Salam...
Hai semua... lama dah nak tulis tentang sekolah Safiyya yang baru ni. Takde kesempatan nak update sampai bersarang kat draf tu.. hehe... dan akhirnya, hari ni saya nak share sikit dan bagi ibu bapa yang tercari2 taska area SP9 dan SP 10 boleh la pi melawat...
Taska Ana Junior atau TAJ terletak di SP 9/2 Bandar Saujana Putra...
Kat sini laa saya hantar anak saya Safiyya dan Shawqi.
Masuk bulan ni dah 5 bulan anak2 saya kat situ. Pada awalnya saya sendiri merasa ragu2 dan risau dengan penerimaan anak saya terutama Safiyya kerana dia sudah pun serasi dan happy dengan sekolah lamanya. Tapi sangkaan saya meleset kerana, pandai je dia bawak diri tak lama lepas tu.
Baru 3 bulan di situ, TAJ membuka cawangan baru di SP 10 Bandar Saujana Putra di mana ia lebih dekat dengan rumah saya. Jadi anak2 TAJ yang tinggal di SP10 termasuk anak2 saya ditukarkan ke cawangan baru. Owh yaaa tahniah kepada pemilik TAJ dengan pembukaan tersebut dan ini menunjukkan ramai yang berebut2 nak hantar anak mereka di sini. ;)
Taska Ana Junior tiada apa yang berbeza dengan taska2 lain. Tetapi program dan sylibus yang diketengahkan memberi tambah nilai kepada anak2 di bawah asuhan mereka. takde la anak2 kecil ni makan tido tengok tv je kan.
Selain itu, setiap anak mempunyai log book masing2 bagi memudahkan komunikasi antara guru dan ibu bapa. segala perihal pembelajaran dan aktiviti di sekolah akan dicatatkan di situ setiap hari termasuklah maklumat penting berkaitan anak yang dihantar sebagai contoh, sihat atau tak, ada sertakan ubat atau tidak, dah mandi ke belum, siapa yang hantar setiap pagi dan kalau kalau ada kecederaan or luka2 di tubuh badan pun kena tulis kat situ.. Lagi satu, TAJ ada uniform mereka sendiri dan jarang taska buat uniform ni melainkan tadika...
Ok, sekarang cerita bab yuran pulak... boleh kata lebih kurang je dengan taska2 yang lain kat bsp ni. Bagi yang tak lama lagi nak dapat baby tu boleh la sediakan peruntukkan RM450 setiap bulan kerana rata2 pengusaha taska mengenakan charge yang sama.
Di TAJ, kalau ada lebih daripada seorang anak yang kita hantar kat situ akan diberi diskaun la sikit... Macam saya ni, Shawqi RM450 dan Safiyya RM400 (1tahun 9bulan - umur dia ketika itu) tetapi hanya perlu membayar RM800 sahaja setiap bulan... Jadi meh kita beranak ramai2 dan hantar anak ramai2 kat TAJ.. huhu...
Ni antara aktiviti Safiyya sepanjang bersekolah di Taska Ana Junior
(kredit gambar : Facebook Taska Ana Junior)
Notakaki: Sampai sekarang dak piya ni tak bagi saya ikat rambut dia... tapi kalau cikgu ikat, boleh pulak.. hmmmm budak rambut kenteng ni...