Tuesday 25 August 2015

Karenah anak umur 4 tahun... Semua nak buat sendiri

Salam...

Bulan 10 ni genap umur Danial 4 tahun.  Umur yang sangat mentah bagi saya tapi bagi dia semua benda nak nak buat sendiri.  (Macam reti sangatttt).  Kalau nak pakai baju pun semua ikut taste dia. Lepas mandi dia akan pilih baju dia sendiri.  Kadang2 tu baju kat ampaian (yang sudah kering) pun dia sanggup. 

Tu baru tentang baju.  

Danial suka sangat minum air oren.  Kalau boleh dia nak bancuh sendiri air oren sunquick tu.  Dah la botol tu berat.  Tapi dalam senyap, dia ambil sendiri dan bancuh dalam bekas minuman dia.  Kalau saya yang bancuh, dia nak goyang (goncang) sendiri. Kalau saya dah goyang dulu, maka bermula la amukan tanpa henti.  

Basuh pinggan pun nak buat sendiri.  Kadang2 tu pinggan dia tak kotor pun tapi kemain lagi letak sabun dan basuh dengan air yang banyak.  Saya tengok je.  Kalau dilarang nanti macam menghalang dia dari belajar sesuatu.  Tapi memang kena pantau la.. Kalau tidak, habis lantai basah dengan air yang melimpah2. 

Pakai losyen, pakai bedak semua nak buat sendiri.  Walaupun saya biar dia pakai sendiri, saya mesti ada hadapan dia.  Kalau tak, mesti lantai dilanda banjir bedak.  Ada je idea nak buat saya bertambah kerja.  

Kalau saya sedang memasak, dia akan ambil kerusi dan berdiri sebelah saya.  Kadang2 geram jugak sebab takut kena percikan minyak panas ke, terjatuh ke, tapi dia nak heran apa. Kalau nak tumis bawang ke, mesti dia mintak sikit bawang tu sebab nak letak dalam kuali.  Mujur la bawang dah hiris nipis.  Sebab biasanya bawang tu dia baling je dalam kuali... haiiihh la Danial.. 

Memang kena sabar banyak bila berhadapan dengan kerenah dia.  Kalau asyik cakap NO je macam discourage dia pulak untuk mencuba.  Tapi kalau dibiar, saya pula buat amukan tanpa henti.   

Bagi saya, apa yang dia nak buat or nak cuba tu adalah kerana dia meniru apa sahaja perbuatan kita.  Selain tu dia nak belajar dan merasai sendiri apa yang orang sekeliling dia buat atau lakukan.   Jadi, dari kita marah2 suruh duduk diam2, suruh jangan bising, baiklah kita ajar dia cara yang betul untuk buat sesuatu.  Lagipun menyuruh kanak2 lelaki sebesar Danial tu duduk diam macam dah melanggar fitrah dia sebagai kanak2 lelaki yang sememangnya tak boleh duduk diam.  huhu... berapa banyak diam daaaaa...

Paksa papa buat peace...

Notakaki:  Melatih diri untuk tidak menjerit atau marah secara melulu pada anak... 

Friday 21 August 2015

Review... Homemade baby food by Cik Nuie

Salam...

Lama tak update tentang homemade baby food.  Mentang2 laa dak Safiyya ni dah setahun.  Mood nak berpuree pun dah ke laut.  Sama la macam blog ni.. dia pun nak ke laut jugak.   

Start umur dia 11 bulan camtu, bubur bubur nasi ni dak Fiyya ni dah tak pandang dah.  Siap buat muka lagi kalau saya suap bubur nasi.  Kalau suap nasi putih biasa tu, aikk kemain lagi nafsu makan dia.  Walaupun hanya ada gigi depan dan baru tumbuh 2 atas 4 bawah, sakan dia nak makan yang sama macam abang dia makan.   Oleh itu, jadual saya pun berubah sikit demi sedikit.  Saya tidak lagi meluangkan masa untuk menyiapkan beras hancur setiap hari minggu dan masak bubur nasi setiap malam. 

Nampak macam kerja lagi mudah tapi ia tak la sesenang yang difikirkan.  Sebab saya perlu memasak setiap hari lauk yang sesuai untuk Safiyya.  Kadang2 terlepas jugak lauk kedai.  Lepas tu rasa bersalah pulak sebab dia masih kecil untuk makan makananan luar.  

Mujur la saya terjumpa orang yang menjual homemade baby food ni iaitu Cik Nuie  (Terjumpa kat Facebook Group)

Maka mudah la sikit kerja saya.  Tak la pening memikirkan bekalan snack nak bagi setiap hari.  



Dalam banyak2 ni saya dah try serbuk ikan bilis, biskut cheese straw dan oat raisin.  

Alhamdulillah, Safiyya suka sangat.  Tapi biskut ni terlalu rapuh dan setiap kali dia pegang mesti hancur dalam tangan.  Maka saya terpaksa suap sikit2 kat dia.   Kalau ada homemade biskut yang keras sikit tapi crunchie, lagi bagus... senang sikit baby yang nak pegang dan tak hancur dalam tangan... especially Safiyya yang nak pegang sendiri food dia.

Serbuk ikan bilis tu, saya gantikan penggunaan garam dalam memasak lauk untuk Safiyya terutama skali sayur.  Sedapppp

Owh yaa, semua yang dijual oleh Cik Nuie ni mematuhi piawaian makanan bayi bawah setahun.... No Sugar, No Salt, No Preservative
 
Macam mana nak beli?? 


Notakaki: Masih tak jemu nak cari resepi yang sesuai untuk anak2.

Thursday 20 August 2015

Buah haLIMAU Jadian

Salam...

Hari ni nak cerita sikit je. 

Cerita tentang dak Danial yang berumur 3 tahun 10 bulan nih

Satu hari tu, makcik pengasuh kenalkan Danial dengan pokok buah limau kasturi


Sudah nya dia jadi seronok nak petik buah limau yang belum cukup masak tu...


Petang tu masa saya nak ambil anak2 kat rumah pengasuh

Makkkk Danial nak amik buah TIGER

Saya:  Buah Tiger??? apa tu...

Danial: Ni... sambil tunjuk buah limau

Saya: Buah Limau la Danial

Danial: TIGER.....

Saya: Makcik, kenapa Danial panggil limau tu TIGER

Makcik pengasuh: Ntah laa.. apa yang dia nampak ntah

Danial: Mama... wongi buah HARIMAU...


Ok, baru faham.  Dia ingat makcik tu cakap buah harimau padahal LIMAU.  Tu yang dia panggil buah TIGER.

adehhhh

* Mak -panggilan Danial kat makcik pengasuh
* Wongi - Wangi

Notakaki: Aktiviti sebelum balik dari rumah pengasuh - petik bunga atau daun dan sekarang buah Tiger.

Thursday 13 August 2015

Cerita diluar tajuk

Salam....

Rasa lama tak tulis kat sini. 

Banyak perkara yang terjadi.  Tapi Alhamdulillah, dengan masa ia terubat sendiri.  Sedikit2 perkara yang menyakitkan mampu dilupakan.

Kecuali yang satu hal ni.  Sentiasa bermain dalam fikiran. 

Teknologi buat manusia lalai.

Dari elok mulus polos, terus terjerumus dunia luar yang kotor melalui perkhabaran dihujung jari

Orang yang selalu fikir diri tu alim suci dan bebas dari dosa, tak buat larangan yang Allah suruh tinggalkan, belum tentu mampu tahan godaan duniawi bila sudah asyik.  Habis semua orang dinerakakan hanya dengan perkongsian berita yang belum tentu sahih. 

Sedih... sangat sedih....

Mudah benar dihanyut arus pemodenan.  Kalau dulu terkurung dalam kepompong. Kini bagai reporter lagaknya.  Menyebar berita tanpa sempadan.  Tidak pulak berfikir dengan mata hati apakah ia benar atau semata fitnah.

Kongsi dosa bersama.

Ya Allah, kau buka kan la hati orang2 yang hanyut ini agar kembali melawan arus untuk bertahan agar tidak terus hanyut.  Kerana mereka telah menjerat diri dalam dunia tersendiri.  Keluarga bukan lagi penawar.  Hiruk pikuk dianggap gangguan.  Gurau senda tak lagi menghiburkan.  Yang ada hanya sekeping teknologi.

Sekian.