua kena pastikan nifas dah sikit baru boleh tangas tau.  rawatan ini diakhiri dengan urutan satu badan termasuklah bertuam... bertuam tu ada yang panggil bertungku.   Urutan badan tu pulak dilakukan 3 hari berturut bagi melegakan urat saraf yang macam dah kematu tu.... 

Macam saya sendiri, saya hanya tumpu kepada urutan badan 3 hari tu... tudiaaaaa sakitnya time urut tu tak tau nak cakap.  Walaupun di awal pantang saya telah pun berurut dengan CL yang saya upah tu, tapi urutan penutup pantang ni lagi kuat dari yang biasa.  tambahan pulak saya kan menyusukan si shawqi ni haa... dari atas sampai bawah semua jem.  

Hari pertama urut tu dah macam berenang atas tilam tu... tak boleh nak relax2 pejam mata bagai... Nampak sangat banyak angin dah terperangkap kat sendi2 tu. 

Hari kedua pun masih sakit dan tukang urut tu pun gigih nak pecahkan biji2 angin.  sebab menurut akak mengurut tu, kalau dibiar macam tak berkesudahan laaa sakitnya...

Hari ketiga sakit semakin berkurangan.  Walaupun lebam2 dah terbentuk, saya tahan kan aje... dan magicnya, masuk hari seterusnya, lebam hanya tinggal lebam dan dah tak sakit pun bila saya tekan.. haaa waktu ni baru rasa lega.  

Khusus kepada mereka yang tinggal di Bandar Saujana Putra dan tercari2 tukang urut ibu bersalin, boleh la menghubungi Kak Gee 012-6267910 

Urutan dia memang cengginiiiiiii 


Notakaki:  Rasa nak mengurut lagi ni... Badan dah start sakit balik... haihhh

Anugerah Dendam Terindah

Salam Syawal #13



Saat saya mengarang entry ni, saya betul2 meletakkan diri serendah2nya tanpa dibatasi sebarang ego yang menguasai diri.

haihhh entah laa... 
betul la kata orang, saat hati kita betul2 memaafkan orang serta berlapang dada dengan segala masalah lama, saat itu kita akan rasa betul2 tenang.  

Pernah tak korang bermasam muka dengan kawan rapat dan pertelingkahan itu memakan masa bertahun lamanya.  
Selama itu... 
puas memendam rasa, 
puas laa makan hati, 
sakit hati, 
panas hati 
dan segala jerih pedih yang terpaksa dilalui.

Ok, nak nangis sat...

Tapi setelah betul2 memaafkan dan melupakan tiba2 saya merasa lebih lega dan tenang.  Bukan lagi pura-pura atau dibuat-buat perasaan ni tetapi saya betul rasa bebanan yang berat tu sudah hilang entah ke mana...

Alhamdulillah... saya bersyukur sangat.  Betul la kata orang, memaafkan itu bukan akan mengubah masa lalu tetapi ia memudahkan masa hadapan.  

Jadi mula la buku baru dan tak mahu lagi mengenang kisah lalu. 

Notakaki: Keberkatan syawal...