Monday 28 September 2015

Bertabahlah duhai hati...

Salam...

Apabila menjadi ibu bapa ni tumpuan kita akan terbahagi 2.  Kalau dulu kita hanya fokus kepada keperluan diri sendiri dan keadaan sekeliling sahaja.  Hendak kemana2 hanya tahu apa yang diri sendiri perlu dan mahu.  Tapi bila dah ada anak, otak akan terbahagi samarata dan kadangkala lebih untuk menyimpan apa sahaja yang anak2 perlukan.  Itu lah saya.... dan mungkin orang lain juga yang bergelar ibu.  

Kalau dulu kita bekerja kerana kita perlu bekerja untuk menampung keperluan harian dan juga memenuhi kehendak material masa kini.  Tapi sekarang sebolehnya kita mahu anak2 ada di depan mata sentiasa dan dalam masa yang sama kita perlu bekerja untuk menyara keluarga.  Cuma kepentingan itu akan melebih kepada kebajikan anak2 dan keluarga.  Kalau anak2 tak sihat, maka terpaksa melupakan untuk pergi kerja buat sementara.  Maknanya matlamat pergi bekerja tu dah berubah la cuma ia tidak bermakna kita tidak ikhlas atau tidak suka akan majikan kita.  Saya rasa ramai yang macam saya dan tidak sekali-kali mengabaikan keluarga demi kerja.  Pandai2 la nak balance kan kehidupan ni.  

Wahhh panjang pulak mukadimah hari ni.

Saya bukan apa, cuma terkesan dengan kata2 orang sekeliling yang bercakap ikut sedap mulut dan pandangan dirinya sahaja.  Saya tidak kata saya betul cuma sesekali kita kena berada dalam situasi orang yang hadapi kesusahan itu baru lah kita tahu kecelaruan yang sedang dia hadapi. 

Sejak ada anak, saya tidak lagi lantang membalas kata2 yang menyakitkan hati saya
Sejak ada anak, saya lebih melihat masalah kita (orang yang ada anak kecil) adalah sama
Sejak ada anak, saya lebih berhati2 berkata atau mempersoal tindak tanduk orang lain terhadap anak mereka
Sejak ada anak, jiwa saya lebih menjaga kepentingan anak2 dari memandang hal yang remeh temeh
Sejak ada anak, saya tido tak peluk bantal dah... hahahaaaa

Berbalik kepada mukadimah saya yang panjang lebar itu tadi.  Saya cuma ingin menyatakan yang saya bukanlah seorang yang pandang mudah dengan tanggungjawab saya sebagai pekerja.  Saya juga bukan seorang yang suka sengaja melanggar peraturan atau membuat kepala sendiri.  Cuma saya tiada pilihan dan anda diluar sana tak perlu menghukum saya seperti saya sangat berdosa....

Alkisahnya baru2 ni saya terpaksa membawa anak saya ke pejabat kerana pengasuh cuti.  Ini lah pertama kali saya membuat keputusan ini.  Ia bukanlah perkara yang mudah membawa anak berumur 1tahun ke pejabat kerana suasana sangat tidak sesuai dan anak sebesar itu bukanlah seorang yagn paham bahasa.  Selalunyanya saya akan korbankan cuti tahunan saya untuk menjaga anak di rumah.. Tetapi sekarang ni saya memang tak boleh ambil cuti kerana cuti tidak cukup sehingga bulan tersebut dan saya baru bercuti panjang kerana menjaga anak yang sakit di hospital.  Maka keputusan yang nekad telah di ambil.. Bawa anak ke pejabat.. Lagipun hari tu ramai yang cuti kerana bersambung dengan cuti perayaan.  So tak la rasa bersalah sangat kerana terasa seperti hari minggu pada hari tu. 

Cuma ada suara sumbang yang terlepas;

Kalau saya boss, saya tak bagi staff bawak anak ke office.  Orang lain pun ada anak.  So pandai2 la fikir  Jangan bagi alasan macam tu je.

owhhh sangat menikam kalbu

#bukanmemberofficeyangcakap
#seseorangyangrapat
#takdeanak

Notakaki: Takde notakaki.  Kaki nak?? hehe

Wednesday 23 September 2015

Scrub la badan anda ketika mengandung

Salam...

Siapa yang perut dia takde stretch mark walau dah 2-3 kali mengandung??

Bagi siapa yang takde tu, maknanya dia telah mulakan regim pencegahan stretch mark dari awal mengandung lagi... Dari perut xberapa nak nampak sampai la dah membuyung, dia dah start sapu lotion anti stretch mark ni.  Tak kisah la jenama apa yang korang guna, yang penting sesuai untuk kulit masing2.  Ada yang jenis minyak dan ada yang jenis lotion, ehh krim pun ada...


Macam saya ni, awal mengandung pun dah mula dah tetapi saya heran, kenapa selepas bersalin anak kedua masih wujud jugak regangan tu... Walaupun sedikit tapi still menyampah nak tengok.  Anak pertama dulu, xde pun stretch mark...


Masa mengandung kan Safiyya saya ada la pegi satu expo Mothers and baby ni... ada la sorang tukang jual kat situ, dok panggil saya.. sebab nak suruh try scrub dia... wehhh sedap bau scrub tu... ada bau halia sikit + honey... Lagi pulak orang tu tolong scrub kan tangan saya... best2.... Tukang jual tu cakap,

"U ada apply lotion anti stretch mark tak?"

Ada... tapi macam tak berkesan pun... tak tahu nak pakai apa dah.

"Sebelum apply lotion or krim atau apa saje, u kena scrub kulit u dulu untuk buang sel kulit mati... baru laa segala lotion and krim tu meresap dengan baik dalam kulit u"...

ooooo maka saya pun beli la scrub yang serius memang mahal... huhu


Tapi sebab masa tu dah sarat sangatkan jadi kesan regangan tu tak hilang sangat dan masih kelihatan lepas saya bersalin. tapi sebab saya tekun jugak scrub, sapu lotion sapu minyak, kesannya rekahan tu tak la teruk mana walaupun masih boleh nampak.


Bila dah mengandung untuk kali ketiga ni, saya pun mula mencari scrub2 badan yang best.  dan baru2 ni terjumpa satu homemade scrub terbaru kat pasaran... Sangat simple tapi menarik... Harga pun mampu milik...


Memperkenalkan


  
Princess Glorious
Anti-Oxidant, Relaxing and Mood Booster

Rose, Virgin Coconut and Olive Oil

Princess Happiness
Loads of Vitamin C from fresh oranges and lemons
Orange Essential Oil, fresh orange, fresh lemon, extra virgin coconut oil, brown +white sugar
Gambar2 ni saya pinjam kat Facebook dia

So mana yang best? Glorious ke Happiness?  Dua2 best so saya beli dua2 skali.. hahahahah (gelak tamak)

Nahhh saya share gambar kotak dulu... Nanti dah seminggu pakai, saya kasi my personal review.  

Memang saje bagi blur.. (tapi sebenarnya camera hp saya yg tak best... huhu)

Yummy and Happy Scrubbing...

Harga?

RM 35 per bottle.  Tapi sempena sambutan Hari Raya Aidiladha ni, untuk pembelian 2 botol sekali gus, hanya RM 50 sahaja... best kan??? cepat2 beli.  Offer tutup 30 September 2015.

Notakaki:  Bila anak dah 2, makin suntuk 'Me Time' itewww... tapi kena jugak curi masa untuk diri sendiri...

Pengalaman NR- Akar Herbanika

Salam...

Pengalaman ni saya share kat group Facebook Konsultasi Rawatan Herba Nona Roguy... Harap boleh membantu mereka yang baru nak try produk NR untuk berpantang nanti... Ni baru sikit... nanti saya share lagi pengalaman sendiri atau orang lain mengenai produk NR ni.. (start jatuh cinta dengan herba... huhu)

Salam... 

Nak share pengalaman masa berpantang dulu...

saya bersalin czer utk kedua2 anak saya. anak pertama saya bukan pengguna NR tapi untuk anak kedua baru nak kenal NR. saya beli air akar, phytonatal dan krim barut. saya berpantang di rumah mertua dan tiada siapa yang boleh dirujuk tentang jamu atau herba nih.. sbb takde orang penah makan NR kat sana sebelum nih... (kalau ngan mak sendiri, lagi laaa... mama saya bukan jenis kaki jamu or herba...) jadi saya dilarang mengambil apa2 herba atau jamu sbb anak kuning la, anak cirit la. saya pun simpan la dulu NR tu kecuali krim barut. nak jadi cerita satu hari (dalam tempoh berpantang) saya curi2 minum air akar dan tiba2 jugak hari tu perut saya masuk angin yang maha dahsyat... baring tak boleh, berdiri tak boleh, nak duduk dengan betul tak boleh.. dari pukul 5 ptg camtu smpi ke malam saya menahan sakit. last2 mintak suami bawak pegi klinik sebab tak tahan sgt dah. nak pegi hospital takut kena tahan. baby kecik lagi tak sampai hati nak tinggal. kat klinik doktor tu cakap saya di suspect kena batu dalam hempedu.. (i don't have any idea penyakit tu macam mana) tapi dalam hati saya, bukan bukan.. ia hanya la angin jahat. doktor tu suntik ubat kat pinggang saya sbb tahap kesakitan saya tu dah tak lut nak makan ubat. lepas setengah jam, sakit tu makin hilang.. fuhh legaaaa... jenuh saya memikirkan nape jadi macam tu.. hati dah berbelah bagi dgn air akar tu.. tiba2 teringat yang saya skip minum petang... ah haaaaa itu la sebab nya. saya ni time berpantang, tak boleh skip waktu makan. bfast, lunch, minum petang, dinner sume kena ontime... bila terskip atau saje2 malas nak makan, azab nya macam yang jadi tu. saya pun luah perasaan kat nurse KKIA yang datang melawat. dia cakap, ehhhh saya rasa bukan sbb air NR tu... masa saya pantang dulu, air akar tu la saya minum. lancar je nifas keluar.. badan pun rasa hangat n segar je... huhu... terus rasa lega balik sbb ada yang tolong bagi yakin..
sekian terima kasih.. (maaf panjang sangat)

owh yaaa.. skang mengandung anak ke3 (19weeks) dan saya sambung minum air akar.. tapi buat nipis2 je...

Sekian perkongsian saya...

Notakaki:  Nak amalkan apa2 jamu or herba kena tahu cara dan aturannya... Baru la mesra dengan tubuh badan kita.. jangan main hentam saje...

Cara-cara nak pakai seluar favorite walaupun tengah mengandung

Salam....

Bila mengandung ni semuanya best.  Walaupun loya, pening, tak larat, sumenya tetap best bila kita mula memikirkan rahmat yang Allah bagi bila kita ikhlas harung semua kesakitan dan ketidakselesaan tu..

Cuma orang perempuan ni bila masuk bab baju or seluar je, dia tiba2 nak stress.  Lagi lagi kalau baju or seluar dah tak muat sebab perut makin membesar.  Banyak duit nak dibelanjakan untuk membeli maternity blouse and pants tu.  Lagi pulak, kebanyakan baju mengandung yang dijual tu boleh kata harganya agak mahal dan rata2 sesuai bila perut dah besar betul..

Jadi macammana pulak bagi yang baru nak nampak baby bump tu?? 

Macam mana pulak bagi yang sume seluar dia jenis ngam2 badan dia dan dah tak muat nak cangkuk or butangkan??

sudahnya selamat tinggal seluar kesayangan...

Betul la kan... orang perempuan jugak yang paham masalah orang perempuan.  Kenapa saya cakap macam tu? Kerana pereka benda tu adalah orang perempuan.  Maka dengan itu banyak la benda tu terjual kat pasaran khusus untuk orang mengandung.

Benda?? benda apa tu?
Love your Bump Belly Belt by Fertile Mind

Motif utama saya beli belly belt by Fertile Mind ini ialah, maternity pants saya terhad dan saya tak mau bazirkan duit beli banyak2 maternity pants.  Dengan belly belt ni saya boleh pakai mana2 seluar yang saya ada.  Tak kisah la seluar tu guna cangkuk ke butang ke, semua boleh sebab kedua2 jenis penyambung ni disediakan.  Ini kerana konsep dia  "One size fits all".  

Ada 2 set.  Butang dan Cangkuk, Pendek dan Panjang.. (lagi satu saya tertinggal kat seluar yang saya cuba semalam... haihhhh)
  So saya tolong google untuk dapatkan complete set dia...

Haa camni la set dia
Cara2nya ialah sambungkan belly belt tu di antara cangkuk or butang seluar korang tu...

tadaaa
#inibukanperutsaya (sumber google images)

Bila perut dah makin besar, kita boleh beralih pada belly belt yang panjang tu dan kain pelapik jugak disediakan.  Hanya sisipkan pada pelapik tu dan cangkuk atau butangkan pada seluar atau skirt atau kain yang kita pakai.  Kain pelapik tu ada 3 color, hitam, putih dan biru.

Ni lah kain pelapik dia tu... (hitam putih dan biru)

Sisipkan belly belt pada kain pelapik tu bagi menutup bahagian yang terdedah
Mudahkan....

Bak kata innovator dia

" keep wearing the clothes you love throughout your pregnancy"... Christine K

Owhhh yaaa nak beli kat mana... Saya beli secara online kat Fabulous Mom.  Kat online shop lain pun ada juga... tapi rasa nya Fabulous Mom tu yang paling murah RM 63.92...as far as i know lah.. kedai lain sume RM 70 keatas....

Kalau nak tengok cara2 nak pakai boleh refer kat video bawah ni...







sumber youtube

Tuesday 22 September 2015

Bersalah pada baby

Salam...

Masuk hari ni kandungan saya dah 18 minggu 3 hari.  Alhamdulillah, sepanjang mengandung anak ketiga ni saya tak alami apa2 alahan pada makanan, loya ke pening ke semua boleh kautim.  Bau2 pelik pun tak de pulak masa mengandung ni.

Kalau dulu.... hmmm 

bau sambal euwwwwww 

bau goreng2 euwwwwww 

bau lipstick euwwwww 

bau bedak euwwwwww 

bau perfume husband euwwwwww 

bau masakan yang tumis2 tu euuuwwwwwwww... (sebab tu la tak masak masa mengandung dulu)

Tapi skang satu je hidung ni cepat tangkap.... Bau badan husband... kadang2 bau orang tak mandi seminggu... sorry yeee. i bukan saje2. ni yang dalam perut ni yang cakap.


Alhamdulillah... mengandung kali ni sangat2 mudah dan kadang2 tak terasa yang diri ni mengandung.  Boleh lari2 ngan anak (pelan je laa) boleh buat keje rumah, boleh masak... Lagi pulak baru tahun lepas saya mengandung dan bersalin.  Rasa baru sangat dan boleh expect la perjalanan mengandung ni macam mana.... Tapi yang tak bagusnya saya sampai tak jaga diri.  Makan pun tak jaga.  Kadang2 vitamin pun suka suki je lupa.  Kesian kat baby.. sorry ye sayang... 

Berbeza dengan mengandung anak pertama dulu.  Segala benda terkawal.  Segalanya on time.  Mau tak on time, kalau lewat makan sikit angin mula masuk ke dalam perut dan azabnya tuhan je tahu.  McD, KFC tu sume hanya di pandang sepi... Member2 pesan McD delivery pun tak heran.  Tapi skang ni. apa nak jadi ntah...

Mulai saat ni saya dah mula berazam balik untuk perbaiki tahap kesihatan diri dengan:

Mulakan amalan pemakanan sihat.  No more fast food, no more coffee... (ehh skali skala ok kottt... huhu).  

Takmau lagi lewat2 kan makan vitamin.  

Sembang2 dengan perut... ehhh kau dah kenapa?? Sembang dengan baby dalam perut.  

Sentiasa doakan baby + anak2 yang lain.  Enjoy... - Takmau stress2 lagi.

Jadi nak makan apa ek yang sihat sangat tu??

Buah kurma kan ada...  

Macam2 saya baca mengenai khasiat buah kurma untuk ibu mengandung ni.  Ia bukan sahaja sebagai pemberi tenaga, malah memberi kesan kepada bayi yang dikandung.  
Sabda Rasulullah..
" Berilah buah kurma kepada isteri kamu yang hamil kerana nescaya anak yang bakal lahir itu akan menjadi lebih penyabar, bersopan santun dan cerdas pemikirannya.. "

Air akar herbanika NR

Gigih saya mencari maklumat pasal barang NR ni... sebab masa lepas berpantang tu baru je restock air akar tu tapi tiba2 mengandung pulak... terus stop.  Ingat nak sambung masa berpantang nanti, rupanya boleh je minum masa mengandung.   Tapi buat la nipis2 je... Air akar ni membantu menghilangkan letih2 ibu mengandung disamping menghangatkan badan... 

Buat masa ni, hanya dua ni saje yang saya amalkan... ingat nak beli Virgin Coconut Oil (VCO) takpun Olive Oil.. telan je minyak ni hidup2. huhu.  Banyak khasiatnya minum minyak2 ni.... Nanti kita cerita lagi bila saya dah beli ye... Haaa lagi satu jus delima... kita google dulu sape ada jual jus delima gulshan tu...

Notakaki: Nanti saya update lagi cerita2 mengandung ni... 




Monday 21 September 2015

Jam Tangan G-Shock

Salam...

Haiii dah kenapa cerita pasal jam ni.  Bukan apa, teringat kat husband yang asyik merengek nak jam G-Shock nak jam G-Shock.  Dulu sebelum kahwin memang dia pakai jam tangan jenama ni tapi tu dah bertahun2 lamanya dan rekabentuk dan fungsinya pun tak secanggih yang ada kat pasaran sekarang. Maklumlah, G-Shock ni dah lama kat pasaran so banyak la perubahan yang Wowwwww telah dibuat.  Bagi yang memang peminat setia jenama ni mesti tau punya.  

Kalau bagitahu masa nak kahwin dulu, boleh la jadi hantaran.... kannnn

Kenapa mesti G-Shock ye sayang?? tanya isteri -saya la tu

Sebab dia best... hahaha padan muka saya...

Ok biar saya yang cerita...


G-Shock ni selain fungsi dia sebagai jam,    -____-       of course la kan....

Ia mampu mencerminkan personaliti dan latar belakang seseorang itu.  Kalau anda seorang yang aktif dan lasak, jam tangan G-Shock memang sangat ngam dan tak hairan la kalau ia merupakan jenama jam tangan yang paling digemari oleh remaja aktif.  


Siapa yang tak pernah kenal jenama ni?? Saya intro sikit, G-Shock yang ditubuhkan di Jepun sejak berkurun lamanya sehingga kini masih utuh di dalam pasaran dan menjadi pilihan ramai.  Cakap je G-Shock pasti rambang mata nak pilih.  Dah la kualiti sangat diyakini ada pulak pelbagai warna yang cun dan menarik.  So G-Shock bukan la hitam semata2... 


Bagi yang prefer jam tangan fully digital, G-Shock ada rangkaiannya.  Tak payah fikir lama pukul berapa ek.. Tengok je jam dah tahu... huhu... siap saat lagi


Bagi yang suka koleksi jam tangan kronograf tidak digital, pun pilih la G-Shock.  Jam tangan jenis ni takde nombor digital tu atau bahasa rasminya paparan skrin berdigit tetapi hanya jarum yang menunjuk masa. 



Dan bagi yang suka ada kedua2nya iaitu ada digital dan ada jarum pun sila la pilih jenama G-Shock.  Sangat la style.  Tepuk dada tanya selera.  


Selain untuk tengok masa, ketiga-tiga jenis jam tangan ni ada kesemua fungsi-fungsi khas yang sama seperti alarm, stopwatch, water resistant dan lain-lain lagi.  
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v
v

Lihat la ni... kacak kan???




Notakaki:  Dah merata jam tu dia bawak... tapi serius, memang tahan lasak.

Tuesday 15 September 2015

Terkesan dengan jerebu

Salam...

Hi jerebu.  Selamat Datang ke Malaysia.. hehe

Jerebu kali ni memang teruk ekk.  Duduk dalam ofis pun rasa pedih2 mata.  Macam mana la orang yang memang kena keje kat luar tu.  Kadang2 kesian tengok polis traffic bertugas jaga lalu lintas dalam cuaca jerebu nih... Tapi dia relax je.. caya laaa 

Setelah berhari2 mengharung cuaca jerebu, akhirnya pihak kementerian mengeluarkan arahan bahawa semua sekolah di Selangor, WP KL & Putrajaya, Negeri Sembilan serta Melaka ditutup.  Yang haru nya, kitorang laki bini ni, bila time nak pegi keje pagi tadi tu la baru tahu sekolah tutup.  Itupun ada jiran yang bagitahu.  Mujur la skang ni masih takde anak yang bersekolah.  kalau tidak, anak kami la sorang2 pegi sekolah. huhu.. Dalam kereta baru la nak check hp.  haaahhh.. ramai rupanya share kat whastapp group malam tadi. 




Punya la mengantuk, sume tido awal.  Hp pun tak pegang, terus tido je. (cehh...) 

Tapi kan, pagi ni saya dapat mesej ni pulak.

Haha... tapi betul laa... ingat kita takde hidung ke... 

Notakaki:  Sila minum air kosong banyak2.. bukan air kopi banyak2...