Wednesday 17 February 2016

Pertama kali minum ubat periuk

Salam....

Lagi lagi entry tertangguh
v
V
V
V
v
v
v
Hari ke8 berpantang...

Dan dengan rasminya sudah 3 hari saya amalkan ubat periuk. 

Dari hari pertama (beberapa jam lepas bersalin) saya hanya amalkan air akar herbanika NR.  Tapi bila servis penjaga pantang bermula isnin lalu, saya hanya amalkan ubat periuk tradisional yg dibuat oleh CL. 

Itu lah pertama kali minum ubat periuk yg pahit yaaa amppunnnn...

Rasanya... saya xpayah cerita secara detail khasiat ubat periuk tu. Sbb boleh google... cehhh alasan... hehehe

Tetapi secara kesimpulannya ia sgt bagus utk memanaskan badan, mengecutkan rahim dan melancarkan nifas.  3 perkara ni penting ketika berpantang bg menjamin kesihatan kita di masa akan datang...

Kalau bersejuk nnt sakit uratnya
Kalau rahim xkecut elok.. ish ish ish kembang la semuanya...
Kalau nifas xhabis keluar akan menjadi racun dlm badan kita... tu yg penyakit2 pada peranakan tu kebanyakan berpunca dari darah kotor la.

Jadi sila la redha kepahitan itu... kerana ia akan 'manis' akhirnya...

Friday 12 February 2016

Senarai barang2 yang wajib di bawa ke hospital bila nak bersalin nanti.

Entry tertangguh.... 12022016

Salam....

Hi... saya masih lagi bersiaran dari HUKM...
Doktor dah pun hint kata boleh keluar petang ni.  Yeayyy. Doakan saya dan baby ok ye.
Sementara baby tido nih meh saya nak share sikit tentang senarai wajib ada bila nak bersalin nanti.  Atau lebih mudah, senarai barang yg wajib di bawa ke hospital. 

Tapi sebelum tu, saya bukan nak share semua. Maksud saya bape helai baju baby, bedak sabun tuala diapers... tu semua ramai yg dah share. Saya cuma nak share barang apa yang jarang2 difikirkan untuk dibawa ke hospital tetapi ia sangat la penting...


Wehhh panjang nye mukadimah...

Khas untuk ibu;

Baju seluar kain batik tu tak payah bawak byk2.  Kalau anda bersalin di hospital kerajaan, dah tentu2 kena pakai uniform pink or purple.. tapi penuhkan beg anda dengan;

1) Minyak panas yang sesuai untuk ibu mengandung. Saya guna minyak herbanika NR

2) Getah rambut yang sesuai utk ikat rambut anda ketat2.  Jgn biar rambut melepas layang bak iklan rebonding atau hantu kak limah. Huhu

3) Nursing bra yg mencukupi. 2-3 helai camtu.  Jangan biar aset anda melepas layang juga.. haha. Kat hospital tu pun dah kira pre confinement. Saya guna genie bra...

4) Stokin paling kurang 2pasang. Lepas keluar OT atau labour room, mintak suami sapu minyak n terus sarung stokin. Jadi xde la kaki tu sejuk je dan pilih lah stokin yang tebal.

5) Beg air panas yg biasa atau elektrik. Sila la jgn lupa benda ni.  Lagi pulak yg bersalin czer. Sambil baring2 tu boleh tuam kat sekitar peha, pinggang, betis, tulang punggung, sekitar perut, tempat luka dan sebagainya.  Ini sangat membantu mengurangkan ketegangan urat lepas bersalin.  Bg yg czer mcm saya ni, haaa elok la ada. Sbb anda tahu la azab saat mula bertatih nak berjalan semula...

6) Makanan kering yg sesuai untuk lepas bersalin.  Kat hospital selalunya diorg akan bagi je makanan ikut menu yg ditetapkan.  Bukan boleh request nak lauk org pantang.  Jadi bekalkan siap2 contohnya ikan bilis sangai...  Sbb ada yang hanya makan nasi kosong sbb tak pasti dgn lauk atau sayur yg sesuai... Macam saya, Bisek Bisek menjadi pilihan.


Rasanya itu saje kot.  Ini berdasarkan pengalaman saya bersalin utk ketiga2 anak.  Lain orang lain keperluan. Harap boleh bagi panduan... 

daaa..

Notakaki: semoga segala kesulitan dipermudahkan....

Tuesday 9 February 2016

Masanya sudah tiba...

Salam...

Dannn tiba lah sangat yang mendebarkan itu...

Sebelum asar tadi saya dah pun menyerah diri ke HUKM kerana esok adalah tarikh yg dijadualkan csect utk kesekian kalinya... uhhhh

Sepatutnya 12hb tp terpaksa dianjak kehadapan kerana jumaat ni ada 6 kes.  So bertabah je la ye

Lambat ke cepat ke tetap kena jugak

So apa ada hal....

Mujur mak n abah (mertua) datang nak tolong2 kami utk minggu pertama ni.  Boleh kata kritikal la awal2 ni. Lagi pulak org lepas czer pergerakkan terbatas.  Dah tu lagi sgt bersyukur sbb sudi jagakan 2org buah hati saya yg masih perlu perhatian tu sementara saya masih di hospital.

Banyak sangat saya terhutang budi dengan diorg.  Hanya Allah je yang mampu membalasnya.  Lagi rasa lega sebab suami tak la serabut sangat dan merasa la dia air tangan mak sehari dua ni.

Cumaa.... dalam hati ni hanya Allah je yang tahu bila meninggalkan anak yg tak sihat utk dijaga oleh org lain.  Dah nak seminggu Safiyya demam sbb tumbuh gigi.  Makan tak lalu. Asyik nangis dan serba tak kena.  Rasa sayu je tinggal dia tadi.  Nasib la tido. Kalau tidak mmg papa dia tak boleh kemana2 la... typikal anak papa.

Mama saya masih di Taiping dan akan dtg kesini 12hb ni.  Kan ari tu kata bersalin 12hb. Adik sy dah pun ambik cuti tarikh tersebut dan susah nak tukar.  Kesian mama.  Impian dia nak tgu saya lepas bersalin masih tidak kesampaian.  Semua cucu2 yg lahir sebelum ni pun mama xsempat nak tgu dihospital.  Ada je halnya.. apa nak buat.  Tgu adik2 yg lain kawin ler gayanya.  

Notakaki: YaAllah... permudahkanlah dan jgn dipersulitkan...

Esok jumpa baby S...

Friday 5 February 2016

Antara perkara yang tak sesuai diucap ketika melawat wanita lepas bersalin

Salam...

Makin dekat harinya makin berdebar rasa....

Mana tak nya, kalau tarikh sudah diberi siap dan tunggu masa je nak serah perut... huhu

Pada mulanya tarikh  yang telah ditetapkan ialah 12hb February dan yang terkini ialah 10hb February... Baru sat ni doktor call cakap nak tukar tarikh sebab tarikh asal tu ada 6 kes... 

So pasrah aje laa.. lambat ke cepat ke, tetap sakit... huhu

Pstt psst... barang tak abis kemas lagi nih... adehhh



Setelah mengalami 2 siri beranak czer ni, saya nak buat kesimpulan iaitu:

Antara perkara yang tak sesuai diucap atau dicakap kepada wanita baru lepas bersalin.. especially masa time melawat tu... sila la tahan diri anda ye...

No. 3

"Untung la czer sebab tak rasa sakit meneran..."

What??? tak sakit?? meh aku toreh perut kau sekarang.. tengok ko sakit ke tidak...
Tolong laaa jangan nak banding2 macam tu... azab dia sama je.. lepas ke sebelum ke, sakit tetap sakit.  Dah tu pula ada yang bicara tentang keberkatan....ibu yang bersalin normal lebih pahala dari yang czer... huhu.. malas nak komen panjang2 bab ni.  dah tahun 2016 pun tapi kita masih berbalah tentang isu sape lebih pahala...

No. 2

"Susu ko takde kot... baby asik menangis je ni"

Ni lagi satu hal... tolong la bagi support especially kalau orang tu bersalin anak pertama... FYI, perut baby ni kecik je dan susu yang dihisap tu memang dah ikut keperluan perut dia... Menangis tu tak semestinya lapar... tapi banyak sebab.  antaranya ialah baby tu rasa takut, nak bonding ngan mak dia, rasa asing sebab baru baru nak lihat dunia... Jadi kesimpulan  yang baby tak cukup susu tu tak berapa nak relevan sangat...

dannnnn

No. 1

"Kenapa perut macam orang mengandung lagi"

owhhhh ini saya dah terkena... tolong la jaga mulut tu ye tuan2 dan puan2... emosi wanita baru bersalin ni sangat lah sensitif dan tolong la jangan disentuh bab perubahan bentuk badan dia.  Yang kata kenapa perut tak kempis tu mesti banyak tengok drama kat tv... please laaa goncang kepala anda atau tampar pipi anda sekuat mungkin supaya berada di alam realiti...
Mana mungkin perut terus kempis... 40minggu kulit perut menjadi tegang setegangnya kerana menampung baby... takkan la kulit tu boleh pulih sekelip mata... -______-

Notakaki:  Masih berdebar nak tunggu 10hb ni... doakan saya  ye....


Tuesday 2 February 2016

Emosi di hujung kehamilan

Salam....

Semakin dekat tarikh itu semakin beremosi rasanya. Ĺagi pulak menguruskan anak2 yang masih kecil dan suami yang manja.. eh eh...

Emosi ni bukan saje dibuat2 malah suka2 hati dia bertukar2.  
Kejap2 jadi bawang putih 
kejap2 jadi maktiri... 
kesian anak2 ku... huhu

Nak pulak dengan kebatasan fizikal yang saya alami sekarang.  Segala pergerakan jadi perlahan.  Nak bangun pun amik masa.  Terkial2 nak imbangkan badan yang besar kiri kanan depan belakang ni.  

Ni baru mengandung... kalau dah bersalin nanti macam mana la agaknya.  Dalam pantang lagi kecamuk mental kita.  Emosi boleh jadi huru hara kalau tak boleh nak handle.  Hal kici pun nak nangis.. haiihhh laaa... 

Saya dah alami pun masa anak pertama dulu.  Masa tu kan baru nak suai kenal dengan orang baru.  Baru nak adapt dengan title sebagai mama.  
Tido malam dah tak senyenyak dulu.  
Sampai dalam hati ni rasa ''ehhhh kenapa macam ni ek bila ada baby?'  
Kenapa dia nangis je.  
Kenapa mesti malam nak berjaga. 
Kenapa tak nak tido je. 
Susu aku takde ke... 
Kenapa dia asik nak melekap je or menetek je... 
dan banyak lagi laa... 

Bila ingat2 balik, kesian pulak kat Danial.  Kang dia dah pandai baca, terjumpa pulak entry mama dia ni.  Dah dia ingat mama dia tak sayang dia pulak... 

Sape tak sayang anak... 

Sayang sangat.  

Cuma proses tu amik masa sikit sebab itu la pertama kali dalam hidup kita yang betul2 kita ada orang lain.  Rasa macam kembar dah.  Nak berenggang pun tak boleh.  Rasa seperti sesuatu yang berharga yang diletak dalam balang kaca.  

Kena jaga, 
kena perhati,
 tak boleh tinggal
 tak boleh cuai...

wahhh mendalam betul luahan orang mengandung ni ye...

Bukan apa, tanya la mana2 ibu yang dah punya ramai anak, mesti pengalaman mendapat anak pertama tu sesuatu yang takkan hilang dalam ingatan.  Tapi tak la bermakna anak seterusnya tu tak special... setiap anak tu kita akan sayang dan kasih kan dia dalam cara tersendiri.  tak rasa pun macam kita membahagikan... tapi rasa tersendiri... hehhh susah la nak terangkan... 




Danial;
Setiap kali nak marah tu, mesti terbayang masa dia baru lahir kat dunia ni... badan berselirat dengan wire sana sini... 7 hari kat NICU sudah cukup buat mama waras... 

Safiyya:
Baru setahun lebih nak bermanja, dah nak ada adik... Menyusu pun waktu nak tido malam je... Itu pun mama dah merungut sebab lenguh 1 badan.  Kesian fiyya... Agaknya sebab tu dia makin manja dengan papa kot.  huhu... jgan la merajuk ngan mama... 



Notakaki: Kan dah cakap tadi... Emosi... sob sob sob....