Tuesday, 29 December 2015

Cerita hari pertama Danial ke sekolah...

Salam...

Sama jugak dengan si adik, 28 December 2015 bermula la episod Danial ke sekolah.  Seperti yang saya maklumkan dalam entry sebelum ni, kami pilih Tadika ABS Bandar Saujana Putra - Excel Kids Aula. 

 Nak gerak bangun pagi memang liat sikit... mesti menangis sebab mengantuk... hmm nak kena ajar tido awal ni.  Baru la cergas sikit pagi2

Saya ingat Danial ok bila 1st day tu... Rupanya tidak.. Meraung jugak la kat pintu tu sebab nak ikut kami balik.  Masa kat rumah dia ok lagi dan nampak bersemangat nak pegi sekolah.  Tapi agaknya masa sampai tu dia rasa segan kot sebab semua budak kat dalam tu dah berkawan dan dia macam asing je.  Tu yang meraung tu.  Sempat la saya pujuk sekejap dan terus serah pada cikgu.  Lagi lama saya kat situ, lagi susah cikgu2.  Jadi kena percaya pada kepakaran diorang untuk handle situasi macam tu.  Bukannya baru hari pertama bukak tadika.  

Seperti yang diharapkan, Danial menangis kejap je.  Lepas tu dia dah boleh join aktiviti yang ada.  Walaupun malu2 tapi boleh la dengar arahan.  Ni pun cikgu dia bagitahu masa saya whatsapp untuk tanya tentang Danial.  haa lega... 

Muka malu malu...

Kenapa saya pilih Tadika ABS ni untuk Danial.  

Dalam banyak2 preschool yang ada kat BSP ni, saya boleh pulak pilih sekolah ni. Selain orang kata jodoh, saya suka dengan konsep ABS ni.  

Kalau nak cerita panjang lebar tentang konsep, memang akan berjela la entry ni. So saya akan update kemudian ye. 

Bagi yang nak tahu tentang detail yuran tadika ABS ni nanti saya habaq kemudian naa... Sabtu 2 January ni ada open day.  so tunggu.... 


Notakaki:  Mencari sekolah tadika ni pun kena buat betul2..,. jangan asal boleh je. tetapi biar lah berpadan dengan budget masing2... 

AWRA Child Care Bandar Saujana Putra, Jenjarom Selangor

Salam...

Semalam, 28 December secara rasminya Safiyya menjadi penghuni AWRA Child Care setelah setahun 4 bulan dok ngan mak tok (pengasuh) dia...

Dak tecik ni dah la manja, kalau ada yang tak bekenan kat hati tu, memang akan nangis sekuat hati laa... Tapi alhamdulillah, masa pertama kali hantar tu terus dia nak kat orang tu.

wahhh lega betul... takde la drama sangat kat pintu taska tu.  rasanya dia macam paham je apa yang berlaku.  

Paham keadaan mama dia yang sarat ni.  

Paham yang dia perlu pegi taska.  
Paham yang dia tak boleh tinggal rumah mak tok lagi.  
Paham yang dia akan ada adik tak lama lagi..

Haiii sedih la pulak... dah besar dah fiyya... Mak dia pulak emo lelebih..

Untuk yang tengah survey2 taska area BSP ni... saya serta kan pecahan yuran yang dikenakan oleh AWRA Child Care

Registration Fee : RM 100 (one time)
Yearly Fee : RM 30 (2nd year onwards)
Quarterly Fee (Toiletries) : RM 20Pay in January, April, July & October per child
Daily Log Book : RM 30
Overtime : RM 15 per hour (after 7pm maximum 8 pm)
Monthly Fee: 2 months - 1 year RM 450
                       1 year RM 400
                       2 years RM 350
                       3 years & 4 years RM 300

Jangan risau, taska ni berdaftar dengan JKM dan jumlah baby dan kanak2 yang di bawah jagaan mereka pun mengikut syarat yang dikenakan.  Sebab tu yuran dia memang  mahal sikit dan anak kita pun insya Allah terjaga rapi.  Kang orang kata, baru 2 hari hantar mana tahu ok ke tidak.  Ye betul... sebab tu saya tak leh nak cerita hasil nya lagi... cuma boleh sentuh bab2 fakta je...

SP 9


Kenapa saya memilih AWRA?? 
Satu sebabnya ialah dia berdekatan dengan rumah,
Tempoh masa pun lebih lama dari kebanyakan taska yang saya cari iaitu 7am - 7pm (nak elak OT)
Konsep yang teratur siap dengan pembelajaran ikut peringkat umur
Dan paling lain dari kebiasaan AWRA ada Daily Log Book.  

Apa tu Daily Log Book? Nanti saya update ye... 

Ni Safiyya... 1st day at school...  (cikgu dia hantar)




Notakaki:  Hari kedua pun smooth je... lega hati mak nak... 

Monday, 30 November 2015

30 November datang lagi... haihhh makin tua dah ni...

Salam...

Tajuk dah macam TORA datang lagi....

30 November... 
Kalau kecik2 dulu memang tunggu la tarikh ni sebab nak buat birthday party, 
seronok nak potong kek... 
tapi bila dah tersangat remaja ni, rasa umur makin laju kedepan pulak... 

Sempena umur yang dah 3puluh tahun lebih ni, tiada apa yang diharapkan selain sentiasa mendapat rahmat dan perlindungan dari NYA... 
Diberi kesihatan yang baik agar dapat menjaga kebajikan anak dan suami dengan baik... 
Itu sudah mencukupi... 

Lagi teruja, apabila dengan umur yang meningkat ni saya masih lagi mengusung perut kerana hamil anak ketiga.. 
Dulu ingat 2 anak cukup dah, tapi siapa kita nak menghalang pemberian yang sangat bermakna ni.  Cuma tahap keletihan sangat berganda dari mengandung anak pertama dulu... 
Maklumlaahhhh dah 3puluh tahun lebih....




#Happybirthdaytome

Notakaki: nak kek eskem...

Wednesday, 25 November 2015

Tiba-tiba jadi consultant kehamilan...

Salam...


Dalam banyak post saya yang ratus2 ni... (cehh baru ratus2...) ada satu post yang sangat popular dan hitnya naik dari sehari ke sehari.... 

Post tu saya buat secara tak sengaja dengan niat nak share pengalaman sendiri.  Tapi tak sangka pulak menjadi rujukan ramai... Alhamdulillah, info yang baik kita kongsi2 kan... 

Ni la post tu...


Dan tak sangka jugak, ramai  yang comment mintak nasihat dan panduan.  Terus terang saya katakan yang saya bukan pakar dalam hal ni.  Mana yang boleh saya bagi panduan tu adalah berdasarkan pengalaman sendiri dan jugak rakan2 yang lain.  

Sepanjang buat blog ni, boleh kata saya ni kategori fast respond jugak laa... hmm nampak sangat tak banyak peminat .. hahaa... kalau dah ramai peminat, sure tak terlayan punya... 

ok ok... Tapi apa pun apa yang saya boleh bantu, saya akan cuba bantu.  sebab saya paham perasaan terutama yang baru2 kahwin or dah lama kahwin tapi belum 'double line' lagi... (merujuk kepada post tersebut)..  Bukan itu sahaja, segala benda yang saya share dalam blog ni, sebolehnya saya cuba la jawab kalau ada pertanyaan.  Tapi kalau ada yang termiss tu, saya minta maaf ye... Kadang2 tu dah nampak soalan tu, niat nak balas kemudian.. tahu2 je lupa... maaf ye.. kalau saya jumpa ada yang tergantung tu saya akan cuba la reply balik...

Notakaki:  Mengidam jadi blogger famous... huhu... 

Friday, 20 November 2015

IKEA Cheras

Salam....

Esok (19 November 2016) dengan rasminya IKEA Cheras dibuka.... Kira opening besar2an la diorang buat kat IKEA tu...

Tapi malangnya sebagai peminat IKEA, saya tak dapat pegi.

Satu sebab ialah di buat hari bekerja

dan satu sebab lagi tak larat nak bersesak dengan membawa perut ni...

Tapi sebab yang paling utama ialah masih belum hari gaji.. isk isk isk...

Hanya mampu belanja gambar ni je...



Notakaki: Tarikh entry ni ditaip adalah 18 November... Ingatkan dah publish tapi ropanya dok kat draf... huahaha....

Wednesday, 18 November 2015

Matluthfi90 buat buku lagi...

Salam...


Untuk hangpa2 yang kata peminat setia matlutfi tu dah beli ka buku terbaru dia??

Nah saya belanja kulit dia je... haha...


Sebab apa kulit, saya pun baru order je kat book cafe.  Buku terbaru matluthfi ni masih berstatus pre order dan 27 November baru masuk kedai.  Kena la tunggu lagi seminggu untuk di review.

Kalau anda2 semua nak beli buku2 matluthfi ni ataupun buku2 lain, boleh saje beli online kat BookCafe.  

Kat bookcafe, bukan setakat buku2 yg dijual nya best tetapi ada diskaun lagi.  Dah tu pulak penghantarannya cepat.  Melainkan anda beli yg pre order la.

Saya ni dah berapa kali ulang beli dah kat sini.  Boleh buat library kecik dah kat rumah. Huhu.  Beli buku byk2 xpe terutama sekali kepada pembayar cukai.  Nanti boleh buat pengecualian. So simpan la resit2nya yer.

Notakaki: Hobi saya membeli buku. 

Posisi Tidur yang Selesa untuk Wanita Mengandung

Salam...

Sejak dari awal mengandung sehingga lah hari ni, saya tidak lagi tidur di atas katil.  Ini semua gara2 dak Safiyya ni tidur lasak.  Setelah 2 kali jatuh katil, jadi dengan rela hatinya saya tidur di bawah beralaskan tilam nipis.

Mula2 tu mmg ok laa.  Dengan tilam yang luas tu, Safiyya bebas nak pusing or golek macam mana pun dan saya tak perlu risau. 

Tapi bila perut semakin membesar, tilam yang nipis membuatkan badan saya sakit2.  Setiap kali bangun pagi, saya kena mengesot dan merangkak terlebih dahulu supaya dapat berdiri dengan betul.  Terasa sangat bisa2 kat kaki.  

Saya ada terbaca yang posisi tidur yang selesa untuk orang mengandung ialah tidur mengiring.  Tapi oleh kerana saya hari2 tidur posisi yang sama membuatkan sebelah kaki saya menjadi sangat sakit.  Lagi pulak saya masih menyusukan Safiyya. Jadi memang tak boleh elak la keadaan tu.  Mungkin juga kerana tilam yang digunakan adalah tidak sesuai dan sangat2 tak support badan saya yang membesar ni.  adehhh rindunya nak tidur peluk bantal atas tilam empuk.. huhu

Bagi mengurangkan rasa sakit tu, saya minta husband untuk menyapu minyak herbanika NR dari pinggang sampai la ke kaki... Rasa hangat tu membantu saya tidur.  Kira selesa sikit laa dari dibiar sejuk2 macam tu.  

Husband dah suruh saya tidur atas katil dan biarkan Safiyya tidur di bawah seorang.  Tapi dak tecik ni boleh tahu je kalau mama dia takde sebelah.  Boleh pulak dia bangun nangis2 cari t*t*k sakti... hehe... Kenapa saya kata ia sakti sebab dia mampu tenteramkan anak saya... boleh pulak camtu.. haha.

Kat sini saya nak share sikit antara tips untuk wanita mengandung untuk tidur selesa... walapun saya tak boleh ikut 100% saranan dia tu, tapi apa salahnya saya share.  Kot2 ada yang mencari2 kekdahnya...

1.  Tempat tidur tu kena la selesa...
-Macam saya sekarang ni memang tak selesa la sangat kerana tilam yang digunakan tak sesuai. Tapi penggunaan bantal untuk support badan tu memang penting supaya tak lenguh sangat bila mengiring tu.  Kalau rajin pasang la aroma terapi yang mendamaikan... 

2.  Mandi air panas tak pun berendam
-Saya memang hari2 mandi air panas sebab tak tahan sejuk. huhu.  Tapi membantu melegakan urat saraf yang tegang tu.  Kalau rumah anda ada bath tap, berendam je terus.  Tapi xyah la lama2 sangat kang tertidur pulak dalam bilik air tu..  

3.  Tidur dengan posisi mengiring
- Ini bukan saranan kosong semata2 tapi membantu pengaliran darah dalam badan.  Bila darah mengalir elok, baru la cukup oksigen pada baby.  Kalau tidur terlentang ia akan memberi tekanan pada usus dan salur darah yang mengganggu pengaliran darah kembali ke jantung. Tetapi, kalau tiba2 terbangun tengah2 malam dan mendapati anda tertidur telentang, jangan panik tapi betulkan sahaja posisi ke tidur ke mengiring sebelah kiri.  

4.  Banyak guna bantal
- Macam saya bgtahu tadi, penggunaan bantal yang banyak dan selesa amat penting untuk menyokong badan terutama di bahagian belakang dan juga di bawah perut.  Selain itu, kepitkan bantal di celah peha bagi mendapat keselesaan yang optimum.  Kalau banyak duit, boleh la beli maternity pillow.  Rasanya ada jual di kedai2 baby.  Tapi harganya agak mahal laa...

5.  Urut2 sikit sebelum tidur
- Minta tolong suami sapukan minyak yang hangat.  Macam saya sendiri guna Minyak Herbanika NR.  Tangan suami yang gagah perkasa tu, mampu memberi rasa selesa pada badan walaupun dia tak urut beria.  Cukup la sapu2 di bahagian pinggang, peha dan kaki... 

Sumber: Facebook

Notakaki:  Tengah melatih Safiyya supaya dapat tidur sendiri tanpa ehem sakti tu...

Tuesday, 17 November 2015

Result UPSR dah keluar... jom tengok sape banyak A... huhu

Salam...


Hari ni result UPSR dengan rasminya diumumkan.  Sure berdebar sume calon2 yang terlibat dan tak kurang jugak ibu bapa yang tak boleh tido memikirkan 5A ke tidak anak aku ni.
hmmmm saya nak throwback tahun 1992 iaitu tahun saya mengambil exam UPSR ni...

Saya bukan lah pelajar pintar kat sekolah.  Lagi pulak umur masa tu baru 12 tahun.  Apa lah yang saya faham tentang kepentingan exam tu.  Tapi faktor sekeliling buat saya tertekan terutama sekali isu banding membanding dengan orang lain buat saya rasa perlu sangat untuk dapat semua A dalam UPSR.  

Bila result keluar, saya dapat 3A1C. (Tahun 1992 hanya 4 subjek sahaja)

apa C tu biar la rahsia...haha


Cikgu memang terkejut sebab tak sangka saya boleh dapat result macam tu.  sebab gaya macam 1A pun tak layak.  Dan yang bestnya kat sekolah saya tu, murid2 yang dapat 4A dan 3A akan dipanggil ke pentas untuk mengambil result.  Wahhh glamour ko nyahh

Tapi balik je rumah, seperti yang saya jangka abah akan tunggu untuk tahu result.  Saya pun terus serahkan slip result tu... 

Tahniah apa pun tidak, tapi rotan yang menanti... 

Sadis

Ok ok... itu cerita lama... saya sendiri takmau ingat peristiwa tu.  Ia sangat memberi kesan dalam jiwa saya.   

Tapi bila saya sendiri dah ada anak, saya mahu buang jauh2 mindset anak cemerlang ialah anak yang dapat banyak A... ye betul pandai dalam pelajaran itu satu bonus.  Tapi banyak perkara lain yang saya perlu saya lihat.  Personaliti anak2, atitude diorang, emosi, sikap, dan macam2 lagi.  Saya tak mahu apa yang saya alami dulu berulang untuk anak2 saya.  Bagi saya anak2 ini adalah unik dan tersendiri bagi setiap seorang.  Pencapaian takkan sama untuk setiap perkara walaupun mereka adik beradik.  Jadi biar kan saya mendidik mereka dengan cara saya sendiri and off course di atas landasan yang betul... 

Notakaki:  Jangan kata anak saya nakal kalau belum betul kenali dirinya... 

Monday, 16 November 2015

Mentaliti kita apabila kawan rapat mula berniaga

Salam...

Siapa kat sini ada pengalaman berniaga.  

Tak kisah la bisnes besar ke bisnes kecil ke tapi pernah hadapi situasi berurusniaga ni.

Macam saya sendiri, ya saya pernah menjadi agen kepada baju melayu budak lebih kurang 2 tahun yang lepas.  So far so good.  Saya buat bisnes ni dengan husband.  Saya tukang amik order, layan PM PM kat Facebook, Update stok, dan buat simple marketing.  Manakala husband tukang amik stok dan pos kan untuk pembeli online. 

Selain tu, saya pernah juga jual biskut raya.  Saya hanya tukang jual je.  Katalog dan sampel disediakan oleh tukang buat biskut.  Kalau dah biskut raya ni, memang sume jual secara direct je laa.. Nak pos takut rosak pulak.  Bisnes ni pun ok jugak tapi banyak persaingan.  Selalunya orang suka beli kuih raya yang diorang biasa beli je.. Kalau baru nak start jual, orang macam tak yakin nak beli walaupun ada tester.

Dan terkini saya jual sambal segera.  Ini pun bukan hasil air tangan saya jugak.  Saya hanya agent sahaja.  Sambal ni adalah projek exhousemate saya masa tinggal rumah bujang dulu.  Nak tahu sambal apa, nanti saya update besar-besaran dalam entry akan datang.  

Dalam entry kali ni saya nak cerita tentang pengalaman berniaga kecil2an ni...

Untuk projek sambal ni, saya target untuk kawan2 kat ofis dulu.  Sebab bagi saya sambal ni sangat memudahkan orang yang bekerja full time.  Dah la boleh makan terus je, boleh pulak dijadikan kuah untuk telur goreng ke, sotong ke, udang ke, serta boleh dijadikan bahan pencicah... ala2 sambal belacan tu.  Bila dah ada sambal segera ni, kira jimat masa la jugak... Kalau dah tahu nak masak apa sangat, boleh jadikan sambal sebagai penyedap nasi yang panas2 tu.  saya jamin memang tak rugi beli. 

Sebelum saya terus menambah perenggan untuk mempromosi sambal ni, saya nak cerita sikit pendirian saya tentang orang berniaga ni.  Maksud saya, orang berniaga dari kaca mata saya sendiri.

Kalau yang berniaga tu kawan rapat saya, tak kisah la dia berniaga apa, saya mesti beli.  nak nak pulak baru nak start berniaga untuk tampung perbelanjaan keluarga.  Tujuan saya beli tu adalah untuk support dia dari segi emosi, dan sekaligus dia tak patah semangat di awal berniaga.  Tetapi kalau dia bukan lah kawan rapat atau tak pernah kenal, saya akan lihat dulu apa barang yagn dijualnya.  Tapi kalau setakat barang makan tu, saya beli je... Mana la tahu kot dia memang terdesak ke. 

Selain tu, saya suka support penjual online yang saya mudah berurusan.  Sebagai contoh, seller yang tak kisah nak layan pertanyaan saya di awal bulan tapi nak membelinya di hujung  bulan.  hehe... Bukan senang tau nak dapat seller yg tahan kerenah pembeli ni.  Diorang memang bersungguh untuk berniaga dan menjaga hubungan dengan pembeli secara ikhlas.  Selalunya, mesti berulang la saya beli barang kat dia sebagai tanda sokongan.  Ada yang dah jadi kawan pun.  Bila cakap soal rajin layan ni, saya tak maksudkan cepat balas whatsapp ke, cepat jawab kat facebook ke, or cepat balas comment kat Instagram.  Saya sendiri faham yang diorang ni kebanyakannya work from home di mana masih mempunyai anak kecil yang perlu di beri perhatian. Ada suami yang perlu didahulukan dan juga tanggungjawab2 lain.  Tapi konteks rajin melayan ini ialah sudi jawab segala persoalan kita sebelum dan juga selepas membeli barang dan tak kisah kalau kita hanya sekadar bertanya tapi membelinya lambat lagi... 

ok, itu pandangan saya terhadap orang yang berniaga

Tapi bila saya sendiri yang berniaga, saya tak boleh mengharap kawan2 rapat akan membeli tanda sokongan.  Tetapi terus terang saya kata, memang agak terasa hati laa kalau setakat nak beli sambal rm12 pun banyak reason kau bagi... huhu.  ok ok, kang orang kata saya paksa orang  beli pulak.. dah orang tak nak, nak kecik ati pulak.   Saya bukannya sensitif tak pasal2 tapi takyah la cerewet sangat dengan kawan rapat kita.  Tak cukup merah la sambal tu, mak dia buat rasa lain la, kalau pedas baru nak beli laa... Adehhhh... Apapun saya bersyukur dengan rezeki yang Allah dah tetapkan utk saya.  So buat apa nak amik pusing sangat kan.. hmmmm.  Tapi hati ini tetap terluka... huhu

Lagi satu ialah bila berniaga dengan kawan rapat ni, diorang suka mintak diskaun yang melebih2... harga kawan2 la, nak harga modal la... ish ish ish.. buat pengetahuan semua, untung satu barang tu bukan la beratus ringgit.  Apa salahnya kita anggap seperti bersedekah dan menghargai penat lelah dia sebagai peniaga atau kalau dia jual kek ke, kita anggap untung tak seberapa tu sebagai hadiah untuk bakat dia dalam menghasilkan kek yang sedap dan cantik.  InsyaAllah, rezeki yang baik dikongsi bersama... Mana la tahu bila si penjual kek tu dah berjaya, dia sudi nak sponsor kek untuk birthday anak kita ke or nak buat surprise party untuk kita ke... 

Apapun, berniaga ni mesti ada kesungguhan serta kesabaran yang tinggi.  Soal emosi kena la tolak tepi.  Kalau hari2 menangis bawah meja sebab orang takmo beli sambal, ko nak jadi apa?? Jadi kuatkan semangat, harungi la dugaan tu... Kalau takde rejection macam mana kita nak belajar.  Yang penting kena la tahu cara untuk mengatasinya....

Setiap NO tu mesti ada YES nya... so teruskan berjumpa NO agar bertemu dengan YES 

Notakaki:  Aku si penjual sambal... 

Kesinambungan kisah potty train Danial

Salam


Lama tak cerita hal potty train dak Danial ni. 

Terus terang percubaan terdahulu mmg tak berjaya.  

Last2 saya give up camtu je. 

Dengan xsabarnya lah, bila pulak nak amik cuti nya lah, dan byk lg alasan atau lebih tepat MALAS.

Dah la Danial ni jenis tinģgi orang nya.   Bila pegi kemana2 masih pakai diapers dan telah menimbulkan moment pelik bila org ternampak diapers dia tu.  Ye laaa org ingat umur dia dah 6tahun dan sgt xpatut kalau masih dibiar berak kencing dalam tu.

Bila umur Danial dah nak masuk 4 tahun saya mula tersedar yg kami dah terlambat sgt utk proses potty train tu.  Mama kat Taiping pun dah bising sebab saya macam ambil mudah. 

Oleh itu, suka atau tak, bulan 10 baru ni saya mula balik mengajar dia hidup bebas tanpa diapers. Itupun hanya utk hari minggu kerana isnin hingga jumaat saya bekerja. 

TAPI Alhamdulillah, Danial cepat terima perubahan tu.  Walaupun hari minggu pertama tu terbakor la jugak rasanya bila terpaksa mengemop lantai 2-3 kali tapi lepas saya cakap ulang2 dan bgtahu dia kenapa kena pegi tandas, terus proses tu jadi mudah.  

Saya tak perlu lagi menyuruh atau mengingatkan dia utk ke tandas.  Tahu je dia apa nak buat.  Diapers hanya utk tido malam sahaja. 

Ini semua kerana Danial akan ke sekolah tahun hadapan.  
Kalau masih pakai diapers, apa kehey nye (dialek Perak)  

Haà lega jugak laa bila perubahan ni berjaya walaupun pada awalnya rasa macam tipis je harapan tu. 

Meh saya kongsi sikit tips untuk Potty Train ni atau bahasa lebih mudah BERCERAI LAMPIN yang saya rujuk dari blog parenting terkenal....


Apa pun bagi saya kunci nya ialah SABAR.  Cuti la berminggu2 pun tapi xsabar, memang anak tu susah nak terima.  Tak kisah la nak potty train ke, bercerai susu ke, bercerai buai ke, nak start solid food ke sume kena SABAR.
Notakaki: sebab dah terbiasa sangat ke tandas, bila malam pun dia akan berusaha bukak diapers dan pegi ke tandas. So diapers tu hanya utk protection supaya cadar dan tilam tak basah... huhu 

Taska atau Pengasuh?

Salam...

Saya rasa rata2 pembaca blog saya ni mesti mak mak orang.  tak kisah la baru nak jadi mak or dah jadi mak anak 3 ke anak 4 ke... kan kan

Jadi sebagai mak ni terutama yang bekerja sepenuh masa, akan pernah alami jerih perih mencari pengasuh or taska untuk anak2.

Nak cari pengasuh ingat senang ke? Kalau dah jumpa yang ngam, memang sayang la untuk dilepaskan.  Sama jugak macam cari sekolah, kita kena pegi sendiri ke rumah mereka untuk melihat keadaan persekitaran serta rupa paras tuan punya badan.  Bukan nak tengok cantik ke idak tapi nak dapat first impression tu... Selalunya kalau ada yang tak kena, kita boleh terdetik dalam hati.  So, ringan2 kan la tulang untuk mencari dan meninterview.

Macam pengalaman saya, tugas mencari pengasuh dulu dilakukan oleh suami saya... rajin tak dia?? hehe... Bukan apa, saya waktu tu masih dalam cuti berpantang dan ada kat kampung.  Suami ketika itu sudah pun bertukar kerja ke Cyberjaya di mana sebelum ni dia kat Penang. Kalau yang pernah baca entry saya dulu2, mesti tahu yang kami adalah weekend husband and wife. Saya kat KL dia kat Penang.  Berkat doa dan harapan yang tak pernah putus (tudiaaa) husband pun dapat keje kat sini dan kami bakal tinggal sebumbung setelah saya habis cuti berpantang anak pertama.  Dah laa rumah sewa pun husband carikan, pengasuh pun dia carikan, Saya kat kampung dok diam2 jaga anak je. Tahu2 abis cuti, masuk rumah baru (rumah sewa)

Alkisahnya, husband pun pegi la tanya2 kat makcik2 yang duduk selorong rumah kami tu kot kot kenal sape yang boleh mengasuh.  Rupanya ramai... so husband pun shortlistkan laa 2 - 3 orang dan pegi jumpa setiap sorang.. dan dengan rasminya Makcik Mah tu jadi pengasuh Danial dan bersambung terus ke Safiyya.  Dalam bab2 tengok pengasuh sesuai ke tidak ni kira husband lebih tahu laa.  Sebab apa? sebab mak dia pun mengasuh budak.  Jadi ciri2 seorang pengasuh yang baik tu dia dah boleh agak. Tu yang dia setuju je bila saya suruh carikan.


Ok ok itu cerita pengasuh.  Macam mana pulak dengan Taska atau orang dok kata nursery tu??

Bila dah nak berpindah ke rumah baru ni, nak atau tak nak, saya mesti mempertimbangkan pilihan untuk hantar anak ke taska.  sebabnya, taska memang banyak kat area Bandar Saujana Putra tu.  Pengasuh bukan takde tapi sume kat ceruk rantau.. so agak tipis la peluang itu.  Sebelum ni, saya hanya dengar cerita orang je tentang keburukkan taska ni.  Cerita2 yang memang tak sedap didengar. 

Antara contoh yang saya bagi ada kat entry sebelum ni... Tapi kat sini saya nak tambah lagi

Kalau kat Taska;

Anak2 akan selalu sakit kerana budaknya ramai dan penyakit mudah berjangkit

Cuti Tahunan banyak yang habis kerana menjaga anak yang asyik demam

Anak2 seperti tak terjaga, dapat pulak pengasuh lepas SPM yang takde pengalaman.  dah berak kencing tak terbasuh..

Diapers bagi banyak tapi tiap2 hari habis dan paling magic setiap kali ambil anak, berak sampai dah kering

Sama jugak dengan susu... cepat benar habis.  Ada kes yang dia main cedok je susu anak kita bagi anak orang lain

Kalau ada bagi warmer ke, buai ke, cepat benar rosaknya.. heran...

Ok ok

Sebelum orang hentam saya, baik saya jelaskan... semua keburukan yang saya senaraikan ini bukan untuk memburukkan keadaaan.  kan saya kata itu dulu........ dulu....... dulu........

Tapi sekarang saya sudah pun membuka minda saya seluas2nya untuk mengenal apa itu TASKA.

Secara ringkasnya, penubuhan taska ni ada garis panduan yang telah ditetapkan oleh Jabatan Kebajikan Masyarakat.  Had bilangan pun telah ditetapkan dan kalau yang tak berdaftar tu memang penuh la budak2 dalam tu.  Selain bertindak sebagai pusat jagaan, bayi serta kanak2 akan didedahkan dengan aktiviti yang sesuai dengan peringkat umur mereka.  Takde la anak2 korang tahu makan tido main je.  

JADI, jangan hanya kerana cerita2 orang, kita mula sempitkan fikiran kita.  Memang tak adil kalau terus menghukum tanpa mengenalinya.

Dengan rasminya saya dah pun mendaftarkan Safiyya ke Taska AWRA atau Child Care AWRA.  Apa yang menarik tentang AWRA ni sampai kami bersetuju untuk memilihnya?? Nantikan entry akan datang.  

Notakaki:  Mintak2 la Safiyya cepat terima tempat baru tanpa abang dia... 

Friday, 13 November 2015

Pencarian Taska untuk Safiyya pun bermula

Salam...

Pencarian Sekolah Danial dah selesai... ok lega.  Tapi sekarang tengah bertungkus lumus pulak nak shortlist kan taska atau pengasuh untuk Safiyya.

Macam abang dia jugak, habis pantang je terus hantar rumah pengasuh.  Dalam pemikiran kami taska atau nusery ni memang bukan pilihan utama laa.. 

sebab utama ialah

kat taska ni macam tak terjaga kerana ramai budak, 

kat taska mudah dapat penyakit,

 kat taska kurang kasih sayang, kat taska ada limit - contoh: ambil anak lepas pukul 6.30 petang akan dicaj OT, 

kat taska berak kencing tak terjaga, kat taska barang2 semua bercampur dan kebersihan tak terjamin...

haaa itu laa dalam pemikiran kami laki bini.


Dekat rumah yang kami tinggal sekarang ni, mencari pengasuh bukan la satu perkara yang susah.. ini kerana area tersebut sudah lama wujud dan boleh kata jenis perumahan lama.  Bila dah lama ni, ramai la orang2 lama yang tinggal kat sini.  Selain surirumah sepenuh masa, mereka juga mengambil upah mengasuh.

TETAPI, Bandar Saujana Putra yang letaknya rumah baru kami tu, adalah kawasan yang baru.  Nak cari pengasuh yang sesuai tu agak mencabar jugak.  Taska, Tadika, Day Care memang mencambah laa.  Ini memaksa kami menukar pemikiran untuk mendekati apa itu taska...

Rupanya banyak pilihan taska yang ada.  Cuma saya perlu berhati2 untuk memilih mana yang berdaftar dan mana yang tidak.

Nak tahu apa itu TASKA secara menyeluruh, sila ke sini --------------TASKA

Ok

Seperti sekolah abangnya, taska untuk Safiyya ni pun saya tak survey banyak sangat.  Leceh kalau nak cari banyak sangat dan nanti rambang mata jugak.  Ciri utama ialah mesti yang berdaftar, premis yang bersih dan selesa, tiada kes serius akibat kecuaian, pengasuh yang berpengalaman, dan harga yang berpatutan.. owh ya satu lagi ialah dekat dengan rumah.

Berikut adalah senarai taska yang sempat saya senarai pendekkan

  • Premis yang bersih (rumah 2 tingkat)
  • Tuan Taska yang baik dan mesra
  • Mesra susu ibu
  • Yuran yang sangat berpatutan (sila hubungi sendiri bagi mendapatkan butirannya)
  • Masa operasi yang best 6.30 pagi - 6.30pm (ini kerana rata2 taska boleh terima budak seawal 7pagi)
  • Kadar OT yang tidak membebankan
  • Pembelajaran yang basic mengikut tahap pembelajaran setiap kanak2 yang dijaga
  • Menurut tuan taska (Puan Zira), kebanyakan budak2 bekas penghuni taska dia tu boleh la kenal abc, boleh baca doa, boleh baca surah2 pendek... hmmm kira ok laa kan..
  • Boleh kata, jarang la ada budak yang separuh jalan kerana tak boleh terima kehidupan kat taska... Walau macam mana ragam nya nak hantar mula2 tu, pasti boleh diatasi berdasarkan pengalaman yang ada.
  • Masih Open for registration



  • Premis yang bersih jugak... (rumah teres setingkat)
  • Ada orang panggil taska biru
  • Mesra susu ibu
  • Off course berdaftar ngan JKM
  • Yuran yang berpatutan
  • Masa operasi : 7 pagi sampai 7 malam (limit sampai 9malam sahaja)
  • Kadar OT (lepas pukul 7malam) : RM15 kalau tak silap 
  • Macam playschool la gayanya... Kanak2 akan didedahkan dengan aktiviti sesuai dengan umur mereka... Boleh kata anak2 kat situ pandai berdikari laa
  • Ada daily log book.  Segala aktiviti harian anak anda akan dicatat dalam log book. haaa menarik kan.
  • Tapi sayang ye... hanya 2- 4 Tahun sahaja yang masih available... 


  • Secara terus terang, saya tak pergi sendiri ke taska ni.  Tapi kawan husband yang tinggal di area yang sama dah pun survey2 kat sini
  • Standard yang sama macam taska2 yang berdaftar iaitu ada pembelajaran... takde laa anak-anak tu diberi makan, tidur, tengok tv je..
  • Yuran tak pasti tapi mesti rate dia lebih kurang je
  • Masa Operasi pun saya tak pasti.  Boleh pegi facebook dia
  • Rasanya untuk 2bulan- 1 tahun dah penuh.  :(

Setelah ditimbang2 segala pro and con, kami pun memilih;

Sumber
Dan dalam masa yang sama kami masih berdoa kalau2 AWRA nak terima baby lagi untuk May2016 nanti... kalau takde rezeki, saya nak register kat Nur Iqisha.  Owner dia sangatlahhh keibuan... awww...

Tapi kena la cepat2 book ye... sebab setiap taska kat situ baby bawah 1tahun limit nya 3 orang sahaja untuk setiap taska... 

Notakaki:  Hati masih gelisah... boleh ke dak piya ni survive kat situ.. dah manja sangat ngan pengasuh sekarang ni. 

Thursday, 12 November 2015

Kahwin - Cinta Saja Tidak Cukup

Salam...
Sempena Wedding Anniversary (12:11:10) saya yang ke-5 hari ni, saya nak share sikit cerita tentang realiti alam perkahwinan yang dapat dari.... hmmm baca sini dulu...

KAHWIN
Pesanan buat yang belum kahwin.. kita hanya akan benar-benar mengenali seseorang SETELAH KAHWIN dengannya, tidur sebantal, makan sepinggan, duduk sebumbung. Baru tahu masa itu dia tidur berdengkur, baru tahu rupanya jenis lepas berak tak reti flush, baru tahu cepat stress kalau ada masalah.. baru tahu pemarah apabila ditegur.. baru tahu.. baru tahu..
Bercinta hatta 10 tahun, gayut tiap2 malam, dating tiap2 hari BELUM CUKUP untuk mengenali seseorang.
Kahwin bukan hanya tentang dating halal, snap gambar romantik dapat konvo sama2, boleh pegang2 tangan, boleh makan bersuap, semua yang sweet2 manis2 (sampai diabetes katanyaaa), everything goes smooth all the time & live happily ever after.
Kalau kamu lihat yang INDAH-INDAH drp kawan yang baru kahwin.. itu semuanya hanya apa yang dia mahu perlihatkan kpd dunia.. realitinya susah payah perit air mata yang disembunyikan.. siapa yang tahu?
Kita hidup di alam realiti, bukan fantasi. Jangan hanya berangan yang indah2 tanpa memikirkan AMANAH dan TANGGUNGJAWAB yang bakal dipersoalkan.
Alasan sudah kenal lama sangat atau untuk 'elak maksiat' saja TIDAK CUKUP untuk kahwin segera. Sebab jika masa bujang gunakan alasan kahwin untuk pelihara maruah bagaimana kamu yakin kamu dapat menjaga maruah selepas nikah?
Kalau sebelum kahwin tidak mampu bersabar atau bertahan dengan ujian yang kecil/sedikit, bagaimana kamu jangkakan untuk bersabar dan bertahan dengan ujian yang besar/banyak selepas berkahwin?
Bersediakah kamu.. pulang kerja penat, lapar, mengantuk tetapi BERSABAR apabila isteri tak masak sebab alahan mengandung/anak meragam.. bolehkah kamu TETAP TERSENYUM, menyinsing lengan memasak di dapur kemudian menyuapkan makanan ke mulut isteri kamu yang juga lapar, urus kencing berak & mandikan anak-anak untuk beri isteri ruang untuk dirinya? Basuh, lipat baju yang menimbun? Atau kamu akan sengaja pulang lewat sebab mahu lari dari menjaga anak-anak & makan sahaja di luar?
Yang perempuan sudah bersediakah untuk mentaati seorang lelaki yang baru hadir dalam hidup, bersediakah menanggung jerit perih alahan mengandung, sakit bersalin, berpantang, realiti anak mahu mengempeng berjam-jam sampai badan menggigil lapar & lesu yang amat? You are giving your life for your children. JANGAN MIMPI hendak makan, mandi, tidur dengan aman selagi anak masih kecil..
Apabila kamu membentak marahkan orang tua.. kenapa susahkan orang nak kahwin.. padahal kamu tidak sedar. Ibubapa sedang mendidik kamu bahawa kehidupan selepas kahwin itu BUKAN MUDAH sebab itu mereka mahu kamu berdikari sekurang-kurangnya cuba hadapi susah sendiri tanpa harapkan orang lain sebab kahwin memang senang tetapi menjadi ketua keluarga & ibu rumahtangga itu tidak mudah!
Tak sedikit yang rumahtangganya runtuh disebabkan masalah KEWANGAN, TIDAK FAHAM & TIDAK MELAKSANAKAN TANGGUNGJAWAB, TIADA KEPERCAYAAN, PERSEFAHAMAN dan lain2, walaupun asalnya perkahwinan itu diawali atas dasar cinta yang mendalam.
Malangnya kita hanya menyedari setelah kahwin.. Untuk menjayakan hidup berumahtangga.. Cinta saja tak cukup rupanya.. barulah kita sedar quote 'rezeki setelah nikah' itu perlu diusahakan & disertakan dengan ujian bukannya terus bergolek masuk dalam mulut.
Cuma ketika itu baru kita sedar.. betul apa mak ayah kata... "cinta saja tidak cukup...."

Sumber: FACEBOOK
Notakaki:  Takkan hari2 nak makan CINTA jaaa...

Wednesday, 11 November 2015

Mama...

Salam...

Kali ni tajuk saya satu perkataan je.  MAMA

Hujung bulan Oktober yang lepas, penyakit mama saya datang balik.  Nak kata penyakit serius sangat tu tak la.. tapi mama adalah pengidap kencing manis yang kena bergantung kepada ubat hospital iaitu ubat makan dan juga insulin.  Oleh kerana terlalu lama bergantung ubat, pada tahun 2011 mama kena menjalani dialisis 3 kali seminggu.  Saya tak tahu macam mana nak explain tapi orang kata, kerana akibat makan ubat dalam tempoh yang lama, akan memberi kesan kepada buah pinggang. Ntah laaa...  Agaknya la kot.  Walau macam manapun, sejak mama jalani dialisis, mama nampak sihat dan berselera.. Buktinya, berat badan semakin naik.  hehe...

Kalau dah mula dialisis ni, memang tak boleh tinggal.  Kalau sekali tu takpe tapi kalau berturut sehingga 2 kali, akan memberi kesan kepada kesihatan.  Dah la kadar gula dalam badan mama suka hati naik dan turun jadi dialisis tu bagi balance balik.  Nak jadi cerita satu hari tu sepatutnya mama kena pegi pusat dialisis, tapi dia cakap tak larat sangat dan rasa lemah. Jadi abah bawak mama ke hospital.  Oleh kerana terlalu lama di sana, lepas dah habis tu mama terus nak balik sebab tak larat sangat nak pegi dialisis. 

Kesannya mama mula meracau, lupa dan merepek.   Yang buat saya lagi terkesan ialah mama call semua anak2 dia hanya untuk dengar suara dan meminta maaf dari kami.  Ya Allahhh.... hanya Dia yang tahu perasaaan saya waktu tu.  Saya masih bertahan lagi dan berdoa mama cepat2 sembuh.  Sebab dulu pernah jadi sekali macam ni dan hanya sehari sahaja keadaan itu berlaku.  

Keesokan harinya, mama dimasukkan ke hospital kerana sukar bernafas dan malam tu adik saya call dan kata mama nak cakap dengan saya.  Saya ingatkan boleh la bersembang biasa rupanya tak... mama menangis2 panggil saya kata dia tak larat sangat dan nak sangat jumpa saya.  DAN malam tu jugak kami balik ke Taiping

Oleh kerana sampai Taiping pun dah pukul 4 pagi, saya hanya pegi melawat mama bila hari dah cerah.  Itupun jenuh ditenteram oleh adik saya yang menjaganya kat ward.  Mama saya seperti orang yang lupa dan berperangai budak2.  Dia mula mengatakan adik saya menipunya kerana saya tak sampai2 ke hospital.  hmmmm 

seawal 7pagi saya sampai ke ward.  terus peluk dan cium mama.  mama terus cakap dia tak larat dah sambil genggam tangan saya.  airmata ni saya tahan je.  ntah la kenapa susah sangat nak nangis depan mama.  Lagi buat saya sedih bila mama terkejut tengok perut saya.  "kenapa perut kamu besar?" 
Waktu tu, memang sedih sangat sebab mama macam tak ingat apa.  Tapi mujur dia masih kenal orang.  

Puas saya suruh mama tidur dan berehat tapi baru beberapa minit dia cuba lelapkan mata, mama akan terjaga dan mengeluh dia tak larat dan banyak la pertanyaan2 yang tak masuk akal.  Mama cakap nurse jahat la, doktor tak suka dia la, nak makan roti tapi tak sedap dan macam2 lagi yang buat saya sangat sangat sedih. Paling buat saya takut bila mama cakap, "ayu, mama nak pegi jauh"... :(

Saya hanya mampu berdoa semoga mama diberi kesihatan yang baik dan Alhamdulillah, 2 hari lepas tu mama dibenarkan pulang.  Bila saya dapat bercakap secara normal balik dengan mama, saya rasa lega sangat.  Rasa mama dah kembali kepada kami.  Syukur pada Allah...

Kalau anda baru je baca entry ni, doakan mama saya dipanjangkan umurnya dan sihat2 aja ye... thank you.





Notakaki:  Rindu mama...

Tahun ke -5 Perkahwinan 'Expect Less Hurt Less'

Salam....

12 November ni genap 5 tahun perkahwinan saya dengan suami.  Seperti apa yang saya dapat dari sumber2 bacaan tentang alam perkahwinan, 5 tahun pertama ialah tahun yang sangat menguji kedua pasangan suami isteri.  Memang separuh tahun pertama tu boleh kata honeymoon phase laa.. Tapi lepas dari tu, kita akan mula berdepan realiti sebenar.  Bila kata realiti tu, bukan la bermakna semuanya negatif.  Semua bergantung pada setiap individu apabila berdepan dengan dugaan.  Kalau tak tahan, memang  boleh kecundang.  

Saya ada kenal seseorang yang terlalu mengharap kesempurnaan dalam perkahwinan.  Sehingga kini dia masih belum berkahwin (umur belum kritikal pun) kerana belum berjumpa dengan lelaki yang mempunyai ciri2 yang dia nak.. Ciri2 yang bagi saya agak mustahil untuk seorang manusia untuk ada semua.  Tapi mungkin ada... huhu.  

Bila kita mula melangkah ke alam rumah tangga, semua akan mengharap kehidupan kita hari2 dipenuhi lagu cinta dan bunga-bungaan.  Saya pun sama.. huhu.. Heyyy wake up.  Orang asing yang kita setuju untuk jadi suami kita tu, sah sah mempunyai latar belakang  yang berbeza dengan kita.  Walau sama2 ada ijazah, 
walau sama2 dibesarkan di satu negeri, 
walau sama2 anak sulung, 
walau sama2 bekerja atau belajar di tempat yang sama, 
belum tentu kita kenal dia 100%.  Bila dah tinggal sebumbung, baru tahu langit tinggi atau rendah.  Baru la teringat kat mak ngan abah yang dulu korang tak rindu macam sekarang ni. hehe... 

Bila berlaku konflik, tepuk dada tanya la iman.  bukan ke dia yang kita sayang dulu, bukan ke dia yang kita puja dulu, bukan ke dia yang kita tunggu2 untuk ajak dating dulu.  Lagi2 orang perempuan ni emosi dia melebih2 akal.  Asal gaduh je mula terasa hidup sendiri lagi bagus dari berlaki.  haha...  Mujur la kuasa cerai bukan kat tangan isteri.  

Saya dah pun sampai ke tahun yang kelima itu.  5 tahun kahwin, 2 orang anak... ni pun nak masuk lagi sorang bulan February 2016 nanti.   Rasanya saya bukan la orang yang layak bagi nasihat dalam perkahwinan.. Mentang2 dah 5 tahun ye... huhu.  Orang sebaya saya ni ada yang dah 10 tahun kahwin pun tak sibuk tulis nasihat perkahwinan kat blog. heheh... Bukan apa, setiap orang tu lain pengalaman dia dalam mengharungi alam rumahtangga.  Takkan ada yang sama dan cara menangani pun takkan sama.  Cuma saya teringin nak share apa yang saya rasa... 

Expect Less Hurt Less
Google

Kalau dulu, saya bayangkan suami akan menjadi seperti suami contoh yang banyak orang share kat facebook tu.  
Suami dia romantik la, 
suami dia ajak tengok wayang laa, 
suami dia bagi hadiah kereta la, 
suami dia ringan tulang laa... 
haihh tu yang bahaya facebook tu.. Tapi bila fikir balik, tak semua yang diorang share tu indah 100%.  Sebabnya kalau dia nak share pun mesti dah pilih yang terbaik punya untuk dikongsi.  so yang tak baik tu dia je tahu.. Orang yang menengok dah jealous ni.  Kalau yang ok, boleh la mendoakan orang tu, tapi dapat pulak member yang tak boleh tengok orang lebih, memang dapat bahan la.. hmmm

Jadi kita sebagai manusia yang tak lepas dari kesilapan, kena la selalu muhasabah diri.  Kalau kita nak pasangan kita baik, kita kena jadi baik dulu. Jaga hubungan dengan Allah dulu dan InsyaAllah hubungan dengan manusia pun akan baik2 aja.  Tapi kalau masih tak, berdoa la banyak2 ye.  

Jangan nak harap bulan bintang kalau kita pun setakat batu tepi jalan.  Apa kata sama2 gilap diri masing2 untuk jadi bulan dan bintang yang menyinari alam rumahtangga sendiri.  Lagi satu yang penting, jangan terlalu mengharap kesempurnaan nanti diri sendiri yang sakit. 

OK lahhh sempena anniversary yang ke5 ni, saya mengharapkan agar hubungan saya dan suami semakin erat dan semakin matang.  love u yangg.. 


Notakaki:  Sebab panggilan saya kepada suami adalah Yang dan suami pun panggil saya Yang, maka kedua2 anak kami pun panggil kami Yang.  

Monday, 9 November 2015

Mencari PreSchool untuk Danial di Bandar Saujana Putra

Salam...

Tahun depan Danial dah 5 tahun.  Sejak dia lahir, sampai umur dia 4 tahun bulan Oktober baru ni, Danial langsung tak didedahkan dengan suasana sekolah.  Seumur hidup dia, semua di rumah pengasuh.  Tapi mujur kat rumah tu ada geng yang dah mula sekolah.  Jadi tak la janggal sangat nak cerita apa itu sekolah dan nak explain kat dia yang tahun depan kena masuk sekolah.  

Seperti yang dirancang, hujung tahun ni kami akan berpindah ke Bandar Saujana Putra.  Suatu kawasan baru dan sangat asing bagi kami walaupun masih dalam Selangor.  hehe...  

Untuk dapatkan maklumat sekolah2 apa yang ada, saya cuma gunakan bantuan google.  Nak pegi survey sendiri satu2 sekolah yang ada, memang makan masa dan lokasi pun jauh dari rumah sewa sekarang.  Lepas puas belek satu2 info yang ada dan membuat perbandingan setiap sekolah yang disenarai pendekkan, kami pun memilih 

Excel Kids Aula - Tadika ABS yang terletak di SP9/11

Tadika ABS Bandar Saujana Putra

Sebelum saya nak cerita lebih lanjut tentang Tadika ABS ni, berikut merupakan sekolah-sekolah yang telah disenarai pendekkan. 

-Terkini, saya baru tahu ahad lepas (8Nov) yang Alif Ceria ni bukak cawangan kat row rumah saya SP10/4... Memang dekat sangat kalau nak hantar Danial.  Tapi dah register pun kat Tadika ABS... so abaikan sahaja..  

Masa Operasi: 7am - 6pm
Pendaftaran:  RM1180 (banyak pecahan dalam ni, kalau nak tahu lebih lanjut sila hubungi mereka ye)
Monthly: RM420
Daycare: Yes


- Macam goreng pisang panas.  Untuk anak2 yang umur Danial (5tahun) tempat dah pun fully booked. Umur 4 tahun dan 6 tahun pun rasanya dah penuh.

Masa Operasi: 7.15am - 6.30pm
Pendaftaran: RM847 (kena confirm balik yuran pendaftaran ni.  sebab takut rekod saya dah lama)
Monthly: RM300 (ini pun sila confirm balik.. takut dah naik yurannya..)
Daycare: Yes

- Program dia menarik jugak.  Yang ni saya tak betul2 study sangat tapi sama je apa yang di offer oleh tadika2 lain.  yang menarik dia ada sediakan kolam mandi utk budak2...

Masa operasi: tak pasti
Pendaftaran: RM1300 (kena confirmkan balik kalau berminat.  sebab amount ni pun saya dapat dari kawan husband yang hantar anak dia kat situ setahun yang lalu)
Monthly: RM420
Daycare: Yes

-Boleh kata jauh dari area fasa rumah saya... Hanya menawarkan perkhidmatan pembelajaran tanpa daycare.  

Masa Operasi: 8.15am - 11.30am
Pendaftaran: RM685 (mungkin ada beza sikit untuk lelaki dan perempuan)
Monthly: RM150
Daycare: No

Memang well known.  kira setaraf smart reader.  Khas untuk English program dan rasanya islamic ada sikit ataupun mungkin takde.  Oleh kerana dah aim nak cari yang tadika yang base nya islamic program, so Qdees ni automatik terkeluar dari senarai... 


Sebab2 kenapa saya tak pilih mereka ialah 

1. sebab hanya satu sekolah je perlu saya pilih so dah tentu2 tak boleh pilih semua... keh keh keh apa punya jawapan

2. Sebab monthly fee dia mahal (alif ceria dan arif minda).  Danial ada seorang adik lagi yg bakal ke taska... jadi kena la timbang2 yuran bulanan sekolah2 mereka... dan tak lupa jugak adik baru yang bakal keluar february nanti. 

3. Sebab tempat untuk 5 tahun dah habis (Sejuta Bintang -LC) -antara yang termurah

4. Sebab hanya menekankan english program semata-mata (Qdees) dan dah tentu2 mahal

5. Sebab tiada daycare -(tadika islam nurhaziq)

Untuk mengetahui lanjut tentang Danial dan ABS nya, nantikan entry akan datang.. huhu

Notakaki:  Kelas Taekwando pun dah register.  

Kaya yang best dan sedap...

Salam...

Siapa suka makan roti ngan kaya??

Sayaaa.. sayaa....

Sendiri tanya sendiri jawab.

hehe


Roti dengan kaya adalah satu gabungan yang sangat mantap dan enak terlebih lebih lagi kalau roti dibakar dahulu.. wowwww... sedapnyaaaaa (over betul nak bagi mukadimah...)

Dalam banyak2 kaya yang ada kat pasaran, saya sangat suka kaya yang dalam tin tu...  brand apa ek.. tapi rasa dia memang sedap.  Cuma nak simpan tu leceh sikit sebab bila dah bukak penutup, kena habiskan cepat. Memang kena beli size kecik je laa.. sebab takut berkulat kalau simpan lama sangat dalam peti ais.  :(

Di suatu hari yang tenang, saya dan kawan2 pegi la lunch kat OldTown White Coffee...  Masa masuk kat pintu outlet tu saya ternampak ni...

Kaya Classic.. keluaran OldTown White Coffee.
eh eh... ada jual la kaya oldtown... memang saya tak lepaskan peluang la utk beli.  baru feeling2 makan roti bakar oldtown.  Harga untuk satu pek tu RM4.10.  hmmm ye betul memang mahal untuk net weight 200gram sahaja... Tapi apa yang menarik ialah tang packaging dia tu... memudahkan orang2 yang bekejar ke ofis setiap pagi dan hanya sempat bersarapan depan pc... prettt kan aje kat atas roti dan terus ngap.  so, why not, try je la kan.




Sangat la praktikal kalau makan kat ofis.  Tak meleleh dan tak melekit.  dah guna, tutup je balik dan simpan.  ehhh suka la kalau suma kaya or jem ada dalam bekas macam ni... :)

kalau la boleh refill....

Notakaki:  Roti bakar dengan kaya favorite sepanjang zaman...

Thursday, 5 November 2015

Selang Bunga

Salam...


Pernah dengar ungkapan Selang Bunga tak?  Ia adalah istilah orang dulu2 mengenai susunan anak yang berselang jantina.  Sebagai contoh

Anak pertama : Lelaki
Anak kedua : Perempuan
Anak ketiga : Lelaki
Anak keempat: Perempuan

Pandai pulak orang dulu2 bagi nama...

Ok ok sebenarnya nak cerita yang saya dah tahu jantina baby dalam perut saya ni... dan jawapan nya ialah- haaa betul la tu.. its a BOY... kira nak relate ngan tajuk tu laa.. hehe.. Selang Bunga. Boy Girl Boy.




Masa saya tunjuk kat Danial gambar ni, ini yang keluar dari mulut dia..

"Perut mama ada kolam..."

Ntah apa yang dia fikir ntah dan boleh pulak bayangkan gambar tu kolam.  huhu.  Lepas tu dia tanya Safiyya kat mana? (refer kat gambar tu) ...

Saya : "Ni kan Safiyya dah keluar ni.  (Tunjuk adik dia Safiyya yang tengah tido tu...) Mana ada lagi dalam perut mama"

Danial: "Papa ada kat mana?"

Saya:  "hmm papa dulu duduk dalam perut tok" (MIL)

Danial:  "Tak laaa.. papa dalam perut Danial... papa duduk dengan Dinosaur." 

keh keh keh....


Setiap kali Danial pegang dan kiss perut saya, mesti dia panggil baby adik... so utk memudahkan, saya suruh Danial panggil adik Shauki (nama yang dalam list saya).

"Baby Coki Coki"


hahhh sudahhh.. cancel nama Shauki..

Notakaki: Masih mencari2 nama yang sesuai...

Wednesday, 4 November 2015

Penjaga Pantang (Confinement Lady) Pilihan Saya

Salam...

Setelah berhempas pulak memikirkan Penjaga Pantang mana nak ambil, last2 saya decide untuk pilih Natalis Beauty.  

Mula2 dulu Blessed Beauty Confinement memang menjadi pilihan utama sebab saya guna barang NR dan diorang pun memang konsultan produk NR.  haa kan mudah tu.  Tapi oleh kerana lokasi rumah saya tidak berada dalam senarai mereka dan hanya pakej ulang alik sahaja yang ada, maka saya pun pilih la Natalis Beauty.  

Untuk berpantang nanti saya pilih pakej ni

Saya pilih 21 Hari dan bayarannya seperti yang tertera...
Booking dah buat dan Deposit pun dah bayar.  Dalam entry ni saya tak dapat la nak cerita lagi kualiti servis yang diberikan oleh Natalis ni.  Kan pantang nya bulan 2 nanti.  so kena la tunggu habis pantang baru boleh review.  Apapun seperti biasa, bahan mentah untuk masakan pantang, herba2 or jamu2 dan juga kain bengkung tu kita kena la sediakan.  Jangan la dah dekat sangat nak bersalin baru nak beli sekali harung.  Beli la sikit2 supaya tak terkejut sangat poket kita tu. huhu.  

Banyakkan belanja nak berpantang ni.  Hmmm.... Jangan ingat untuk belanja bersalin je ribu ribu tapi berpantang hanya cincai2...  Apa pun kepercayaan seseorang itu kepada amalan berpantang ni hanya terserah kepada tuan badan.  Kalau rasa macam semua aturan tu ketinggalan zaman, buat la ala moden.  Tapi yang masih percaya keberkesanannya, boleh la melabur sikit supaya apa yang kita percaya kan itu berbaloi.  

ehh serius laa.. sebab saya ada je kenal orang yang tak beberapa gemar herba or jamu ni.  Semua telan ubat moden.  Sebagai kawan, saya tak boleh la nak paksa dia ikut cara saya.  Asalkan dia tahu apa yang dia buat dan orang sekeliling tak perlu nak perlekehkan kefahaman dia.  

Raikan Perbezaan... Hidup aman bahagia!!!

Daaa

Owh yaa... siapa2 yang ingin mengetahui lebih lanjut pakej2 yang ditawarkan oleh Natalis, boleh la ke facebook mereka....

Notakaki:  Saya pun bukan la ketat sangat amalan berpantang.  Tapi masih percaya tradisi turun temurun ni. 

Monday, 26 October 2015

2016 lagi 2 bulan tapi saya dah beli planner

Salam....

2016 lagi 2 bulan je.  Banyak perkara yang akan berubah dan berlaku dan saya masih tak mempunyai perancangan yang sempurna.
sigh...

Walaupun begitu rasa tak lengkap kalau nak mulakan tahun baru tanpa planner.

Oleh kerana saya taksub sangat kat planner, maka pencarian pun bermula... Habis segala penjual planner saya google... sangat la girl2 dan of course hampir semua internation shipping.  Harga pulak yang RM100 keatas... lepas fikir2 campur tolak darab bahagi, saya pun cari aje kat kedai buku di IOI City Mall.

Ta daaaaa
Planner 2016.  Murah | Simple | Handy


Jadi apa yang berubah sangat tahun depan tu??

Yang paling ketara ialah Danial akan start sekolah tahun depan.  Dah masuk 5 tahun baru kami hantar ke sekolah. Kira dah besar sangat la baru nak kenal dunia sekolah.  Harap dia boleh la sesuaikan diri.

Yang kedua paling ketara.. eh ada pertama kedua pulak ni.. huhu... February 2015 ni kami akan menerima kehadiran baby baru iaitu 3rd edition of Ayu and Khairil... Rasa baru je pegang baby, dah nak rasa lagi february tahun depan.. Alhamdulillah rezeki dan bermula la episod berpantang sendiri kat rumah baru.  Cerita persediaan berpantang saya ada cerita kat entry2 sebelum ni.

Yang ketiga paling ketara ialah, kami akan berpindah rumah.  Dari Cheras ke Bandar Saujana Putra.  Lokasi yang lagi jauh dan sangat jauh kalau nak ke tempat keje.  Tapi apa nak buat.. Dah beli rumah pun kat situ.  Tarikh nak pindah belum tetapkan lagi tapi paling teruk pun December ni sebab tuan rumah yang kami duduk sekarang cakap orang yang beli rumah sewa mereka ni nak pindah cuti sekolah hujung tahun ni.  haihhh tak lama dah tu.

Yang lain dan tak kurang penting ialah, kena cari pengasuh baru untuk Safiyya dan juga baby baru.  Cari pengasuh adalah satu aktiviti yang sangat tak best sebab sesi suai kenal tu kena buat balik dan paling menakutkan ialah ada ke orang yang asuh budak kat area tu.  Bandar Saujana Putra ni kawasan baru dan yang ada pun nursery.  Kesian nya kat fiyya... baru nak bermanja ngan mak and atok (pengasuh).

Itu antara perubahan besar yang sama ada suka atau tak suka ia akan berlaku tahun hadapan dan itu antara satu sebab saya bersemangat nak beli Planner awal2.  Nak gila2 plan katanya... owhhh



Notakaki:  Mama saya tak sihat.... masih berada di ward D2 Hospital Taiping... Hati sangat tak tenteram dan asyik teringat kat dia... Allah Allah Allah...


Tuesday, 20 October 2015

Oktober yang memenatkan

Salam...

Apa ada dengan Oktober?

Sepanjang bulan Oktober 2015 ni merupakan bulan tersibuk bagi saya.  Ini semua sejak husband dah mula melibatkan diri dalam dunia Etiqa Takaful dan Public Mutual.  Kami berdua ni berkerja tetap dan Sabtu Ahad merupakan hari untuk menguruskan hal rumah tangga (baca - lipat kain, beli barang dapur, mop lantai, outing dan lain lain lagi...hehe).  Tapi sejak 1 haribulan semua Sabtu Ahad dalam bulan Oktober, husband kena attend kelas dan seminar.  Waduh waduh... dah la 5hari bekerja sangat singkat masa diperuntukan untuk anak2.  Ni pulak hari minggu pun saya seorang terkejar2 menguruskan anak dan hal rumah.  Memang jadi tarzan la saya.  Nak jaga anak, nak masak, nak jadi referee bila berebut mainan, nak bacakan buku, nak tengok cerita kartun, nak mandikan diorang, tu belum kalau semua berak berjemaah, dan macam2 hal laa...  Bila dah nak masuk maghrib baru la boleh duduk diam2 depan tv sambil merehatkan badan.  haaa lega.. 

Itulah rutin hari minggu saya di bulan Oktober ni.  Memang betul la, keje kat rumah ni lagi macam2 dari keje kat ofis. huhu.  Ni pulak dah 2 hari saya batuk dan selsema.  Nak makan ubat sebarang macam takut pulak sebab mengandung.  

Notakaki:  Makan gaji ni memang relax, tapi itu je la income yang kita ada.  Bila anak makin bertambah, kena la keje keras sikit untuk cari peluang tambah pendapatan dan sebagai isteri, semua ni menuntut kesabaran.  Jadi bersabar la ye.  

Friday, 16 October 2015

Berpantang Sendiri

Salam


Sekarang ni kandungan baru nak masuk 21weeks.  Tapi dalam kepala dah ligat memikirkan kekdah nak berpantang bulan February 2016 nanti. Selain buat persediaan untuk menyambut kelahiran anak, persiapan untuk berpantang pun sama pentingnya juga.  Sebabnya bila badan kita sihat, baru la anak terjaga elok.  Ni asik sakit je macam mana nak jaga keluarga... Bab mencari Penjaga Pantang saya dah cerita pada entry sebelum ni... Bila tengok balik  memang betul pun ia bukan la murah.  Tapi sebetulnya itu adalah hanya pelaburan kecil untuk kesihatan kita yang berpanjangan.  

Entry kali ni saya nak cerita tentang persediaan lain atau lebih tepat selepas pakej dengan CL dah habis dan meneruskan rejim untuk berpantang sendiri ni.  Bukan mudah sebenarnya. Dengan nak menguruskan anak yang sedia ada.  Menguruskan hal rumahtangga lagi.  Jadi bantuan suami tu penting.  Harap dapat kerjasama la dari dia.  Takkan nak mengharap mak dia lagi.. udah udah la tu kan.. bila nak dewasanya.. huhu. 

Kat sini saya sediakan draf jadual berpantang saya nanti.  Ini baru draft je dan banyak benda nak kena refer dan sesuaikan dengan keadaan.  Dengan Safiyya yang masih kecil (18bulan-umur dia bila dapat adik nanti), nak menguruskan hal2 rumah yang lain.  Apapun jadual ni sebagai guideline agar sentiasa bersemangat nak berpantang sepantang pantangnya... tudiaaaa


Hari pertama hingga hari kelima  
-  Berpantang di hospital (apasal lama sangat?? sebab saya dijadualkan untuk bersalin ceaser) 

Hari ke6 hinga hari ke19 
- Diuruskan oleh Confinement Lady (saya amik pakej 14 hari)

Hari ke20 hingga hari ke44 
- Berpantang Sendiri hanya sendiri dan tiada pembantu (25 days to go...)

saya anggap waktu tu saya dah cukup biasa dengan keadaan (uruskan baby dan Safiyya dalam 1masa)

7am 

- Bangun dan susukan baby. 
- Buat susu Safiyya siap2
- Husband hantar Danial pegi sekolah

8am 

- Mandi dan mandikan Safiyya
- Breakfast  
- Makan ubat hospital @ Air herba/jamu yang sesuai (ubat hospital dengan herba atau jamu kena jarakan masa pengambilan.)   
- Susukan baby dan terus mandikan dia

9am 

- Susukan dan Tidurkan baby
- Pakai segala param, pilis, krim barut, bengkung, ikat rambut

10am  

- Siapkan barang untuk masak tengah hari.  Kalau boleh masak yang simple2 dan makesure dah kumpul resepi2 berpantang
Ini antara buku yang ada kat pasaran dan berbaloi untuk beli
 - Susukan baby
- Minum pagi (alas perut sebelum lunch)
- Rehat sambil buat kerja2 rumah yang ringan

12pm 

- Lunch 
- Susukan baby dan buat susu Safiyya (tidurkan skali)
- Rehat sambil betulkan bengkung ke, sapu minyak panas lagi...
- Tidur sekejap

4pm    

- Minum petang 
- Siapkan untuk makan malam (lagi simple dari lunch tadi)

5pm    

- Mandi kan baby
- Susukan dan tidurkan baby
- Mandi dan ulang rutin param, pilis, krim baru, bengkung, ikat rambut

6.30 pm - 7pm 

- Dinner 
- Rehat
- Danial and Husband dah ada kat rumah...  :)

10pm 

- Supper 
- Tidur
      
Berpantang kali ni saya rancang nak ambil Rawatan Penutup Pantang.  Selalunya ia dilakukan 3hari terakhir dalam tempoh berpantang. hari ke 42- hari ke 44).  Penjelasan lebih lanjut mengenai penutup pantang ni saya buat kat entry lain ye...

Jadual berpantang ni masih diperingkat rancangan awal.  Masih banyak perlu dikaji dan diambil kira.  Walaupun saya mungkin tidak dapat mengikut 100% jadual ni, tapi atleast ia boleh bagi guideline utk saya atau sesiapa saja yang sama situasinya dengan saya. 

Owhh yaa.. dalam jadual ni juga saya tak nyatakan produk apa yang saya bakal amik kerana seperti yang saya cakap ini baru perancangan.  Tapi rasanya saya memang nak sambung ambil produk NR jugak kerana ia dah pun lengkap dan tak perlu tambahan dengan produk2 yang lain.  Detail mengenai produk tu saya akan ceritakan nanti ye.. wehhh banyaknya hutang entry.. huhu.

Notakaki: kenapa saya highlight kan makan tu?? sebab saya sangat kalah dengan perut kosong... Jadi makan jangan tak makan.